Tuesday, May 26, 2009

Ziarah

Hari Sabtu lepas, 23 Mei, 2009, aku, isteri dan anak-anak sempena cuti sekolah untuk seminggu di UK, sempat ziarah dan bermalam dua malam di rumah teman Fairuzam di Stoke-on-Trent. Kerap juga kami bermalam di rumahnya. Kami menginap di rumahnya dan tengahari Isnin, kamipun berangkat pulang ke Hull, sebab aku kerja, petang itu. Perjalanan Hull-Stoke-on-Trent mengambil masa 2 ½ jam, jika memandu sekitar 110-120km sejam, tanpa berhenti, ikut lebuhraya, A63, M62, M18, M1, A50, A500.

Biasalah, bila tiba cuti sekolah, anak-anak berminat hendak berjalan dan jumpa kawan-kawan. Lagipun, kami dengan keluarga Fairuzam, lama kenal sejak tinggal di Kuala Lumpur lagi, sekitar tahun 1993. Isterinya, sedang menunggu ‘viva’ dan akan balik ke Malaysia, 'for good' Julai 2009 ini. Rumahnya, yang terletak di 16, Grove Street sudahpun ditimbuni dengan pinggan mangkuk. Dia berseloroh denganku, bila sampai di Malaysia nanti, dia hendak menjalankan kegiatan car boot sale di Pasar Tani, Shah Alam.

Kami ke Stoke sudah kerap sangat kerana Stoke ini tempat kilang pinggan mangkuk yang terkenal di UK. Orang perempuan, memang sukalah hendak membeli pinggan mangkuk jenama seperti Royal Doulton, Royal Albert atau Bone China. Kalau di Sogo, KL, harganya beribu ringgit, namun di UK, ada potongan harga lagi, boleh banyak jimatkan duit. Isteri Menteri kita selalu datang ke sini.

Lagipun, ada kenalan kami, Dr. Thohiroh belum pernah datang ke Stoke dan nampaknya, beliau berminat hendak membeli barangan tersebut untuk buat koleksi di rumahnya di Cheras. Dr. Thohiroh menaiki keretapi ke Stoke, sebab keretaku, sudah penuh dengan anak-anak. Isteriku dan doktor ini memanglah suka datang ke Stoke, kerap sangat lagi bagus, di samping membawa dan menghiburkan anak-anak, turut mengambil peluang cuti hujung minggu dan Bank Holiday pada Isnin, 25 Mei, 2009.

Hari Sabtu lepas, ramai juga jumpa orang Malaysia, sama ada pelawat atau student from the nearest places from Stoke, mengambil peluang membeli belah dan isteriku turut berjumpa dengan kenalanku dan kenalan isteriku juga semasa menetap di Taman Grennwood, Gombak dan Kg. Kerdas 2, brother Baharudin Baharom dan isterinya, ‘UITM lecturer’ sedang mengikuti kursus PhD di Nottingham University, di UK ini. Aku masa itu, lepas balik dari car boot, sudahpun letih, tetapi selepas pukul 2.00 petang, isteriku, Hanim dan Dr. Thohiroh pantas keluar rumah semula pergi 'shopping' di kedai-kedai di sekitar Stoke.

Aku kerap jumpa kawan-kawan lama, sudahpun berbelas-belas tahun tidak lagi berjumpa di Malaysia, tetapi boleh jumpa kembali di UK dan boleh datang dan ziarah ke rumah mereka di sini. Aku rasakan bersyukur sangat dapat berjumpa dengan mereka kembali dan yang penting, masing-masing masih sihat, ramai anak dan rambut sudah beruban di samping usia masih dipanjangkan oleh Allah s.w.t.

Di Stoke, aktiviti kami yang penting, kami penuhi dengan ziarah kawan-kawan, ada sembilan keluarga yang masing-masing sedang mengikuti kursus di peringkat PhD dan Master, di antara lainnya, brother Rawi, berasal dari Kelantan, bertugas di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Mastika, pensyarah UNIMAS, Sarawak. Kalau di Malaysia hendak ziarah kawanpun amat susah, sebab banyak komitmen dengan anak-anak terutama yang bersekolah di asrama, perlu jengok setiap minggu atau balik kampung tengok nenek.

Hari Ahad, selain daripada meninjau beberapa car boot di sekitar Stoke, di sebelah petangnya, selepas jam 4.00 petang, kami dapat berkunjung ke rumah brother Kamal, rakyat Melayu Singapura (berketurunan suku Boyan dan isterinya suku Jawa), bekerja di London, sudah menjadi penduduk tetap (PR) UK. Beliau menganjurkan program ramah mesra dan membakar satay. Aku pada pagi Ahad itupun, sudah bangun awal dan mencucuk satay untuk brother tersebut. Di rumah brother Kamal, aku turut menemui brother Zul, bekas pelajar di Staffordshire University, sejak sembilan tahun yang lalu, sudah berkeluarga, memperolehi PR, bekerja di London, berulang alik pergi kerja, Stoke-london dan setiap tahun balik menziarah keluarganya di kampung iaitu di Muar, Johor. Aku sempat juga berjumpa dengan emaknya yang datang sekejap ke UK ini.

Pada pagi Isnin, 25 Mei, 2009 sempat aku ke Car Boot Sale yang terletak di pedalaman Stoke, ‘rural area’, namun seronok jugalah melihat pemandangan yang menghijau, apabila keadaan cuaca sekarang sudah panas sekitar 17-23 darjah celcius, peralihan ke musim panas.

Kepentingan Ziarah

1. Satu amalan agama untuk meneruskan ikatan persaudaraan, memperolehi nasihat dan bimbingan.

2. Untuk mendedahkan dan membimbing anak-anak cara atau adab bergaul dan menghormati orang lain serta hidup bermasyarakat.

3. Satu tradisi yang wajar dikekalkan dan dipastikan anak-anak dapat menghargai proses bersosialisasi secara baik.

4. Meramaikan kenalan dan membawa punca rezeki di samping membantu teman-teman jika diperlukan.

5. Menganjurkan aktiviti dan program ramah mesra seperti kenduri kesyukuran, membakar satay, BBQ, ‘camping’ berdekatan, berkelah bersama dan riadah untuk keceriaan keluarga.

No comments: