Thursday, December 31, 2009

Year 2010

May 2010 mark the beginning of Tidal wave of love,
happiness and bright future,
and to those who need someone special, may you find your path.
To those who nee money, may your finance over flow.
To those who need caring, may you find a good heart.
To those who need health, may health find you well.
To those who really need Islam and Allah on this world, may you find the truth and happiness.

Happy new year to all readers and families.

Monday, December 21, 2009

Maksud Komunikasi

Komunikasi yang berkesan ialah berupaya menyampaikan maklumat dengan tepat, cepat dan ringkas. Pada masa yang sama, kita wajar memahami nilai dan etika berkomunikasi yang berkesan.

Etika ketika kita berkomunikasi semestinya mempunyai ciri-ciri berikut:-
  1. niat yang baik,
  2. jangan cuba membesarkan benda yang remeh,
  3. cakap serupa bikin,
  4. berpandangan positif,
  5. menerima kritikan membina,
  6. belajar menentang dengan cara yang baik,
  7. berdiam jika kurang pasti,
  8. mendengar dengan aktif dan penuh teliti,
  9. berunding sebelum bertindak
  10. fikirkan anda adalah mereka.
Selamat berurusan dengan semua orang secara berkesan dengan penuh bermoral dan beretika atau berakhlak.

Tuesday, December 15, 2009

WHO IS THE GREAT LEADER?

Traits
  • adaptable to situation
  • alert to social environment
  • cooperative
  • independent
  • self-confidence
  • energetic
  • dominance desire to influence others
Skills
  • clever
  • conceptually skills
  • creative
  • fluent in speaking
  • knowledge about group task
  • organized administrative ability
  • persuasive
  • socially skilled
(Stedgill,1945-1949)

Monday, December 14, 2009

FRESH GRADUATES

The following data shown problems faced by our employers in hiring fresh graduates;
  • poor command in English-55.8%
  • poor character attitude or personality-37.4%
  • asking unrealistic salary/benefit-33.0%
  • mismatch of skills-30.2%
  • Choosy in job or company-27.7%
  • lack of problem solving-25.9%
  • bad preparation for the interview-14.4%
To overcome all the matters, every university in this country should plan the following human living skills;
  • communication
  • leadership
  • team work/building
  • critical & analytical thinking
  • entrepreneurship
  • life long learning
  • values & ethics

Tuesday, December 01, 2009

AZAM TAHUN BARU

Tinggal beberapa hari lagi, tahun 2009 akan meninggalkan kita.

Mungkin banyak azam yang belum dapat ditunaikan atau kurang kejayaan dicapai sepanjang tahun ini.

Tersalah cara menyusun aktiviti dan usaha yang tidak menampakkan kesungguhan, menyebabkan rancangan menemui kegagalan di tengah jalan.

Seperti insan lain, aku juga di dalam keadaan yang sama, walaupun mungkin tidak serupa matlamat yang hendak dicapai.

Kita masih boleh meneruskan azam yang sama, dengan cara atau pendekatan yang lain perlulah difikirkan untuk memperolehi kepuasan dan kejayaan diri.

Tamat belajar, bekerja di luar negara dan dapat melancong ke beberapa negara di Eropah memberi pengajaran yang bermakna terhadap diri dan keluargaku, sekurang-kurangnya kami mempelajari atau mengetahui erti kesusahan di negara asing.

Tahun 2010 menjangkakan azam yang berubah sesuai dengan umur yang meningkat dan cara berfikir mula berubah ekoran kerap, menganalisa dan ada fokus untuk menilai sesuatu.

Aku berazam untuk sentiasa menulis untuk menyedarkan diri yang lemah ini. Perancangan untuk keluarga terutama memberikan pelajaran dan pendidikan yang setingginya dan sebaiknya untuk anak-anak menjadi target keutamaan.

Berusaha untuk meningkatkan pendapatan bagi disalurkan lebihan yang ada kepada orang lain, akan dirancang.

Berazam menjaga kesihatan untuk senang menunaikan tanggungjawab kepada Pencipta dan memberi buah fikiran kepada kebaikan masyarakat setempat.

Rumusannya, fokusku kini memperbaiki diri, mencari kelemahan untuk diperbaiki dan membina kepimpinan keluarga dan masyarakat. Sebenarnya bukan mudah membentuk orang untuk menjadi 'orang'.






Tuesday, November 24, 2009

MENGURUS PERSEPSI

Hubungan manusia bertambah intim apabila wujudnya persefahaman, saling kasih menyasihi antara seseorang dengan seseorang yang lain. Perasaan saling menghormati di samping baik sangka akan menambahkan lagi kemesraan dan bantu-membantu ketika berlaku sesuatu musibah.

Walau bagaimanapun, amat sukar untuk kita mempunyai perasaan kekitaan apabila wujudnya persepsi yang negatif terhadap seseorang.

Mengurus persepsi bukannya mudah, apatah lagi dalam keadaan orang amat suka mendengar percakapan orang sehingga tergamak mengutarakan sesuatu rumusan pendapat, sikap atau pandangan terhadap orang lain.

Sudah sewajarnya kita jangan terpedaya atau terus percaya atau yakin dengan apa yang kita dengar tanpa membuat kajian atau menyiasat terlebih dahulu.

Perkembangan teknologi dan kepesatan media dewasa ini menuntut kita meneliti sesuatu yang berfakta dan tidak membawa elemen permusuhan, fitnah dan kemusnahan.

Kita sewajarnya berubah minda (cara berfikir) dan bertindak untuk kemajuan sejagat dan tidak sewajarnya memikirkan sesuatu yang boleh menghancurkan segala kebaikan yang dirancang, terutama insan yang bercita-cita untuk memajukan dunia ini sejajar dengan tuntutan Khalifah Allah.

Marilah kita mengurus perubahan dan mengurus realiti dan tidak lagi mempunyai sesuatu persepsi yang salah atau negatif, keliru terhadap proses hubungan kemanusiaan di atas dunia ini untuk selari dengan tugasan atau proses melakukan ketaatan dan kepatuhan kepada Pencipta.

Janganlah menghabiskan masa kita sekadar mengintai-intai sesuatu kelemahan atau kekurangan yang dimiliki oleh seseorang sehingga banyak masa dihabiskan untuk menilai fikiran manusia lain atau mempunyai tanggapan salah terhadap seseorang.

Kerja utama manusia yang beriman dan bertaqwa ialah mengajak orang lain bersama-sama kita. Walaupun mungkin mereka mempunyai persepsi yang salah terhadap pejuang kebenaran, namun persepsi yang salah mesti dirungkaikan.

Gunakan semua saluran komunikasi, media, kekuatan, kebolehan dan kebijaksanaan individu memperjuangan sesuatu yang benar.



Wednesday, November 04, 2009

TAULIAH

Sesiapapun yang berhajat untuk mengajar agama di mana-mana negeri di Malaysia, sememangnya wajar memohon tauliah.

Tauliah ialah hak kerajaan negeri masing-masing.

Aku menyokong sepenuhnya sesiapa yang ingin berbincang atau mengemukakan pandangan mengenai persoalan agama sewajibnya mengetahui keperluan tauliah, memohon izin.

Aku rasa bukan susah untuk memohon tauliah, jika kita sebenarnya layak, asalkan tidak memberi idea atau melontar pendapat yang mengelirukan atau hanya menimbulkan percanggahan, kecelaruan, perdebatan atau berkonfrontasi sehingga menambah kebimbingan, atau perselisihan pendapat yang akhirnya tidak membawa manfaat kepada proses pembinaan masyarakat.

Kekhuatiran timbul apabila, seseorang itu membawa pemikiran yang luar biasa yang terkeluar daripada kebiasaan, sehingga mengelirukan masyarakat kebanyakan.

Mereka yang tinggi ilmunya atau yang meminati perbincangan tinggi mengenai agama, selaras dengan keupayaan seseorang itu berfikir tidaklah mengapa, namun orang biasa sememangnya sukar untuk memahami, mengapa perlu diperbahaskan secara terbuka dan membawa idea-idea untuk dipaksakan di dalam masyarakat.

Masyarakat Islam di Malaysia rata-rata masih kurang kefahaman agama, tentunya mereka memerlukan bimbingan dan nasihat secara harmonis, dan bukannya perbincangan ilmiah dan tinggi sehingga menyukarkan orang ramai untuk meyakininya.

Aku tidak bermaksud tidak berminat membincangkan permasalahan ilmu dan masyarakat secara ilmiah, namun mereka yang hendak menengahkan idea atau pandangannya mesti memahami norma, budaya, nilai masyarakat dan tindakan mereka patut dikawalselia.

Aku bersetuju agar tauliah diberi kepada para ilmuan, namun para ilmuan mesti sedar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan agar mereka lebih bertanggungjawab.

Sukarkah untuk mengikut kaedah yang telah ditetapkan?

Bertindaklah mengikut saluran yang betul.


Sunday, November 01, 2009

IBADAT HAJI

Ketika ini sebilangan besar jemaah haji sedang sibuk membuat persiapan untuk ke tanah suci.

Beberapa penerbangan telahpun berlepas.

Ada teman-temanku dan termasuk jiranku terdekat, Rahman yang bekerja di Perodua, Rawang turut terpanggil ke Makkah kali ini.

Mereka kesemuanya telahpun mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat.

Semuanya dalam keadaan 'last minute or 'last call', semacam kelam kabut kali ini.

Aku difahamkan urusan visa haji diurus oleh kedutaan dengan menggunakan passport antarabangsa yang biasa.

Apa-apa karenah birokrasi tidak akan melemahkan semangat tetamu Allah pada kali ini.

Aku sempat berhubung dengan mereka semuanya dan didoakan semuanya sihat walafiat, dapat menunaikan ibadat dengan sempurna dan dapat berdoa untuk kebaikan diri, keluarga serta umat Islam seluruhnya.

Kupinta semuanya memperolehi haji yang mabrur.

Aku berdoa semoga aku dapat kembali semula. Kerinduanku kepada Baitullah, hanya Allah sahaja yang tahu.






Friday, October 30, 2009

Program/aktiviti kebajikan

Manusia hidup di dunia ini tentu ada kekurangan sama ada dari segi fizikal, pemikiran mahupun kerohanian.

Pada amnya, seseorang dibantu oleh seseorang atau sekumpulan orang apabila seseorang itu ada masalah atau kekurangan tertentu di dalam proses menjalani kehidupan ini.

Maka, Islam adalah suatau agama yang diturunkan untuk membantu atau menolong sesiapa sahaja yang dianggap di dalam 'kesusahan' atau 'kesempitan hidup'.

Melakukan kerja-kerja kebajikan adalah suatu amalan yang mulia di sisi agama dan sesiapa yang mempunyai niat bersungguh-sungguh seperti menunaikan aktiviti bersedekah sudah dianggap melakukan suatu kerja amal kebajikan (hubungan kemanusiaan) dan akan dibayar dengan pahala oleh Allah s.w.t.

Ini bermakna, aktiviti kebajikan adalah suatu tuntutan syarak sama ada dituntut wajib mahupun sunat melihat sesuatu situasi yang ditentukan.

Parti politik mahupun NGO's atau sesiapa sahaja atau orang perseorangan wajar menrealisasikan atau berusaha untuk memenuhi tuntutan syarak ini.

Ini bermakna, menyelesaikan isu 'kesusahan' manusia tidak boleh diabaikan atau dipandang ringan atau diserahkan kepada orang-orang tertentu sahaja.

Bahkan parti politik yang bergerak hanya atas dasar untuk "memperjuang agenda politik atau untuk berpolitik semata-mata" dan berasa untuk membantu orang-orang bermasalah dan susah belum dikira memenuhi tuntutan agama.

Aku merasakan jemaah atau harakah Islam mahupun ahli pejuang dakwah semestinya menganggap atau mempunyai persepsi positif atau pandangan yang jitu bahawasanya aktiviti kebajikan semestinya sama tingkat atau darjah untuk ditunaikan seperti tuntutan melakukan tugas solat dan puasa.

Aktiviti kebajikan mengandungi banyak manfaat dari aspek kemanusiaan terutamanya di dalam menyelesaikan masalah kehidupan orang Islam setempat (ahli jemaah) bahkan penduduk atau orang bukan Islam.

Kewajaran program/aktiviti kebajikan wajar dipergiat, diperluas, dirancang bersungguh-sungguh dan dijadikan program berterusan jangka panjang dipastikan mempunyai kesan positif iaitu:-

Manfaat Ahli dan kepimpinan Jemaah

1. Bertujuan mengekal, mengiltizam ahli jemaah kepada perjuangan parti apabila, masing-masing dibela dan dilihat segala kesusahan mereka terutama ketika berlaku sebarang musibah. Mereka tidak akan 'lari' dari perjuangan. Kesan positifnya ialah mampu mengukuhkan komitmen ahli di dalam setiap aspek kerja berjemaah sehingga mampu membentuk atau melahirkan pemantapan organisasi parti. Parti akan menjadi kuat kerana dokongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi.

2. Dari aspek kepimpinan pula, bantuan dan sumbangan yang diberi akan mendekatkan ahli sendiri bahkan masyarakat setempat untuk sentiasa bersama-sama di dalam memberi amanah dan akhirnya mereka bertambah yakin atau percaya dengan kebolehan Islam memimpin.

3. Tugas untuk mencari dan membina keyakinan orang ramai kepada perjuangan Islam bukannya mudah. Maka, dengan cara mendekati masalah orang ramai dan masyarakat setempat diharapkan ahli-ahli jemaah mampu belajar segala permasalahan hidup dan berusaha untuk mencari jawapan dan keputusan terbaik di dalam menyelesaikan masalah umat. Ini bertepatan dengan tujuan khalifah ialah untuk menyelesaikan masalah umat.

4. Ini adalah proses melatih kepimpinan yang ikhlas, sanggup berkorban untuk faedah orang lain dan boleh dijadikan suatu kriteria atau salah satu syarat asas untuk seseorang itu dipilih sebagai calon pilihanraya mahupun kepimpinan parti atau jemaah. Penilaian terhadap kerja-kerja sosial atau kemasyarakatan tentunya dapat menyedia mutu kerja bakal YB atau wakil rakyat.

5. Berhadapan dengan sebarang keadaan atau situasi kepelbagaian masalah akan memahirkan seseorang pemimpin parti atau ahli di dalam tugasan mengurus masalah. Kesannya, pemikiran kreatif dan kaedah atau teknik menyelesai masalah akan dilakukan secara berkesan dan sistematik. Maka parti turut disanjung oleh masyarakat.

Isu Perancangan Aktiviti

Memandangkan aktiviti kebajikan mampu menjana kebaikan kepada parti, maka wajar digariskan beberapa perkara untuk memantapkan aktiviti tersebut iaitu:-

1. Tujuan, objektif atau matlamat aktiviti hendaklah jelas. Penilitian terhadap dasar dan pelaksanaan program hendaklah ditentukan secara terperinci. Ini termasuklah isu mengurus bajet dan urusan dana atau pengurusan kewangan yang mantap.

2.Pemilihan ketua lajnah dan AJKnya hendaklah terdiri daripada orang yang mudah mesra, berkomunikasi, prihatin dengan orang ramai ataupun ahli di samping sanggup bertungkus lumus berfikir untuk menyelesaikan masalah orang lain.

3. Aktiviti yang bersifat jangka pendek (regular) dan jangka panjang dan sejumlah peruntukan kewangan hendaklah dikenalpasti agar kelangsungan dan "menghidupkan program". Senarai atau jenis aktiviti hendaklah diatur atau direkodkan dengan sempurna, seperti bantuan musibah, ziarah & sumbangan, lawatan ke rumah anak yatim, hospital, kutipan derma atau dana, aktiviti gotong royong, mahupun menyediakan tempat tuisyen, motivasi atau kaunseling.

4. Berusaha bekerja keras mempromosi dan berbincang bahkan pertemuan di dalam usaha merangka atau menyusun kerja.

5. Bersedia merangka program atau aktiviti menjurus kepada manfaat ahli, orang ramai (bukan ahli-termasuk manfaat orang bukan Islam atau mualaf atau OKU, dsbnya.)

6. Sentiasa menyediakan program latihan, bimbingan seperti menyediakan kertas kerja atau laporan, kemahiran komputer, kursus kepada AJK atau pimpinan lajnah kebajikan dan kemasyarakatan, agar mereka benar-benar terlatih dan berdaya saing.






Thursday, October 22, 2009

SIFAT-SIFAT UNGGUL PENGERUSI/PEMIMPIN PERSATUAN/KELAB

Kepimpinan persatuan dan pemilihan AJK tidak sewajarnya mempunyai hasrat untuk mencari populariti, berkepentingan atau mempunyai agenda tertentu.

Kemajuan dan perkembangan positif apa jua persatuan adalah bergantung kepada beberapa faktor:-

1. Pengerusi atau Presiden persatuan mesti bersedia untuk sentiasa aktif dan berinisiatif kepada segala bentuk perubahan dan pembaharuan.

2. Beliau mestilah seorang matang, bijak berhujah, berdiplomasi dan sentiasa bertindak secara waras, rasional di dalam setiap urusan bahkan berani menyuarakan hasrat dan kehendak persatuan kepada pihak-pihak tertentu secara lisan mahupun memorandum atau 'papers'.

3. Beliau adalah seorang yang senang bergaul, beramah mesra, sentiasa mendengar permasalahan dan berusaha mencari penyelesaian setiap masalah yang timbul atau yang berlaku.

4. Sentiasa aktif merancang untuk kebaikan dan manfaat ahli dan pencapaiannya mestilah dinilai secara positif.

5. Bakat kepimpinannya amat terserlah, bahkan perwatakan diri, dan budi pekerti sentiasa bersedia untuk diperbaiki segala kelemahan. Dengan sifat 'humble' dan tabiat suka atau sentiasa mengikuti perkembangan latihan berterusan, seminar, dan kursus-kursus tertentu, kecekapan pengurusan mantap dan kepimpinannya boleh diteladani.

6. Presiden atau pengerusi persatuan mestilah seorang yang tegas, peramah, penyayang, perihatin, dan mampu mempengaruhi, memujuk, dan menguasai 'suasana' di dalam melaksanakan aktiviti persatuan.


Monday, October 19, 2009

BANGKIT UNTUK PERUBAHAN

Perubahan sikap untuk berjaya dan maju di dalam apa jua bidang bukanlah senang atau mudah untuk dilakukan.

Perubahan mungkin boleh berlaku secara perlahan-lahan atau secara derastik.

Pada amnya, ketelusan, keikhlasan hati dan pemikiran yang ketara sedar atau kejernihan daya berfikir dan emosi atau dorongan yang amat mendalam di dalam diri manusia akan melonjakkan tenaga dan perbuatan yang lebih positif.

Dorongan, galakan, dan diplomasi, bukannya kaedah paksaan turut memberi kesan kepada minda untuk berfikir dan berusaha untuk bergerak kepada perubahan.

Berilmu atau berpengetahuan sahaja belum cukup untuk mengemudi perubahan.

Kemahiran dan pelbagaian pengalaman yang dilalui belum memastikan seseorang mampu berubah ke arah yang lebih baik.

Latihan berupa membina ilmu pengetahuan dan kepelbagaian aspek kemahiran belum memberi jaminan seseorang boleh berubah.

Perubahan yang mantap memerlukan sumbangan beberapa banyak faktor terutama hal ehwal keupayaan diri sendiri untuk berubah, persekitaran, sokongan organisasi dan kepimpinan, aspek teknikal, perancangan yang berstrategik, peningkatan daya kepimpinan, kursus atau latihan percambahan minda.

Memandangkan manusia pada amnya, sukar dan lambat untuk berubah, maka aspek pengurusan sumber manusia, wajar meneliti keberkesanan latihan dan bimbingan, terutama dari aspek pembinaan sikap, tabiat dan personaliti.

Kajian yang mendalam mengenai struktur budaya, memahami nilai personaliti dan aspek suasana atau persekitaran kehidupan semasa akan menentukan proses membina keyakinan seseorang bagi berupaya menilai sesuatu perubahan dan akhirnya, mereka berubah secara sepontan atau bersahaja.

Ini bermakna, keupayaan seseorang untuk berfikir secara rasional dan bijak menganalisa akan mempercepatkan budaya untuk sering berubah.

Orang Melayu/Islam di Malaysia masih sukar memahami agenda perubahan, kerana pada amnya, pendekatan politik yang lebih tertumpu kepada agenda politiking kelompok, menyukarkan rakyat berubah serta merta.

Pada umumnya, rakyat masih belum menikmati erti kehidupan sebenar dan selesa dengan nilai atau kuasa wang, berpendidikan dan berkelulusan yang bersesuaian, keadilan sosial, kesejahteraan ekonomi dan kematangan berpolitik, maka tuntutan ke arah negara yang maju, berfikiran terbuka dan dinamik tidak memungkinkan perubahan besar akan berlaku.

Kepincangan dan kelemahan dari aspek pengurusan negara, terutama pengurusan kewangan di dalam proses tuntutan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat, masih tiris, maka adalah wajar dilaksanakan secara tertib dan bertanggungjawab oleh pemimpin.

Uniknya orang Melayu, apabila mereka sudah cukup makan, tidur selesa, pekerjaan bergaji lumayan, lebih atau banyak berkuasa, sering lupa untuk menghayati perubahan.

Ini bermakna, apabila kalah, tewas atau gagal dalam apa jua lapangan, barulah terasa hendak berubah.


Sunday, October 18, 2009

Key Performance Indicators (KPI) dan Kepimpinan YDP PAS Kawasan

Aku kurang pasti sama ada petunjuk KPI turut digunapakai atau tidak di dalam mengukur dan mengenalpasti kemampuan dan kebolehan YDP memimpin di peringkat kawasan.

Fokus terhadap menampilkan diri sebagai pemimpin Islam contoh di peringkat kawasan hendaklah dilaksanakan dan sewajarnya menjadi agenda utama dan rakyat mampu mengambil contoh dan ikutan.

Pemilihan teraju kepimpinan yang berkredibiliti di peringkat kawasan tentunya akan memberi makna dan impak besar terutama kepada perkhidmatan yang terbaik di peringkat pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri yang di perintah oleh Pakatan.

Aku sekadar ingin mencadangkan pemilihan YDP sebagai ketua parti di peringkat kawasan pada masa hadapan sewajarnya melihat kepada isu-isu berikut:-

1. Keupayaan memahami dan menyediakan hasrat pencapaian kepimpinan Islam sebenarnya.

2. Pelan strategik pembangunan dan perkembangan parti wajar disediakan dengan satu pendekatan budaya kerja dan aktiviti yang mampu meningkatkan penyampaian serta berkesanan komunikasi sehingga ke akar umbi dan ahli biasa.

3. Berupaya menjana keupayaan memperkasakan parti dari aspek penambahan ahli, cawangan dan kaedah penyediaan pemimpin pelapis dan berkebolehan.

4. Memperkukuhkan dana/kewangan parti sehingga mampu mewujudkan sistem pengurusan kewangan yang mantap bagi membela kebajikan ahli sendiri, sesiapa sahaja yang memerlukan dan orang ramai/publik.

5. Berusaha mengurangkan karenah negatif atau remeh di dalam mengurus parti dan menyediakan ruang dan kaedah yang mudah dan pantas untuk setiap ahli/cawangan untuk memberi maklum balas atau rungutan atau terbuka kepada kritikan membina.

6. Keupayaan berkomunikasi, menyelesai masalah, mengurus pengundi, rakyat dan sentiasa turun padang menemui mereka, apatah lagi mereka yang sudah bergelar YB.

7. Kecekapan memantau, membimbing ahli dan cawangan ke arah tuntutan tugasan dakwah, membina ikatan ukhuwah, dan kecemerlangan budaya kerja berjemaah atau 'team work'.

Kesimpulannya, YDP PAS kawasan yang tidak mempunyai asas atau kurang pengalaman pengurusan, dan lemahnya pentadbiran terutama aspek sumber manusia, kewangan atau gagal dalam aspek berkomunikasi yang berkesan wajar mengundur diri dan setiap ahli dan cawangan wajar mencadang dan memilih YDP yang mempunyai tokoh dan berterampilan yang bersesuaian dengan tuntutan zaman dan perubahan.






Thursday, October 15, 2009

Munajat

Aku sekadar ingin memastikan diriku sentiasa berwaspada dengan segala kesilapan yang mungkin akan dilakukan, namun sifatnya sebagai manusia, kekurangan, kelemahan, kesilapan, dan kesalahan tetap dilakukan sama ada secara sengaja atau tanpa disedari.

Ujian, dugaan dan musibah akan kita terima, lantaran sifat makhluk sudah begitu fitrahnya.

Manusia yang muslim tidak wajar berputus asa.

Manusia sewajibnya mengurus dirinya untuk berdamping dan mencintaiNya, penciptaNya, Yang Maha Esa.

Munajat adalah jalannya yang dikehendaki dan Allah sentiasa berjanji, setiap masalah manusia akan diurus dengan baik olehNya.

Allah tidak mungkir dengan janji atau penipu seperti halnya dengan manusia. Percayalah dengan Allah.

Pengertian munajat adalah memohon, meminta sungguh-sungguh (berdoa), merayu, merintih, menangis dan menagih atau menuntut janji Allah untuk menyelesaikan permasalahan hidup kita.

Jangan jemu bermunajat dan perlu mengetahui masa bila hendak bercakap-cakap atau menghampiri Allah. Ceritakanlah secara terbuka kepada Allah, apa masalah yang kita hadapi dan merayu kepadaNya untuk mencari penyelesaiannya.

Pada waktu malam, sedangkan orang lain sedang nyenyak tidur, kita bangun tidur antara jam 3.00 pagi hingga menjelang waktu fajar mengadu dan meluahkan perasaan kita kepada Allah untuk meminta Dia menyelesaikan masalah hidup kita ini.

Mohonlah apa sahaja hajat kita; hendak jadi YB, hendak pangkat, hendak anak semuanya pandai, hendak kaya, hendak menjadi ilmuan dan sebagainya.

Soalnya, adakah kita benar-benar bijak mengurus diri ini untuk berurusan dengan Allah pada waktu/masa yang bernilai?

Hakikatnya, manusia sukar untuk menyelesaikan semua masalah kita, namun Allah akan tetap simpati dengan kita.

Allah tetap mempertimbangkan rayuan dan rintihan kita.

Maka, selalulah bermunajat kepadaNya.




Wednesday, October 14, 2009

AMALAN 5S

Pada prinsipnya, kita boleh meniru, mengambil contoh dan mengamalkan daripada sesiapa atau dari mana sesuatu yang baik diperolehi.

Konsep 5S iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke tidak asing dengan masyarakat Jepun.

Organisasi dan orang Malaysia menceduk dan mengubah pendekatannya dengan ucapan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal, mengikut kesesuaian.

Bercakap mengenai urusan pejabat atau pengurusan organisasi, pendekatan 5S ini mulai mendapat sambutan menggalakkan di sektor awam.

Aku tidak berhajat untuk mengulas manfaat atau kesan positif terhadap organisasi dan personaliti warga organisasi berkenaan dengan penerimaan konsep 5S tersebut.

Aku sekadar ingin meninjau dan ingin mengetahui persepsi, tabiat, sikap, mentaliti dan tingkahlaku orang Islam yang sebahagian besarnya orang Melayu dalam konteks kehidupan seharian.

Di pejabat rata-rata semua begitu akur, istiqamah dan sentiasa menurut perintah dengan kehendak pencapaian target objektif organisasi dan kepImpinannya, namun sebagai peribadi muslim tidak pula terencana sifat dan tata kelakuan yang dihajati.

Konsep 5S hanya berlaku dan dijadikan asas peningkatan produktiviti bagi kelangsungan perkhidmatan yang penuh dengan idea inovatif, responsif dan efektif.

Diri individu muslim tidak berusaha untuk menyisihkan perkara-perkara mungkar, dosa bahkan masih terlibat dengan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Majlis tari menari, nyanyian secara berpasangan masih berterusan di kebanyakan pejabat ketika sambutan Aidil fitri.

Ini bermakna, perkara halal dan haram kelihatan berselang-seli, walaupun doa dibaca di awal majlis.

Pada masa yang sama, masih kedapatan kaum wanitanya yang belum sempat menutup aurat, mungkin tidak sempat untuk sisih perkara yang diharamkan. Sewajarnya kita mempunyai sikap mengasingkan atau meminggirkan perkara-perkara yang haram, sememangnya tidak diperlukan di dalam kehidupan dan membuangkannya jauh-jauh.

Ada di kalangan ketua jabatan, boleh menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur dan cantik bagi memudahkan sesiapapun mengambilnya untuk tugasan sempurna, namun belum sempat untuk menyusun waktu solat yang betul sehingga mesyuarat berpanjangan hampir luput waktu asar.

Sebenarnya amat mudah sapu atau membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di mana-mana tempat, namun untuk meninjau apa yang berlaku pada dalaman diri, terutamanya dari segi berfikir secara Islam, melihat aspek agama, falsafahnya di dalam mendasari kehidupan hakiki dan berorganisasi tidak terlintas untuk disemati. Sewajarnya kita sapu perangai-perangai sombong, bongkak, bermegah, ego dan menganggap diri hebat dan 'high class'.

Sememangnya kita sanggup memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa di pejabat, namun pada diri yang bersifat muslim, kita tidak seragam di dalam menguatkuasakan amalan ibadat kita. Masih ramai ' boss' yang tidak sempat mendengar kuliah mingguan dan bersolat jemaah dengan anak buah di surau pejabat masing-masing. Adalah teramat jarang 'boss' boleh menjadi imam solat.

Kita sememangnya sentiasa amal dan berusaha melatih para pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan dengan baik tanpa pengawasan sepenuhnya, namun mengapa kita masih gagal mengawasi diri sendiri untuk cuba mematuhi perintah dan amalan-amalan Islam yang telah ditaklifkan kepada kita.

Aku berpandangan, kalau 5S tidak dijadikan kaedah di dalam aspek pengurusanpun, kita sebagai seorang Islam, sewajarnya boleh mengurus dengan cara baik.

Cuma kita tidak terfikir untuk menjadikan sesutu perkara di dalam bentuk teori, maka orang Jepun merencanakan sesuatu teori, kita pula terpaksa akur dan terima ianya sebagai suatu proses perkembangan pengetahuan (development of knowledge) serta mampu digunapakai untuk semua dan di peringkat global.














Tuesday, October 13, 2009

ADAB PERBUALAN

Sekadar ingin menasihati diriku, mudah-mudahan tidak terlupa, apabila kita sedang rancak berbual dengan sesiapapun.

Beberapa perkara, ucapan atau perbuatan yang patut kita elakkan semasa sedang berbual-bual iaitu;

1. Janganlah kita semacam berlagak membangga diri ( self-boosting) dan egoistik

2. Bercakap tanpa memikirkan ianya akan menjatuhkan maruah atau cuba mengaibkan orang

3. Jangan bercakap terlampau memfokuskan tajuk tentang pencapaian atau kebolehan diri

4. Perlu bersabar dan tidak pantas memotong atau cuba mematahkan atau berhujjah pandangan atau idea orang lain terutama yang baru kita hendak kenali

5. Sentiasa berwaspada dengan tajuk-tajuk yang sensitif seperti hal agama, peribadi atau politik

6. Jangan sekali-kali membetulkan kesalahan atau kesilapan orang lain secara terang-terangan yang dikhuatiri akan hanya menimbulkan perasaan tidak selesa, marah, terasa terguris perasaan

7. Jangan cuba untuk mengkritik apa jua kekurangan atau kelemahan secara terbuka dan kurang bersopan atau beradab

8. Sentiasa mendengar dengan penuh sabar dan hormat tanpa kerap melihat jam atau telefon bimbit

9. Cuba elakkan terkeluar perkataan bosan ketika sedang berbual-bual

Monday, October 12, 2009

BN Menang di Bagan Pinang


BN mengekalkan kemenangan di Bagan Pinang dengan majoriti 5,435 undi.

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly Mohamad Omar hanya memperolehi 2,578 undi.

Daripada undian pos, BN memperolehi 3,521 undi, manakala PAS hanya memperolehi 601 undi.

Analisa

1. Daripada 8,013 undi yang diperolehi oleh BN, 3,521 undi diperolehi daripada undi pos (43.94%), manakala undi biasa ialah 4,492 (56.06%).

2. BN memperolehi kemenangan semula pengundi India di ladang-ladang Siliau, Atherton, Bradwall dan Sua Betong.

3. Majoriti BN bertambah 110%. Pilihanraya Umum 2008, majoriti BN 2,333. Undi BN meningkat daripada 6,430 kepada 8,013 iaitu sejumlah 1,583 undi.

4. Undi PAS merosot daripada 4,097 kepada 2,578 iaitu sejumlah 1,519 undi.

5. Undian biasa yang diperolehi oleh PAS ialah 1,977 sahaja.

6. Majoriti undian biasa yang diperolehi oleh BN ialah 2,515 (BN 4,492 - PAS 1,977), manakala majoriti undian pos ialah 2,920 (BN 3,521- PAS 601).

7. Undian pos memberi kelebihan dan sumbangan bermakna kepada kemenangan BN iaitu 53.73%, manakala undian biasa hanya 46.27%.

8. Kesimpulannya, BN amat bergantung kepada sokongan tentera dan polis untuk mencapai kemenangan mutlak dan besar.

Sunday, October 11, 2009

Pengurusan Kewangan yang Mantap

Untuk tujuan memantapkan kedudukan kewangan kita, beberapa aspek pengurusan kewangan wajar diperhatikan;

1. Perancangan strategik

Perhatian khusus dan asas di dalam mengendalikan perbelanjaan mengikut keutamaan, bijak memilih produk pelaburan, tabiat berjimat dan merancang segala perbelanjaan secara berhemah dan mengurus pendidikan keluarga hendaklah dibina.

Semua dokumen, bil-bil perbelanjaan hendaklah dicatat, rekod, disimpan, disemak semula dan diaudit sendiri untuk diwujudkan imbangan pembayaran dan bajet keluarga yang bersesuaian setiap tahun.

2. Tabiat berbelanja, kawalan atau mengikut kemampuan

Seseorang wajar berbelanja apa yang perlu dan tidak mengikut keinginan sahaja, boros atau desakan untuk bermewah-mewah atau bergaya atau tanpa tujuan yang jelas.

Berbelanja tanpa mengawal bilangan kad kredit hanya akan menambahkan hutang dan dikhuatiri jatuh muflis.

3. Tabungan untuk tuntutan lanjut usia dan kecemasan

Pada mereka yang masih bekerja, khususnya yang 'makan gaji', tabungan KWSP mampu menampung untuk tempoh tertentu. Tabungan lain wajar diwujudkan sendiri, sebagai tambahan tabungan persaraan atau ingin berhenti kerja lebih awal.

Wang pencen adalah dianggap keperluan minimum untuk menyara hidup seharian. Perancangan tabungan tambahan boleh digunakan untuk tujuan tertentu atau desakan sesuatu.

Kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba atau sakit teruk atau kematian pencari nafkah akan membawa nasib malang kepada sesebuah keluarga.

Tabungan yang bersifat insurans hendaklah diaktifkan.

4. Bersedia melabur di tempat yang selamat dan bersesuaian dengan pendapatan

Menabung di institusi yang dibenarkan oleh syarak akan menjamin pelaburan selamat, halal dan berkat. Para pelabur mesti bijak mencari badan, institusi, koperasi, bank atau mana-mana yang boleh dipercayai umum.

Tabungan yang bersifat menambah kekuatan aset boleh digunakan untuk pembiayaan pelaburan pendidikan anak-anak.

5. Merancang untuk infaq, bersedekah dan berzakat

Kita tidak wajar tamak, taksub, boros dan kedekut mengumpul harta. Kita hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Maka, bukan soal kemewahan, kekayaan, prestij, status yang ingin dicapai, namun mutu pencapaian yang kita semua ingin kecapi ialah hidup bersederhana, boleh berdikari, tidak mudah meminta pertolongan dengan sesiapa bahkan mudah untuk membantu orang lain yang sedang di dalam kesusahan dan kesempitan.

Sumbangan derma yang sunat atau yang diwajibkan akan menambah keberkatan rezeki, keselamatan dan kesihatan hidup sekeluarga.

Setiap minggu/bulan mesti dirancang berapa jumlah/kos untuk sumbangan derma kepada pihak-pihak tertentu untuk tujuan membersihkan hati, mencari redha Allah s.w.t. dan menolak bala bencanaNya.

Selamat mengurus kewangan anda dengan bijak.




Saturday, October 10, 2009

BAGAN PINANG DAN RASUAH

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tetap dicalonkan oleh UMNO walaupun didapati bersalah dan tindakan disiplin telahpun diambil kerana politik wang.

Mencalonkan Isa Samad tidak akan menjejaskan imej UMNO dalam memerangai politik wang dan rasuah kerana kesalahan adalah bersifat teknikal dan sudahpun selesai tempoh hukuman.

Harga diri dan integriti Isa Samad telahpun dipulihkan dan Isa sewajarnya boleh diberi peluang semula untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Sembilan.

Pengundi seumur atau seangkatan dengan Isa mungkin boleh menyokong Isa kerana mereka mudah tersentuh untuk memberi kemaafan atas keterlanjuran tersebut.

Pengundi muda tidak melihat seorang calon dari aspek sumbangan jasa yang telah diberi, namun situasi sekarang mengkehendaki seorang ahli politik dan pemimpin yang bersih dari segala elemen rasuah dan mementingkan diri sendiri dan sifat 'bermuka-muka', seolah-olah simpati dengan nasib rakyat.

Gelombang rakyat menentang dan hendak menghapuskan rasuah memungkinkan Isa boleh tewas di saluran pengundi muda.

Mengundi Isa bermakna rasuah masih berleluasa, membiak dan belum ketara untuk dibasmi oleh UMNO.

UMNO belum serius membasmi politik wang dan rasuah politik.

Selamat mengundi kepada yang layak.




Friday, October 09, 2009

PELACUR ASING

Negara kita sejak akhir-akhir ini dilawati ramai pelancong asing.

Kempen melawat Malaysia dianggap berjaya, berdasarkan pertambahan pelawat khususnya dari Timur Tengah, Asia Tengah dan Timur Jauh.

Kepesatan industri pelancongan mengundang kemasukan pelbagai karenah mereka.

Mereka yang ingin atau berhasrat berkunjung atau melawat ceruk rantau negara dan menikmati segala keindahan negara adalah amat dialu-alukan.

Namun, ada segelintir menggunakan keistimewaan pelawat untuk aktiviti tidak bermoral.

Aktiviti perdagangan manusia yang didalangi oleh orang tempatan amatlah dikesali.

Amat malang, pelajar-pelajar asing turut terlibat. Mereka menyalah-gunakan visa pelajar untuk aktiviti yang dianggap mencemarkan nama negara masing-masing.

Tiada jalan singkat untuk menyelesaikan isu ini, melainkan semua terutama pihak berkuasa tempatan, pihak polis, penguatkuasa yang mempunyai 'authority' seperti imigresen, kejiranan, orang kenamaan, rumah-rumah persendirian, hotel murah dan eksklusif bekerja sama memberi maklumat dan turut serta bertanggungjawab membina persekitaran sosial yang bebas daripada semua elemen maksiat dan tidak bermoral.

Tindakan undang-undang dan buang daerah kepada 'ibu atau bapa ayam' atau penghantaran balik pelawat dan pelajar tidak bermoral dan disekat daripada memasuki negara ini semula hendaklah dilaksanakan secara tegas.

Kebanjiran pelacur asing akan hanya mengundang bala bencana kepada negara.














Wednesday, October 07, 2009

GEMPA BUMI DI PADANG

CATATAN 2 : MISI 1 GPM KE PADANG

Isnin 5 Oktober 2009

Di Padang banyak hotel-hotel besar berbintang yang mengalami kerosakan teruk. Tetapi hotel-hotel kecil kebanyakannya selamat dari kesan gempa. Ini mungkin kerana hotel-hotel berbintang bangunannya besar dan lebih mudah rosak bila berlaku gempa.

Keadaan mangsa gempa sangat menyedihkan. Mereka ketakutan dengan gempa susulan, jadi mereka berada di luar rumah sementara bekalan elektrik telah terputus. Hujan lebat yang turun menyusuli gempa menyulitkan lagi keadaan mereka. Dianggarkan paling kurang diperlukan 10 ribu unit khemah darurat bersaiz keluarga untuk menampung penghuni yang rumah mereka rosak binasa, apatah lagi dalam keadaan cuaca yang sering hujan kini.

Harga barang-barang keperluan melonjak naik. Cili merah yang menjadi bahan asas dalam masakan Minang naik daripada Rupiah 30 ribu ke Rupiah 60 ribu se kilo. Barang barang lain juga mengalami kenaikan harga sekitar 30 ke 40 peratus.

Sebelah petang kami sempat singgah minum teh di rumah Bapak Adel Tasman anggota DPRD Sumbar. Beliau ialah adik kepada Aktifanus Jawahir anggota misi kami.

Kami telah menerima informasi tentang Pondok Pesantren Buya Hamka di Maninjau. Asrama pelajar lelaki dan rumah guru tidak dapat digunakan lagi. Namun asrama pelajar puteri, bagunan utama dan masjid masih utuh. Kerana bahaya tanah runtuh, warga pesantren telah pun berpindah ke Masjid Bancah. Setakat ini sudah ada lebih daripada 20 kejadian tanah runtuh disekitar Danau Maninjau.

Kami meneruskan perjalanan ke Pariaman, kawasan yang paling teruk dilanda gempa.
Malamnya kami bermalam di rumah Bapak Arsil Ibrahim yang pernah tinggal agak lama di Kuala Lumpur. Beliau kini bekerja di Jakarta namun adalah penduduk asal Pariaman. Alhamdulillah, rumah dan keluarga Arsil di Pariaman selamat.

Esok pagi kami akan membuat tinjauan sekitar Pariaman.

Laporan dari :
Mohd Asri Abdul, Ketua Eksekutif GPM
Akmal Hisham Abdul Rahim, Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM
Aktifanus Jawahir, Sukarelawan GPM

(Kiriman daripada sahabat saya, Shafudin Mohd Yatim, Presiden Kelab Melayu Hull, UK)

Saturday, October 03, 2009

BERAYA SEBULAN

Konsep rumah terbuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin rancak, besar dan meriah.

Para pemimpin kerajaan bahkan korporat mengadakan sambutan secara besar-besaran yang tentunya akan melibatkan peruntukan yang besar dan sumbangan daripada para dermawan.

Malaysia bolehlah dianggap mempunyai pelbagai budaya dan cara hidup yang unik dan jalinan kemesraan antara pemimpin dan rakyat wajar dilakukan.

Malaysia terpaksa dan perlu banyak merancang aktiviti sosial dan makan-makan dan beramah mesra, sehingga negara kita ini dianggap terlampau banyak cuti dan aktiviti sosial (social activities and functions).

Banyak masa dan tenaga turut ditumpukan kerana mengikuti arus suasana atau iklim politik semasa yang mengkehendaki kekerapan menemui rakyat jelata.

Konsep 1 Malaysia seperti yang diilhamkan oleh PM meminta rakyat didahulukan.

Kebaikan utama aktiviti sosial seperti aktiviti beraya memungkinkan hubungan sokongan berterusan dan berkekalan dengan kerajaan yang sedia ada memerintah.

Inilah cara atau kaedah kerajaan atau pemimpin bersedekah, melabur dan mengambil hati rakyat.

Persoalannya, bagaimanakah cara untuk mengubah setiap individu rakyat berfikir, berdikari, melakukan perubahan kepada diri, keluarga, berkerjaya mampan, berpelajaran, berpendidikan dan turut memberi sumbangan bermakna kepada negara/negeri wajar difikirkan oleh pemimpin. Tugas ini terlebih sukar daripada menjemput orang datang makan dan bersantai.

Mengapa tidak peruntukan yang ada dan para dermawan menyokong dan mendirikan rumah anak yatim, menaja, membiayai dan membantu persekolahan mereka termasuk anak-anak orang fakir dan miskin? Setidak-tidaknya menyalurkan zakat untuk membantu menyelesaikan aspek ekonomi dan sosial kumpulan yang disebut miskin tegar.








Thursday, October 01, 2009

Mathematics

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Now, take a look at this... 101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:
H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:


L-O-V-E-O-F- G-O-D


12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of Allah that will put you over the top!

It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did..

Have a nice day & Allah bless!!

Forward by friend

Thursday, September 24, 2009

Sultan dan Politik

Dilaporkan di dada akhbar arus perdana, Sultan Pahang menyeru dan merayu agar rakyat negeri Pahang terus menyokong kerajaan BN. Baginda bertitah, rakyat sewajarnya bersama kerajaan BN untuk agenda penerusan pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan. Alasannya, kerajaan BN telah banyak berjasa dan memberi faedah kepada rakyat.

Aku merasakan di dalam keadaan UMNO dan parti-parti komponen BN yang rata-rata diselubungi dengan pelbagai masalah dalaman, tidak perlulah Sultan turut serta untuk berperanan aktif berkempen untuk BN. Kita berilah kepercayaan dan amanah kepada rakyat untuk memilih parti politik yang diinginkan dan menentukan nasib mereka sendiri.

Sultan sewajarnya menjaga institusi raja dan agama. Kita serahkan orang politik berbicara dan bermain politik.

Tuesday, September 22, 2009

Monday, September 21, 2009

Umat Islam Kemboja (Kampuchea)

Aku tersentuh, hiba, sedih dan amat simpati ketika melayari beberapa laman web NGO dan membaca beberapa makalah, artikel mengenai kedudukan umat Islam di Kemboja.

Umat Islam yang kini dianggarkan sejumlah 700,000 orang (4% daripada keseluruhan penduduk) ternyata teramat mundur dan miskin ekoran kehancuran, kemusnahan yang dilakukan oleh kerajaan Pol Pot (Khmer Rouge).

Ramai para ilmuan Islam( ulama dan ustaz) dibunuh dan tempat-tempat ibadat (masjid), sekolah, kawasan penempatan serta ekonomi turut musnah.

Akibatnya, generasi baru mereka terjerumus dalam kancah kemiskinan dan tiada ilmu pengetahuan Islam dan kemahiran untuk menyambung kehidupan lebih sempurna.

Demi untuk mempertahankan aqidah dan taraf hidup umat Islam Kemboja, rayuan derma dan bakti anda amatlah diperlukan untuk membangunkan aktiviti berikut:-

i. Pengajian Agama di setiap kampung di seluruh Kemboja
ii. Melawat sendiri ke Kemboja untuk meninjau dan memberi bantuan bagi mengurangkan kesusahan mereka. Sumbangan boleh disalurkan di dalam bentuk wang tunai, barangan makanan, buku agama, Al-Quran, menaja penuntut belajar dan sumbangan kepada pembinaan dan peralatan masjid.
iii Pembinaan madrasah dan universiti Islam bagi membangunkan pendidikan umat Islam di negara ini.

Aku difahamkan ketika ini, Mufti Kemboja dan Presiden Pembangunan Islam Kemboja, merangkap Menteri Buruh dan Vokasional, Othsman Hasan melawat Malaysia memohon bantuan kerajaan Malaysia dan individu Islam bagi melaksanakan impian meningkatkan ilmu pengetahuan, taraf hidup dan ekonomi umat Islam di negara ini.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidil Fitri





Assalamualaikum, kepada semua kaum muslimin dan muslimat di mana jua anda berada, yang lama dikenali atau baru sahaja berkenalan, khususnya, jiran dan teman-teman di sekitar Bandar Puncak Alam, Saujana Utama, Desa Subang Permai, TTDI, Jaya, Shah Alam, di Kg. Bukit Hijau, dan kampung di sekitarnya.

Begitu juga kepada kaum kerabat, sanak saudara yang jauh dan dekat, terutama di Kg. Bukit Hijau dan Sg. Nerek, Chenor, Mentakab.

Tidak dilupakan teman-teman pelajar di seluruh UK terutama di Manchester, dan di University of Hull, terutama Presiden kelab dan barisan AJK Melayu Hull, teruskan perjuangan anda dan sentiasa bersemangat menghadapi apa jua ujian dan rintangan yang mendatang.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sekolah dan universiti yang masih ingat bersekolah di Sekolah Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor (1974-1979), Sek. Agama Men. Tinggi Hisamuddin, Klang (1980-1981), dan di UKM (1982-1986), Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal, Kajang (1995) UM (1998 & 2001-2003).

Kepada para pengunjung blog ini, anda semua teruskan aktiviti anda dan sentiasa menyokong penerusan kelangsungan semua blog dengan komen atau idea yang membina. Eratkan silaturrahim sesama kita.

Kepada keluarga, pengunjung, sahabat, rakan blogger, teman sepejabat di Kuala Lumpur dan di seluruh negara, kiriman melalui blog sebagai pengganti diri. Dengan ingatan tulus ikhlas, Eid Mubarak, Maaf Zahir dan Batin. Ngaturraken sedhoyo lepatan kulo same dingapuro ngeh. Semoga kita dapat bertemu di Ramadan tahun hadapan. Sesiapa yang ingin menghubungiku, bolehlah 'dial my number' 013 2087361.

Daripada Razali, Rokimah, Fathul, Nahdia, Nashrul, Hakim dan Hidayat

Monday, September 14, 2009

Royalti Minyak

Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak berjumlah RM1 bilion, namun kenyataan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, permohonan Kelantan masih di peringkat kajian kerana alasannya, kawasan minyak yang dijumpai itu berada di zon antarabangsa dan Perdana Menteri turut melaporkan pada 1 Ogos lalu, proses kajian mendalam wajar dilakukan kerana melibatkan kawasan bertindih.

Menurut Awang Adek Hussin juga, telaga minyak terletak jauh dari pesisir pantai Kelantan.

Kerajaan Kelantan menuntut tunggakan royalti adalah sejak 2004.

Sikap kerajaan Persekutuan

1. Sentiasa melengah-lengahkan tuntutan apabila kerajaan diperintah oleh parti pembangkang, seperti yang terjadi di Sabah dan Terengganu.

2. Kerajaan Pusat berhak dan dianggap sesuai dan amat tetap membelanjakan wang daripada hasil minyak untuk pembangunan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu untuk kegunaan sesuatu negeri tertentu.

3. Alasan yang pelbagai diberi bagi menyelesaikan tuntutan tersebut, namun hakikatnya, tiada kesungguhan dan kajian mendalam dilaksanakan segera.

4. Kerajaan Pusat menuduh kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut royalti kerana royalti minyak bukan milik negeri sebagai kenyataan Menteri MITI, Datuk Mustapa Mohamed, semasa pilihananraya kecil Manek Urai.

5. Petronas wajar bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang sebenar dan bukan bermain politik.



Saturday, September 12, 2009

Falsafah Ramadan

Bulan Ramadan ialah bulan tarbiyah jiwa; untuk membina jiwa sensitif dengan Islam dan memperjuangkannya sebagai matlamat dalam kehidupan.

Bulan Ramadan bukannya untuk bulan ibadat khusus semata-mata untuk memperolehi ganjaran pahala, namun hakikatnya, kita sewajarnya berfikir untuk sama-sama melahirkan keinsafan dan berusaha menjinakan hati agar peka dan insaf mengenai kehidupan masyarakat Islam dan berusaha bersedekah dan berzakat, membantu dari aspek kewangan dan lain-lainnya bagi meringankan bebanan hidup orang yang miskin dan seumpamanya.

Bulan Ramadan menuntut orang Islam peka tentang setiap ajaran Islam dan setiap diri berusaha untuk melatih diri reda dengan setiap sudut hukum Allah s.w.t; menuntut proses pembaikan dan perubahan diri.

Bulan Ramadan ialah bulan ilmu menuntut setiap orang Islam mempelajari ilmu-ilmu Islam dan dapat meningkatkan amalan sehingga orang bukan Islam mengakui kebaikan dan kehebatan Islam dari setiap sudut pelaksanaan amal-amal Islam.

Monday, September 07, 2009

TAZKIRAH

Di bulan Ramadan ini, program tazkirah amat menggalakkan di seluruh masjid dan surau di negeri Selangor.

Ramai ustaz menyampaikan kuliah/tazkirah dan kerap tajuk atau perbincangan adalah sama atau diulang-ulang.

Maka dicadangkan untuk memperbaikinya, pada tahun hadapan, satu modul untuk mempelajari isi kandungan Al-Quran wajar dirancang.

Semua ustaz tidak terkecuali penceramah bebas akan menyampaikan tajuk atau apa jua perbincangan berdasarkan modul yang disediakan.

Tujuan utama modul khusus yang dirancang adalah untuk memastikan wujudnya perkongsian ilmu, suatu pembentukan pemikiran yang sama untuk faedah semua ahli kariah; membimbing, mempelajari dan memahami Islam dalam konteks yang sebenar untuk kebaikan ibadat, pemantapan jiwa mereka dan proses meningkatkan kesedaran menuntut ilmu untuk pembangunan kehidupan umat dan manusia sejagat, di samping mempunyai hubungan toleransi beragama.


Friday, September 04, 2009

ANOTHER BY-ELECTION


Bagan Pinang, Negeri Sembilan assemblyman Azman Mohammad Noor died at the Seremban Specialist Centre at 2.30pm due to blood septicimea. He was 55.

In the 2008 general election, Azman won the Bagan Pinang seat by a majority of 2,333 votes. Hegarnered 6,430 votes against Ramli Ismail of PAS, who had 4,097 votes. Bagan Pinang, located in the Teluk Kemang parliamentary seat in Port Dickson is a Malay-Muslim majority, make up 66%, while Chinese, 10.5%, and Indian, 19.9%.

A by-election will see a UMNO vs PAS rematch. It will be an opportunity for PAS and the opposition coalition to test their reform message.

Thursday, September 03, 2009

WHY MINDANAO?

Impacts of war:-

1. Refugee life leave lasting physical impacts.

Menurut Norwegian Refugee Council-Internal Displacemet Monitoring Centre, 2009, pelarian perang di Mindanao disenaraikan sebagai pelarian paling terabai berbanding dengan pelarian di negara-negara lain di dunia pada tahun 2008.

Sejumlah 300,000 pelarian masih berada di kem-kem perlindungan (Philippine National Disaster Coordinating Council, 2009)

5 daerah di bawah Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) mempunyai kadar terendah hayat hidup, anak-anak bersekolah dan pendapatan berbanding dengan daerah-daerah lain di seluruh Filipina. Kadar buta huruf tertinggi (Philippine Human Development Report, 2008/2009)

Dari 1,000 kanak-kanak yang lahir setiap tahun di ARMM, 34 orang mati sebelum umur mereka mencapai 1 tahun dan 50 lagi mati sebelum umur mereka mencapai 5 tahun (UN office for the Coordination of Humanitarian Affairs, 2009)

Lebih 375,000 penduduk (majoritinya umat Islam) telah mengalami bencana banjir besar pada bulan Julai dan Ogos 2009. Nilai kemusnahan lebih dari PhP I billion atau kira-kira RM80 juta (philippine National Disaster Coordinating Council, 2009). Sudahlah jatuh ditimpa tangga.

Kajian yang dilakukan oleh ACT Malaysia pada Julai 2009 ke atas 11 buah rumah yatim di Central Mindanao, keadaan prasana rumah-rumah anak yatim adalah sangat dhaif. Rata-rata mereka tidur di atas lantai sahaja tanpa tilam bantal yang sempurna dan tiada almari baju. Mereka terdedah kepada penyakit kerana kesukaran memperolehi sumber air bersih. Keadaan ini terbiar setelah NGO's Islam pulang ke negara- negara masing akibat tekanan daripada September 11, kuasa Barat dan kerajaan Filipina. NGO's Keristian dibenarkan aktif atau bergerak. NGO's Malaysia amat dialu-alukan dan umat Islam Mindanao sentiasa berbesar hati menerima kehadiran dan sumbangan daripada orang Malaysia.

Fakta yang jelas:

1. Kerajaan Filipina tetap tegas untuk memerangi puak pemisah daripada MILF, ekoran kegagalan perjanjian perdamaian dan autonomi penuh dan setelah pengaman Malaysia (Pasukan Pemantauan Antarabangsa) ditarik balik.

2. Wilayah umat Islam di Mindanao bersifat autonomi hanya sekitar 25% dan sebahagian besar wilayah Mindanao telah dikuasai oleh penduduk yang berasal dari utara Pulau Luzon (beragama Keristian) secara rampasan tanah setelah gagal membayar hutang atau pinjaman, peperangan (ramai umat Islam melarikan diri daripada kampung halaman) dan pelbagai perjanjian tanah yang berat sebelah dan tekanan atau penindasan.

3. Syarikat besar termasuk daripada luar negara membuat pelaburan dalam hasil pertanian dan akhirnya, tanah tergadai daripada orang Islam. Mindanao adalah wilayah yang kaya dari aspek penanaman kelapa, hasil pertanian lainnya, seperti pisang, jagung dan hasil gas dan emas.

4. Penindasan dan kezaliman ke atas umat Islam sejak zaman kedatangan penjajah Sepanyol, Amerika Syarikat dan dilanjutkan oleh kerajaan Filipina sendiri yang ingin merampas hak umat Islam.

Untuk maklumat lanjut dan sumbangan, hubungi ACT MALAYSIA, Suite 1, Pusat Komuniti Sg. Kantan, 43000 Kajang, Selangor, telefon 03 87395871 atau 014 9228905 atau e-mel: actmy.care@gmail.com atau website: www.actmalaysia.org.my


Monday, August 31, 2009

HADIAH MERDEKA

Mulai esok, petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter, manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter.

Sunday, August 30, 2009

DOA MAKBUL

1. Hati mesti mantap, khusyuk, tidak hanya sekadar mulut berkata-kata. Memohon sesuatu mesti bersungguh-sungguh, mengulang-ulangi, penuh harap pada waktu yang mustajab, khususnya di pertiga malam, di dalam bulan Ramadan.

2. Menjaga adab doa, berlemah lembut dengan Allah dan sentiasa menghindarkan perilaku buruk seperti memutuskan silaturrahim antara keluarga.

3. Sentiasa bersihkan diri berwuduk, merendah diri, ikhlas kerana Allah semata-mata, tidak terburu-buru meminta.

4. Berusaha untuk menghisab atau mencari kesalahan-kesalahan sendiri atau dosa dan memohon ampun segera. Sebaik-baiknya solat dua rakaat sunat hajat dan memohon sesuatu yang diharuskan dan bukan yang mustahil.

5. Pastikan makanan, minuman, pakaian dan sesuatu yang kita gunakan seharian adalah dari sumber yang halal dan baik dan bukan sumber yang haram. Perkara kelima ini wajib dijaga, dihalusi dengan sempurna.

Dewasa ini, makanan dan minuman orang Islam banyak yang tidak bersih, suci dan halal kerana masih banyak diproses atau dikilang atau diimport daripada orang bukan Islam. Sesungguhnya, makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam belum dapat menjamin kebersihan, kesucian dan kehalalannya, memandangkan mereka bukan mengetahui persoalan hukum halal-haram, daripada perspektif agama Islam.

Maka, yang lebih selamat, cuba usahakan dan membeli sesuatu daripada orang Islam sendiri. Tanda atau simbol halal tidak menjamin, ianya benar-benar halal. Mencari yang benar-benar halal adalah suatu tuntutan wajib. Maka, waspadalah teman-teman sekelian.

Saturday, August 29, 2009

ERTI MERDEKA

Merdeka bererti;

1. Berusaha meninggalkan undang-undang negara penjajah dan melaksanakan undang-undang sendiri.

2. Minda tidak dijajah atau dibelenggu dengan idea, pemikiran, saranan kaum Yahudi dan Nasrani, sehingga sanggup meneruskan program tajaan mereka dalam seluruh kehidupan ini.

3. Membebaskan diri daripada cengkaman dunia kehidupan sekular di dalam diri individu, masyarakat dan negara.

4. Tidak mengabdikan dan menyerahkan diri kepada manusia lain, sehingga memaksa manusia tunduk dengan peraturan dan sistem manusia semata-mata.

5. Media bebas dan rakyat turut bebas memilih pemimpin yang mereka yakini. Ini bermakna, rakyat berhak dengan penuh integriti menentukan kepimpinan negara.

6. Rakyat menerima dan menikmati semua kemudahan terutama pendidikan percuma sehingga umur tertentu bagi menghindarkan mereka daripada kejahilan dan 'diperbudak-budakkan' oleh pemimpin.

7. Sistem keadilan sosial, ekonomi dan politik hendaklah ditegakkan.

8. Rakyat pelbagai agama, budaya, adat resam mestilah bersedia bekerjasama dan menghormati agama dan hidup masing-masing dan bersedia untuk memberi ruang ajaran masing-masing dilaksanakan secara aman dan rela.

Wednesday, August 26, 2009

NEW PICTURES








Dinner at Zuber's House, 158, Clumber Street, Hull.

Tuesday, August 25, 2009

UMNO TERSUNGKUR DI BULAN RAMADAN


Sekali lagi calon UMNO yang mewakili BN tewas di tangan PAS dengan majoriti 4,551 undi. Calon PAS Mohd Salleh Man memperolehi 9,618, manakala calon BN, Rohaizat Othman 5,067 undi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kempen pilihanraya Permatang Pasir kecewa dengan sikap pengundi yang menolak 'pembangunan' untuk perubahan.

Di antara sebab UMNO tewas ialah pemimpin UMNO masih menganggap rakyat boleh mengikut telunjuk mereka, buta politik dan ' gula-gula pembangunan' hanya boleh dilakukan oleh parti politik mereka sahaja. Ini bermakna, mereka tidak percaya dan tidak bersedia menghormati bahawa parti lain juga turut berkebolehan dan berkemampuan untuk melakukan perubahan; seolah-olah UMNO/BN sahajalah yang boleh mengurus negara secara "bijaksana".

Hakikatnya, di mata para pengundi, pemimpin UMNO belum bersedia mengurus negara ini dengan penuh integriti, keadilan dan 'menjadi keutamaan rakyat', yang umumnya mereka masih banyak mengulangi penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, institusi, pegawai-pegawai awam, undang-undang dan masih bersifat "kebudakan".

Tahniah PAS dan takziah UMNO.

Sunday, August 23, 2009

BERPUASA

Aku merasakan berpuasa ketika cuaca panas terik, banyak mendatangkan keinsafan dari pelbagai sudut;

1. Lapar dan dahaga meneguhkan keyakinan bagaimana orang miskin merasakan keperitan dan kepayahan dalam meneruskan kehidupan.

2. Menguji kesabaran dari pelbagai sudut, terutama menahan diri daripada menikmati hidangan berbuka yang berlebih-lebihan atau membazir.

3. Berusaha untuk bersyukur dengan semua pemberian daripada Illahi.

4. Berfikir untuk memberi sedekah kepada orang miskin dan mereka yang wajar diberikan pertolongan.

5. Sesama manusia sewajarnya bersifat berkasih sayang dan bersungguh-sungguh membantu meringankan bebanan masalah kehidupan yang dihadapi.

6. Cuaca yang sifatnya pelbagai, tidak akan menjadikan alasan untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Friday, August 21, 2009

BERPUASA

Selamat Berpuasa kepada semua kaum kerabat, sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai jauh dan dekat, khususnya di UK dan di Malaysia, pada hari esok, Sabtu 22 Ogos, 2009. Kepada semua kenalan dan jiran di Puncak Alam selamat menyambut bulan ibadat ini dengan keikhlasan sebenar.

Marilah kita menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan mengukuhkan hubungan dengan Pencipta, memohon ampun akan segala kesalahan yang sengaja dilakukan, tetap meningkatkan dan istiqamah menunaikan segala suruhanNya dan sentiasa muhasabah mencari kesalahan sendiri untuk diperbaiki.

Syaitan yang telah dipenjarakan, seharusnya diambil peluang memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri sendiri, terutama kepekaan kita membantu mereka yang tidak bernasib baik seperti mereka yang miskin.

Kepada mereka yang selalu cepat marah dan suka mengumpat orang, hentikanlah perbuatan yang sia-sia itu.

Kepada yang ketagih merokok, mungkin boleh difikirkan untuk memberhentikan amalan yang tidak sihat ini.



Monday, August 17, 2009

WHAT TYPE OF LEADER ARE YOU?

Are you the directive, participative or "team-oriented" style of leadership? Please answer, yes or no.

1. Do you like the authority which leadership brings?

2. Generally, do you think it is worth the time and effort for a leader to explain the reasons for a decision or policy before putting policy into effect?

3. Do you tend to prefer the planning functions of leadership, as opposed to working directly with your members?

4. A stranger comes into your work area, and you know the person is a new member. Would you first ask, "What is your name?," rather than introduce yourself?

5. Do you keep your members totallly up to date on developments affecting the groups?

6. Do you find out that in giving assignments, youn tend to state the goals, and leave the methods of performing the tasks up to your members?

7. Do you think leaders should remain distant from members, because in the long run familiarity breeds less respect?

8. When deciding about an event (e.g. training camp), you have heard that the majority prefers to have it on saturday, but you are sure Sunday would be better for all. Would you put question to a vote rather than make the decision yourself?

9.If you could, would you actively seek advice from your members on person to person level?

10.Do you find it fairly easy to give low ratings when evaluating your members?

11. Do you think you should be friendly with your members?

12. After considerable time, you determine the answer to a tough problem. You pass along the solution to your members who critique it rigorously. Whould you be annoyed that the problem is still unsolved, rather than become upset with them?

13. Do you agree that one of the best ways to avoid problems of discipline is to provide adequate punishment for violation of rules?

14. Your members are criticizing the way you handled a situation. would you try to convince them, rather than stress that your decisions as leader are final?

15. Do you generally leave it up to your members to contact you whenever informal day to day communication are needed?

16. Do you feel that your members should have some personal loyalty to you?

17. Do you like using committees, rather than making decisions alone?

18. Do you perceive differences of opinion within your work group as being healthy?

Sunday, August 16, 2009

Ziarah



Gambar terkini kami sekeluarga bersama keluarga Hasmi di Hull, ketika ziarah di rumah Hasmi di Newland Avenue pada Sabtu, 15 Ogos, 2009.

British soldier


201 British soldiers died in Afghanistan. PM Gordon Brown said, they are brave, committed and professional.

Their families have been told.

MERCEDES BENZ BERWARNA EMAS PUTIH (A WHITE GOLD)







Seolah-olah kemelesetan ekonomi tidak memberi kesan buruk kepada seseorang. Kereta Mercedes Benz dikabarkan dipunyai oleh jutawan minyak Abu Dhabi. It's seems, there is no "global recession".

Featuring the newly developed V10 quad turbo with 1,600 horsepower and 2,800nm of torque, 0-100km/h in less than 2secs, 1/4 mile in 6.89secs running on biofuel. It's white gold.























Saturday, August 15, 2009

CARA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52?







Sudah menjadi kebiasaan, pada saban tahun, sambutan hari kemerdekaan dilakukan dengan cara mengibarkan bendera Jalur Gemilang di kereta, di hadapan kedai, rumah dan di mana-mana tempat yang sesuai, atau memakai 'T shirt atau mungkin terlonjak-lonjak ketika menonton TV ketika para artis kita menyanyi lagu-lagu patriotik atau menonton di kaca TV atau turut serta berada di hadapan perarakan hari kemerdekaan dilangsungkan.

Mungkin rohani terasa sejuk sedikit, jika ada yang turut serta berada di Masjid Negara kerana diarah untuk majlis bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat.

Kita akan merasa bersemangat apabila lagu negaraku dikumandangkan dan teriakan "merdeka" dilaungkan.

Soalnya, bagaimanakah cara yang sesuai untuk memastikan semua rakyat Malaysia terutama generasi muda mempunyai semangat patriotik atau cintakan negara (ternyata ramai yang lupa atau lack of spirit)?

1. Kebanyakan melaungkan atau menjeritkan perkataan "merdeka" hanya dibibir dan sekadar memacakkan bendera di hadapan rumah, namun adakah kita merasakan sesuatu nilai "kebebasan sebenar" sebagai rakyat yang merdeka, terutama aspek pemikiran dan menikmati layanan kemudahan atau faedah sebenar sebagai seorang rakyat yang merdeka.

2. Di dalam hatiku, aku ingin melihat rakyat tidak dibelenggu, dimanipulasi, "diperbodohkan dengan idea atau dasar yang berubah-ubah" atau kadang-kadang menjadi "pak turut". Para pemimpin negara sentiasa cuba memaksa rakyat agar akur dengan kaedah dan cara mereka berfikir dan bertindak. Aku ingin melihat minda rakyat bersih dan tidak ada elemen paksaan atau ugutan. Apatah lagi, rakyat seolah-olah masih belum menerima sepenuhnya pembangunan kerana setiap pilihanraya, isu pembangunan menjadi modal penting untuk menarik para pengundi.

3. Negara kita yang ternyata masih banyak dibelenggu dengan isu kemiskinan rakyat, masalah dadah, keruntuhan moral atau akhlak, kadar kemalangan jalan raya yang tinggi, aspek jenayah yang pelbagai yang semakin meningkat dan keselamatan yang dicetuskan oleh kaum pendatang, ekonomi yang masih lembab, persengketan dan percaturan politik yang tidak sihat, harmoni dan bersifat terbuka, media elektronik dan massa yang masih "bersikap berat sebelah", konsep federalisme, yang tidak dipatuhi sepenuhnya, serangan wabak selsema babi, H1N1; sekadar menyebutkan isu-isu ini, adakah seronok dan terasa meriah menyambut kemerdekaan?

4. Adakah tema kemerdekaan yang dipilih saban tahun, dipastikan benar-benar membebaskan diri setiap rakyat daripada kesusahan, kepayahan dan kesempitan hidup dan kehidupan tertekan dengan pelbagai masalah harga barang dan perkhidmatan yang semakin tinggi dan kangkangan akta yang masih bersifat "zalim" atau menindas, dan tidak mesra rakyat.

5. Alangkah cantiknya, jika kita dapat menyorot sejarah semua para pejuang dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang berjasa dan gugur di dalam menegakkan "kebebasan" daripada penjajahan. Seminar, pembentangan kertas kerja, penyampaian sajak, forum boleh diatur untuk memperkenalkan dan menyemarakkan idea mereka untuk diiikuti oleh generasi muda sekarang. Ini bermakna, semua tokoh pejuang, perwira negara, tidak hanya terbatas kepada golongan nasionalis dipaparkan, terutama tokoh UMNO, seolah-olah mereka sahajalah pejuang sebenar.

Rumusannya, apakah nilai kemerdekaan pada diri anda? Sila berikan jawapan masing-masing, secara jujur. I wish my friends and all Malaysians happy Merdeka and everyone have good holiday.