Saturday, June 27, 2009

CIRI-CIRI ORANG YANG MENUNTUT ILMU YANG SEBENAR

1. Cintakan dan sentiasa mendampingi atau berguru dengan para ustaz/ustazah/ulama/cerdik pandai. Mereka akan tetap menyanjung ulama atau cerdik pandai dan menghargai/hormat pendapatnya.
2. Mempunyai keikhlasan yang tinggi semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. dengan maksud meningkatkan iman, amalan dan taqwa kepadaNya.
3. Dapat dan berupaya untuk memperbaiki syaksiyah (keperibadian) atau akhlak serta menjauhi atau menghilangkan diri dari sifat kejahilan atau kebodohan.
4. Sentiasa mendalami atau menerokai ilmu yang pelbagai dan akhirnya mempunyai atau menghasilkan kemahiran khusus untuk keperluan atau manfaat diri dan orang ramai.
5. Amat dahaga kepada setiap ilmu Allah sehingga sanggup berkorban mencari ilmu di mana-mana walaupun terpaksa melalui kesukaran, kepayahan dan kerumitan. Mereka sanggup merantau atau bertukar-tukar guru seperti para ilmuan masa silam.
6. Melahirkan keupayaan, kebolehan dan kemampuan tertentu untuk disumbangkan kepada masyarakat Islam dan komuniti setempat. Sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti menjadi guru, mendidik ummah, pendakwah, pengarang buku untuk bacaan umum dan pakar motivasi dan seumpamanya.
7. Peranan para ilmuan dalam merubah sistem kemasyarakatan untuk kebaikan masyarakat secara keseluruhannya dan dapat melahirkan kepimpinan yang berwibawa dan berkebolehan.
8. Ilmu bukan terhenti untuk tujuan peribadi, 'material 'atau pekerjaan atau khusus untuk kerjaya tertentu. Ilmu dipelajari sehingga akhir hayat. It is a life long education.
9. Waktu siang belajar, waktu malam membaca dan bermunajat kepada Allah untuk memahami sesuatu ilmu yang dipelajari bagi menjadikan diri bertambah yakin dalam menjalani kehidupan ini.

No comments: