Sunday, August 09, 2009

BEWARE OF 'FORMULA PEKAN'


Perdana Menteri yang juga Pengerusi perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengajak dan menyeru ahli-ahli UMNO bersungguh-sungguh bekerja untuk merampas kembali kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat kerana negeri Selangor dianggap nadi negara.

Beliau berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kuala Selangor. Menurut beliau, peluang BN merampas negeri ini tetap ada dengan syarat semua parti di dalam BN sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah. Beliau menegaskan dan mengharapkan untuk mencapai kemenangan besar, UMNO juga tidak boleh berpendirian mempunyai perasaan benci di dalam kerabat BN dan semestinya berjuang sehaluan dan seia sekata.

Beliau turut merasakan perancangan strategi 'Formula Pekan' adalah wajar dipraktikkan memandangkan sehingga kini perancangan ini berjaya mengangkat beliau ke mercu persada politik yang tinggi seperti yang dinikmati sekarang.

Semasa beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Pekan, Najib turut meminta ahli-ahli UMNO mengamalkan budaya mendekati rakyat dengan berpegang kepada prinsip mendengar, berkhidmat dan mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Budaya mendengar ialah sentiasa mendengar suara, rintihan dan sanggup di sisi rakyat, tanpa menjauhkan diri dengan mereka, sombong, angkuh, meninggi diri dan menjadi golongan elit.

Berkhidmat kepada semua rakyat sepanjang masa (khususnya dekat pilihanraya), tanpa mengira puak.

Beliau berjanji akan terus melonjakkan Malaysia dalam proses transformasi yang lebih besar.

Kejayaan Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan selepas menang majoriti kecil 241 undi pada PRU 1999, khususnya pada tahun 2004 dan 2008, dengan cara beribu pengundi pos tentera dibawa masuk atau ditambah ke Pekan. Selain daripada itu, strategi dan 'formula Pekan' yang dimaksudkan ialah dengan fasa mendaftarkan keluarga pengundi baru ke Parlimen Pekan.

Pada hakikatnya, Najib dapat bertahan di Pekan kerana isu penambahan undi pos. Undi Pos jumlahnya tidak wajar DAN TIDAK RAHSIA. Ini bermakna, kemenangan adalah sudah pasti diperolehi dengan jalan yang teramat mudah. Kerajaan BN masih belum bersedia mengkaji semula pelaksanaan dan kaedah undian pos. Pada masa yang sama SPR mempunyai formula atau kaedah menentukan persempadanan semula pilihanraya.

Sejumlah 221,085 pengundi pos berdaftar dan disahkan pada 5 Februari 2008.

Jika ini yang dimaksudkan dengan 'formula Pekan', maka, apa sikap pengundi yang sah untuk melihat integriti sepenuhnya daripada SPR. Sikap pengundi yang berintegriti mesti memahami bahawa kerahsian undi masih merupakan prinsip asas demokrasi yang sewajarnya atau wajib dipertahankan.

AWAS FORMULA PEKAN!!!!!!! bagi menjatuhkan kerajaan PAKATAN RAKYAT.


No comments: