Friday, July 24, 2009

Pilihanraya kecil Norwich North

Chloe Smith

Chloe Smith, 27 tahun, daripada Parti Konservatif memenangi kerusi Norwich North dengan majoriti 7,348 undi. Smith akan menjadi ahli parlimen yang termuda di Parlimen British.

Smith memperolehi 13,591 undi. Parti Buruh, Chris Ostrowski, menerima 6,243 undi, calon Liberal Democrat April Pond ketiga dengan 4,803 undi, manakala UK Independence party mengatasi Greens dengan masing-masing memperolehi 4,068 dan 3,350 undi. Peratusan mengundi 45.88% – berbanding 61.09%, pilihanraya umum 2005.


Perdana Menteri Gordon Brown menerima lima kekalahan daripada enam pilihanraya kecil yang telah dijalankan.

No comments: