Friday, January 30, 2009

"An nasihah"


Selepas waktu maghrib, aku mengambil kesempatan bersembang-sembang dengan anak perempuanku Nahdia. Bulan Jun ini, Nahdia akan menduduki peperiksaan As Level Exams. Anakku kini belajar di 'six form' St. Mary's College di Cranbrook Avenue, Hull, HU6 7TN. Aku duduk sejenak bersamanya untuk memberi perangsang, dorongan dan motivasi kepadanya. Kadang-kadang kita sebagai ayah, lantaran sibuk urusan diri dan kerja, tiada berkesempatan untuk bertanya-tanya atau berkomunikasi dengan ahli keluarga, terutama anak-anak. Walaupun hanya perbualan biasa mengenai pelajaran, namun perlu juga sebagai bapa, aku wajar memberi semangat untuk anakku belajar dan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan yang akan didudukinya.

Aku sekadar memberi nasihat cara-cara belajar, teknik-teknik meramal soalan dan memberikan jawapan-jawapan terbaik yang dirasakan munasabah untuk diikuti berdasarkan pengalamanku sendiri. Aku turut meminta anakku kerap bertanya sesuatu kepada gurunya di samping lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., memohon pertolongan daripadanya, agar dipermudahkan segala urusan. Aku meminta anakku sentiasa solat hajat, zikir dan membaca Al-Quran agar dijauhkan daripada sifat-sifat malas dan melalaikan. Aku turut meminta kepada anakku agar jangan melakukan kerja-kerja yang sia-sia dan yang tidak mendatangkan faedah, umpamanya, menonton TV berlebih-lebihan atau di hadapan komputer 'chit-chat' atau main 'games' atau mendengar lagu terlampau lama.

Pada petang ini, aku sempat menceritakan kepada anakku tentang what are the advantages studying abroad and does a person have in knowing how to face life. Aku nyatakan, kita beruntung dapat tinggal di UK dan tidak bersusah payah untuk mempelajari 'actual English', to gain the best teachers and free education, worldwide recognized, quality and high standard and afterall without spending even one cent for any fees. Aku meminta anakku agar banyak belajar memahami erti belajar di dalam usia yang masih muda. Masa ini masa belajar, bukan untuk memikirkan perkara-perkara lain atau keseronokan atau di alam fantasi.

Aku turut menceritakan bagaimana ada pelajar lain datang ke sini, setengahnya keluarga mereka akan terpaksa atau sanggup berbelanja besar untuk menghantar anak mereka belajar. Kerajaan juga turut membiayai sejumlah wang yang banyak untuk seseorang pelajar.

Aku merasakan dengan berbual-bual dengan anakku, dapat menambahkan rasa kesedaran untuk meningkatkan potensi dirinya. Aku mengharap, keprihatinanku akan meniupkan semangat dan membahagiakan perasaannya. May Allah knows what is the right one and mercy upon us.

Thursday, January 29, 2009

Gaza War Demonstration, Hull, 10th January, 2009


My friend, Shafudin took part in the 'Stop the Gaza War' demonstration in Hull City Centre. Hari itu hari Sabtu dan temanku ini berhimpun mulai jam 1.30 tengahari-3.30 petang. Sahabatku ini, pergi dengan Syahida, 19 tahun, Zubair 8 tahun dan seorang pelajar ‘undergrad’, Syakirin (Syek). Antara aktiviti yang berlangsung ialah perarakan, ucapan-ucapan di depan tugu berhampiran Paragon Station dan di depan Bangunan BBC Hull. Pihak polispun mengawal dengan baik. Aku difahamkan ramai juga rakan-rakan Islam dari 'Middle East', Pakistan menghadiri demonstrasi ini.

It was interesting to see people of all races and nationality turned up to speak out against the terror and inhumane current events of the Gaza Strip. It really was brilliant to see all kinds of people united on this subject - "this war must stop, regardless of favourable sides." I am completley positive on the issue, and I strive for Israelis and Palestinians to coexist peacefully. Let see, how Obama handling this issue. Solving this issue should be everyone's concern. Aku sertakan doa qunut nazilah untuk rujukan. Kepada yang senang hafal, bacalah juga qunut nazilah setiap solat subuh, terutama hari Jumaat.

Terima kasih atas sumbangan maklumat daripada brother, Shafudin Mohd Yatim.

Wednesday, January 28, 2009

Rawatan Perubatan

Pada hari semalam, 27 Januari, aku menghantar anakku yang bongsu, Hidayat ke Newland Group Practice (SM Hussain), Alexandra Health Centre di Alexandra Road untuk rawatan serangan penyakit gatal kulitnya, eczema. Klinik ini terletak lebih kurang 1/2km daripada rumah sewaku. Kami sampai jam 4.45 petang dan terus ke mesin merekodkan kedatangan kami. Kira-kira jam 5.00 petang anakku dipanggil ke bilik rawatan. Kami menemui Dr. Tolu Ogunlesi. Aku dapati doktor tempatan sudah tidak ramai lagi yang berkhidmat. Kebanyakan doktor adalah dari negara luar, bahkan di Hull ini, ada tiga orang doktor Melayu kita sedang berkhidmat di Royal Infirmary dan Castle Hill Hospital. Rawatan selesai dengan cepat dan sempat kami balik ke rumah solat maghrib.

Semua pesakit yang datang ke klinik telahpun membuat temu janji. Isteriku telahpun membuat temu janji seminggu lebih awal dan ada kekosongan. Datang begitu sahaja tidak akan dilayan, melainkan terus ke hospital untuk kes-kes ‘emergency’. Pesakit juga perlu didaftarkan namanya di NHS dan klinik yang berhampiran dengan kediaman atau yang berkenaan, baru boleh mendapatkan rawatan. Seperti teman-teman kita yang bekerja di badan berkanun atau swasta, merekakan ada klinik atau hospital panel. Kami telahpun mendaftarkan semua sekeluarga sejak kami mula sampai ke UK pada September, 2006 dahulu. Apabila anak-anak ke sekolah, butir-butir doktor atau General Practice (GP) hendaklah direkodkan untuk memudahkan sekolah menghantar anak yang jatuh sakit di sekolah ke klinik berhampiran. Sesiapa yang perlukan rawatan gigipun, pendaftaran ke klinik gigi hendaklah dilakukan di mana-mana klinik swasta terlebih dahulu.

Sesiapa yang telahpun berdaftar, rawatan dan ubat-ubatan adalah percuma. Ini bermakna, dengan berdaftar di NHS, semua orang berhak mendapatkan rawatan atau perubatan percuma. Selepas selesai rawatan, kamipun terus ke rumah dan tidak sempat untuk mengambil ubat di kedai farmasi, kerana haripun sudah malam dan kami perlu solat dan aku perlu menghantar anakku, Nashrul ke Hull College, di ‘City Centre’ kerana anakku ada kelas. Di klinik semasa rawatan, doktor tidak memberikan ubat dan pesakit perlulah memperolehinya di mana-mana kedai farmasi dengan menunjukkan ‘prescription’ yang disediakan oleh doktor.

Pada hari ini, 28 Januari, kira-kira jam 10.35 pagi, selepas aku selesai mengurus anakku ke sekolah dan memasak, akupun pergi ke kedai farmasi yang terletak di hadapan rumahku, dengan berjalan kaki sahaja. Aku memilih Boots Prescription Collection Service, di 139, Newland Avenue, Hull, HU5 2ES. Ahli farmasi, orang kulit hitam, Negro terus memberikan aku ubat oilatum emollient bath additive dan Fucibet cream. This is a part of my daily routine life, now.

Tuesday, January 27, 2009

Aktiviti Biasa di Perantauan

Aktiviti-Aktiviti Di Seberang Laut

1. Mereka yang dihantar untuk belajar, tentunya kami bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu, mencari pengalaman dan kemahiran baru. Tugas-tugas sebagai pelajar seperti pelajar di tempat lain tentunya sentiasa sibuk dan perlukan banyak masa untuk membaca, menyelidik, meneliti jurnal, membuat tugasan di komputer, pergi ke ‘library’ atau ‘laboratory’ dan berbincang dengan teman-teman/pensyarah.

1.1 Tugas sebagai ketua keluarga, mengurus rumah tangga, pelajaran dan sekolah anak-anak mesti diutamakan. Aku dan isteriku cuba mencari sekolah rendah/menengah/kolej yang sesuai, yang ada ‘ranking’ sedikit, untuk memastikan anak-anak dapat sekolah dengan selesa dan sempurna. Di Hull, sekolah yang bagus dari segi keputusan peperiksaan GCSE ialah Kelvin Hall Science School, diikuti oleh Cottingham High School dan Sydney Smith School. Sekolah di UK adalah tanpa bayaran atau percuma sehingga sekolah menengah atas atau ‘six form’ atau ‘A Levels’ bagi semua asalkan di bawah umur 18 tahun. Sistem pendidikan UK sememangnya ‘well established’. We might say and agree, one of the best in the world is UK. Maka, kami akan pastikan anak-anak dapat belajar di sekolah yang baik dan yang sebaik-baiknya hampir dengan rumah.

1.2 Kami juga sentiasa ‘responsible’ ke atas komuniti dan pelajar-pelajar Melayu/Malaysia. Aktiviti ziarah adalah suatu yang biasa di hujung minggu. Kami akan meraikan mereka yang bernikah, mendapat bayi, menziarah yang sakit di rumah/hospital, di samping bekerjasama dalam upacara sambutan-sambutan perayaan terutama Hari Raya, gotong royong mengangkut barang, termasuk menjemput mereka yang baru tiba atau menghantar mereka yang hendak pulang ke Malaysia di ‘airport’. So far, we are very closed, because we are away from our families. Abang, adik dan sesiapa sahaja, kami akan cuba tolong menolong antara satu sama lain. Persatuan juga diwujudkan untuk membantu setakat yang mampu. Program agama seperti usrah/’islamic circle’ turut dijalankan bagi tujuan membimbing/medan berbincang, nasihat menasihati antara kami.

Selain daripada belajar, kami juga akan mengambil peluang atau kesempatan;

2. Melancong. Siapa yang tidak ‘spend’ sedikit wang untuk melawat sebahagian/seluruh UK/sebahagian Eropah, maka akan terasa rugi. Dari UK ke negara-negara berkenaan, tambangnya murah dengan menaiki ‘cheap flight’. Menziarahi teman-teman di sekitar UK, juga kami lakukan, sambil melihat keindahan bandar-bandar tempat mereka tinggal. Ada juga di kalangan kami, sekarang ini sedang merancang untuk menunaikan fardu haji dan umrah dari sini.

3. Bekerja ‘part time’ untuk menambah pendapatan atau ‘side income’. Sememangnya, elaun biasiswa cukup untuk makan minum, namun untuk mendapatkan wang tambahan yang dianggap mudah untuk tujuan ‘shopping’ dan melancong. Wang tambahan tersebut dapat meringankan sedikit perbelanjaan dapur dan hal-hal lain yang sesuai. Maka, ramai daripada kami yang bekerja sebagai ‘cleaner’ atau ‘house keeper’ dengan City Council atau syarikat swasta, di restoran, ‘delivery works’ pada waktu malam mulai jam 5.00/6.00 petang hingga 10.00/11.00 malam. Mereka yang ada sijil kemahiran, contohnya, ‘welding certificate’, boleh mencuba dan gajinya agak bagus. Gaji di sini dikira jam. Gaji juga bergantung kepada pengalaman. Mereka yang habis belajar, terutama yang mengambil kursus ‘medic’, mereka akan mengambil kesempatan ‘stay and work at least for two years’. Tujuannnya untuk menimba pengalaman bekerja di UK dan peluang keemasan ini turut diambil untuk menyimpan sedikit wang untuk urusan peribadi masing-masing.

4. Membeli belah di ‘car boot’, 'factory outlet', 'shopping villages' atau ‘shopping mall/complex’, untuk dibawa balik ke Malaysia. Membeli barangan mewah/yang berharga yang didapati mahal di Malaysia, biasanya dilakukan sedikit demi sedikit. Contoh barang mahal atau dianggap mewah yang biasa dibeli oleh kami ialah kereta mewah, seperti Mercedes Benz, BMW, Honda Odyssey, almari Italian, telefon bimbit jenama baru, pakaian alatan sukan yang 'branded', seperti 'golf sets', pinggan mangkuk Royal Albert, Royal Doulton dan pelbagai ‘toys’ untuk melengkapkan rumah tangga masing-masing. I can say, all students getting all the resources and whatever opportunities they have to get more cash for shopping something grand and luxurious because, we can purchase quite cheap here. Back home is extremely expensive. Cuba bayangkan ada teman kami yang baru sampai pada 21 Januari, 2009, pernah membeli semangkuk jenama Royal Albert berharga RM2,000 sedangkan di Stoke On Trent boleh dibeli dengan harga puluhan Paun Sterling sahaja. Orang perempuan selalu geram bila melihat pinggan mangkuk tersebut.

Rumusannya, ketika di perantauan, kami akan belajar, menimba pengalaman, bekerja, melancong, berpersatuan, berusrah, bertolong-tolongan antara satu sama lain dan membeli barangan impian masing-masing. Kereta mewah biasanya menjadi 'target' sebelum pulang ke Malaysia. Biasanya, sebelum 9 bulan balik, sudah ada teman-teman yang "bergolok bergadai" membelinya. Peluang ini diambil kerana 'Student' mendapat "Approved Permit" (AP).

Kepada yang masih muda-muda, marilah ambil kesempatan dan peluang untuk meningkatkan ilmu, pengalaman dan kerjaya anda. Marilah belajar di UK atau di mana-mana sahaja di luar negara. You all can get more opportunities studying abroad.

Saturday, January 24, 2009

Merantau menimba ilmu di UK



Persiapan dan Belajar di UK

Sememangnya aku bercita-cita untuk belajar ke negara atas angin ketika aku masih menuntut di UKM lagi, namun cita-cita tersebut terputus di tengah jalan atas sebab-sebab tertentu. Pada kesempatan kali ini, ingin aku ceritakan bagaimana aku mengambil tindakan sebaik mungkin untuk urusan menyambung belajar ke luar negara. Kepada sesiapa yang berhajat ke UK untuk urusan 'further study', beberapa tindakan lebih awal hendaklah dilakukan.

1. Semasa mencari tempat untuk belajar, aku perlu memastikan kelayakan dan persiapan menduduki peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) untuk tujuan ‘academic’ turut diselesaikan terlebih dahulu. Akupun pergi ke British Council di Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang utuk urusan pendaftaran dan menduduki peperiksaan tersebut pada 25 Mac, 2006 dengan bayaran RM450. Alhamdulillah, aku telah melepasi syarat untuk kemasukan ke universiti yang aku pilih. ‘Test Report Form’ yang diterima hanyalah diperakui sah untuk tempoh dua tahun daripada tarikh ujian tersebut. Kadar yuran peperiksaan ini juga akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Ada juga kawan-kawanku yang tidak dapat melepasi kelayakan dan mereka mengambil beberapa kali sehinggakan perlu belajar atau mencari ‘tuition English class’ untuk memastikan mencapai ‘band’ atau ‘overall band score’ yang telah ditetapkan oleh setiap universiti.

2. Mengenal pasti tempat belajar yang dikehendaki. Pada kami, kami ingin mencari tempat yang tidak terlalu sibuk, mudah mempersekolahkan anak-anak, sewa rumah, belanja hidup yang tidak berapa tinggi dan mudah mencari pekerjaan sambilan atau ‘part time’. Memohon tempat belajar dengan bantuan agen, ‘overseas education advisor’ dengan borang yang telah disempurnakan berserta dokumen-dokumen lengkap, keputusan IELTS dan salinan sijil-sijil kelulusan yang dikehendaki/diperlukan/transkrip yang disahkan, ‘referee’ dan syarat-syarat yang dikehendaki atau berkaitan. Agen akan menguruskannya tanpa apa-apa bayaran daripada pemohon. Aku memohon tiga universiti iaitu University of Birmingham, Metropolitan Leeds dan Hull. Aku menerima ketiga-tiga tawaran daripada universiti tersebut. Memandangkan isteriku menerima tawaran daripada University of Hull, sahaja, maka kamipun bercadang dan membuat keputusan belajar di Hull sahaja. Aku amat berterima kasih atas pertolongan IUACC's Caring Senior Counsellor, Nor’ain daripada IUACC Sdn Bhd yang berpejabat di Megan Ambassy, 25, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang banyak membantu, berbincang mengenai tempat belajar dan menguruskan permohonan kami. Kami juga amat kerap datang ke pejabat beliau untuk urusan tersebut sehinggakan isteriku rapat dengannnya.

3. Mengetahui dengan pasti badan/institusi yang boleh memberikan biasiswa dan memohon biasiswa berkenaan dengan segera setelah tempat belajar telahpun diperolehi. Adalah juga lebih baik, sekiranya biasiswa boleh diperolehi lebih awal. Dalam hal ini, setelah mendapat maklumat daripada teman-teman yang boleh dipercayai dan membantu, aku memohon biasiswa JPA setelah permohonanku dengan jabatanku sendiri ditolak dengan alasan tidak dibenarkan mengikuti kursus ke luar negara dan tiada kursus tersebut ditawarkan. Alhamdulillah aku dapat ehsan daripada JPA dan terus memohon keizinan cuti belajar daripada jabatanku, lebih awal. Aku dibenarkan cuti belajar tanpa gaji. Sebenarnya aku menerima “ Hadiah Latihan Persekutuan Untuk Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Persekutuan di bawah program, spouse programme”. Aku amat berterima kasih kepada Pn. Saraya Arbi, Encik Mohammad Khidir Razali dan pasukannya yang banyak membantu kami.

4.Setelah diperakui dapat tempat ‘unconditional offer’ oleh mana-mana universiti dan memperolehi biasiswa, barulah meneliti dokumen-dokumen pengenalan diri dan keluarga. Memohon passport antarabangsa hendaklah diuruskan, jika belum dibuat atau sekiranya sudah tamat, perlulah diperbaharui semula. Uruskan pengenalan diri dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, seperti surat beranak hendaklah dilakukan dan disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah. Alhamdulillah, semua perkara ini kami telahpun pernah sediakan dan menyimpannya dengan baik, semasa kami pergi ke USA dahulu.

5.’Medical check-up’ dan laporan perubatan diri dan keluarga yang ikut serta hendaklah diuruskan segera. 'Health Declaration and Medical Examination Form' hendaklah dilengkapkan oleh pegawai perubatan hospital atau klinik kerajaan. Aku menyelesaikan perkara sebulan sebelum berangkat ke UK. Memandangkan aku rasa mudah berurusan di Klinik Seksyen 19, Shah Alam, maka di kilinik inilah aku membuat temujanji dan seterusnya berulang-alik menyelesaikannya.

6.Permohonan Visa. Semasa memohon visa, pastikan semua maklumat lengkap dan dokumen-dokumen sokongan disertakan dengan penuh meyakinkan, seperti gambar, passport, butiran wang di bank /financial statement, butiran wang yang terkumpul di KWSP, Tabung Haji, surat tawaran biasiswa dan jumlah/butiran elaun biasiswa dalam bahasa Inggeris, (financial affidavit), tawaran tempat belajar dan wang bayaran untuk proses visa yang tidak akan dikembalikan sama sekali sama ada berjaya atau tidak. Kami membayar RM650.00 seorang. Sememangnya hendak merantau keluar negara, perlukan banyak belanja. Seperkara lagi yang penting, harus dipastikan sesiapa yang layak untuk dikategorikan sebagai 'student dependent'. Mereka yang berusia melebihi 18 tahun, tidak layak 'student dependent'. Aku telah tersalah masukkan anakku, Fathul untuk 'student dependent' dan visanya kena 'reject' kerana usianya telahpun mencapai 18 tahun. Maka, “hanguslah atau leburlah” wang proses RM650.00 tersebut. Mengapa keadaan hangus ini berlaku, akupun tidak tahu. Aku sememangnya tidak puas hati dan memberanikan diri ‘memprotes’ perkara ini di pejabat Pesuruhjaya Tinggi British, namun dukacita layananku tidak diterima. Aku pergi ke pejabat berkenaan di Jalan Ampang, namun aku dan isteriku tidak dibenarkan berjumpa dengan pegawai-pegawai kedutaan dan hanya dibenarkan berintercom daripada pagar kedutaan. Sebanyak dua kali, kami berurusan dengan agen yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang terletak di Bangunan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan visa ini. Ada kawanku, “Uncle Z” terpaksa hangus hampir RM4,500 kerana kesilapan memproses permohonan dan terpaksa mengisi borang semula dan membelanjakan sejumlah wang tersebut sekali lagi. Pengalaman mendapatkan visa belajar ke UK, bukannya mudah seperti yang disangkakan. Sesiapa yang akaun tidak kukuh, bolehlah ‘temporary top up’ dengan meminjam daripada sanak saudara, kaum kerabat terlebih dahulu dan kemudiannya, setelah diterima visa, pulangkan semula. Bukti kewangan yang cukup adalah syarat terpenting untuk memastikan sesiapa yang tinggal di UK mampu menyambung hidup dan tidak menjejaskan kehidupan mereka di sana. Kadar visa ini pula akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

7.Mengikuti kursus wajib Biro Tatanegara (BTN) dan lulus peperiksaan. Sesiapa yang tidak mengikuti kursus tersebut dan tidak lulus periksa, maka tidak layak atau tidak dibenarkan belajar ke luar negara. Kerajaan berhak membatalkan pemergian keluar negara. Aku dan isteriku hanya dapat mengikuti kursus ini pada 7 hingga 11 September, 2006. di Kem Bina Negara Ulu Sepri (B), Rembau , Negeri Sembilan. Itupun setelah kami merayu agar kami dapat mengikuti serta merta, jika tidak terlewat kami berlepas dan mendaftar di UK. Alhamdulillah, kami lulus kursus BTN tersebut. Bayangkan kami kelam-kabut menyelesaikan pelbagai urusan sebelum dua minggu kami bertolak ke UK. Ada beberapa orang peserta yang gagal kerana ‘against the government policies’ dan “bertelagah” dengan fasilitator.

8. Setelah pasti visa selesai dan lulus barulah bercerita untuk ‘preparation for along journey’, seperti pakaian, alat-alatan yang hendak dibawa terbang. Barangan elektrik seperti ‘rice cooker’, blander, lesung batu, ubat-ubat biasa, pakaian kebangsaan hendaklah dibawa terlebih dahulu berserta barang-barang makanan yang sesuai dan ikut selera masing-masing.

9. Selesaikan masalah hutang serba sedikit, menjual atau bersedekah apa yang patut, pesanan kenderaan, rumah sewa, bil-bil dan meninggalkan sejumlah wang kepada sesiapa yang boleh menjaga harta untuk tempoh berada di negara asing. Kereta Avanzaku aku jual dan kereta Kancilku aku tinggalkan kepada abang iparku untuk jaga/pakai.

10. Aku turut membawa sijil-sijil pentingku termasuk dokumen-dokumen penting anakku untuk simpanan. Sesiapa yang ada sijil kemahiran, patut dibawa kerana dengan sijil-sijil ini mempermudahkan untuk mendapat pekerjaan yang bersifat 'handy'.

11. Memperbaharui lesen memandu untuk jangkamasa panjang.

Pada amnya seseorang yang hendak belajar keluar negara dan membawa keluarga sememangnya memerlukan sumber kewangan yang mantap. Walau bagaimanapun, jika kita berazam dan ingin mencuba, bak kata pepatah Melayu, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Aku ikhtiarkan dan ‘korek’ di mana-mana tabungan yang ada untuk menyelesaikan tambang turun naik mengurus dan menduduki peperiksaan IELTS, biasiswa, passport, visa, ‘medical check-up’, urusan anak belajar dan sebagainya. Untuk beberapa bulan, kami terpaksa turun naik dan terpaksalah pandai mengurus hal bersifat peribadi dan pejabat. Mungkin kerja ini sememangnya merumitkan dan meletihkan pada setengah orang, namun inilah sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dilalui pada mereka yang hendak “berhijrah”.

Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. dapat menjejakkan kaki, belajar di Hull University. Aku mengambil kursus pengurusan kewangan mulai 25 September 2006 hingga 15 September 2007. Aku lulus dan dianugerahkan Master of Science (Financial Management) pada 26 Oktober, 2007 dan diminta hadir ke majlis konvokesyen pada 24 Januari, 2008. Aku hadir semasa majlis konvokesyen tersebut tanpa kehadiran isteri dan anak-anakku kerana kebetulan, hari berkenaan semuanya pergi sekolah dan isteriku ada urusan dengan penyelianya. Semasa itu aku bercuti rehat mulai 22 Januari hingga 6 Februari, 2008. Business School in Hull University has giving me the opportunity to obtain my qualification in multi-skilled business management. The training I received at the school is very beneficial to me in the practical and theory side of doing business. Special thanks to my supervisor, Prof. Dr. Aydin Ozkan for the final dissertation assessment. Also, the lecturers and tutors are good with the teaching aspects and materials. They also give advice based on the experience they have had in their business careers.

Wednesday, January 21, 2009

Memori alam persekolahan, pernikahan dan rumah tangga

Aku dilahirkan pada 2 Ogos, 1961 di Kg. Bukit Hijau (tetapi dahulu senang disebut Bukit Kuching sahaja). Ayahku bersekolah dewasa sahaja itupun atas inisiatif beliau sendiri dan ibuku langsung tidak bersekolah. Ayahku disuruh oleh emaknya untuk menjaga binatang peliharaan seperti lembu dan ibuku setelah emak dan ayahnya bercerai, tinggal dengan neneknya. Ibuku tidak pernah menerima kasih sayang daripada kedua ibubapanya. Nama bapanyapun tidak dibintikan di dalam surat kelahirannya tetapi dibubuh nama datuk ibuku. Ayahku bekerja pelbagai kerja untuk menyara kami lima orang adik beradik. Aku anak yang sulung. Adik-adikku ialah Zainudin, Jaimadi, Ramiah dan Jasni. Walaupun ayahku tidak berpelajaran, namun hasil titik peluh dan jimat cermat beliau, dapatlah kami berteduh di tanah yang dibeli oleh ayahku. Ibuku pula turut bekerja keras membantu ayahku. Aku masih ingat, masa aku darjah lima ayahku mengambil upah menoreh getah dan aku juga masih ingat, aku tertumpah hampir separuh susu getah di dalam tong, namun ayahku ketika itu tidak berkata-kata apa-apa langsung. Aku benar-benar rasa bersalah. Dirasakan hidup kami susah masa itu. If I were granted one wish, what would it be? I think to get the world out of poverty. Aku turut masih ingat semasa aku di darjah enam, aku dibelikan basikal baru oleh ayahku dan aku memboncengkan adik-adikku Zainudin dan Jaimadi ketika hujan lebat dan aku terjatuh di hadapan pintu pagar sekolah. Aku tidak luka, namun pakaianku agak basah kuyup. Malu sungguh aku rasa hari itu. Aku teruskan juga belajar sehingga pakaianku kering.

Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela, Jeram pada tahun 1968-1973. Namun aku rasa terkilan sedikit, kerana sijil tamat sekolah rendahku, darjah enam tiada dalam simpananku lagi. Akupun tidak tahu di mana hilangnya. Barangkali sudah dibuang dan dibakar di belakang rumah ayahku dahulu. Setelah tamat sekolah rendah aku dihantar oleh ayahku ke Sekolah aliran Inggeris, Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor dari tahun 1974-1979. Ayahku suka sangat aku bersekolah Inggeris, walaupun kebanyakan penduduk kampungku suka menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Seri Tanjung, Kuala Selangor. Ayahku ingin aku melihat aku berjaya, agar tidak menjadi sepertinya. Katanya, “bersekolah Inggeris, senang cari kerja”. Aku masuk ‘remove class’ selama setahun dan aku menghabiskan persekolahanku di sekolah ini sehingga selesai peperiksaan MCE. Inilah peperiksaan terakhir pada tahun 1979 dan selepas itu semua pelajar menduduki peperiksaan SPM. Aku masih ingat dalam suatu perjalanan ke sekolah dengan menaiki Bas syarikat Lima Sepakat, bas yang aku naiki terhumban ke dalam parit di persimpangan Jalan Bukit Kuching Tengah dan Jalan Raja Abdullah. Bas tersebut, betul-betul masuk lurus macam parit itu. Mungkin kalau ada air banyak, bas boleh terapung dan kami boleh berenang. Mujurlah tiada penumpang yang cedera parah dan maut.

What's been my worst moment? Knowing I could have tried harder in my MCEs at school. Aku bernasib baik dapat menyambung pelajaran di Tingkatan Enam di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin, Klang pada tahun 1980-1981 sehingga memperolehi sijil STP. Selepas itu, aku dapati pada tahun 1982, STP ditukar kepada STPM. Semasa aku bersekolah di sini, aku baru kenal bagaimana tinggal dan makan minum di asrama. Ketika itu, aku tinggal di satu bangunan rumah lama dikenali sebagai Jalan Uganda, di Kg. Jawa bersama-sama rakan-rakan yang lain. Aku masih ingat setiap kali solat Jumaat, aku terpaksa berjalan kaki bersolat di Masjid Diraja Sultan Sulaiman bersebelahan dengan Kolej Islam Klang. Berpeluh-peluh dibuatnya di bawah panas terik mentari. Jarang aku dapat tumpang kereta sesiapa, lagipun masa itu, aku sering berwaspada, jangan sering naik kereta orang yang tidak dikenali. Mungkin padah akan mengundang. Masa itu, tidaklah banyak kereta dan motosikal macam sekarang. Masa di Tingkatan Enam inilah aku kenal anak penghulu Mukim Jeram, Kamaruddin Mohd Arif bersekolah sama denganku sering membawa motosikal ke sekolah dan datang lambat. Kawan ini kadang-kadang panas baran dan cuba buat ‘stuntman’ dengan motor scramblernya. Temanku suka melawan kata gurunya. Aku rasa kasihan kepada guruku, cikgu Fatimah, yang lembut orangnya, berasal dari Pulau Kambing, Terengganu, dilawan cakap olehnya. Ada lagi seorang, teman, kami panggil abang Aziz, di dalam kelas sentiasa solat sunat Dhuha, walaupun kadang-kadang kelas agak bising. Aku harap mereka masih sihat dan mudah-mudahan dapat meneruskan kerja-kerja hariannya dengan sempurna.

Setelah tamat STP aku memohon memasuki menara gading dan aku diterima mendaftar di UKM, Bangi di dalam Fakulti Sains Kemasyakatan dan Kemanusiaan (FSKK). Ada beberapa orang di dalam kelasku dan sekolahku yang berjaya mendapat tempat di universiti itu, termasuklah Latif Jonos, Mutalib Tomran. Aku memperolehi Dermasiswa JPA dan menghabiskan pengajianku dari tahun 1982-1986. Aku amat berterima kasih atas bimbingan pensyarah-pensyarahku terutama, Prof.Dr. Samsudin A. Rahim dan Prof.Madya Fuziah Kartini Hassan Basri. Selepas tamat pengajianku, aku menerima ijazah BA (Hons) Komunikasi, pada 10 Ogos, 1986, namun aku tidak hadir ke majlis konvokesyen kerana sibuk membantu ayahku bekerja. Hampir setahun aku dianggap menganggur, belum menerima apa-apa tawaran kerja ‘makan gaji’. Semasa di universiti inilah aku berkenalan dengan ramai kenalan dari Pantai Timur, di antara lainnya Razain, Mazlan Ibrahim, Wan Ismail Wan Jusuh (sekarang ADUN Melor) dan Rosdi Yusof. Semasa dalam tempoh pengajianku ini, aku turut mengikuti temanku, Ku Halim (sekarang professor) ke Yala, Thailand untuk mengikuti aktiviti Jemaah Tabligh. Semasa di Yalalah, aku bertemu dengan arwah Hj. Sidek (ayah kepada Ustaz Kamil), sama-sama di dalam jemaah ini. Ku Halim sememangnya aktif dan sentiasa mengajak aku bersamanya. Apa yang tidak aku lupakan ialah kemalangan ngeri dan meragut nyawa kenalanku juga, Tumin di selekoh tajam, dekat Kamsis E, apabila motosikal yang diboncengnya, terbabas dan beliau tercampak di jalan raya. Kami sama-sama menguruskan jenazah beliau di Masjid UKM. Di UKM inilah aku banyak terlibat dengan aktiviti pelajar, khususnya di Fakultiku, FSKK dan kerap mengikuti program anak angkat yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Negeri, seperti PERMAS, PERMAJ, PESAMA. Sijil-sijil aktivitiku masih disimpan dengan baik di dalam ‘clear holder’. Di tahun akhir aku di sini, aku bertemu isteriku, Rokimah yang turut terlibat dengan persatuan pelajar dan mengikat tali pertunangan dan bernikah pada 21 Jun, 1987. Dengan biasiswa yang aku perolehi itu, aku berjimat cermat dan dapat meringankan kewangan keluargaku dan belajar seterusnya lulus ujian memandu. Masa itu aku belajar memandu beberapa jam sahaja, kerana ketika di kampung, aku belajar memandu kereta dan motosikal ayahku. Aku kemudiannya, dapat motosikal Yamaha 100cc baru, nombor pendaftaran BCE8825, hadiah daripada ayahku, barangkali, beliau kasihan kerana aku perlukan motosikal untuk ke kampus, semasa aku di Tahun 3, semester 2, aku tinggal di luar, gara-gara bertukar bilik dan kampus tanpa pertujuan fellow kampus. Motosikal inilah yang aku pakai sehinggalah aku dapat membeli kereta pertamaku, second hand, Toyota Corolla 1.3GL, nombor pendaftaran WAG 6326, pada awal tahun 1988. Motosikal itu aku pulangkan kepada ayahku untuk kemudahan adik-adikku. Masa itu aku sudahpun bekerja ‘makan gaji’ berpejabat di Temerloh, Pahang. Sejak daripada tahun 1988, aku tidak lagi memandu motosikal sehinggalah sekarang.

Aku masih ingat ketika bertunang, memandangkan tunangku berada di Felda Sg Nerek, Maran, Pahang, maka, kami jarang berjumpa. Kalau aku ingin berjumpapun, aku akan singgah ke rumahnya di temani teman-temanku. Kami kerap berhubung antara satu sama lain menerusi telefon awam dan kerap berutus surat. Tidak seperti kebanyakan budak-budak atau anak-anak muda sekarang, amat mudah bermesej menerusi telefon bimbit masing-masing, sehinggakan mudah berjumpa ‘couple’, langsung membelakangkan adat susila bangsa dan agama serta tidak endahkan halal haram. Aku bernikah di rumah pengantin perempuan kira-kira hampir 9.30 malam. Waktu itu sememangnya amat lewat. Mengikut jadualnya, aku akan dinikahkan pada siang hari, selepas solat zohor, namun gara-gara bas kampung yang makcikku sewa, Bas syarikat Lima Sepakat tersadai di tengah jalan di Bukit Tinggi, akibat kerosakan enjin, maka aku terpaksa menunggu mereka. Bas gantian dapat diperolehi agak lewat dan rombongan pengantin di dalam bas sampai keletihan dan kelaparan sehingga barang-barang hantaran yang dibawa berupa makanan habis dimakan. Aku memandu kereta proton Saga baru lima bulan dibeli oleh ayahku dan beberapa buah kereta sudah sampai awal, sebelum zohor. Aku dapat singgah dan berehat di rumah arwah pakcik Kamaruddin, berhadapan dengan rumah mentuaku. Aku sedar inilah dugaan kecil aku rasai ketika itu. Barangkali syaitan turut berdoa untuk tidak atau melambatkan pernikahanku. Syaitankan suka anak-anak Adam untuk sentiasa melakukan dosa dan maksiat. Aku dinikahkah oleh Imam Husin berwalikan, kini abang iparku, Adnan Muhamad dan disaksikan oleh datuk saudara isteriku, Hj. Abdullah Hashim Musa dan temanku, dari Kg. Bukit Kuching Hilir, Mohd Yasin Abdul Ghaffur (sudahpun arwah).

Sebaik seminggu kami bernikah, aku menetap di Kuantan memandangkan isteriku mengajar di bandar ini. Kami tinggal sementara untuk dua minggu di rumah sewa kakak iparku, di Bukit Sekilau dan selepas itu kami menyewa rumah yang pertama di Taman Beserah. Akupun mula mencari pekerjaan dan mula mendapat tawaran guru sekolah swasta di Maktab Adabi, Jalan Gambang, Kuantan dengan gaji RM 350.00 sebulan. Aku mengajar pelajar-pelajar tingkatan enam, lima dan tiga yang hendak menduduki peperiksaan di sekolah tersebut . Aku sempat mengajar beberapa bulan sahaja dan selepas itu, aku mula berkhidmat dengan kerajaan pada 15 Oktober, 1987. Mulai saat inilah bermulanya kami berpindah-randah dan belum benar-benar ‘settle down’ sehingga sekarang. Semasa kami tinggal di Kuantan, aku kerap bertukar-tukar rumah sewa, sebabnya, isteriku duduk seorang dan aku tinggal berasingan dengannya dan berulang kerja dari rumah mentuaku di Sg. Nerek ke bandar Temerloh. Aku hanya dapat bertemu di hujung minggu, sama ada aku ke Kuantan atau isteriku balik ke Sg. Nerek. Aku bersyukur , walaupun kami berjauhan, isteriku tidaklah sunyi di Kuantan, apabila kami dapat menyewa rumah agak selesa seperti di Taman Anggerik Desa dan kawan-kawan isteriku yang sama-sama mengajar, yang masih bujang, menyewa bersama-samanya. Aku berulang alik Kuantan-Temerloh sehinggalah kami dikurniakan rezeki menimang anak pertama, Fathul, lahir pada 5 Ogos, 1988. Alhamdulillah, Fathul dilahirkan di rumah neneknya di Sg. Nerek kerana bayi hendak keluar cepat dan tidaklah sempat dihantar ke Hospital Mentakab. Bidan klinik kampung agak merungut, takut apa-apa berlaku, apatah lagi anak pertama. Aku dapati Isteriku cukup cekal dan tabah menghadapi situasi ini.

Impian dan Kerjaya

Kami berulang-alik Kuantan Temerloh hampir tiga tahun. Puas juga aku memanjat Ibu Pejabat tempat bekerja aku, masa itu Pusat Bandar Damansara, mengadu masalahku dan meyakinkan pihak pengurusan, akhirnya aku dapat ditukarkan ke Ibu kota pada 17 September, 1990, atas permintaanku sendiri. Isteriku juga memohon bertukar di mana-mana sekolah teknik atau politeknik di sekitar Kuala Lumpur. Masa itu isteriku sedang mengandung anakku yang kedua Nahdia yang kemudiannya lahir pada 1 Januari, 1991. Masa di Kuantan dahulu, isteriku pernah mengandung untuk kali kedua, namun kami tiada rezeki, kandungannya keguguran. Inilah satu-satunya anak perempuanku. Aku memulakan tugas baruku di Bangunan Semua House, di Jalan Bonus 6, di tengah-tengah kesibukan dan kesesakan jalanraya, khususnya pada waktu puncak dan menjelang hari perayaan. Masa aku bekerja di Temerloh dahulu, kesesakan jalan raya tidakku rasai. Semasa aku bekerja di KL, aku memilih Taman Gombak, di Jalan 5, di belakang Taman Greenwood tempat tinggalku. Selepas aku duduk di situ hampir dua tahun, tuan rumahku meminta aku mengosongkan rumahnya dan aku puas mencari rumah lain dan akhirnya aku bertemu rumah baru yang sedang siap dibina, agak kecil di kawasan Kg. Kerdas 2, milik pegawai Bank Islam. Dalam kesibukan kerjaku, aku dianugerahkan anak ketiga, Nashrul pada 21 Jun 1992, sama tarikh dengan hari ulang tahun perkahwinanku. Dalam kesibukan kerja di pejabat, aku turut cuba untuk mencuba nasib di dalam aktiviti ‘direct selling’. Kawan rapat isteriku, Pn. Salmah, sama-sama mengajar di tempat isteriku dan tinggal di Kuantan dahulu, menjalankan perniagaan ini dan tinggal di suatu taman bersebelahan dengan Masjid As-Syakirin, Gombak dan beliau bersungguh-sungguh memujuk isteriku dan aku terlibat sama-sama dengan perniagaan yang dikendalikan oleh Sistem Era Edar Sdn. Bhd yang diasaskan oleh Dr. Azizan Hj. Ismail (beliau telahpun meninggal dunia). Aku bersetuju dan mengeluarkan modal awal RM1,500.00, namun akhirnya aku gagal, mungkin tidak sesuai dengan jiwaku. Mujur juga modalku dapat balik semula.

Semasa aku tinggal di Kuala Lumpur ini, selalu juga ayahku datang menjengokku. Semasa aku masih tinggal di Taman Gombak, suatu hari ayahku datang dan meminta pertolonganku, meminta bantuan kewangan sebanyak RM5,000.00. Aku mengetahui, pendapatanku masa itu, masih kecil, namun atas keinsafanku, aku sanggup menjual kereta Proton Sagaku yang baru, yang kedua aku beli semasa di Temerloh, sudahpun berusia dua tahun aku pakai, dengan nombor pendaftaran CAC6849 dan menukarkan kereta yang agak kecil kepada Nissan Sunny 1.3, nombor pendaftaran BDC9301. Ketika itu aku sedar, aku perlu menyelesaikan urusan ayahku. Aku rasa aku belum pernah membalas budinya, selepas aku menamatkan pengajian di universiti dahulu. Aku sedar semasa aku berkahwin dahulupun, kebanyakan wang hantaran dan urusan perkahwinan, banyak modalnya daripada ayahku dan adik-adikku yang lain. Semasa itu, agak sukar juga untuk aku hendak berbincang dan menjelaskan kedudukan sebenar kehendak ayahku kepada isteriku. Syukur juga akhirnya, isteriku merestui keputusan dan tindakanku menolong ayahku. Kereta Nissan inilah yang aku pakai sehingga sekembalinya dari Amerika Syarikat (USA).

Sebenarnya, bercakap mengenai jual-beli kereta, sekembali dari USA, kereta kecilku Nissan Sunny 1.3 yang dibeli semasa tinggal di Gombak nampaknya sudah tidak sesuai untuk kami pakai. Setelah aku ambil semula dari abang iparku yang tinggal di Mentakab, akupun menjualnya dan menukarkan kereta dengan Proton Wira Aeroback 1.5cc, nombor pendaftaran BFD651. Aku membeli kereta ini di Klang, semasa aku tinggal di Shah Alam. Selepas itu, aku kerap sangat jual dan tukar kereta. Beberapa tahun kemudian akan membeli kereta Kancil, nombor pendaftaran BFN651, juga berwarna hijau, seperti Proton Wira Aeroback 1.5cc yang aku beli lebih awal. Aku minat tukar kereta sehingga nombor keretapun aku sanggup 'book' untuk kereta Kancilku. Masa itu, aku bayar RM150 kepada JPJ. Hampir setahun aku memakai kereta Kancil, akhirnya aku tertarik untuk memakai kereta Jepun semula. Aku menjual kereta Kancil kepada seorang kawan kenalanku di Desa Subang Permai, Subang, Shah Alam dan membeli kereta Honda 2.0 second hand dari GMart, Corporation Sdn. Bhd, Jalan Tembusu, Kg. Melayu Subang, nombor pendaftaran BDA8891. Hampir setahun, aku memakai kereta Honda ini dan akhirnya aku menjualnya bersama-sama kereta Wiraku dengan bapa saudara, sebelah isteri Shanusi Ahmad dengan kereta baru Toyota Unser 1.8 GL, nombor pendaftaran WKQ5413 dan Kancil 660cc, nombor pendaftaran WKP4824. Hampir setahun aku memakai kereta-kereta tersebut dan akhirnya aku menjualnya dan menukarkan kereta baru, Toyota Avanza 1.3, nombor pendaftaran WNM6412 dan Kancil 850cc, nombor pendaftaran JJG7361 pada September 2005. Semasa aku berlepas ke UK pada 22 September, 2006, kereta Kancilku plet Johor ini sahaja yang aku tidak jual sampai sekarang. Kereta Kancil berpletkan negeri Johor adalah nostalgia bagiku semasa aku bekerja di Johor, aku membelinya di sana. Ada beberapa sebab aku selalu menukar kereta.

Satunya, untuk merasa pakai atau seronok mencuba jenis dan saiz sesebuah kereta itu. Sebab-sebab lain ialah, jika terdesak ekoran kesempitan kewangan, aku terpaksa menukarkannya, untuk mendapatkan sedikit wang, walaupun tidaklah sangat menguntungkan. Sebab lain, akibat kemalangan jalanraya di pekan Karak yang meremukkan hadapan dan belakang kereta seperti yang aku alami semasa memiliki kereta Unser.

Di Kg. Kerdas inilah aku mula mengajar anakku dan anak-anak jiranku membaca Al-Quran mengikut kaedah Iqra’. Iqra’ adalah buku yang dapat membantu kanak-kanak mahupun orang dewasa yang belum mahir membaca Al-Quran dengan lancar dan tajwid yang betul. Kaedah Iqra' cepat dan mudah difahami, menarik dan cara pembelajarannya padaku agak menyeronokan. Kanak-kanak tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tanda-tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf. Di Kg. Kerdas inilah juga aku dikurniakan anak yang keempat Hakim, yang lahir pada 17 April, 1995. Anakku yang kedua dan ketiga selamat dilahirkan di Klinik swasta Al-Arqam, di Taman Desa Minang, Gombak, manakala Hakim dilahirkan di Hospital Besar, Kuala Lumpur.

Semasa kami tinggal di Kuala Lumpur, isteriku sentiasa berfikir dan merancang untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Isteriku sentiasa mengemukakan permohonan untuk belajar ke luar negara, namun hasratnya sentiasa gagal. Walaupun kerap menghadiri temuduga, namun selalu nasibnya tidak menyebelahinya. Pelbagai ikhtiar digunakan, namun tidak berhasil. Akhirnya, isteriku cuba untuk bertukar ke Kementerian daripada mengajar di sekolah dan nampaknya berjaya, dengan pertolongan beberapa kenalan rapatnya di Kementerian. Selang beberapa bulan di Kementerian, isteriku ditawarkan tempat belajar di India State University, Terre Haute, USA untuk program sarjananya. Kamipun berangkat ke USA pada 14 Ogos, 1995, semasa itu Hakim baru berusia 4 bulan. Inilah kali pertama aku bercuti tanpa gaji sehingga 31 Mei, 1997. Hampir dua tahun kami menetap di USA dan kesempatan berada di sana, kami berpeluang melawat bandar Los Angeles, Indianapolis, Chicago, New York , Disney World, Florida, Detroit, Michigan, Atlanta dan melancong ke Niagara Falls, Ontario, Canada. Chicago adalah bandar yang aku singgahi saban dua minggu sekali kerana urusan membeli daging dan ayam halal. Akulah salah seorang ahli masyarakat Melayu Terre Haute yang ditugaskan membeli dan mengedarkan daging tersebut kepada ahli Malaysian Student Affairs (MASA). Di Terre Haute inilah aku mengenali ramai pelajar-pelajar Sabah, kebanyakan mengambil kursus ‘first degree’ , di antaranya, Basirin, Mohd Ali, Hassan Mahali. Anak-anak Sabah masa itu mendapat durian runtuh, apabila kerajaan baru yang ditubuhkan adalah hasil kekuatan parti UMNO yang baru muncul dan menguasai politik Sabah. Ramai anak-anak bumiputera Melayu Sabah dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku difahamkan oleh mereka semasa PBS memerintah, Bumiputera Islam sukar untuk menikmati biasiswa.

Aku sememanganya turut minat mendalami dan menyambung pelajaranku. Sebelum ke USA, aku turut belajar tajwid Al-Quran di Kolej Dar-Al Hikmah, Kajang, dahulunya dipanggil Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam, di bawah kelolaan ABIM. Tenaga pelajarnya ramai daripada UKM. Akupun turut menerima sijil Diploma Pengajian Al-Quran dengan cemerlang, pada 15 Oktober, 1995, namun aku tidak sempat menghadiri konvokesyen disebabkan aku sudahpun berlepas ke USA.

Sebaik tibanya ke tanahair, aku terus menyambung kerja semula di Kuala Lumpur pada 1 Jun 1997 sehinggalah pejabatku berpindah di bangunan baru, di Jalan Ampang. Selepas itu aku memohon bertukar ke pejabat di Klang dan dapat ditukarkan ke pejabat ini yang terletak di Jalan Kapar pada 1 Jun, 1999 sehinggalah pejabat ini berpindah ke Bandar Baru Klang. Isteriku pula diarah mengajar semula di Shah Alam. Maka, tinggallah kami di Shah Alam. Memandangkan aku sentiasa tidak jemu-jemu untuk menyambung pelajaran semula, maka aku menjadi pelajar semula di peringkat Diploma Sumber Manusia yang dianjurkan oleh University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed). Aku lulus dengan kepujian pada 1998 dan dianugerahkan sijil pada 25 Julai, 1998. Pada masa inilah aku bersama-sama ayah dan ibuku menghadiri konvokesyen penerimaan sijil ini di UM.

Aku juga ingin turut serta terlibat dengan dunia 'life insurance'. Ada kenalanku, seorang berbangsa Cina, yang tinggal di Klang mengajak dan memujuk aku terlibat dengan kegiatan ini. Untuk menjadi agen, aku perlu mengambil peperiksaan untuk melayakkan aku menjalankan perniagaan ini. Aku turut menduduki peperiksaan tersebut pada 4 November, 2000 yang dikendalikan oleh The Malaysian Insurance Institute dan aku lulus, namun aku tidak mengambil sijilnya sampai sekarang. Setelah aku luluspun, aku terasa tawar untuk menemui orang bercakap mengenai insurans hayat. Mungkin agaknya, aku sesuai duduk periksa dan kumpul sijil sahaja.

Sekembalinya kami ke tanahair, setelah isteriku selesai pengajian sarjananya, aku dan isteriku berniat untuk pergi ke Makkah sebelum mencapai umur 40 tahun. Kami turut mendaftar segera di Tabung Haji Klang. Memandangkan kami berhasrat untuk menunaikan fardu haji lebih cepat, kami memotong gaji lebih separuh daripada gaji kasar kami. Dalam tempoh 9 bulan, kami dapat mencapai jumlah yang membolehkan kami pergi, namun kerana kuota, tuntutan ibadat haji kami tidak juga tertunai lebih awal. Memandangkan hajat untuk ke Mekah begitu meronta-ronta, kami berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah dahulu. Dengan izin Allah s.w.t., niat kami dimakbulkan dan kami dapat menunaikan ibadat tersebut melalui pakej yang dianjurkan oleh anak syarikat, Koperasi Muslimin Bhd., iaitu Muslimin Travel & Tours, berpejabat di Jalan Sarikei Islamic City, off Jalan Pahang, KL. Inilah saat yang paling manis, kami rasakan dapat melihat wajah Kaabah dan dapat mencium Hajarul Aswad. Kami dapat bermunajat sepuas-puasnya di Raudah, bersolat di Masjid Nabawi, Masjidil Haram, Makkah dan begitu juga di multazam, kami bermunajat bersungguh-sungguh agar kami dapat datang melawat Makkah agak kerap. Kami menunggu sejak tahun 1998, namun tiada apa-apa berita kami yang memungkinkan kami dapat pergi awal ke Makkah. Pada hujung tahun 2000 aku memberanikan diri pergi ke Pejabat Tabung Haji, Negeri Selangor, Kelana Jaya untuk berbincang dengan pegawai mereka agar disegerakan hajat kami. Kami tidak mahu berlaku pada ayahku, beliau tidak dapat menunaikan hajat menunaikan haji dan meninggal dunia lebih awal pada 19 Januari, 2000. Kami bercadang untuk pergi bersama-sama ayah dan ibuku. Sudah 9 tahun ayahku meninggalkan dunia yang fana ini. Aku sememangnya sedih, selepas dua minggu kami seronok bergembira kerana Hari Raya Aidil Fitri, ayahku meninggal dunia disebabkan penyakit darah tingginya. Beliau terlupa makan ubat di sebelah pagi dan ketika berada di kebun, sedang mencari dan mencabut benih kelapa sawit untuk ‘menyulam’ kelapa sawit yang mati, tiba-tiba ayahku rebah. Ayahku bersama-sama ibuku di kebun dan ayahku meninggal dunia di pangkuan ibuku semasa dalam perjalanan ke klinik Jeram. Aku sungguh sedih akan kematian ayahku namun aku tidak boleh melawan kehendak takdir. Syukur juga aku bekerja di Klang dan dapat mengimamkan solat jenazah dan menghantar jenazahnya ke kubur. Sebaik kematian ayahku, aku dapatkan individu untuk urus badal haji ayahku. Akhirnya, kami memilih pakej Tabung Haji dan tidak memilih muassasah. Alhamdulillah, kami mendaftar diri dengan pakej Tabung Haji, mengikuti kursus segera dan akhirnya aku dapat dijemput menunaikan haji pada tahun 2001, walaupun pada peringkat awalnya, sebagai ‘standby sahaja.

Sekembalinya, dari menunaikan haji, aku dianugerahkan anak kelima, Hidayat lahir pada hari Rabu, 11 Julai, 2001, jam 2.30 pagi, seberat 2.9 kg dan anakku terus diberi nombor pengenalannya, 010711-10-0219. Anakku dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Semasa aku menunaikan fadhu haji inilah cabaran berat dirasai kerana isteriku sedang mengandung hampir 5 bulan. Semasa bulan September, 2000, pemeriksaan ke atas isteriku didapati normal, tiada tanda-tanda kehamilan. Isteriku tabah juga menghadapi dugaan ini. Namun dengan izin Allah, semuanya berjalan dengan sempurna dan isteriku sihat walafiat. Aku tidak dapat gambarkan dan fikirkan bagaimana, aku sentiasa mengawal isteriku khususnya semasa melontar di jamratul Aqabah dan ketika melakukan tawaf serta saie, ketika manusia terlampau sesak dan padat.

Minatku untuk belajar di peringkat sarjana, mula membara, apatah lagi, KWSP membenarkan pencarumnya, mengeluarkan wang untuk tujuan belajar bagi ahli dan anak-anak ahli. Sekembalinya dari Makkah, aku sentiasa meneliti akhbar mengenai iklan kemasukan ke universiti dan akhirnya aku ‘end up’ dan terus berdaftar sebagai pelajar untuk program Sarjana Pentadbiran Awam (MPA), di Universiti Malaya secara sambilan pada 24 Oktober, 2001. Aku terpaksa mengambil masa 5 tahun (10 semester) untuk menyiapkan program ini dan akhirnya aku berjaya menyiapkan kursus ini. Pada tahun 2007 aku dianugerahkan sijil MPA dengan CGPA 3.24. Semasa aku masih belajar di UK, pada September 2006 itu, aku cuba menyiapkan tesis MPAku. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana aku boleh buat hal ini dalam satu masa dan tentunya, jawapannya mudah sahaja, aku terpaksa bertekad bersungguh-sungguh untuk menyiapkannya. Amat malang juga aku tidak dapat menghadiri konvokesyen di UM pada awal bulan September, 2007 tersebut, kerana aku masih berada di Hull, UK, masa itu. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih ke atas penyeliaku, Dr. Makmor Tumin yang tidak jemu-jemu membimbing tesisku sehingga selesai.

Semasa aku bertugas di Klang, inilah kali pertama aku dan teman-teman sepejabatku diminta untuk menandatangani Surat Aku Janji. Aku masih ingat aku turut menandatanganinya pada 26 Mac, 2002. Setelah lima tahun aku bertugas di pejabat Klang, aku diarah bertukar ke Batu Pahat, Johor pada pertengahan Mac, 2004, semasa Pilahanraya Umum ke 10 dan aku mohon tangguh dan memulakan tugas baru pada 1 April, 2004 di sana sehinggalah aku memohon bertukar dan bekerja semula di Lembah Klang iaitu di pejabat Negeri Selangor mulai 3 Januari, 2006. Semasa aku di Johor aku menyewa sebuah rumah besar di Kampung, Bukit Pasir seorang diri dengan harga RM350.00 sebulan untuk beberapa bulan sebelum aku tinggal di Merlimau dan ‘commute’ Batu Pahat–Merlimau. Rumah besar ini adalah kepunyaan kerani satu jabatan denganku yang bekerja di Ibu Pejabat, KL. Masa itu aku duduk seorang diri tanpa keluarga dan setiap hujung minggu aku akan balik ke Shah Alam. Aku meminta isteriku bertukar mengikutiku. Akhirnya isteriku dapat dinaikkan pangkat dan dapat bertukar ke Merlimau Melaka pada awal tahun 2005. Syukurlah aku dapat bertemu setiap hari dengan isteriku. Masa ini anakku yang sulung, Fathul bersekolah di SMKA dan tinggal di asrama di Bandar Manjalara, Kepong dan anak perempuanku, Nadia di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi di Mersing, Johor. Sekolah ini kini dipanggil Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar. Nashrul bersekolah di SMK Dang Anum dan Hakim bersekolah di Merlimau sahaja, dekat dengan rumahku. Di Merlimau kami tinggal di dalam, ada tempat tinggal disediakan ( rumah guru ), sama seperti di Shah Alam dahulu. Pada setiap hujung minggu sebenarnya kami sibuk untuk menjengok mereka berdua yang bersekolah jauh dan belanja petrol tentunya adalah tinggi dan terasa membebankan. Kami rasa tinggal di Melaka dan bekerja di Johor agak asing dengan jiwa kami, kerana jauh dengan keluargaku dan aku sudah jarang untuk menziarahi dan melawat, terutama ibuku atau hadir majlis kenduri-kenduri mereka. Begitu juga aku terasa jauh untuk menziarahi mentuaku di Pahang. Walau bagaimanapun, aku kadang-kadang terhibur apabila balik ke Pahang, aku akan memilih jalan tidak bertol melalui pekan Bahau dari Melaka. Di kawasan-kawasan ini masih banyak kebun-kebun dan ladang-ladang kelapa sawit dan getah yang luas dan terasa nyaman rasanya, terutama waktu pagi atau petang. Aku juga dapat menikmati buah durian Melaka dan Muar yang dijual di tepi-tepi jalan dengan harga yang munasabah.

Dalam keadaan yang penuh dengan kerisauan ini, kami berpakat untuk pergi ke Makkah bermunajat di hadapan Kaabah dan di Raudah. Alhamdulillah, aku dapat pergi menunaikan umrah kali kedua pada bulan Mei, 2005 bersama-sama isteriku, anakku Fathul, Nahdia, Nashrul, ibu mentuaku, Munah Mat, Sarimah, adik iparku perempuan yang bongsu, belum berkahwin masa itu dan sudahpun lanjut usia serta jiranku semasa tinggal di Shah Alam iaitu Kamaruddin Tamin (Che Din) dan isterinya Kak Faridah Mustafa serta Syafiqah, anak saudaraku. Kami berada dua minggu di tanah suci dengan pakej yang diuruskan oleh kenalanku, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir.

Sebenarnya agak sukar untuk memohon pertukaran, namun aku meminta isteriku memohon bertugas di Kementerian semula, untuk turut dijadikan alasan aku dapat bertugas kembali di Lembah Klang dan dijadikan senjata untuk isteriku memohon biasiswa ke luar negara untuk program PhD. Rayuanku untuk bertukar ke Lembah Klang akhirnya berjaya, apabila ada pegawai di Klang ingin kembali ke kampung halamannya di Johor dan suatu pagi Pengurus Besar Bahagian Sumber Manusia menghubungiku dan diminta aku mengesahkan semula adakah berhajat untuk bertukar dan diminta aku mengemukakan surat pengesahan pertukaran semula. Aku masih ingat, kami tinggal di Melaka, hampir 9 bulan sahaja dan pada bulan Ogos, 2005, isteriku dapat bertukar lebih awal ke Putrajaya dan buat kali pertamanya kami dapat merasa tidur di rumah sendiri di Bandar Puncak Alam. Anak-anakku, Nashrul dan Hakim juga turut bertukar sekolah di Puncak Alam. Rumah teres setingkat yang kecil, yang mampu kami beli yang terletak di no 52, Lorong Mahkota Impian 2/21 dibeli sekembalinya kami dari USA pada hujung tahun 1997. Sebelum itu rumah kami kosong untuk beberapa tahun sebelum disewakan. Setelah isteriku berpindah kerja di Kementerian, aku sekali lagi tinggal bujang dan menyewa rumah murah, bersama 2 orang kakitangan Jabatan Ukur, sehinggalah aku ditukarkan ke Selangor pada 3 Januari, 2006. Aku berpakat dengan isteriku agar beliau kerja semula di Lembah Klang terutama kasihan aku melihat isteriku hampir setiap minggu menjengok anakku yang sulung di Kepong untuk memastikan motivasinya tinggi bagi menghadapi peperiksaan SPMnya tahun 2005. Selepas SPM, anakku, Fathul akhirnya belajar di UiTM, Kota Kinabalu, Sabah. Anakku, Nahdia pula yang belajar di Mersing, akhirnya aku tukarkan ke sekolah lamanya di Sek. Men. Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam mulai 10 Mei, 2006, walaupun aku tahu anakku sedang dalam proses untuk menduduki peperiksaan PMRnya. Pada bulan Ogos, 2006, setelah kami disahkan dapat biasiswa dan belajar ke UK, kamipun memanjat pejabat hal ehwal pelajar/pendaftar UiTM untuk merayu anakku dapat meneruskan pengajiannya di semenanjung dan pada semester kedua, anakku Fathul dalam ditukarkan ke UiTM, Arau, Perlis.

Sejak kami memasuki dan tinggal di rumah sendiri, maka terasa sempitnya. Sepanjang kami tinggal di kuarters kerajaan mulai Jun, 1997 sehingga Ogos 2005, sememangnya amat selesa, luas, terutama di Merlimau. Jika ada tetamu yang datang dan bermalam di rumah kami, sememangnya kami terasa mampu memberikan layanan yang terbaik. Ketika di Puncak Alam, dengan anak lima orang dan ‘bebek’ (pengasuh) dari Sunda, Jawa Barat, sememangnya tidak selesa, apatah lagi apabila rumah dipenuhi dengan perabut. Akhirnya, aku membeli rumah jiranku, di sebelah rumahku, pemiliknya India yang asalnya, untuk disewakan. Walaupun, aku tahu, harganya agak tinggi berbanding, rumah-rumah di sekelilingku, namun untuk dipecahkan (‘renovation’) suatu hari nanti, aku sanggup membelinya. Sekali lagi, aku keluarkan duit tabunganku di KWSP untuk membiayai sebahagian harga rumah ini. Hampir 9 bulan aku menyelesaikan rumah ini sehingga rumah itu ditukarkan atas namaku, setelah kerap berurusan dengan peguamku, iaitu 5 hari sebelum kami sekeluarga bertolak ke UK.