Aku tertarik dengan ungkapan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan semasa rangka lawatan beliau ke Alor Setar seperti di dalam Utusan Malaysia, Jumaat 22 Mei, 2009, mengenai usaha parti tersebut untuk menawan semula Kedah daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau menggariskan formula 'PPSMSS' dan 'KBSM'. Beliau menjelaskan formula PPSMSS bermaksud berkerja pagi petang (PP), siang malam (SM), dan subuh senja (SS), manakala 'KBSM' pula bererti pergi kenduri (K), bersalin (B), sakit (S) dan mati (M).
Beliau kini amat bertenaga, bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk mengembalikan dan mengekalkan sokongan orang Melayu kepada UMNO/BN.
Seperti yang dipetik daripada BERNAMA pada 15 Mei, 2009 yang lalu, semasa beliau melawat Terengganu, beliau menganggap banyak jentera penerangan UMNO tidak memahami tugas dan peranan mereka. Beliau berkata, "Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka; ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti”.
Beliau turut menyatakan terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat jentera penerangan parti yang masih "tidur".
Ulasan singkat
1. Aku merasakan orang UMNO sudah merasa selesa (complicient) dan menganggap tanpa melakukan kerjapun, orang Melayu dan pengundi akan tetap menyokong BN, namun anggapan itu salah.
2. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemimpin UMNO di semua peringkat, lebih banyak bermain politik (politicking) dan banyak berjuang untuk ‘self interest’ daripada melaksanakan program dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh semua lapisan rakyat ke arah kesejahteraan kehidupan sebenar. Pada umumnya, rakyat tidak terbela dari aspek kebajikan, taraf hidup, harga barangan dan perkhidmatan yang semakin tinggi dan melambung, kesihatan, pelajaran percuma dan keselamatan (daripada gejala jenayah yang bermaharajalela). Kemiskinan dan pendapatan/gaji di beberapa sektor masih rendah dan tidak sesuai dengan tuntutan semasa. Sewajarnya gaji minimum mesti disesuaikan dengan harga barangan atau perkhidmatan.
Pada amnya, manusia tidak akan “memberontak” apabila soal makan dan minum, pekerjaan atau gaji yang diterima mencukupi, sehingga nanti ramai yang tidak kisah akan politik, apabila kehidupan mereka senang dan selesa. Di negara maju seperti di UK, parti politik tidak melontarkan isu remeh temeh di dalam kempen pilihanraya, tetapi yang dibahaskan bagaimana untuk memberi kemudahan kepada rakyat terutama soal pendidikan, kesihatan dan keselamatan serta pekerjaan.
3. Politik kita masih tradisional sifatnya, iaitu kempen penerangan masih bersifat ‘locality and need personal touching’. Sebab itulah, untuk menjaga serta menghargai budaya dan adat resam orang Melayu, aktiviti KBSM wajar digerakkan, dipopularkan dan dijadikan medan untuk meraih sokongan politik.
Di sinipun, UMNO hendak bermain politik. Perkara mengunjungi orang kerana urusan kenduri, bersalin, sakit atau mati adalah sudah menjadi budaya kita bahkan merupakan tuntutan dan ajaran agama. Apabila terasa sudah kalah atau tewas, baru hendak mengadakan dan mengaktifkan program ini, dirasakan mempunyai niat politik dan bukan keinsafan untuk melaksanakan ajaran dan kehendak agama. Di UK, seseorang perlu hadir apabila ada jemputan sahaja.
4. Kematangan berpolitik, walaupun dirasakan masih rendah di kalangan rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, namun generasi terpelajar dan terdidik mampu menilai secara rasional tentang kemampuan setiap parti dan pemimpin yang wajar diberi sokongan. Pemimpin UMNO mesti jujur pada diri mereka dan perlu akur masyarakat telah banyak berubah dan mula berani untuk membuat perubahan dan pembaharuan. Tunjuk baik dan memberi hadiah semasa hari-hari tertentu tidaklah dianggap suatu yang praktikal lagi. Kita memerlukan dasar atau polisi yang lebih sistematik dan menjurus kepada sasaran iaitu rakyat sebagai pelanggan utama, mesti diselesaikan setiap ruang masalah kehidupan mereka.

No comments:
Post a Comment