Monday, March 09, 2009

Majlis Maulidur Rasul s.a.w.


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, sambutan majlis Maulidur Rasul seperti yang dirancang, berlangsung dengan jayanya pada hari semalam, Ahad 8 Mac, 2009, mulai jam 2.00 ptg-5.00ptg. Kehadiran komuniti Melayu Hull, termasuk adik-adik 'undergrad' dari Scarborough dapat dirasai suasana ukhuwah.

Pembacaan Al-Quran oleh adik Nashrul dan ulasan ayat oleh adik Arief dan pengisian ceramah yang disampaikan oleh Dr. Berry Hamid, imam Masjid Pearson Park, Hull diharapkan mempertingkatkan nilai iman dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini. Bacaan selawat ke atas nabi yang dipimpin oleh sdr Fuad Othman juga diharapkan dapat menambahkan rasa kenikmatan mencintai Rasulullah s.a.w. Sekadar makluman semua, sebahagian gambar pada majlis tersebut boleh ditatapi di laman ini.

http://uk.groups. yahoo.com/ group/MelayuHull /photos/album/ 1460975068/ pic/list

Selamat bercuti kepada semua kaum mulimin dan muslimat dan teman di tanah air. Selamat menyambut Maulidur Rasul s.a.w. 1430 hijriah.

No comments: