Monday, May 18, 2009

“Extrovert vs. Introvert”

Pengenalan

Di dunia ini, seolah-olah terbahaginya dua perbezaan manusia iaitu yang bersifat ‘extrovert’ dan bersifat ‘introvert’. Kita melihat, ada individu yang merasa lebih yakin dan ada pula yang pendiam dan pemalu.

Menurut Carl Jung, manusia akan berada di dalam kedua jenis sikap sama ada ‘introversion’ atau ‘extroversion’. Kedua-dua elemen fizikal dan mental manusia akan dapat memberi jawapan kepada tingkahlaku mereka.

Menurut Dr. Ed Diener dari University of Illinois, ‘extroverts’ terdiri di antara 60 ke 70 peratus daripada masyarakat dan ‘introverts’ meliputi 20 to 30 peratus.

Mereka yang dianggap ‘extrovert’ mempunyai nilai-nilai atau perlakuan seperti berikut:-

1. Berminat mengenai hal yang berlaku di sekelilingnya.

2. Gemar dan lancar semasa bergaul, senang mesra, ramah dan berfikiran terbuka.

3. Seseorang itu sentiasa menunjukkan sikap berkeyakinan, bermotivasi untuk mencapai segala impian, selalu bergembira dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kesan Positifnya

1. Sentiasa untuk mengekal dan mempunyai kualiti hidup, berdikari, nilai positif, baik dan berusaha, bersemangat memperbaiki dan menghargai diri tanpa nasihat daripada orang lain. Kehidupan seharian akan dilalui dengan tenang, sabar dan setiap cabaran akan dilalui dengan perasaan penuh perjuangan, keghairahan, kegembiraan dan bukannya kesedihan berpanjangan.

2. Sesiapa yang bersifat ‘extrovert’, pemikirannya sentiasa ligat dan mempunyai daya kekuatan imaginasi yang hebat. Pada amnya, seseorang itu mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Hasil pergaulannya yang luas, seseorang itu mempunyai pengalaman, idea dan memberangsangkan keyakinan dirinya.

3.Seseorang itu akan sentiasa menikmati hidup dengan penuh bermakna. Beliau akan melakukan yang terbaik untuk dirinya, walaupun mungkin, ada kalanya gagal, namun ianya tidak berputus asa, tetap untuk mencuba dan terus mencuba.

Sebaliknya, mereka yang dianggap ‘introvert’ mempunyai nilai-nilai atau perlakuan seperti berikut:-

1. Seseorang itu akan sentiasa dan gemar memusatkan perhatiannya kepada fikiran dan perasaannya sendiri. Sifat ini dianggap bahaya kerana tingkahlaku orang seperti ini sebenarnya, bersifat pendiam, mementingkan diri sendiri, sensitif, syok sendiri, terlampau ego, amat terbatas atau terhad pergaulannya, kurang atau tiada keyakinan diri.

2.Diperhatikan bahawa individu seperti ini berfikiran singkat, mudah marah dan kadang-kadang tidak mementingkan maruah, walaupun mereka mementingkan diri sendiri. Sifat melayan kehendak atau keinginan sendiri adalah terlampau tinggi tanpa memikirkan kenyataannya atau kesannya yang sebenar. Maka, kita melihat, mereka terasa bebas untuk memilih atau menentukan sendiri apa yang ingin dilakukan, tanpa mempunyai pengurusan diri yang sempurna.

3.Nasihat orang lain, amat sukar untuk diterima dan layanan adalah seperti melayan budak kecil.

Kesan Negatifnya

Mereka yang bersifat ‘introvert’ disimpulkan sebagai orang tidak ada perancangan dan matlamat hidup. Mereka tiada perancangan dan pemikiran jangka panjang. Mereka sentiasa melakukan sesuatu berdasarkan keinginan yang ‘meluap-luap dan meronta-ronta’ semata-mata tanpa memikirkan akibat buruk yang akan menimpa. Mereka suka membuang masa dan berseronok.

Rumusan

Lihatlah diri kita, keluarga, terutama anak-anak remaja, jiran, rakan sekerja, rakan sepermainan, rakan setaman, rakan sekampung, ‘boss’ atau majikan, di dalam dunia pendidikan, 'business', politik masing-masing, di mana sebenarnya kita, adakah untuk sama-sama membina atau ingin memusnahkan kehidupan ini?

Perhatikanlah kedua-dua sifat ini untuk cuba memperbaiki diri masing-masing.

2 comments:

VecToR said...

Maaf, saudara, saya rasa anda telah silap. Anda hanya memandang orang introvert dari sudut negatif. Ramai pakar psikologi tidak akan bersetuju dengan apa yang anda tulis. Introvert sebenarnya lebih baik daripada apa yang anda sangkakan. Mereka lebih banyak berfikir, dan pemikiran mereka lebih mendalam terhadap sesuatu perkara. Saya harap saudara jangan hanya melihat pada satu sudut. Ramai tokoh2 terkemuka dunia seperti Albert Einstein, Isaac Newton, mereka memiliki keperibadian introvert.

Untuk saya bagi lulus dengan penulisan saudara, tentang extrovert adalah benar. Saya harap saudara membuat kajian yang lebih mendalam mengenainya. Terima kasih.

Saya cakap sebab saya introvert. Nanti saudara lihat blog saya; Shamsullium.

Anna Granger said...

Wah extrovert kau bagi kelebihan, introvert kau bagi kesan negatif. Nak buat artikel biarla elok sikit bagi la dua2 kelebihan and kekurangan. Masing2 ada kelebihan and kekurangan.