Sunday, March 15, 2009

PEMBANGUNAN BANDAR PUNCAK ALAM

1. Pendahuluan

1.1. Puncak Alam ialah bandar utama dan baru di daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Kawasan ini terletak lebih kurang 25 km dari Shah Alam, ibu negeri Selangor. Kawasan ini asalnya ladang kelapa sawit, sebuah FELDA Bukit Cherakah. Bandar ini dimulakan pembangunannya semasa tahun akhir 1990an oleh pemaju, Bukit Cherakah Development Sdn Bhd, anak syarikat Puncak Niaga Holdings Berhad. Mulai 15 Mei, 2001, syarikat ditukar kepada Puncak Alam Housing Sdn Bhd, sebagai pemaju utama di samping pemaju-pemaju lainnya. Bandar Puncak Alam, UiTM, Berjuntai Bestari, UNISEL dan Saujana Utama dianggap kawasan pertumbuhan baru oleh pihak berkuasa Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

1.2. Semasa pelancaran pertama, kawasan yang dianggarkan dalam lingkungan 14,000 ekar (57 km persegi), asalnya dibangunkan oleh Bukit Cherakah Development Sdn Bhd, namun kemudiannya, sejumlah 15 pemaju menyertai pembangunan keseluruhan Puncak Alam, seperti RB Land Sdn. Bhd., Tetuan Mujur Zaman Development, Plentifield, LBCB Development, turut membangunkan harta tanah dengan nama dan konsep yang berlainan.

1.3. Puncak Alam boleh dihubungkan melalui Lebuhraya Shah Alam-Batu Arang atau lebih dikenali sebagai Lebuhraya Puncak Alam. Laluan lain ialah Jalan Meru Tambahan menuju ke Klang dan Jalan Kuala Selangor, Lebuhraya Selayang-Kepong.

2. Pembangunan

2.1. Perancangan pembangunan UiTM bertarikh 9 September, 2008 seperti yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa MDKS, diharapkan menjelang tahun 2014, kawasan seluas 1,085.75 ekar akan dapat dibangunkan, meliputi 15 fakulti yang berupaya menyediakan tempat belajar untuk seramai 40,000 pelajar dan kakitangan. Rancangan pembinaan kampus yang strategik pada tahun 2008 yang lalu, akan turut menyediakan tempat tinggal yang kondusif dan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

2.2 Dijangkakan menjelang tahun 2015, sejumlah 65,798 rumah kediaman disiapkan yang mampu menampung sejumlah 350,000 penduduk. Jumlah penduduk Puncak Alam terkini dianggarkan 25,000 orang. Kawasan ini akan disiapkan sepenuhnya dalam tempoh 25 tahun.

3. Kemudahan

3.1. Klinik Desa Puncak Alam telah memulakan operasinya di Bandar Puncak Alam pada tahun 2003. Pada asalnya, klinik ini beroperasi di Balai Masyarakat Felda Bukit Cerakah secara separuh masa sebelum dipindahkan operasi sepenuh masanya ke Bandar Puncak Alam. Dengan tenaga kerja seramai 7 orang yang terdiri daripada 6 orang Jururawat masyarakat dan seorang ‘staf nurse’, klinik ini memberikan perkhidmatan khusus kepada ibu-ibu mengandung dan rawatan susulan kanak-kanak. Selain itu, klinik ini juga turut menyediakan perkhidmatan imunisasi wajib kepada kanak-kanak, rawatan perancang keluarga dan pemeriksaan ‘pap smear’. Lokasi Klinik terletak di 89, Lorong Naluri Sukma 8/14, Seksyen 8, 42300 Bandar Puncak Alam. No. telefon, 03-33927524. Klinik ini dibuka seperti berikut:-

Isnin 8 pg - 1 tgh Rawatan susulan kanak-kanak
Selasa 8 pg - 5 ptg Pemeriksaan ibu mengandung
Rabu 8 pg - 1 tgh Pemeriksaan doktor bagi ibu mengandung, 2 ptg - 5 ptg Klinik Perancang Keluarga
Khamis 8 pg - 5 ptg Rawatan susulan kanak-kanak
Jumaat tutup - Lawatan ke rumah untuk ibu lepas bersalin

3.2. Sekolah menengah terletak di Fasa I, SMK Puncak Alam, Jalan Mahkota Impian 2/1, seksyen 2, Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor Tel: 603-3392 8216 Fax: +603-3392 8246. Pengetua ialah Hj. Abdul Khalid bin Jaafar dan sekolah rendah terdapat di Fasa 1 (bersebelahan SMK Puncak Alam) & 2; di Jalan Gugusan Alam 7/1, Seksyen 7, Bandar Puncak Alam. Tel: 03 3393 6961 Fax: 03 3393 6045. Sekolah-sekolah ini tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

3.3 Pondok Polis yang kecil terletak di Fasa 1. Balai Polis utama berhampiran diletakkan di Taman Saujana Utama. Pejabat 03-60382222 dan pegawai-pegawai yang boleh dihubungi; Rosani 013-2937449, Rahim 013-6927919, Meor 016-2124001, Azziz 012-6431634, Rohaizat 017-3222205.

3.4. Pada 15 Februari, 2009 dilancarkan Cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad terletak di 1, lorong Cakera Purnama 12/14, Fasa 3, Bandar Puncak Alam, Selangor. Untuk keterangan lanjut boleh dihubungi:- Pengerusi Maahad Sdr. Abd. Ghaffar Abd Rasip 013-2683747 dan Setiausaha Maahad Pn. Raja 017-7741166.


3.5. Sekolah KAFA/perpustakaan mini.


3.6. Rumah Kedai di Fasa 2, Shah Alam 2


3.7. Surau di setiap Fasa & apartment


3.8. Padang permainan di Fasa 1, 2, 3, Shah Alam 2 dan lain-lain kemudahan termasuk dewan komuniti/orang ramai


3.9 Kilang di Taman Industri Alam Jaya


3.10. Gerai MDKS terletak di Fasa 2


3.11. 2 buah Petronas Service Station


4. Aku ingin melihat Puncak Alam berkembang dan maju dari pelbagai sudut:-


4.1. Kualiti hidup sosial dan proses perbandaran mempunyai pertalian yang erat dalam menentukan tahap sosio-ekonomi penduduk setempat seperti di Puncak Alam walaupun sukar untuk dipenuhi. Proses perbandaran akibat daripada pertambahan bilangan penduduk dan pembangunan bandar yang pesat menuntut kepada isu kualiti hidup sosial penghuninya. Maka, satu rancangan program secara komprehensif untuk memenuhi keperluan kualiti hidup sosial hendaklah dilakukan.


4.2. Sebuah perbandaran yang dirancang dan dikawal dengan baik semestinya mengikut panduan terhadap Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Pada pandanganku adalah teramat penting kewibawaan Rancangan Pelan Struktur perlu mendapat kepercayaan masyarakat setempat kerana mereka juga salah satu ‘stake holder’ terpenting di dalam membuat keputusan.


4.3. Fungsi bandar, sewajarnya menyediakan ruang untuk aktiviti memperkembangkan pusat pentadbiran, perdagangan, perniagaan, pendidikan dan kebudayaan (Gerald Breese, 1966).


4.4. Prasarana lengkap melibatkan aspek-aspek membangun dan membina ekonomi, rangkaian pengangkutan, infrastruktur, penggunaan tanah, lanskap, budaya dan fizikal.


4.5. Perancangan yang diperlukan dengan teliti:-

4.5.1 Lebuhraya baru, bagi menyelesaikan jangka panjang isu kesesakan lalu lintas dan pengangkutan awam

4.5.2 Isu penyediaan kemudahan asas; rekreasi, padang permainan kanak-kanak, dewan orang ramai dan gelanggang sukan,

4.5.3 Isu penghijauan (Green belt protecting & environment); perparitan, saliran, sistem pembuangan najis dan sampah sarap (kebersihan & pengindahan)

4.5.4. ‘Shopping areas’ yang bersesuaian/ menarik pelaburan

4.5.5. Bank-bank/Pos/pejabat kerajaan yang bersesuaian, seperti Tabung Haji, pusat zakat dan lain-lain.

4.5.6. Perbaiki mutu kesihatan dan pengawalan pelbagai penyakit; Klinik kesihatan/hospital

4.5.7. Perbaiki mutu pendidikan; Sekolah-sekolah/KAFA

4.5.8. Pasar/Peluang berniaga untuk komuniti/Penyusunan kilang-kilang/industri kecil & sederhana (IKS)

4.5.9 Masjid/rumah peribadatan/Perpustakaan

4.5.10. Polis/keselamatan (security & safety)


5. Peranan dan sumbangan aktif daripada ahli majlis yang dilantik dan persatuan-persatuan penduduk/NGOs

6. Cadangan khusus

6.1. Moto dan rupa bandar/ untuk dikenali secara khusus semestinya dibentuk.

6.2. Bandar Puncak Alam mesti mampu menyelesaikan isu kemiskinan, penyediaan peluang pekerjaan, perumahan, pencemaran persekitaran, kesesakan lalu lintas, jenayah dan keselamatan penghuni serta keruntuhan moral. Memenuhi semua aspek landskap yang menarik untuk menyertai pelaburan, pendapatan, status penghuni, taraf hidup pelbagai latarbelakang sosial dan bangsa. Bandar ini mesti bebas daripada pendatang asing, kemusnahan banjir, tanah runtuh dan pengurangan kadar kemalangan jalanraya.

6.3 Persempadan semula pilihanraya bagi meletakkan nama Puncak Alam di senarai DUN Selangor/Parlimen.

7. Rumusan

7.1. Kualiti kehidupan mestilah diperjuangkan melalui pendidikan dan penyediaan prasarana yang berkualiti dengan penglibatan semua ‘stake holders’ terutama NGOs/persatuan penduduk dan orang ramai. Peranan ahli majlis hendaklah cergas dan aktif dalam memberi idea, cadangan dan menyelesaikan permasalahan dari aspek sosial dan ekonomi.

3 comments:

Zainal Abidin said...

Salam En Zali...

sekadar bertukar pandangan dgn tuan...saya sebenarnya dari Kedah...keje UiTM.... pernah round2 kat area puncak alam...saya suka tempat tuh...tak crowded cam KL tempat saya duduk skang...

cadang nak beli rumah kat situ...harap2 dapat ler beli dalam harga bawah RM 200K....

TuanRumah said...

Ada Bilik Sewa Puncak Alam?

Farah Hanani Razali said...

Puncak alam is the best !