1. Pengenalan
Kepada semua wakil rakyat (YB), di barisan kerajaan dan pembangkang di parlimen dan di DUN yang dihormati sekelian. Sekadar mengucapkan janji sememangnya mudah. Suasana dunia dan politik masa kini, membuka dimensi dan ruang serta lembaran baru, rakyat menginginkan dan menuntut suatu pengharapan dan pembelaan tinggi dan bukti yang dilaungkan atau dijanjikan mesti dikotakan.
1.1 Penegasannya ialah misi wakil rakyat ialah membela rakyat dengan penuh keikhlasan dan bukan kepentingan bisnes, menampilkan diri untuk menikmati atau memegang 'stake holders' tertentu atau kepentingan mana-mana pihak atau bermotifkan manfaat diri sendiri atau 'family'.
Aku sekadar ingin memberi ulasan mengenai bagaimana parameter penilaian atau ukuran sejauh mana kerja dan komitmen serta menentukan siapa wakil rakyat yang diklasifikasikan atau dikelaskan bersungguh-sungguh bekerja untuk memenuhi tradisi membela rakyat.
Sebelum penilaianku lakukan, elok juga kita memahami apakah bidang peranan, tugas dan fungsi wakil rakyat. Pada pandanganku, ada beberapa asas untuk perbincangan terperinci iaitu:-
Pertamanya, mencadangkan atau mengusulkan sesuatu pembaikan kepada perundangan negara atau enakmen di negeri, sama ada cadangan undang-undang baru ataupun cadangan pindaan bagi menyediakan suatu peraturan yang lebih sistematik. Ahli parlimen adalah penggubal atau pencadang legislatif bagi memastikan semua rakyat menikmati undang-undang untuk dilaksanakan yang membolehkan mereka benar-benar merasa berpuas hati. Wakil rakyat wajar banyak membaca, berdialog, memperolehi banyak bahan dan menjalankan kajian serta bersedia dengan kertas-kertas cadangan (proposals). Ini bermakna, beliau juga perlu mahir menulis atau dilantik atau ditubuhkan sekretariat atau setiausaha kerja untuk memproses bahan-bahan perbincangan dan kertas kerja.
Pengurusan di peringkat ini, memerlukan seorang wakil rakyat yang 'berpendidikan' dan berpengalaman luas. Maka, aku berpendapat, zaman kini, wakil rakyat yang dipilih dari kalangan mereka yang rendah kelayakan akademik mungkin kurang praktikal.
Kita memerlukan wakil rakyat yang 'cerdik' kerana urusan mereka ialah untuk membangunkan pemikiran, roh bangsa dan negara, satu tugas dan amanah yang amat berat. Tugas mereka ialah membahas permasalahan rakyat di dewan-dewan berkenaan, tentunya memerlukan input dan fakta-fakta yang sahih dan memerlukan mereka yang petah berbicara atau berkomunikasi.
Keduanya, bersedia dengan hujah mengenai permasalahan isu sosial, ekonomi dan negara bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit di samping mengusul penambaikan ke atas 'delivery system' kepada pembangunan dan kebajikan rakyat. Wakil rakyat wajar mahir menyediakan perbahasan dan komen yang konstruktif dan memerlukan input pengurusan & fakta kewangan bagi menyokong hujah mereka. Hujahan mestilah berdasarkan sumber yang boleh disahkan dan diyakini. Jika wujudnya, pembaziran dan pemborosan dana yang diperuntukan, wakil rakyat mesti bersedia dengan hujah yang rasional dan berfakta.
Pengurusan di peringkat ini, memerlukan seorang wakil rakyat yang 'berpendidikan' dan berpengalaman luas. Maka, aku berpendapat, zaman kini, wakil rakyat yang dipilih dari kalangan mereka yang rendah kelayakan akademik mungkin kurang praktikal.
Kita memerlukan wakil rakyat yang 'cerdik' kerana urusan mereka ialah untuk membangunkan pemikiran, roh bangsa dan negara, satu tugas dan amanah yang amat berat. Tugas mereka ialah membahas permasalahan rakyat di dewan-dewan berkenaan, tentunya memerlukan input dan fakta-fakta yang sahih dan memerlukan mereka yang petah berbicara atau berkomunikasi.
Keduanya, bersedia dengan hujah mengenai permasalahan isu sosial, ekonomi dan negara bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit di samping mengusul penambaikan ke atas 'delivery system' kepada pembangunan dan kebajikan rakyat. Wakil rakyat wajar mahir menyediakan perbahasan dan komen yang konstruktif dan memerlukan input pengurusan & fakta kewangan bagi menyokong hujah mereka. Hujahan mestilah berdasarkan sumber yang boleh disahkan dan diyakini. Jika wujudnya, pembaziran dan pemborosan dana yang diperuntukan, wakil rakyat mesti bersedia dengan hujah yang rasional dan berfakta.
Ketiganya, 'turun padang' dan melawat kawasan untuk mengumpul isu-isu atau permasalahan rakyat yang diwakili dan menyalurkan maklumat kepada badan-badan/institusi-institusi tertentu untuk diselesaikan. Wakil rakyat hendaklah mahir mengenalpasti dan mengidentifikasikan permasalahan yang dianggap kritikal, segera dan yang dianggap kecil atau remeh untuk ditangani semuanya secara bijaksana. Semua isu hendaklah direkodkan dan data disimpan dengan sebaik mungkin terutama untuk rujukan masa hadapan. Ini bermakna, pelbagai masalah rakyat wajar diberi perhatian dan pembelaan sewajarnya. Ini bermakna juga, kunjungan hormat atau sekadar menjenguk orang sakit, mati, bersalin, kemalangan, musibah, undangan majlis perkahwinan, berkhatan secara tradisi boleh diteruskan, namun hakikatnya, tugas bukan hanya menggunakan 'good PR' dengan orang kampung (tempat yang diwakili); yang lebih jauh daripada itu ialah memanfaatkan hubungan tersebut untuk memperolehi pelbagai maklumat untuk memperbaiki kehidupan rakyat yang diwakili. Pada pandanganku, hanya sekadar merasmikan majlis PIBG atau undangan tertentu dan selepas makan atau sembang kosong dan seterusnya hilang dari pandangan mata rakyat, orang yang tidak "bersekolahpun" boleh jadi tok wakil.
Aku ingin menegaskan di sini, jawatan wakil rakyat bukan untuk pandai berlakon di mata rakyat, tunjuk baik untuk dihormati dan tujuan politik atau sekadar bertemu di program-program rasmi, untuk mengekalkan jawatan dan kuasa, namun berinteraksi dengan rakyat ialah bermaksud memantau dan memikirkan bagaimana hendak menyalurkan segala kemampuan dirinya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Aku ingin menegaskan di sini, jawatan wakil rakyat bukan untuk pandai berlakon di mata rakyat, tunjuk baik untuk dihormati dan tujuan politik atau sekadar bertemu di program-program rasmi, untuk mengekalkan jawatan dan kuasa, namun berinteraksi dengan rakyat ialah bermaksud memantau dan memikirkan bagaimana hendak menyalurkan segala kemampuan dirinya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Aku ada teman yang bekerja di Johor Bahru dan pernah menghadiri program sambutan perayaan Islam di Singapura. Apa yang menarik, majlis tersebut dirasmikan oleh wakil rakyat berbangsa Cina dan selepas habis majlis, wakil rakyat tersebut boleh duduk mendengar masalah dan cuba untuk membantu permasalahan orang Melayu/Islam Singapura. Oleh kerana, hari itu sempena, majlis qurban, maka YB tersebut mengeluarkan duitnya untuk turut 'berqurban'. Kalau kita di Malaysia, adakah kita wajar menerimanya atau tidak?
Aku ingin menegaskan aktiviti 'turun padang' adalah aktiviti untuk memperolehi maklum balas dan berinterasi dengan rakyat secara terus tanpa memperolehi makluman atau maklumat daripada pihak lain, umpamanya media elektronik atau akhbar, ekoran aduan atau tersiarnya keluarga miskin di Rancangan Bersamu di TV3, barulah sibuk YB atau Menteri Besar mengarah pegawainya atau pergi melawat atau mendapat perhatian dengan segera dan diselesaikan perkara tersebut. Kita tidak mahu lagi melihat YB yang sentiasa 'react' bukannya melakukan sesuatu dengan 'pro-active'. YB mesti mahir dan cekap menjelajah kawasannya.
Keempatnya, mencadangkan dan membiayai projek-projek pembangunan sosial, pendidikan dan ekonomi tertentu di kawasannya dan ini memerlukan kajian yang mendalam. Satu 'team work' perlu diwujudkan dan pembantu-pembantu semestinya mahir untuk mengendalikannya. Di UK, setiap ahli parlimen disediakan peruntukan, pejabat dan beberapa orang pekerja untuk mengurus pejabat wakil rakyat berkenaan, namun di Malaysia, kita memerlukan duit sendiri dan elaun YBpun tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pejabat dan membayar kakitangan, maka adalah diharapkan semua kerajaan negeri dan YB dari parti yang memerintah dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna, melainkan mereka yang di sebelah pembangkang, dibatasi dan dihalangi dengan 'allocation' tersebut. Dalam hal dicadangkan elaun YB turut dikaji semula sesuai dengan taraf hidup dan keperluan rakyat yang semakin meningkat agar semua YB termasuk dari pihak pembangkang menyumbang secara telus dan berkemampuan.
Kelimanya, membangun komuniti dan berganding bahu dengan NGOs, sebagai rakan 'stake holders' untuk mencorakkan atau melakukan suatu perubahan dengan memberi “reward” tertentu kepada pembangunan sektor-sektor tertentu. 'Smart partnership' dengan pelbagai pihak hendaklah diwujudkan, bagi merangka pembangunan kawasan yang diwakili. Jika kawasan tersebut, perlukan sekolah berasrama penuh, maka penglibatan wakil penduduk atau persatuan boleh dimanfaatkan untuk perjuangan meningkatkan mutu sekolah dan kualiti kehidupan masyarakat setempat.
2. Aspek Yang Diukur
2.1 Aku tidak mahu mengukur secara terperinci sehingga ke arah menyempurnakan KPI, namun ada beberapa perspektif yang boleh diukur iaitu:-
Pertamanya, dari perspektif kewangan atau elemen pembangunan atau projek tertentu. Pembangunan fizikal, prasarana, infrastuktur dan pembangunan komuniti atau ekonomi memerlukan pembiayaan dan wakil rakyat yang cekap, mampu dan berkebolehan untuk mencari dan mengurus dana sehingga membawa projek ke kawasannya. Walaupun mungkin YB tidak berjaya mendapatkan projek tertentu, namun jika pelan rancangan telahpun dimajukan, maka bolehlah dianggap ada usaha untuk melaksanakannya. Perancangan yang bersifat strategik hendaklah sentiasa difikirkan.
Keduanya dari sudut perspektif rakyat sendiri. Rakyat adalah pelanggan dan memfokuskan ke arah 'customer satisfaction' adalah sangat penting dan menjadi agenda keutamaan. Ketidakpuasan rakyat terhadap YB dan kerajaan akan menjejaskan imej penerimaan mereka terhadap sesuatu parti politik dan dalam hal ini, mana-mana parti politik yang ingin berkuasa atau menerajui kerajaan, wajar menilai diri ke arah memberi perkhidmatan yang diharapkan.
Ketiganya, komitmen dan cara YB meluangkan masa atau berdamping dengan rakyat di dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Rakyat tidak boleh dibiarkan setelah berjaya memenangi suatu pilihanraya. Rakyat mesti dilayan dengan baik kerana sebagai YB bukan 'title 'untuk dihormati, namun untuk berkhidmat tanpa memilih bulu dan status atau sebagainya. Senarai rekod aduan atau permasalahan hendaklah diselesaikan.
3. Rumusan
3.1 Kerja YB bukannya mudah, walaupun ada yang bercita-cita hendak menjadi YB kerana sepenggal bergelar YB, boleh memperolehi pencen YB.
Pada hakikatnya, walaupun status YB dihormati, rakyat sekarang boleh menilai siapa yang boleh membantu dan siapa yang hanya pandai berpolitik sahaja. Wahai YB, lakukankan semakan skima dan merit serta penilaian sendiri terlebih dahulu. Cara rakyat menilai ialah mengundi wakil lain, pada setiap pilihanraya.
No comments:
Post a Comment