Monday, June 29, 2009

KEMALANGAN JALAN RAYA

Beberapa hari sehingga hari ini, aku berulang alik ke Shah Alam dengan melalui Lebuh Puncak Alam-Batu Arang dan aku rasakan pemandu Malaysia sememangnya agresif, tergesa-gesa, kurang sabar, tanpa isyarat tertentu, memandu tanpa menghormati pemandu lain dan memandu tanpa memikirkan keselamatan diri serta orang lain. Boleh dikatakan rata-rata memandu dengan laju dan memotong kenderaan lain terlampau dekat. Pendekata, pemanduan mereka teramat merbahaya.
Akibatnya, aku kerap melihat kemalangan kecil dan teruk berlaku. Aku melihat kemalangan jalanraya yang aku katakan teruk iaitu, pertama di simpang masuk ke Puncak Alam berhampiran Stesen Minyak Petronas melibatkan penunggang motosikal dan kereta, terjadi pada hari Jumaat lepas, 26 Jun, kira-kira jam 2.30 petang. Keduanya, hari ini, jam 11.00 pagi melibatkan dua buah kereta dan sebuah lori di persimpangan masuk atau menuju ke Kg. Bukit Cherakah, Meru dan Kem Bina Negara, Meru.
Persoalannya, mengapa mereka memandu laju?
Jawapannya adalah teramat mudah iaitu;
1. Ingin mengejar masa dan cepat sampai ke destinasi
2. Pelbagai urusan yang yang perlu dikejar atau dikerjakan dengan segera
3. Jalan adalah atau seolah-olah kepunyaan sendiri dan orang lain perlu memberi laluan
4. Sudah biasa memandu laju kerana kenderaan sememangnya masih baru dibeli atau dipakai, tentunya tidak sempurna kalau tidak "dipecut"
5. Panduan jalan raya hanyalah terpakai ketika mula-mula belajar memandu dan selepas memperolehi lesen, adalah 'lesen' untuk memandu laju
6. Tindakan undang-undang hanya di tempat-tempat tertentu dan saman adalah perkara biasa boleh dibayar bila-bila masa atau ditangguhkan.
7. Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa, maka nasib masing-masing yang akan menentukan. Kalau sudah terjadi, maka mudah mempersalahkan orang lain.
8. Keadaan cuaca yang panas terik memudahkan orang panas baran, kurang sabar dan memandu laju boleh mengurangkan 'tempered' dan suhu badan
Hukuman
Kepada semua pemandu yang terlibat dengan kemalangan jalan raya (terkecuali yang maut) yang bersalah hendaklah dikenakan denda maksimum, dilaksanakan sistem mata (Kejara), dan diarah untuk menjalani kursus pemanduan berhemah dan keselamatan jalan raya.
Rumusan
Sikap orang Malaysia di atas jalan raya hendaklah diubah. Kempen macam manapun tidak akan berkesan, kalau semula pengeluar minyak menawarkan minyak yang bagus untuk pemanduan laju.

No comments: