Thursday, May 07, 2009

PENGURUS YANG BAIK


Pada suatu hari, aku sedang bersandar di suatu sudut bilik komputer di GRI, di Hull University, aku terdengar perbualan ringkas, seorang pekerja perempuan kepada rakan sekerjanya, mengenai ketua barunya. "He's a nice guy," she said. "He makes me feel good about working here."

Kebanyakan pekerja, apa bangsapun, tanpa mengenal warna kulit dan bahasa mahupun budaya, perempuan muda seperti yang aku lihat, boleh dipengaruhi oleh kebolehan "soft skills" daripada "technical skills" yang dimiliki oleh bossnya.

Aku berpandangan, keupayaan "interpersonal skills" yang dimiliki itu adalah input yang amat bernilai dalam aspek berkomunikasi termasuklah keupayaan bertutur atau berbual, memotivasikan pekerja dan "showing genuine concern".

'Interpersonal traits' yang dikuasai akan mempengaruhi pekerja untuk seronok bekerja di suatu tempat atau terpaksa berhenti atau memohon bertukar ke tempat lain.

My short comments:

1. When a manager lacks these skills, or actively cultivates their hard-edged opposite, workers who have choices will jump ship or lower their productivity.

2. Mempelajari 'soft skills' dan cara berkomunikasi yang berkesan bererti memperlakukan sesuatu yang sesuai dengan cita rasa pekerja. Ini termasuklah menegur secara baik, tanpa emosi sehingga berbahasa kasar, menjerit atau memaki hamun. Berkomunikasilah dan sentiasa menyediakan diri untuk berhubung secara formal dan informal (secara perbualan biasa) serta perbincangan terbuka di samping berikanlah kepercayaan dan semaikan kepercayaan kepada 'anak buah' dalam menyelesaikan sesuatu tugasannya. Berbicara secara sopan, bertanggungjawab, jujur dan meyakinkan.

3. Sentiasa respons dengan maklum balas dan sediakan ruang untuk mendengar rungutan, pertanyaan, ketidakpuasan hati dan berusaha menghapuskan perasaan kekhuatiran dan takut atau tertekan di dalam persekitaran kerja mahupun aspek arahan "boss".

4. So, effective communication is important in an organization because it creates mutual understanding environment between the management and employees. Directly, it also helps in increasing the employee's productivity.

5. Aku sekadar mengingat kawan-kawanku yang sedang menjadi "boss" sama ada di sektor kerajaan atau swasta, berkomunikasilah secara sopan dan sentiasa memberi arahan yang meyakinkan bagi mengelakkan pertelingkahan dan hubungan yang tidak kondusif dan mesra.





1 comment:

arrumman said...

Menjawab isu ust trimizi

Dalam mendasari isu dan polemik yang timbul, kita harus memahami latar
belakang kenapa Darussyifa mengeluarkan "Penafian dan Penjelasan"
berkenaan Ustaz Trimizi Zainal yang dipamerkan di laman web
Darussyifa' [di www.darussyifa.org ]

Pihak Darussyifa telah menerima beberapa aduan yang mendakwa Ustaz
Trimizi mewakili Darussyifa dan juga mendakwa Ustaz Trimizi adalah
dari Darussyifa. Ianya hanyalah hasil dari sedikit silap faham dan
tanggapan yang timbul.

Untuk memudahkan Darussyifa menjawab dakwaan tersebut, satu kenyataan
telah diletakkan di laman web mereka. Kenyataan tersebut LANGSUNG
TIDAK menuduh Ustaz Trimizi pernah mengeluarkan kenyataan mewakili
Darussyifa atau beliau dari Darussyifa. Ia adalah langkah berjaga-jaga
(preventative action) dengan menggunakan ungkapan "JIKA SEKIRANYA
....".

Darussyifa juga LANGSUNG TIDAK mengaitkan isu ini dengan PISANG, dan
hubungan PISANG dengan Darussyifa tidak terjejas sedikit pun.

Mereka yang telah menghadiri kuliah Ustaz Trimizi mengetahui yang
beliau tidak pernah mendakwa mewakili Darussyifa' atau mendapat ijazah
dari Darussyifa'. Beliau ada menyentuh methodologi Darussyifa tetapi
di dalam konteks perbandingan methodologi rawatan Islam sahaja. Ini
mungkin menimbulkan rasa tidak senang di kalangan beberapa individu
yang kemudiannya membuat lapuran yang tidak tepat kepada Darussyifa'.
Untuk mengelakkan salahfaham dari berlaku semula, kuliah Ustaz Trimizi
di masa akan datang tidak akan menyentuh kaedah Darussyifa'.

PISANG adalah satu organisasi yang mempunyai misi-misi yang lebih
besar dan berbentuk global, dan bukannya pesaing kepada Darussyifa'
atau mana-mana pusat perubatan Islam. Umpamanya, salah satu misi
PISANG ialah untuk menjadikan sihir sebagai satu jenayah di dalam
perundangan. Sebagaimana yang kita semua maklum, sekarang ini tidak
ada peruntukan di dalam perundangan sivil atau perundangan syariah di
Malaysia untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kegiatan sihir.

PISANG telah dapat meyakinkan Jabatan Mufti Selangor untuk mengadakan
Muzakarah Pakar pada bulan Disember 2009 untuk memulakan proses
menjenayahkan sihir. Muzakarah Pakar tersebut, yang dianjurkan oleh
Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama PISANG, telah dihadhiri oleh
140 pakar-pakar dari pelbagai bidang. PISANG akan terus melaksanakan
misi-misi yang besar ini dan satu bengkel berkenaan pendakwaan sihir
Insha'Allah akan diadakan pada bulan Mac depan.

Kami berharap semua peserta Kursus Perubatan Islam anjuran PISANG
cawangan Mesir akan terus mendalami ilmu perubatan Islam dan ilmu-ilmu
yang berkaitan seperti methodologi perubatan moden, kaunseling,
psycho-therapy, penguasaan Bahasa Inggeris dan sebagainya. PISANG
ingin melahirkan satu generasi baru pengamal perubatan Islam yang
disegani oleh dunia barat. Elakkan dari tergelincir dengan isu
tuduh-menuduh yang melalaikan dan merugikan. Mereka yang leka dengan
polimik tuduh menuduh akan tinggal jauh di belakang.