Saturday, July 11, 2009

PASAR BESAR KLANG & KOMPLEKS PENJARA

1.Kira-kira jam 8.10 pagi aku dan kedua anakku Fathul dan Nahdia keluar ke Pasar Besar Klang, yang terletak di Jalan Meru. Sudah tujuh bulan aku tidak ke pasar ini.
2.Hari Sabtu, tidaklah sesibuk hari bekerja biasa, maka, aku sampai ke pasar pada sekitar 30 minit sahaja dengan memandu kelajuan sekitar 70 km sejam.
3.Aku ke pasar borong kerana membeli barang-barang kering seperti belacan, cili, ikan bilis, ikan kering sepat, bulu ayam, sup bunjut, ketupat nasi Adabi dan milo untuk dibawa ke UK pada hari Selasa minggu hadapan.
4.Aku turut berlegar-legar ke pasar basah untuk membeli daging lembu kampung dan aku membeli 1/2 kilogram sahaja untuk dibuat sup makan tengahari. Aku membayar RM10.00 untuk 1/2 kilogram daging tersebut.
5.Di pasar Klang, jika membeli di kedai borong, harganya aku anggap munasabah, lebih murah daripada kedai runcit dan pasar malam atau pasar raya ternama.
6.Sememangnya pasar seperti biasa akan ramai orang, namun tahap kebersihan masih belum dapat dipertingkatkan. Ini kerana tiada tong-tong sampah disediakan di premis masing-masing. Tambahan pula, terdapat masih banyak kedai yang belum dibuka dan mengakibatkan sampah bersepah-sepah di hadapan kedai-kedai berkenaan.
7.Akupun tidak tahu setakat mana peranan pekerja MPK dan pihak MPK dalam menguatkuasakan undang-undang kebersihan di bawah bidang pentadbirannya. Di samping itu, jumlah kenderaan semakin bertambah dan tentunya kekurangan tempat letak kereta. Aku ingin mencadangkan agar tempat letak kereta boleh ditambah di tepi jalan sedia ada; disediakan petak dengan garisan yang sempurna.
8.Sekembalinya aku dari Klang, aku baru perasaan ada projek baru papan tanda oleh JKR tercatat projek kerajaan BN, cadangan membina kompleks penjara tegar (untuk banduan wanita) betul-betul berhadapan dengan perkampungan Felda Bukit Cherakah. Aku meminta anakku Fathul melihat papan tanda berkenaan dan disahkan projek ini akan dibina dan akan menjadi mercu kemajuan Bandar Puncak Alam. Selain daripada UiTM yang telahpun beroperasi, maka dengan tertegaknya kompleks penjara ini, Puncak Alam akan turut dikenali sebagai tempat tahanan pesalah-pesalah jenayah. Aku dapati kerja-kerja membersihkan hutan belukar, mencabut kelapa sawit dan kerja tanah sedang giat dijalankan. Lori hantu dan jentolak sedang sibuk bekerja. Cuma, maaf aku tidak membawa kamera dan telefon bimbitku tertinggal di rumah, maka aku tidak dapat merakamnya.
9. Maka, di Selangor, ada tambahan kompleks penjara, selain yang sedia ada di Kajang dan Sungai Buloh.

1 comment:

Unknown said...

Salam En Zali..

Wah dah balik ke Puncak Alam rupanya.Bercuti ye!

BTW..saya pernah dok kat Kelang dalam 2 tahun..1984-85..pernah juga sampai ke pasar besarnya. Dulu sebut nama Kelang maka terdengarlah suara2 kat belakang..huh.. "black area" tak tahulah mungkin kerana orang atau burung gagaknya..

Berbanding sekarang saya Kelang dah byk berubah..lebih "bersih"..!dan pembangunannya agak lebih teratur..