Sunday, March 01, 2009

Sistem pendidikan di UK

Sistem pendidikan di UK dibahagikan kepada empat bahagian penting iaitu pendidikan rendah, menengah, pendidikan lanjutan dan pendidikan tinggi. Kanak-kanak di UK adalah tertakluk kepada undang-undang (mandatory) untuk bersekolah di sekolah rendah dan menengah seawal umur 5 tahun hingga 16 tahun.

Sistem pendidikan di UK turut dipecahkan kepada beberapa tahap seperti berikut:-

  1. Tahap 1 - 5 ke 7 tahun
  2. Tahap 2 - 7 ke11 tahun
  3. Tahap 3 - 11 ke 14 tahun
  4. Tahap 4 - 14 ke 16 tahun

Pada umumnya, tahap 1 dan 2 di peringkat sekolah rendah dan ketika umur 11 tahun, murid akan bersekolah di sekolah menengah dan menyelesaikan tahap 3 dan 4. Pelajar-pelajar diuji pada setiap hujung tahap. Penilaian yang terpenting apabila berusia 16 tahun, mereka akan menduduki peperiksaan General Certificate of Secondary Education (GCSE). Setelah selesai mengambil peperiksaan GCSE ini, mereka bebas memilih untuk menyambung pelajaran dan potensi ke peringkat lebih tinggi atau berhenti sekolah dan mencari pekerjaan.

Selepas umur 16 tahun, melanjutkan pelajaran adalah ‘optional’ sahaja. Pada mereka yang ingin meneruskan pelajarannya, sebaik menamatkan peperiksaan GCSE, pilihan terbuka untuk mengambil A-Levels,
General National Vocational Qualifications (GNVQ), Business & Technology Education Council (BTEC) atau kelayakan yang setaraf dengannya. Pelajar-pelajar yang berminat dan merancang untuk melanjutkan pelajaran di kolej dan universiti mestilah menamatkan pendidikan lanjutan ini.

Sebagai bahan perbincangan, apakah kelebihan/kebaikan sistem ini yang boleh dipelajari oleh kita?

i) Pada setiap tahap umur 5 – 16 tahun, ujian di peringkat tahap sebelum menduduki peperiksaan GCSE akan menentukan minat, kecenderungan setiap pelajar. Guru akan menetapkan sama ada setiap pelajarnya akan menduduki GCSE tahap asas (foundation level) atau tinggi (higher level). Peperiksaan GCSE adalah sama tarafnya dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kita. Di Malaysia, setiap pelajar akan menduduki jenis peperiksaan yang sama, walaupun mungkin pencapaian mereka lemah. Di UK, GCSE inilah peperiksaan kebangsaan yang pertama, tetapi pelajar yang didapati lemah akan hanya dibenarkan menduduki ‘foundation level’ dan markah yang tinggi sekali ialah “C” dan pelajar yang diakses mampu dan menonjol penampilannya akan menduduki peperiksaan “higher level”. Di peringkat GCSE, pelajar-pelajar telahpun didedahkan dengan tugasan tertentu seperti konsep ‘course work’ di universiti. Sistem kita didapati terlampau menitikberatkan peperiksaan dan tiada ruang menyediakan ‘assignments’ dan pemikiran kiritis.

ii) Setiap kanak-kanak menikmati pendidikan seawal 4 tahun (‘reception class’) dan setelah mencapai umur 5 tahun adalah diwajibkan bersekolah sehingga umur 16 tahun. Bahkan pendidikan adalah percuma sehingga umur 18 tahun. Ini bermakna, setiap pelajar dan keluarga tiada terbeban dengan pelbagai yuran sekolah, kolej atau PIBG. Buku teks turut disediakan untuk setiap pelajar. Secara positifnya, pelajar yang tercicir dapat dielakkan. Pada pelajar yang dianggap miskin, akan menikmati makanan di sekolah dan tambang bas percuma, mengikut jarak rumah dan sekolah yang telah ditetapkan. Semua urusan pembiayaan diurus oleh setiap Majlis Perbandaran (City Council). Ini bermakna, penurunan kuasa (desentralisasi) telahpun dilakukan di UK.

iii) Kelas adalah kecil dan tidak melebihi 30 orang pelajar. Kelas adalah bergantung kepada bilangan murid dan guru yang munasabah. Most teachers think smaller class sizes would help to improve learning.

iv) ‘Nursery’ dan pendidikan pra sekolah memperuntukan 10 ½ jam percuma seminggu untuk para ibu bapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke mana-mana institusi. Setiap sejam tambahan menghantar anak ke tempat-tempat berkenaan dikenakan bayaran 3.00 paun. Ini bermakna semua penjaga bebas memilih masa yang sesuai untuk menikmati bayaran percuma.

v) Sekolah adalah satu sesi, mulai jam 8.30/8.55 pagi- 3.00 petang. Di sekolah rendah, pelajaran bermula jam 8.55 pagi dan waktu perhimpunan dan ‘break’ mulai jam 10.25 pagi-11.00 pagi. Waktu ‘lunch’ mulai 12.00 tengahari-1.00 tengahari. Sesi persekolahan bermula pertengahan bulan September setiap tahun dan cuti panjang pada musim panas. Selain daripada cuti semester break, cuti yang berkaitan dengan ‘teachers training’ juga turut dijadualkan. Sebagai contoh, jika sebuah sekolah memerlukan guru-guru mereka diberi latihan tertentu pada hari persekolahan, maka sekolah akan ditutup dan murid-murid akan dibenarkan bercuti.

vi) Pelajar dikehendaki bersekolah di kawasan berdekatan rumah mereka, melainkan sekolah penuh dan tidak dapat menampung bilangan yang telah ditetapkan oleh City Council.

vii) Mata pelajaran yang diajar adalah mendedahkan pelajar kepada ilmu alat (bahasa), kemahiran menulis, mengira, membaca, bertutur, kesenian, menganalisa dan kemahiran teknologi. Di sekolah rendah, murid-murid mempelajari bahasa French dan English dengan menitik-beratkan spelling, hand writing, and literacy (the ability to use language to read, write, listen, and speak). Mereka juga perlu mempelajari ‘number work’ selain mata pelajaran science, computer, geography, history, religion (RE), Art and design technology di samping aspek ‘guided leading’ and physical education (PE) in hall/field. Mata pelajaran Maths dan literacy diajarkan setiap hari. Di sekolah Menengah pula, mata pelajaran kemahiran hidup diajarkan di samping ICT, bahasa asing seperti French, German, dan lain-lain bahasa bergantung kepada bilangan murid yang berminat atau bertutur dalam bahasa tersebut, career dan citizenship.

viii) Impak yang ketara ialah dari aspek perbualan dan pertuturan/percakapan. Anak-anak Melayu mampu menguasai bahasa Inggeris dengan mudah dan fasih bertutur dalam bahasa ini. Di samping itu, mereka dapat menganalisa dan berfikiran secara kritis dan kreatif. Mereka juga mempunyai fikiran yang positif dan berdikari.

3 comments:

noorzie said...

En Zali...t.kasih kr postkan penerangan ttg sistem pembelajaran yg diamalkan di sana.

Nak juga tanya pendapat En zali berkenaan dgn kemahiran berbahasa..brp lama agaknya foreigners yg non english speakers boleh memahirkan diri dalam berbahasa Inggeris..bila berada di sana.

Dan apa pendapat En Zali ttg pembelajaran Science dan Math di Msia kita yg kini dijalankan dlm bahasa Inggeris? Perlukah kita meneruskannya atau kembali kepada bahasa ibunda..b.melayu.

Biro Penerbitan QMC said...

Salam, saya mewakili Biro Penerbitan Queen's Malay Club ingin meminta izin saudara untuk meyalin dan mengubahsuai serba sedikit artikel ini. Ia akan dimuatkan ke dalam Qalam QMC, (semacam newsletter untuk kelab.)

Harap saudara benarkan, terima kasih.

BISHANANI said...

how to contact you?