Tuesday, June 30, 2009

MENGAPA BANYAK TOL DI MALAYSIA

1. Dasar Penswastaan memberi peluang seluas-luasnya kepada syarikat korporat melabur di sektor penting bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara.

2. Konsesi untuk tempoh tertentu diberikan kepada syarikat yang berdaya saing dan maju untuk dipastikan mampu menjana perkembangan sosio-ekonomi dan mengurangkan kos penyelengaraan yang tinggi yang akan ditanggung oleh kerajaan. Kerajaan tidak mahu terbeban mengurus hal ehwal lebuhraya dan bajet yang ada boleh disalurkan ke kawasan luar bandar dan kemajuan negeri seperti di Sabah dan Sarawak. Kerajaan sukar untuk membeli saham-saham syarikat tersebut dan diambil alih sepenuhnya kerana di luar kemampuan kewangan kerajaan.

3. Konsesi turut dimiliki oleh kroni dan pemegang saham, (business and political link) mampu memperolehi keuntungan berlipat ganda sehingga kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menutup tol dikhuatiri akan melanggar perjanjian yang telah dibuat, dan kerajaan sendiri akan menanggung bayaran tambahan atau segala tuntutan berdasarkan tindakan undang-undang yang dikenakan. Kenyataan ini pernah diucapkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed ketika mengulas rungutan orang ramai mengenai tol LDP, 19 November, 2008.

4. Untuk mempercepatkan perjalanan ke destinasi tertentu, namun kesesakan terus meningkatkan terutama pada waktu puncak di Lembah Klang kerana sikap pemandu yang masih enggan menggunakan bayaran tol secara elektronik.

5. Supaya Malaysia dikenali sebagai negara yang kaya dan rakyatnya sememangnya bermurah hati untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan kantung para konsesi. Rakyat Malaysia sememangnya kaya budi dan bahasa. Lembah Klang menjadi sasaran yang strategik kerana dianggap penyumbang terbesar kepada ekonomi para konsesi. Negara kita akan mudah dikenali sebagai negara yang paling banyak tol di dunia.

6. Orang Malaysia teramat suka menggunakan kenderaan sendiri kerana mudah ke mana-mana untuk berurusan dan sudah menjadi sebati atau budaya untuk tidak berhimpit-himpit atau bersesak-sesak dengan penumpang lain, maklumlah pengangkutan awam kita sememangnya paling efisien.

7. Perjanjian tol di antara kerajaan dan konsesi dianggap menguntungkan kerajaan kerana dengan kenaikan kadar tol setiap tempoh tertentu akan turut memperkembangkan dan memperluaskan lagi jaringan lebuh raya sedia ada kepada beberapa lorong yang menepati keadaan jangka masa panjang. Rakyat adalah digesa dan dituntut untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan insfrastruktur negara. Duit kutipan tol boleh digunakan untuk meningkatkan taraf lebuh raya kita menjadi 'Expressway' atau 'Motorway' bertaraf dunia.

8. Negara yang tidak ada tol, belum dianggap maju, seperti di Thailand.
Perjanjian Tol
1. Semua perjanjian tol yang sedia ada di antara kerajaan dan konsesi hendaklah dimaklumkan kepada orang ramai untuk semakan dan pemerhatian. Tempoh konsesi hendaklah dihadkan. Rakyat diberi peluang memberi pandangan, idea untuk menyelesaikan isu tol dan kadar kenaikannya.
2. Negara kita kaya, mengapa perlu memperluaskan rangkaian lebuh raya bertol? Kerajaan sewajarnya menjaga kebajikan rakyat dan bukan menyulit dan menyusahkan hidup rakyat. Adalah dipohon tiada lagi "pembukaan tol baru".

4 comments:

Anonymous said...

I'm here to help get your internet site off to a fantastic commence. Don't be one of those that wished they had carried out it greater the first time, then get on the job, and cost, of beginning more than. Your web site reflects what you along with your organization or pastime are all about.

I'm in a position to offer low-cost, user-friendly, custom designed websites for a vast assortment of organizations, organizations and groups.In addition, it shouldn't cost a fortune to obtain you started. I will help guide you by means of the procedure as well as warn you after i believe you may be acquiring in over your head, or beyond your spending budget.

Listed here are some hight quality companies to get a resonable price:

Front-End Development
Custom web site design
Affordable web site design
E-Commerce website design
Corporate Website Design
Innovative website design
Static Web Design
Website maintenance
Web site re-designs
SEO Services
Logo Design

Please look around the site for further information about the [url=http://www.adrianbotea.com]freelance web designer[/url] services that I am able to offer and to see examples of websites that I have designed

--------------------------------

[url=http://www.adrianbotea.com/seo-services][img]http://www.adrianbotea.com/seo-moz.png[/img][/url]

Anonymous said...

Its such as you learn my thoughts! You seem to understand a
lot about this, such as you wrote the book in it or something.
I believe that you just could do with some p.c. to
force the message house a bit, however other
than that, this is great blog. A fantastic read.
I'll certainly be back.

My web-site christian louboutin bianca

Anonymous said...

Great delivery. Sound arguments. Keep up the amazing work.


my weblog; Oakley Sunglasses Canada

rebal said...

The blog was absolutely fantastic! Lot of information is helpful in some or the other way. Keep updating the blog, looking forward for more content...Great job, keep it up.
Static Website Design