Saturday, May 02, 2009

PERLUKAN PARTI POLITIK YANG BANYAK: PERBANDINGAN INDONESIA DAN MALAYSIA

Di bawah ini disenaraikan parti-parti politik di Indonesia yang berdaftar dan turut serta di dalam Pemilu 2009. Di antara parti tersebut ialah:-

1. Partai Hati Nurani Rakyat
2. Partai Karya Peduli Bangsa
3. Partai Pengusaha dan Pekerja Indonesia
4. Partai Peduli Rakyat Nasional
5. Partai Gerakan Indonesia Raya
6. Partai Barisan Nasional
7. Partai Keadilan dan Persatuan Indonesia
8. Partai Keadilan Sejahtera
9. Partai Amanat Nasional
10. Partai Perjuangan Indonesia Baru
11. Partai Kedaulatan
12. Partai Persatuan Daerah
13. Partai Kebangkitan Bangsa
14. Partai Pemuda Indonesia
15. Partai Nasional Indonesia Marhaenisme
16. Partai Demokrasi Pembaruan
17. Partai Karya Perjuangan
18. Partai Matahari Bangsa
19. Partai Penegak Demokrasi Indonesia
20. Partai Demokrasi Kebangsaan
21. Partai Republika Nusantara
22. Partai Pelopor
23. Partai Golongan Karya
24. Partai Persatuan Pembangunan
25. Partai Damai Sejahtera
26. Partai Nasional Benteng Kerakyatan Indonesia
27. Partai Bulan Bintang
28. Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan
29. Partai Bintang Reformasi
30. Partai Patriot
31. Partai Demokrat
32. Partai Kasih Demokrasi Indonesia
33. Partai Indonesia Sejahtera
34. Partai Kebangkitan Nasional Ulama
35. Partai Merdeka
36. Partai Persatuan Nahdlatul Ummah Indonesia
37. Partai Sarikat Indonesia
38. Partai Buruh

Di bawah ini pula senarai parti politik utama di Malaysia iaitu gabungan Barisan Nasional:-

1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Persatuan Cina Malaysia
3. Kongres India Malaysia
4. Parti Gerakan Rakyat Malaysia
5. Parti Progresif Penduduk Malaysia
6. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
7. Parti Rakyat Bersatu Sarawak
8. Parti Bersatu Sabah
9. Parti Liberal Demokratik
10. Parti Bersatu Rakyat Sabah
11. Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu
12. Parti Demokratik Progresif Sarawak
13. Parti Rakyat Sarawak

Pakatan Rakyat

1. Parti Keadilan Rakyat
2. Parti Tindakan Demokratik
3. Parti Islam Se-Malaysia

Parti-parti lain ialah:-

Parti Rakyat Malaysia

Parti Sosialis Malaysia

Parti Demokratik Malaysia

Parti Maju Sabah

Terdapat juga parti kecil seperti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), KIMMA, IPF, Parti Punjabi Malaysia, BERJASA.

Analisa ringkas untuk perbincangan

1. Asas perjuangan. Parti yang begitu banyak ditubuhkan di Indonesia kerana proses liberalisasi demokrasi yang mula berkembang setelah kejatuhan rejim Suharto, ditubuhkan untuk menyalurkan aspirasi rakyat berdasarkan nasional dan daerah atau pegangan tertentu, meneruskan perjuangan idealogi sama ada pancasila ataupun berasaskan prinsip Islam, seperti Partai Keadilan Sejahtera, Partai Bulan Bintang, Partai Persatuan Nahdlatul Ummah Indonesia.

Di Malaysia, penubuhannya berdasarkan etnik, kaum, bangsa dan menegakkan perjuangan bangsa terlebih dahulu. Parti-parti serpihan diasaskan kerana ketidakpuasan hati mengenai kepimpinan atasan atau krisis kepimpinan parti terawal. Wujud parti berasaskan perjuangan agama seperti PAS.

2. Jumlah penduduk dan wilayah. Penduduk Indonesia ialah 237,512,352 (anggaran Julai 2008, keluasan 1,919,440, kilometer persegi, terdiri daripada 17,508 pulau dan Malaysia ialah 27,730,000 (anggaran Julai 2008), keluasan 329,847 kilometer persegi, terdiri daripada 14 negeri.

Ulasan

Keperluan mencontohi negara maju, seperti di USA hanya menengahkan beberapa parti politik utama (current major parties) terutama semasa menyertai pilihanraya bagi memberi peluang rakyat memilih parti yang berkaliber, mempunyai asas kukuh kepimpinan dan teruji mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab, bagi mengelakkan terlampau banyak politicking. Negara yang sedang membangun wajar menggabungkan parti politik kepada idealogi atau asas perjuangan bersama bagi mengelakkan pertembungan atau persaingan yang dicaturkan hanya berprinsipkan perjuangan kekuatan individu atau personaliti sehingga mencetuskan "result in spilt of votes & corruptions".

Aku rasa, kita tidak perlu banyak parti politik kerana kesan negatifnya terlampau banyak pendapat akan mewujudkan 'chaos and no solution'. It is much better to have 'two parties' and choose from them.

Multiple Parties promote normally different ideologies, regionalism, division on the basis of ethnic, creed , religion, which is danger to unity of Indonesia and Malaysia in along term.

I believe unity in diversity. As long as political parties are honest towards their ideology, no harm in having many parties but the problem is they are becoming centering around vested interests.

So, in Malaysian context, I think, there should be only two parties, one ruling and the other opposition, with two clear ideologies. If necessary the constitution shall be amended. We observe that most of the developed nations have progressed only because of two party democracies, resulting in stability of an elected government, clearly and widely accepted policies, savings in resources spent for conducting elections which can be put to alternate productive uses.

In Indonesian manners, nevertheless, the influence of Islam on politics in Indonesia; the world's most populous Muslim country, has many nationalist parties changing their strategies. The fact is, Islam helps shape Indonesian elections.

Aku mengharapkan tahun 2009 bermulanya era generasi baru dalam berpolitik baik di Indonesia mahupun di Malaysia untuk kemajuan, pembangunan, keadilan dan kesejahteraan umat Islam sendiri dan sumbangan politik Islam dalam membangun dan menangani isu-isu wilayah-wilayah yang bertaburan dan negeri yang unik dari segi budaya, suku dan kepercayaan serta agama.

Aku secara peribadi meminta pergerakan dakwah, politik Islam di Indonesia berbincang untuk kebaikan umat, terutama parti Islam yang berpecah dan tentunya tidak akan memperolehi peratusan undi yang banyak bagi mencadangkan nama untuk proses pilihanraya Presiden. Penggabungan parti Islam dan parti yang bukan berasaskan Islam mungkin boleh difikirkan untuk merintis jalan memberi peluang Islam diberi tempat di dalam menyelesaikan permasalahan Indonesia sekarang. Mungkin di Indonesia banyak jalan boleh dirintis ke arah itu kerana dirasakan pemimpin-pemimpin mereka mudah 'terbuka' daripada apa yang kita lihat di Malaysia.

Aku turut simpati kerana geteh embak kulo esik neng putu ne. Embak kulo asalle seko Banyumas, Jowo Tengah.


No comments: