Saturday, May 30, 2009

Membersihkan rumah tanggungjawab isteri?

Aku berkesempatan berkunjung ke rumah kawan-kawan di UK ini, namun aku dapati kadang-kadang rumah mereka tidak terurus. Antaranya:-

1. Pinggan mangkuk di ‘sink’ dan dapur didapati kotor, sampah merata-rata.

2. Tandas kotor dan bilik air basah, bertakung dengan air, tumbuh kulat atau lumut, lantai basah dan kotor.

3. Langsir lusuh. Pakaian belum sempat di basuh, bertaburan dan tidak disusun di dalam bakul dengan sempurna.

4. Di halaman rumah, sampah bersepah-sepah atau rumput panjang tanpa dipotong atau dibersihkan.

5. Di bilik anak-anak, permainan bersepah-sepah, berdebu. Sampah seperti kertas, plastik, botol, bekas gula-gula, tin-tin minuman tidak dibuang di dalam bakul sampah.

6. Rumah dan bilik disumbat dengan pelbagai barangan tanpa disusun atau disimpan di dalam stor dengan sempurna.

Mengapa rumah tidak terurus atau bersih atau tidak kemas?

1. Suami isteri dan anak-anak mempunyai sikap sambil lewa dan suka bertangguh.

2. Menjaga kebersihan dan mengemas rumah bagi sebahagian daripada kita bukannya sebahagian daripada proses atau budaya kehidupan.

3. Anak-anak tidak dididik untuk menjaga kebersihan dan bersama-sama membantu mengemaskan rumah.

4. Sudah biasa membiarkan rumah kotor dan tidak kemas. Tabiat ini sukar untuk diubah.

Penyelesaian

1. Menyediakan jadual waktu atau ‘duty roster’ untuk seisi rumah melakukan aktiviti membersihkan rumah seperti menyapu, mengemop lantai atau membersihkan ‘carpet ‘dengan ‘vacuum machine’, membasuh pakaian, menyidai, melipat pakaian dan menyimpan di dalam almari setiap ahli keluarga

2. Menyediakan bakul sampah, peralatan membersihkan rumah yang sesuai dan cukup dan mesti menyediakan masa untuk mengemas rumah dengan segera dan berterusan, setiap hari.

3. Memotong atau mencabut rumput atau menanam pokok-pokok untuk menyerikan halaman rumah.

4. Setiap sebulan sekali melihat mana-mana baju, seluar, perabut atau apa sahaja yang tidak boleh dipakai atau barangan rosak atau pecah bolehlah disedekahkan kepada orang (recycle) atau dibuang dengan sempurna.

5. Siapa yang mampu, mengambil ‘orang gaji’ untuk urusan mengemas rumah.

Rumusan

Mengemas rumah, tempat tidur, bilik, halaman rumah, dapur, stor, tandas adalah menjadi tanggung seisi keluarga. Bapa dan Ibu wajib mengajar anak-anak mereka menjaga kebersihan rumah masing-masing.

No comments: