Thursday, June 25, 2009

Bank Islam dan Kad Pengenalan

Hari ini, pagi-pagi aku sudah keluar rumah bersama anakku Fathul. Ada beberapa urusan untuk aku selesaikan dengan segera.
1. Menukarkan Kad Pengenalan anakku yang rosak dan Mykadnya hampir patah dan gambarnya semakin pudar, maklumlah diambil semasa berumur 12 tahun dan sekarang anakku berusia 21 tahun pada 5 Ogos tahun ini. Aku perlu pastikan anakku mendapatkan I.C. baru dan di alamatkan di alamat kami sekarang untuk memastikan anakku dapat mengundi di Puncak Alam. Alamat di I.C. masih tercatat di kawasan Kelana Jaya. Aku berurusan di Plaza Masalam, Shah Alam.
2. Untuk mengemas-kinikan buku simpanan Tabung Haji anak-anakku, untuk mengetahui kedudukan jumlah simpanan terkini dan dividen yang diperolehi bagi tahun lepas. Aku berurusan di Pejabat Tabung Haji, Kelana Jaya.
3. Memaklumkan bayaran tambahan untuk urusan anakku melanjutkan pelajaran ke Mesir di pejabat agen yang terletak di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.
4. Untuk mengetahui kedudukan sebenar, mengapakah isteriku terpaksa dan dipaksa untuk menjelaskan baki bayaran tunggakan pinjaman perumahan, projek pangsapuri yang terbengkalai Alam Perdana, di Puncak Alam, berurusan dengan Bank Islam, Seksyen 14, Petaling Jaya. Pihak bank menghubungi isteriku di UK, jika bayaran tidak dibuat tindakan mahkamah akan diambil segera.
Kedudukan Urusan
1. Aku sampai jam 8.05 pagi dan setelah meletakkan kereta dan membayar 'parking' di mesin RM1.00 untuk sekurang-kurangnya, 2 jam aku cepat-cepat ke pejabat JPN yang terletak di Plaza Masalam dan mengambil nombor giliran, namun dukacita dimaklumkan, computer offline. Setelah menunggu hampir sejam, aku tidak boleh tunggu lama dan terus ke Pejabat Tabung Haji di Kelana Jaya. Aku nampak pejabat di JPN, cantik, kemas, kerusi baru, teratur, namun jika computer offline, aku rasa, pengurusan begini ada cacatnya. Aku turut memberi komen, agar masa pelanggan diambil kira dan kejadian computer offline, tanpa 'back up' adalah suatu yang tidak boleh diterima, seperti aku ini, orang yang terpaksa berkejar-kejar.
2. Di Tabung Haji, Kelana Jaya, urusan berjalan dengan mudah, sempurna kerana beberapa kaunter dibuka. Aku selalu berurusan di sini kerana kemudahan letak kereta yang luas dan selesa, ada masjid, terutama selepas solat zohor aku terus berurusan di sini. Petugas-petugas kaunternya, sentiasa mesra memberi salam dan ucapan terima kasih. Selepas itu aku ke pejabat Bank Islam, di Seksyen 14, P.J.
3. Aku dimaklumkan, isteriku ada hutang dengan Bank Islam sejumlah hampir RM9,000.00 kerana Bank Islam telah menjelaskan beberapa kerja Pemaju, namun pegawai di P.J. tidak dapat menyelesaikan urusan ini dan aku diminta berurusan dengan Bank Islam di Tingkat 24, TH Perdana, Maju Junction, di Kuala Lumpur. Aku terus ke Bangi dan sempat makan nasi beriani, berlakukan ayam masak merah, sepinggan berharga RM7.00 di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi dan singgah solat zohor di masjid besar di situ. Dalam perjalanan ke Bangi ini, aku terima 'call' dari Bank Islam, di Kuala Lumpur hendak berjumpaku untuk minta selesaikan hutang lapuk isteriku.
4. Di Bangi, aku sekejap sahaja kerana pegawai pendaftarnya telah berlepas ke Mesir. Kami dapat berbincang mengenai tarikh orientasi anakku dan menyerahkan salinan bank in slip bayaran kepada kerani kewangan yang bertugas. Aku bergegas ke Kuala Lumpur dengan kesesakan di Ibu Kota aku redah dan dapat 'parking' di kawasan lapang Sogo. Aku berurusan dengan penolong pengurus untuk 'debt collection', tetapi aku rasa pegawai Bank Islam tidak mesra dan seolah-olah hendak cepat apabila berurusan dengan pelanggan. En Hasbulah amat sibuk dan hanya sekadar memberikan aku 'copy' yang Bank Islam ada berurusan dengan pemaju mengenai bayaran sejumlah RM7,000.00 dan tercatat di penyata Bank Islam, P.J RM8,597.00 untuk pembiayaan bumbung dan perjanjian. Aku meminta, apa bukti Bank Islam telah berurusan dengan isteriku; surat-surat mengenai tunggakan bayaran dan sebagainya. Menurut beliau, Bank Islam ada menghantar surat-surat ke alamat kami, tetapi surat sebagai bukti tidak diberi. Pegawai ini hanya memaklumkan ada surat mahkamah, namun tidak memberi apa-apa salinan surat tersebut.
Sudah lama, aku perhatikan, bila berurusan dengan Bank Islam, pegawai tidak mesra, tidak suka berterus terang dan memudahkan urusan pelanggan. Setelah aku mendesak agar kemukakan surat terbaru, akhirnya, surat disediakan dan setelah aku buka, isteriku perlu membayar tunggakan RM14,196.01. Aku terperanjat 'beruk' kerana Bank Islam setahu kami, hanya berurusan pada kali terakhir ialah pada tahun 2002, sudah 7 tahun, rumah terbengkalai, baru kini ingin mengejar 'hutang', menyalahkan dan membebankan pembeli atau pelanggan serta surat ancaman atau ugutan.
Aku sememangnya tidak puas hati dengan cara Bank Islam di Pusat Susulan Kredit (pembiayaan tertunggak) berurusan dengan pelanggan. Pegawai yang aku temui, Hasbulah Zakaria tidak berminat untuk berunding dan tidakpun berusaha hendak berbincang terutama mengenai bagaimana atau penjelasan perkara tunggakan ini boleh berlaku. Pegawai inipun tidak senyum, apatah lagi memberi salam dan hormat. Kononnya, aku sudah bising lebih awal di kaunter tingkat 25, sebelum berjumpa Hasbulah di tingkat 24. Beliau menempelakku, mengapa isteriku sendiri sepatutnya berurusan dengannya. Kalau aku dan isteriku lebih awal mengetahui hal ini, kami pasti telah menyelesaikannya dengan mudah, lagipun kini isteriku masih di luar negara.
Aku turut berjumpa dengan seorang pasangan India dari Klang menaiki motosikal berdasarkan 2 topi keledar di tangannya dan turut mengadu, bagaimana dahulunya beliau bercerai dan rujuk semula, kerana berurusan dengan seorang kakak yang menasihati mereka agar berbaik semula dan akhirnya menyambung semula bayaran rumah yang dibelinya atas pembiayaan Bank Islam, kalau tidak akan dilelong, juga tidak gemar berurusan dengan Hasbulah kerana pegawai ini tidak mesra pelanggan.
Aku cukup geram dengan pegawai yang hanya tahu menyelesaikan kerja di atas kertas sahaja tanpa melihat situasi dan realiti yang sebenar.
Aku meminta Bank Islam agar memudahkan urusan pelanggan dan jangan mendesak dan mengancam semacam along juga, cuma ada lesen. Bagaimana dalam tempoh 7 tahun, tanpa berita meletakkan semua masalah di bahu pembeli. Adakah ini cara Bank Islam bekerja dan menjual produk sehingga menekan pembeli?
Aku telah bekerjasama memberi semua maklumat alamat tinggal kami dan apa situasi sekarang yang kami hadapi, nampaknya, pegawai Bank Islam sukar untuk berunding. Ini suara hatiku.
Aku tidak tahu begaimana hendak aku ratingkan Bank Islam ini. Aku sempat singgah melihat projek tersebut dan kata beberapa orang pekerja/jaga, projek tersebut kini telah diambil-alih oleh SPN dan LBCN.

3 comments:

Pak Long said...

Salam
Apakah perkembangan dengan masalah tuan ini?
Saya sedang mengkaji apa boleh dibuat oleh pelanggan bank dalam kontrak Al Bai Bithaman Ajil dan rumah terbengkalai.
Harap tuan sudi beri jawapan.
Terimakasih.

Pak Long said...

Salam
Apakah perkembangan dengan masalah tuan ini?
Saya sedang mengkaji apa boleh dibuat oleh pelanggan bank dalam kontrak Al Bai Bithaman Ajil dan rumah terbengkalai.
Harap tuan sudi beri jawapan.
Terimakasih.

Capital Loan said...

Pelanggan yang dikasihi,

Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membiayai perniagaan anda atau apa-apa maksud? kami disahkan dan sah dan antarabangsa pemberi pinjaman pinjaman berlesen Kami menawarkan pinjaman kepada syarikat-syarikat perniagaan, syarikat dan individu pada kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%, Ia mungkin pinjaman jangka pendek atau panjang atau jika anda mempunyai kredit yang miskin, Kami akan memproses anda pinjaman sebaik sahaja kami menerima permohonan anda. kami adalah institusi kewangan bebas. Kami telah membina reputasi yang sangat baik selama ini dalam menyediakan pelbagai jenis pinjaman kepada beribu-ribu pelanggan kami. Kami menawarkan perkhidmatan pinjaman jaminan apa-apa amaun kepada rakyat dan rakyat bukan kami menawarkan pinjaman peribadi yang mudah dan pinjaman / perniagaan komersial. Untuk maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk menghubungi kami melalui e-mel syarikat kami: (capitalloanfinancier@gmail.com) Saya berharap dalam melakukan perniagaan dengan anda.

Dr Ahmed Ibrahim
Director
CAPITAL LOAN FINANCIER