Saturday, June 13, 2009

CIRI-CIRI ILMU BERMANFAAT KEPADA SESEORANG

Menuntut ilmu suatu kewajipan bagi kita kaum muslimin. Sila semak pada diri masing-masing ilmu yang telah kita pelajari dan yang diamalkan.

Ilmu yang dituntut dan diperolehi akan banyak memberi manfaat dengan syarat memenuhi tuntutan berikut:-

1. Ikhlas kepada Allah s.w.t. semata-mata dan mencari ilmu tanpa berhenti sehingga akhir hayat.

2.Berusaha dan bercita-cita untuk menghilangkan kejahilan diri sendiri dan memperbaiki orang lain.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at, agama dan memperbaiki kehidupan di dunia dan di akhirat.

4. Berlapang dada semasa menerima perbezaan pendapat dan perbincangan.

5.Mengamalkan ilmu yang telah diperolehi dengan sebaik-baiknya dalam semua aspek kehidupan beraqidah, berakhlak, bermuamalah dan bermasyarakat.

6. Menghormati dan memuliakan para guru, pensyarah dan ulama .

7. Sentiasa mencari kebenaran dengan sabar dan tidak cepat bosan.

Wallahu 'Alam.

No comments: