Thursday, July 09, 2009

MAHABBAH

Kecintaan seseorang hamba kepada Allah adalah merupakan kesan fitnah daripada perasaan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada hamba tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda, "hendaklah kamu mencintai Allah lantaran Allah mengurniakan limpahan nikmat ke atas kamu dan hendaklah kamu mencintai aku kerana kasihkan Allah dan kasih kepada keluargaku lantaran kasih kepada aku" -Tarmizi. (halaman 1)
Di antara mereka yang dimurkai oleh Allah ialah menurut hawa nafsu dan meninggalkan syariat Allah. (Al-Qasas:50). Ini termasuklah orang yang zalim. Definisi zalim dihuraikan, di antaranya, sebesar-besar jenis kezaliman ialah syirik...... (halaman 7)
Di antara mereka yang dikasihi oleh Allah ialah orang-orang yang melaksanakan keadilan. (An-Nisa:58). Ini termasuklah orang-orang yang mencontohi, mengikuti Rasulullah s.a.w., berpegang kepada sunnahnya dalam setiap kehidupannya kerana mengharapkan untuk bertemu Allah dan mengharapkan hari akhirat. (halaman 105)
Petikan dan rujukan sepenuhnya daripada buku, Manusia yang dimurkai dan dikasihi Allah, karangan Sa'id Hawwa, diterjemah oleh Ramli Awang, terbitan Hizbi, 1990.

No comments: