Thursday, May 14, 2009

KEMAHIRAN BERGAUL

KUNCI KEMAHIRAN BERGAUL

Pengenalan

Realitinya, manusia adalah makhluk Allah yang hidup dan wajib bergaul dengan semua manusia yang lain. Jika manusia tiada kemahiran bergaul atau bersosial akan menyebabkan seseorang itu merasa keseorangan, murung dan tertekan jiwa. Kebaikan dan kekuatan 'social skills' banyak membantu berinteraksi dengan sesiapa sahaja, mudah berhubung dengan orang lain, memperbaiki hubungan di dalam keluarga, masyarakat, memudahkan urusan busines, berpolitik dan di tempat kerja untuk pembangunan kerjaya.

Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman, ciri-ciri kemahiran bergaul wajar dikuasai terutama oleh anak-anak yang semakin membesar dan akan keluar rumah berinteraksi dengan sesiapa terutama yang akan melanjutkan pelajaran atau bekerja jauh dari kampung halaman.

Kemahiran bergaul utama seperti berikut:-

1) Berupaya untuk bertenang, bertoleransi, bercakap atau bertutur dua hala dengan kekuatan minda, tanpa emosi. Seseorang yang mahir bergaul akan dapat menguasai semua keadaan dan diri masing-masing. Jika mahir menguasai keadaan persekitaran, seseorang itu akan dapat berfikir secara rasional, aktif dan membina 'rapport', mesra dan peramah.

2) Berupaya untuk menyediakan kemahiran mendengar dan orang mengetahui anda sedang mendengar orang lain yang sedang bercakap. Aku sendiri sentiasa cuba untuk mengamati setiap perkataan yang ditutur oleh sesiapa, "keep listening" dan berusaha untuk memberi maklum balas, komen dan bersedia dengan 'physical stillness and eye contact' semasa orang bercakap.

3) Sentiasa 'empathy with interest'. Semasa beramah mesra seseorang itu hendaklah berbual dengan ikhlas, bersahaja dan menggunakan bahasa yang sesuai. Adalah diharapkan ibu bapa di rumah wajar memberi ruang berkomunikasi secara berkesan dengan makna memberi pendedahan: menggunakan bahasa harian yang jelas, 'standard', pertambahan 'vocabulary', pemilihan 'speech patterns', nada (tone) yang mantap dan berakhlak (polite). Pendedahan pelbagai bahasa selain loghat sendiri adalah amat digalakkan bagi memberi keyakinan berinteraksi dan berkomunikasi.

4) Berupaya untuk membina 'rapport' secara natural dan memahami kehendak bersama. Ibu bapa wajar menyediakan ruang, mengajar dan melatih anak cara berdiskusi, mengemukakan 'humble opinion', beramah mesra dengan orang yang lebih tua, rakan sebaya atau sesiapa sahaja.

5) Dapat memahami bagaimana dan bila hendak berbual terutama ketika hendak mengutarakan pandangan terutama semasa perbincangan, perbualan biasa atau di dalam mesyuarat atau di mana-mana majlis. Anak-anak wajar dibawa ke majlis-majlis tertentu dan dapat 'belajar berbual dengan baik dan beradab'.

6) Wajar memahami dan peka dengan personaliti, perwatakan individu dan gaya atau tingkahlaku seseorang. Ini akan memudahkan berinteraksi secara dua hala. Practicing these will improve our social skills, especially how to deal with a difficult situation.

Rumusan Singkat

Aku ingin menyarankan agar social skills should be taught at primary school level because many poor pupils receive little more than a "daily grunt" from parents. In my opinion, children as young as five should get lessons in anger management, coping with stress, solving social problems, communication and making friends. Semua sekolah pra sekolah wajar memberi penekanan dan menggalakkan murid-murid belajar bercakap dengan baik dan berhemah. Diharapkan guru-guru di PASTI, Kemas dan Taska tidak 'senyap'. Bertuturlah dengan anak-anak didik dengan bahasa yang sempurna dan sesuai.

Hakikat ini, jika kita dapat laksanakan, InsyaAllah, kita akan dapat melahirkan anak-anak yang petah berbual, berbincang, berhujah dan mudah-mudahan taat kepada ibu bapa, agama, masyarakat dan membangunkan negara. Anak-anak akan ceria kerana terdidik untuk meluahkan perasaan mereka secara efektif.

Bahkan, pergaulan sesama manusia dalam Islam adalah berasaskan al-ta'awanun alal-birri wattaqwa iaitu bekerjasama di atas dasar kebaikan dan taqwa.

Imam Nawawi dalam kitabnya, Riyadhus Salihin turut membicarakannya dalam bab khas bertajuk Bab kelebihan bergaul dengan manusia serta menghadiri perjumpaan dan perkumpulan mereka yang baik, majlis zikir bersama mereka, menziarahi mereka yang sakit dan yang meninggal, membantu yang memerlukan, membimbing mereka yang jahil dan selainnya yang mempunyai kebajikan, bagi yang mampu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah mungkar serta menahan diri daripada menyakiti dan bersabar apabila disakiti.

Pada hakikatnya, kehidupan bermasyarakat tidak dapat diwujudkan tanpa pergaulan dan jalinan mesra serta kerjasama di kalangan anggotanya.

Marilah kita bergaul dengan sempurna tanpa memilih status, pangkat, warna kulit, keturunan agama atau asal negeri.

No comments: