Friday, June 22, 2007

Lawatan Ustaz Mohd Erfino Johari





Pada hari Ahad, 17 Jun, 2007, Pegawai Agama, Education Attache MSD UK & Ireland, berpejabat di London, Ustaz Mohd Erfino Johari sudi melawat pelajar Melayu di Hull University. Beliau datang seorang diri dan sempat beramah mesra dan bertukar-tukar fikiran dalam majlis dialog yang diadakan. Beliau selamat sampai di Hull pada jam 2.45 petang disambut oleh pengerusi Kelab Melayu Hull, Ahmad Naqiyuddin Bakar dan semua pelajar serta keluarga telah sedia menanti. Lawatan beliau turut dicatatkan di dalam blog beliau. Sila layari, http://erfino.blogspot.com/2007/06/ziarah-dan-perjumpaan-di-hull.html untuk tatapan seterusnya.