Friday, July 31, 2009

MEMBANTERAS JENAYAH

Tindakan derastik seperti berikut:-

1. Pemantauan terhadap pekerja asing dan para pelancong asing. Data atau maklumat setiap pekerja asing dan pengunjung ke negara kita mesti dikenalpasti, mungkin mereka penjenayah seperti sendiket pengedar dadah antarabangsa.

2. Pasukan polis sendiri mesti jujur, berintegriti dan berkomitmen di dalam melaksanakan tugas tanpa terlibat dengan rasuah atau melibatkan diri dengan gejala melindungi penjenayah atau samseng atau kongsi gelap.

3. Orang yang berpengaruh di dalam masyarakat yang berkemungkinan terlibat dengan rangkaian penjenayah antarabangsa yang mendalangi aktiviti pengedaran dadah, pelacuran dan perjudian hendaklah diambil tindakan undang-undang segera.

4. Premis hiburan patut dihadkan pengeluaran lesen dan tempoh masa beroperasi dan pemantauan terhadap semua pusat hiburan hendaklah dilakukan. PBT hendaklah melaksanakan penguatkuasaannya dengan sempurna.

5. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan memantau pergerakan mereka agar terhindar daripada terlibat dengan aktiviti jenayah.

6. Pendidikan akhlak, agama dan kesedaran dan pendidikan jenayah hendaklah diintegrasikan di peringkat sekolah dan semua institusi masyarakat.

7. Penglibatan dan peranan orang ramai dan kejiranan di dalam menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak berkuasa.

No comments: