Friday, June 19, 2009

MELANJUTKAN PELAJARAN KE MESIR

Hari ini, aku melawat Akademi Al-Quran Medic Malaysia di 7, Jalan 2/1D Bandar Baru Bangi kerana mengurus anak sulungku untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Agen di atas mengurus pelajar-pelajar Islam untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama tertentu dan kursus kritikal seperti perubatan, pergigian, dan farmasi .
Aku dapat berbincang dengan pendaftar agen tersebut, Hj. Shirajuddin Sirat mengenai pelbagai urusan pengajian.
Pada tahun lepas, seramai 276 pelajar telah diurus oleh agen tersebut. Kebanyakan mereka lepasan SPM dan Matrikulasi.
Agen ini di bawah kelolaan Prof. Dr. Razali Nawawi, sudahpun beroperasi 4 tahun mempunyai matlamat untuk melahirkan ramai profesional di kalangan orang Islam.
Agen ini turut mendapat sokongan kuat daripada Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Ab Kadir.
Aku rasa terharu akan misi agen ini berusaha untuk membantu bersungguh-bersungguh anak-anak yang miskin, memperolehi penajaan atau sokongan kewangan.
Sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak belajar ke Mesir bolehlah menghubungi Hj. Shirajuddin Sirat menerusi, telefon 019 2336611, e-mel, shirajuddin@hotmail.com atau quranmedic@gmail.com dan www.quranmedic.my

No comments: