Friday, July 24, 2009

Bebanan Kerja

Sememangnya, apabila kita bekerja apapun, tanggungjawab untuk menyelesaikan kerja yang diberikan menjadi keutamaan dan wajar disempurnakan.

Namun, aku perhatikan, dan ketika bertemu dengan teman-teman semasa minum, ada teman-teman yang sering menyatakan, "saya banyak kerja dan tidak boleh duduk lama".

Pelbagai alasan seumpama ini diberikan yang seolah-olah menampakkan tidak ada kemunasabahannya dan boleh menyelesaikan semua masalah yang dihadapi.

Aku rasa bukan soal banyak kerja atau orang tidak ada kerja, namun pada hakikatnya, perkara yang patut dirungkaikan ialah bagaimana cara mengurus kerja yang sistematik tanpa melibatkan kerja lebih masa dan menangguh-nangguhkan tugas.

Apabila aku kerja di sini dan aku perhatikan orang lainpun, nampaknya 'orang putih' tidakpun sampai perlu 'stay back' lama-lama dan semua kerja boleh dilakukan dengan cepat mengikut 'date line'. Semuannya telahpun dirancang lebih awal dan spesifik.

Di Malaysia, banyak jabatan kerajaan masih mengamalkan budaya kerja "adhock", tergesa-gesa atau perlu dibuat segera atas kehendak orang atasan atau menteri, sehingga masing-masing tertekan, 'stres' dan mengakibatkan maut.

Budaya kerja sebegini teramat tidak sihat untuk melahirkan persekitaran kerja yang kondusif, harmonis dan mesra kerana terpaksa atau perlu menyiapkan tugasan seperti 'mee segera', khususnya pelaksanaan dasar atau policy yang dibuat tanpa dibuat kajian secara mendalam dan mempunyai 'concept paper' yang telah diperbincangkan lebih awal.



No comments: