Wednesday, May 06, 2009

Perubatan Islam

Tugas utama dan matlamat hidup syaitan atau jin ialah merosakkan aqidah dan membawa manusia kepada kemurkaan dan neraka Allah. Mereka sentiasa mengoda manusia untuk bersama-sama melanggar perintah Allah s.w.t. Akibat serangan makhluk halus seperti jin, adalah dirasakan kita perlu memahami kepentingan mempelajari perubatan Islam untuk diri dan ahli keluarga kita.

Sebagai orang mukmin, kita menyedari, bahawa ada di antara kita yang telah dan akan diserang, dirasuk dan diganggu oleh jin. Perbuatan sihir turut membawa padah yang teruk kepada penerimanya.

Maka, dengan kesempatan yang ada ini, aku ingin mengajak anda pembaca sekelian agar turut memahami dan menyedari betapa jin akan melakukan sesuatu ke atas diri kita, terutama yang lemah semangat, roh dan mereka yang sentiasa murung dan duduk keseorangan tanpa teman.

Maka, memahami perubatan Islam adalah penting untuk menyelamatkan diri kita dan langkah-langkah yang patut diambil, perlulah difahami, jika ada di antara kita yang diserang olehnya.

Pada hari semalam, aku bersama isteri dan anak perempuanku serta brother Shafudin dan 'Uncle Z' pergi ke rumah pengerusi
Professional Islamic Support And Nurture Group (PISANG) Hamidi A Rahman di 7, Falcon Mead, Bicester, Oxfordshire untuk mendapatkan rawatan daripada gangguan tersebut dan pada hari ini akan menjemput seorang anak didik Dr. Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus , iaitu adik Mohd Trimizi Zainal bermalam di rumahku untuk memberi ceramah mengenai serangan penyakit dan rawatan perubatan Islam.

Aku rasa kita perlu mengetahui beberapa tajuk atau perkara seperti berikut:-

1. Asal Jin dan sifat-sifatnya dari perspektif Al-Quran dan As-Sunnah,

2. Sihir: Ciri-Cirinya, Kaedah Rawatan Dan Amalan Pendinding.

3. Saka: Kesan Dan Cara Merawatnya.

4. Jin/Syaitan ( Makhluk Halus) : Hubungannya Dengan Pelbagai Gangguan Kesihatan Manusia.

5. Kombinasi Pukulan, Dhikrullah Dan Doa Satu Kaedah Perubatan Islam Yang Penting.

6. Metodologi Perubatan Tradisional Melayu Menurut Perspektif Islam.

7. Menurun: Kebenarannya Menurut Islam.

8. Berpawang Dan Bersahabat Dengan Jin Daripada Perspektif Islam.

9. Mempelajari dan menghafal surah-surah Al Quran ( yang tertentu) untuk ikhtiar menghalau atau mengatsi gangguan.

10. Membaca doa harian bagi mengelakkan gangguan makhluk halus

11. Konsep perubatan Islam

Marilah kita sama-sama bersedia untuk mempelajarinya dan menyokong program atau aktiviti di antara persatuan yang aktif menggalakkan perubatan Islam ialah
Darussyifa dan PISANG

Aku difahamkan oleh Trimizi, PISANG adalah diilhamkan dan turut diusahakan oleh Dr. Haron Din. Antara penasihatnya ialah Mufti kerajaan Brunei. Ini adalah usaha di peringkat global atau antarabangsa. Aktiviti ini sudah meluas dan berkembang di UK, Australia, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan di tanah Arab iaitu Arab Saudi, Yaman, Mesir dan Jordan.

PISANG turut menerima bantuan kerajaan Malaysia untuk mempromosikan perubatan di Eropah. Satu lawatan ke persatuan-persatuan Islam di Jerman, Perancis, Belgium, Austria, Switzerland dan Belanda akan dilakukan pada 12-24 Mei 2009 ini.

Usaha Darussyifa yang terkini ialah berusaha untuk membukukan perubatan Islam untuk kemudahan orang ramai masa hadapan.






1 comment:

Anonymous said...

setahu saya us trimizi itu belum menjadi ahli darussyifa...Macam mana pula boleh kata anak didik?Hairan bin ajaib