Showing posts with label MEMORI KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label MEMORI KEHIDUPAN. Show all posts

Friday, August 07, 2009

FRIENDLY MATCH MU vs VALENCIA

My third child, Nasrul

From Left, Hakim, Arief, Nash, Affam and Fathul














Nash with Malaysian flag





MU beat Valencia 2-0 at Old Trafford before a crowd of 71,000 on last Wednesday, 5th August, 2009. All my sons watched the game. See some of the pictures taken. Nearly 30 people from Hull Malay Club went for the game, headed by Chairman, Shafudin. They went there by cars, and train.

The entering tickets just £5.00.

5th August 2009 was my eldest's son birthday, Fathul. Well, happy birthday with the game.

Saturday, June 20, 2009

ANAK, BERKAHWIN DAN BERHIJRAH

Selama 6 hari aku di Puncak Alam, aku penuhi masa bersama anak sulung dan anak perempuanku, mengurus hal ehwal mereka. Kesempatan ruang yang ada, aku mengambil inisiatif untuk bertemu, bertanya khabar dan berbual-bual dengan teman-temanku yang sudah lama tidak bersua.

Aku beruntung dapat berbual-bual dengan kenalanku Hj. Rafiee, berasal dari Kelantan, seorang pelukis, bekas pensyarah UiTM dan menyerahkan diri di dalam aktiviti dakwah tabligh.

Selepas zohor di Surau Ar Rahimah, Fasa 1, aku memulakan perbualan dengan bertanya keadaan dan pelajaran anak-anaknya. Beliau mempunyai 8 orang anak. Anak perempuan sulungnya, bekas penuntut tahfiz di Afrika Selatan, baru berkahwin dengan rakyat Canada dan anaknya akan menetap di sana dan kini di dalam proses mendapatkan penduduk tetap (PR).

Dua orang anak lelakinya, masih belajar di tahfiz, di tempat sama seperti kakak sulungnya, manakala, anak keempat beliau kini mengajar selepas tamat hafizah. Anak kelima bersekolah di Kelantan, tinggal bersama neneknya, manakala anak keenam bersekolah di Sekolah Menengah Puncak Alam, dekat rumahku. Anak ketujuh, berusia 6 tahun dan beliau baru menimang anak kelapan, kini berumur 4 bulan.

Beliau bercita-cita supaya anaknya menjadi para hafiz dan hafizah, menjalankan kerja dakwah, berkahwin dan berhijrah di serata dunia ini. Beliau tidak kisah dengan siapa anaknya berkahwin, sama ada boleh kerap berjumpa atau tidak; yang pentingnya menjadi pendakwah seperti para sahabat Rasullullah s.a.w., walaupun mungkin terpaksa mati bukan di tanah air sendiri. Menurut beliau, matlamat hidup ialah melaksanakan tugas rasul dan mati di mana-mana tidak menjadi soal, asalkan akhirnya dapat bertemu di pintu syurga.

Beliau mendidik anak-anaknya agar menghargai hidup ini untuk memberi sumbangan dan menggerakkan sesuatu atau idea untuk orang Islam berubah minda dan amal untuk masyarakat setempat dan global. Beliau merasa sedih, kerana dakwah Islam masih dingin di negara-negara Amerika Latin (Amerika Selatan).

Beliau yang kerap keluar seperti 4 bulan, 40 hari ke serata dunia untuk istimak tabligh atau kerja dakwah memaklumkan kepadaku untuk pergi ke Amerika Latin memerlukan kos yang agak banyak (lebih mahal) berbanding benua lain.

Beliau memberi contoh, Islam berkembang di Eropah seperti di Perancis dan Jerman dan terdapatnya masjid-masjid besar di negara tersebut, adalah hasil usaha fikir seseorang atau beberapa orang mengambil inisiatif bercakap dengan orang-orang Islam tertentu untuk membangunkan Islam dan pembinaan atau pembelian tanah dan bangunan untuk ibadat orang Islam.

Beliau menginginkan anak-anaknya semacam anak orang Pakistan yang ramai menghantar anak-anak mereka menjadi hafiz atau hafizah atau yang menjadi profesional, namun mempunyai fikrah untuk membangunkan minda umat Islam untuk berdikari dan menyumbang untuk pembangunan Islam setempat, walaupun terpaksa berkahwin dengan rakyat global dan berhijrah keluar dari Malaysia.

Beliau bercita-cita ingin melihat orang kita (Islam) mampu menukarkan minda untuk sentiasa sensistif tentang umat dan pembangunan dakwahnya. Beliau sendiri rela mati di negara lain dan memohon tidak dibawa jenazahnya untuk disemadikan di tanah air.

Aku turut dimaklumkan suatu perhimpunan atau Istimak Tabligh dunia akan berlangsung di Sepang mulai 9-13 Julai ini.

Wednesday, June 17, 2009

TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT

Hari Rabu, 17 Jun 2009, aku menghadiri temuduga seperti yang dijadualkan.
Jawatan yang ada hanya tiga kekosongan sedangkan calon yang hadir seramai 35 orang.
Aku disenaraikan giliran ketiga belas untuk ditemuduga. Aku terpaksa bersaing dengan ramai calon termasuk juniorku.
Aku ingin berkongsi pengalaman, perkara yang biasa atau sering diperbincangkan apabila kita menghadiri temuduga kenaikan pangkat dan persediaan asas seperti berikut:-
1. Persediaan untuk memperkenalkan diri, pengalaman bertugas, tempat-tempat bertugas, berapa lama bertugas dan tugas sekarang hendaklah diperjelaskan secara ringkas dan padat serta dengan cara yang menarik dan meyakinkan. Persediaan dengan CV adalah langkah yang tepat dan wajar.
2. Berusaha untuk memberikan penjelasan mengenai fungsi dan jawatan yang disandang dan bagaimana untuk memperbaiki prestasi dan pencapaian organisasi.
3. Mesti dapat mengetahui dengan tepat mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab jawatan yang akan disandang dan sumbangan yang boleh diberi.
4. Mengetahui permasalahan yang ada di dalam organisasi dan bagaimana kita mampu mengatasi atau membantu untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Kajian yang mendalam hendaklah dilakukan dengan bertanya rakan-rakan sekerja atau sesiapa yang berkenaan untuk memperolehi maklumat tentang jawatan tersebut.
5. Mesti mengetahui perjalanan sistem operasi dan prosedur pengurusan pejabat dan dipastikan anda sebenarnya layak atau berkebolehan untuk mengurus pejabat dengan jayanya.
6. Bersedia untuk memahami dan mahir tentang perjalanan organisasi anda dengan organisasi lain untuk perbandingan atau meninjau kejayaannya.
7. Bertutur dengan terang, jelas, tenang, tidak terketar-ketar, mesra, senyum, jangan 'tension', bersahaja, biasa, 'humble' dan memberi penjelasan secara tersusun dengan hujah atau fakta yang meyakinkan.
8. Personaliti anda dengan gaya perwatakan, peribadi, pakaian sesuai, kekemasan, cara berjalan, duduk, tanda hormat, ucapan terima kasih hendaklah dilakukan dengan penuh sopan dan beradab.
9. Mendalami kebolehan, kepakaran sendiri dan kelulusan tinggi yang dimiliki, yang boleh dimanfaatkan atau diketengahkan untuk memajukan organisasi.
10. Bertawakal, solat hajat, doa dan zikir tertentu untuk memantapkan diri dan yakin dengan pertolongan Allah s.w..t.

Friday, April 24, 2009

MERANTAU ADA KESAN POSITIFNYA

Hikmah merantau ke luar negara

Pengenalan

Kekerapan menetap dan berulang alik ke luar negara, memungkinkan aku untuk menulis beberapa hikmah positif mengenai pengalaman hidup semasa di perantauan. Pada asasnya, di dalam kesusahan ada keseronokan dan di dalam kegembiraan kadang-kadang tercuit kedukaan. Tidak semua kita rasakan manis bila kita berada di negara orang lain. Aku dan keluarga terpaksa banyak belajar dan berdikari dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t. semasa menghadapi suasana genting tanpa pulus banyak memberi makna di dalam kehidupan. Aku tidak pernah rasai begini sebelum ini, apatah lagi aku bergaji tetap, bolehlah agak sesuai dengan hidup di dalam negara sendiri, tanpa kerumitan kewangan dirasakan.

Kesempitan semasa kehabisan wang belanja dan memohon simpati rakan taulan di sini, membuat aku sentiasa merenung dan menginsafi berapa ada insan lain ada yang lebih malang hidupnya, tanpa ilmu, kasih sayang, hilang pekerjaan atau kerjaya dan tiada pendapatan atau sara hidup tetap untuk menyara keluarga, apatah lagi dalam suasana ekonomi yang muram dan ramai yang dibuang kerja.

Aku tidak bercadang untuk menceritakan pengalaman-pengalaman kesusahan secara terperinci yang aku dan anak-anak alami apabila keputusan dan ketidakcukupan elaun dan wang saraan terutama ketika elaun belum dikaji semula, khususnya pada tahun 2006. Walaupun ada teman-teman yang akan mempersoalkan, ketidakcukupan wang itu bergantung kepada kadar penggunaan dan kebijaksanaan diri kita sendiri.

Semasa aku tinggal di USA dahulu, kami mendiami Family Married Housing, sebuah 'apartment' yang disediakan oleh universiti dan tiada bebanan kewangan dirasakan, teutama masalah bayaran bil elektrik, gas dan air kerana bayarannya tidaklah mahal seperti di UK ini.

Di UK yang aku rasakan amat parah ialah ketika musim salji (winter) bil gas mencecah hampir £400 untuk 3 bulan, dan elektrik hanpir £300.00 dirasakan cukup terbeban. Aku menyewa rumah teres dan tiada rumah yang disediakan oleh university of Hull. Penduduk UK sendiri di dalam ruang pendapat dan komen di akhbar-akhbar utama sering membahaskan mengenai rungutan kenaikan dan mahalnya bil yang kena dibayar.

Aspek positif sahaja

Aku rasa perlu untuk menulis dan berkongsi pandangan dengan para pembaca dan penggemar blog mengenai kebaikan (advantageous), apabila kita merantau ketika belajar atau bekerja. di negara luar. Di antara hikmah yang sempat aku fikirkan ialah:-

1. Menguji kesabaran dalam semua perkara, ketika mempelajari ilmu pengetahuan. Kita dapati ramai di kalangan ulama besar masa silam sentiasa bermusafir, merantau dan berhijrah dari satu tempat ke satu tempat lain untuk menambahkan ilmu, pengalaman dan mematangkan kehidupan. Aku merasakan ketika aku belajar dahulu dan kini bekerja sementara berada di UK, dirasakan banyak ujian dan dugaan yang perlu dilalui kerana keadaan persekitaran yang berlainan dan cara kehidupan yang turut ada perbezaan. Pandangan orang British sendiri terhadap diri kita (tidak semua memandang kita rendah), namun pada kebanyakannya kita mesti bersaing dan kadang-kadang terpaksa bersungguh-sungguh mempertahankan hujah bahawa kita juga sama ‘pandai’ dengan mereka, terutama apabila berhadapan dengan anak-anak yang belajar di sekolah menengah yang setengah daripada anak-anak lambat atau kurang berinteraksi dengan orang tempatan. Mungkin di kota London tidak begitu kerana kota metropolitan London terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang hakikatnya melebihi orang tempatan sendiri. Di Hull, sebuah bandar kecil dan penghuninya masih ramai orang kampung tempatan.

Sekadar untuk meninjau bagaimana ulama-ulama besar dahulu dan kebanyakan ustaz kita yang belajar di Jordan, Mesir juga akan mengalami perkara yang sama. Mesir tidaklah semahal UK. Hidup dalam kesusahan merantau banyak menguji erti kesabaran dan fikiran sentiasa bergerak untuk melakukan dan menuntut sesuatu perubahan dan penambahbaikan.

2. Ikatan ukhuwah terbina, tolong menolong dan melatih untuk memberi kerjasama kepada komuniti sendiri. Aku merasakan setelah berada di UK untuk tahun yang ketiga ini, persatuan atau Kelab Melayu seperti di Hull ini, setidak-tidaknya dijadikan platform berbincang dan dapat membantu memberi idea dan jalan keluar terhadap permasalahan yang berlaku di kalangan ahlinya. Kami bersedia untuk membantu untuk meringankan penderitan sahabat-sahabat seperti meminjamkan wang ketika sesak, mengatur program untuk majlis-majlis tertentu dan yang terpenting bersama-sama membantu mencari peluang pekerjaan; 'gather the information and sharing process'. Semangat persaudaraan teramatlah baik, walaupun mungkin ada sesetengah masih sombong atau tidak peduli dengan apa yang berlaku, atau terbawa-bawa macam tinggal di bandar dan kampung sendiri, tidak kisah orang lain, namun pada amnya, kami seperti adik-beradik sendiri. Kami tidak ada keluarga, ayah, emak, uncle, auntie dan sebagainya. Apabila ada kematian datuk nenek, ayah atau sepupu sendiri, kami yang tidak cukup wang hendak balik Malaysia, sekadar mengadakan program bacaan Yasin dan doa arwah kepada simati bersama-sama. Pilunya rasa di hati. Begitu juga apabila suasana di bulan Ramadhan dan Hari Raya.

Cuba anda bayangkan, jika ada kematian secara tiba-tiba di kalangan saudara di Malaysia, ramai yang tidak sempat balik kampung dan rasa terkilan kerana tidak dapat menjengok jenazah. Inilah yang aku pernah alami, ketika seminggu lagi kami hendak balik ke Malaysia, nenekku meninggal dunia, semasa aku duduk di Amerika pada tahun 1995 dan semasa aku belajar di Hull ini pada tahun 2006, sepupu perempuanku meninggal dunia.

3. Kesabaran mencari nafkah tambahan dan pekerjaan (kerjaya). Dugaan kehidupan yang mencabar, tentunya meluaskan dan menggarap pengalaman yang berbeza kerana sifat persekitaran yang berbeza, dan kecekalaan ketika mencari peluang pekerjaan memerlukan kesabaran yang tinggi. Proses temuduga dan kesanggupan majikan memberi peluang kepada orang luar untuk bekerja dilihat dari pelbagai aspek terutama kecekapan berkomunikasi dan bahasa. Kelulusan yang tinggi dari aspek ‘soft skills and knowledge’ tidak menentukan seseorang berupaya menjual dirinya di pasaran tenaga kerja yang sedia ada. Mereka yang ada ‘handy skills’ seperti kemahiran kimpalan, ‘plumbing’ dan seumpamanya dibayar gaji tinggi di UK.

Mencari pekerjaan dengan tidak pernah mengenal erti jemu dan sentiasa melihat iklan dan memohon jawatan kerap dilakukan. Kami tidak pernah kenal erti ‘frustrated and fed up’ dengan nasib yang ada.

4. Bersedia dan berkorban untuk menghadapi kesukaran dan kesusahan serta tidak pernah mengenal erti tewas dan mengalah. Ketika ini terasa dekat, berserah, mengadu masalah dan terus memohon pertolongan kepada Allah s.w.t. Ini tidak bermakna, semasa kita tinggal di negara sendiri, kita tidak dekat dengan Allah, namun pada hakikatnya, ramai manusia bila diuji dengan kesenangan, ramai yang lupa daratan.

Ketika aku di UK ini, tidak semasa di Amerika, mungkin masa itu anak masih kecil dan tidak makan kuat, namun apabila ada anak yang bujang-bujang dan belajar di Kolej dirasakan memerlukan banyak komitmen kewangan tambahan. Dirasakan di sinilah letak tingkatan darjah keimanan dan taqwa kita kepadaNya. Aku bertambah yakin dengan Pertolongan Allah swt. Aku pada suatu ketika tidak cukup duit. Elaun sedikit dan kehidupan di sini, sememangnya masih tinggi. Ketika ini, datanglah suasana merenung tentang keagungan dan bertawakkal sungguh-sungguh kepada Allah itu sendiri, seolah-olah ada ‘self determining’ dan lahirlah keseronokan dan kelazatan beribadat bila dirundung kesedihan dan kesempitan. Solat sunat hajat dan dhuha dijadikan amalan harian.

5. Berusaha lebih gigih memperbaiki diri dari aspek-aspek kelemahan yang termampu. Walaupun mungkin ada orang biasa sahaja, duduk macam itulah selama-lamanya, tanpa berubah apapun, namun apabila menetap di luar negara, cara berfikir dan tindakan proaktif adalah lebih tinggi dan menuntut kecemerlangan. Aku melihat ramai orang Cina daripada tanah besar China, Hong Kong bahkan dari Malaysia (Vince Lee, asal orang Sabah membuka restoran take away, bernama Taman Ria Tropicana, di 45-47 Princes Avenue, Hull. Laman webnya: http://www.tropicana-hull.co.uk/), hidup mereka penuh dengan ‘survival’. Keadaan ini juga aku lihat di kedai yang dimilik oleh orang India, Bangladesh, Kurdish, dan Algeria.

Mereka tidak bergantung kepada orang lain. Semangat juang dan kerajinannya adalah amat tinggi dan aku ‘salute’ kepada mereka. Di sinilah perlunya kita mempelajari bahasa dan budaya orang lain agar sesuatu yang baik boleh kita ambil ikhtibar dan memperbaiki diri kita masing-masing.

Rumusan

Secara ringkasnya, budaya perantau bukan sahaja mempunyai kesan yang tersendiri kepada aspek pendidikan dan ekonomi, namun pada jangka masa panjang, manfaat yang luas dirasai di dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran mendatang yang kita sendiri tidak dapat jangkakan. Marilah kita bersedia dengan mental, fizikal dan roh yang tinggi. Siapa yang hendak mencuba, harga dan nilainya teramat tinggi.

Thursday, February 19, 2009

Graduation Ceremony, Ice Skating Programme for Children & Ucapan Penghargaan Daripada Education Attache


ICE SKATING ACTIVITY AT HULL ICE, ARENA

1. Sekadar ingin merakamkan ucapan penghargaan tahniah kepada teman-teman yang telah berjaya dalam pencapaian akademik. Khusus kepada mereka yang akan menghadiri majlis konvokesyen University of Hull pada 19 dan 20hb Februari 2009. Selamat datang kepada Sdri Roslin Hashim dianugerahkan Distinction in MSc Financial Management. Tahniah diucapkan kepada Tok Penghulu Melayu Hull, sdr. Shafudin yang turut menerima Master in Research. Saya dimaklumkan juga Sheeda dan Ikmal Hisham ( tetapi tidak dapat hadir kerana urusan tugas, pensyarah di UiTM, kampus Jengka, Pahang). Semoga semua ceria hendaknya.
2. We are also very proud that we had successfully organized ice skating activity for our children during school holiday, this week at Hull Ice Arena. Congratulations to the committee member. See the pictures taken on 17 February, 2009 by Arief, the eldest son of Azli. He will become a professional photographer, Insya-Allah. Bolehlah layari link di bawah ini. http://uk.groups.yahoo.com/group/MelayuHull/photos/album/629033498/pic/list
3. Ucapan Penghargaan.
Assalamualaikum wbrth,

Saudara Shafudin,

Terima kasih di atas e-mel yang dikirim serta maklumat yang diberikan. Tahniah diucapkan kepada semua AJK di atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli untuk menerajui Kelab Melayu Hull dan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada AJK terdahulu di atas sumbangan dan kerjasama rapat yang diberikan. Sampaikan salam saya kepada barisan AJK baru, AJK terdahulu dan semua ahli. Mohon maklumkan kepada semua bahawa setiap pelajar Malaysia perlu berdaftar dengan JPM. Pendaftaran boleh dilakukan secara on-line via http://www.masduke.net/ Mohon juga dimaklumkan alamat saya kepada ahli.

Akhir kata, salam mesra.

AZIMAH AZIZ
Education Attache Malaysian Student Department,
Office of the High Commissioner for Malaysia,
Office Address :
MALAYSIAN STUDENT DEPARTMENT, Representative Office for Midlands & Scotland,
Suite 6, Parkway Five, Parkway Business Centre, Princess Road ,Manchester M14 7LU
Tel : 0161 232 3017 (Mobile)







Monday, February 16, 2009

RECYCLE, CLEANING & VISITORS


Photos taken inside my home, on Sunday, 15 February, 2009, 7.50 pm

1. Beberapa hari yang lalu sehingga ketika ini, aku menumpukan masa untuk menyiapkan 'research transcript' temuramah isteriku dengan beberapa orang pensyarah/ketua jabatan untuk menyempurnakan kajian PhDnya. Hari ini aku paksakan diri untuk mengarang apa yang berlaku sepanjang seminggu yang berlalu.

2. Sekadar berbual-bual mengenai kereta 'second-hand' yang dibeli, tentunya suatu masa pemilik kenderaan perlu menyelenggara kereta dengan baik. Sejak beberapa bulan yang lalu, kereta lamaku Renault Megane 1.6 mengalami kerosakan driveshaft di sebelah hadapan pemandu. Aku "lanyak" juga kereta ini ke mana-mana sementara menunggu cukup elaun dan gaji sedikit di sini. Pada masa-masa yang lepas, aku biasa juga cari alat ganti di kedai-kedai 'potong' atau 'yard' hampir dengan York, namun aku difahamkan kedai itu telah berpindah. Aku terpaksalah membeli alat ganti yang baru di kedai alat ganti.

3. Seperti biasa di Hull ini, aku perlu mengetahui 'foreman' yang senang berurusan. Sejak aku tiba di Hull ini, mekanik F. A. Martin sudah menjadikan rujukan utamaku. Hari Jumaat yang lalu, 6 Februari, aku menemui Martin dan aku bertanya di mana aku perlu membeli barang dan membuat temujanji dengannya serta hendak tahu berapa kadar upah memasangnya.

4. Pada Selasa, 10 Februari, 2009, aku pergi ke Waterloo dan membeli alat ganti berkenaan. Aku merasakan barang tersebut tentunya mahal. Aku kena membayar harga alat ganti sejumlah £55.70p dan aku juga perlu membayar untuk 'old unit charge' sejumlah £18.00 dan termasuk untuk kedua-dua VAT sejumlah $11.06p. Aku hari itu, perlu membayar £84.76p. Aku tidaklah tahu sangat, mengapa aku kena juga membayar 'old unit charge.'

5. Pada hari aku menghantar kereta, 12 Februari, 2009, ke 'Martin workshop' untuk dibaiki, aku ingin tahu dan bertanya kepada Martin, mengapa 'charge' ke atas 'old unit' dikenakan ke atas barangan yang aku beli. Barulah aku sedar, setelah pemasangan alat ganti baru, 'the old part can be returned to the shop, then I can collect the money back.'

6. Aku menyedari betapa, di UK, syarikat-syarikat dan industri-industri bekerja sama dan berganding bahu dalam menanangi isu kebersihan, pelupusan buangan sampah dan kitar semula. Mereka masing-masing mengamalkan 'Forth R to the Earth; reduce, reuse, recycle and repair'.

7. 13 Februari, 2009, aku mengembalikan 'the broken driveshaft' dan saya memperolehi wang balik sejumlah £20.70p. This seems to be very interesting.

8. The Lesson Learned:-

8.1. Several ways to protect/save the environment-create less trash
8.2. Old part can be used
8.3. Customer Social Responsibility (CSR).


9. Mengenai penjagaan alam sekitar ini juga, setiap hari Selasa, Hull City Council akan memungut sampah biasa. Pada setiap dua minggu sekali, iaitu pada hari Rabu, pungutan sampah yang disebut sebagai 'collection small box' akan dilakukan. Sampah-sampah yang telah diasingkan oleh setiap penghuni rumah iaitu barangan botol, kaca, plastik, pakaian akan dipungut dengan sempurna, manakala kertas di 'blue bin' akan dipungut sekali pada awal minggu pertama setiap bulan. Semua jadual diberi kepada setiap penghuni untuk tempoh tiga tahun.

10. Apa yang menarik sekali, jika terdapat barangan besar seperti perabut atau freezer atau TV rosak, dengan menghubungi City Council, menerusi talian 300 300, seminggu kemudian, pekerja-pekerja majlis akan memungutnya. Semua urusan hendaklah dengan temujanji dan semua perkara yang diadu atau dimaklumkan akan diambil perhatian segera. Penghuni juga boleh mendapatkan 'garbage bin' percuma.

11. 10 Februari, 2009 aku juga menerima notis dan terdapat papan tanda di setiap jalan, memaklumkan pembersihan longkang dan jalan akan dijalankan di tempat rumahku pada 11 Februari, 2009. Pekerja-pekerja majlis perbandaran akan membersihkan longkang dengan menggunakan mesin dan lori besar yang disebut sebagai 'gully cleaning' dan pada hari itu the road must be cleared from obstractions. Aku kadang-kadang teringat di tempat kediamanku sendiri di Puncak Alam, terpaksa aku membersihkan longkang sendiri atau majlis gotong royong diadakan untuk memastikan longkang tidak tersumbat dan tidak dipenuhi dengan sampah sarap atau menjadi pembiakan nyamuk aedes. Aku juga kerap membuat aduan agar lalang-lalang di tepi jalan dipotong dan sampah yang dilonggok, tidak dibuang dengan sempurna, namun tindakan tidak dijalankan segera. Aku juga dapati sampah-sampah terburai disebabkan gongongan anjing atau kucing kerana tiada tong sampah yang sesuai dan masih menggunakan kontraktor pungutan sampah secara manual, sedangkan di UK, semua 'normal garbage collection' di masukkan ke dalam 'big black bin' dan dipungut secara pantas dengan sistem hydraulic. Aku rasa Alam Flora Sdn Bhd. yang ditugaskan untuk mengurus sisa buangan, masih kurang efisein. Adakah penswastaan dan penganugerahan tender atau pemberian konsesi kepada syarikat-syarikat tertentu berkesan di dalam meningkatkan kualiti alam sekitar? Aku tidak berhajat hendak mengulas lanjut tentang perkara ini, namun rakyat khususnya, pembayar cukai pintu sepertiku, kerap bertanya dan berfikir, apa yang boleh syarikat ini lakukan untuk menyenangkan dan menyempurnakan kualiti kehidupan penduduk.

12. Pada hari Sabtu, malam Ahad, 14 Februari, aku menerima kunjungan kenalanku dan isteriku yang kini belajar di Essex, London dan Manchester. Keluarga Anis dan Sham dan Othman, Fadhilah bermalam di rumahku dan Uncle Z. Walaupun aku tidaklah kenal rapat dengan mereka, namun apabila tinggal dan belajar di UK ini, masing-masing dapat mengenali dan melapangkan masa untuk bertemu, berbincang mengenai kehidupan serta pelajaran masing-masing. Seronok rasanya dapat berbual-bual sehingga larut malam merangkumi semua isu, terutama isu pendidikan anak-anak, mencari nafkah kehidupan dan tidak ketinggalan hal ehwal politik tanah air. Minggu ini, 16 Februari hingga 20 Februari, seminggu adalah cuti sekolah di UK. Secara kebetulan, Anis yang aku kenal adalah orang kampung dan suaminya, Sham "orang kuat" Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Mustapha Mohamad. Sham banyak bersembang mengenai politik UMNO dan arah tuju kepimpinannya. Salah satu isu yang dibualkan, adakah UMNO boleh diharapkan lagi untuk menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat?

13. Fadhilah dan suami pulang awal ke Manchester, jam 8.00 malam, malam Isnin dan keluarga Anis, pulang hari ini, jam 8.00 pagi untuk 'rushing' menemui doktor gigi, temujanji jam 2.30 petang hari ini. Untuk melihat gambar penuh keluarga, sila layari http://razalitumirin.fotopages.com/


Sunday, February 08, 2009

MY DIARY, TODAY SUNDAY, 8 FEBRUARY

1. Hari ini, aku nampak semacam sibuk sedikit. Selepas urusan makan minum selesai, kira-kira jam 10.00 pagi aku hidupkan enjin kereta, 'little warm up' dahulu kerana cuaca sejuk, 3 darjah celsius. Tepat jam 10.15 pagi, aku bersama-sama isteriku pergi menjemput Dr. Thohiroh Abdul Razak, yang sampai 21 Januari, 2009 yang lalu pergi ke Walton Street Car Boot. Aku dan isteriku mengajak Dr. Thohiroh membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan 'car boot' di Walton Street ini. Walaupun keadaan hari ini lebih sejuk daripada hari-hari yang lain, namun untuk mengajak teman yang belum pernah pergi ke 'car boot', pergilah aku membawa beliau. Dr. Thohiroh ialah seorang doktor bius bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur dan sedang menjalankan 'research' atau 'sub-specialist' dan turut bekerja di Castle Hill Hospital di Hull ini.

2. Aku juga mengambil kesempatan, memohon 'AA breakdown cover' untuk keretaku. Aku rasa kerana hendak menjimatkan perbelanjaan, aku tamatkan 'RAC breakdown cover'. Di UK, orang tidak boleh persoalkan hak kita sebagai pengguna. Kalau mereka rasa hendak batalkan apa yang telah kita gunakan, boleh dibuat bila-bila masa. Walaupun, setiap bulan, bayaranku buat secara 'direct debit', namun apabila perkhidmatan kerap digunakan, bayaran bulanan semakin meningkat. Dengan menggunakan perkhidmatan AA, perbelanjaanku boleh dikurangkan sedikit.

3. Sebaik selesai 'shopping' di car boot itu, aku pergi ke kedai Islam Foods yang terletak di 236-238, Beverley Road, Hull HU5 1AH. Isteriku membeli ikan mackerel dan daging biri-biri halal, manakala Dr. Thohiroh turut membeli daging kambing dan daging hancur. Di UK, tidak sukar untuk memperolehi daging halal. Aku turut bertanya dari mana bekalan daging halal kepada sdr. Ariff Fadzilah, seorang rakyat Malaysia, yang sudah 13 tahun berada di UK dan bekerja di kaunter bayaran di kedai ini. Semua bekalan diperolehi dari Bradford, salah sebuah bandar di UK yang ramai penduduk Islamnya berasal dari Pakistan. Dengan izin Allah, Arifflah yang membantu kami, mencari rumah sewa untuk kami sekeluarga, sebelum kami sampai di UK pada September, 2006. Dengan izinNya, urusan kami ke Hull, UK, tidak menyusahkan orang lain kerana apabila sampai sahaja ke bumi England aku sudah dapat tempat tinggal, hanya 10 minit berjalan kaki ke universiti. Tambahan pula, Ariff sebenarnya bekas anak murid isteriku, semasa isteriku mengajar di Kuantan dahulu, 20 tahun dahulu, tahun 1986. Lama juga aku dapat berbual-bual dengan Ariff. Ariff bertemu jodoh dengan gadis Bosnian dan kini tinggal di Birmingham. Kawan rapat beliau semasa bertemu di Bosnia dahulu ialah Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Isterikupun tidak sangka dapat bertemu dengan bekas anak muridnya. Ini semuanya sudah suratan.

4. Aku sampai ke rumah, hampir jam 2.15 petang dan nampak keletihan. Pukul 3.00 petang, ada pula mesyuarat AJK Kelab Melayu Hull. Mujurlah, mesyuarat diadakan di rumah temanku, Ahmad yang terletak di Raglan Street, di hadapan rumahku sedikit. Mesyuarat dapat dijalankan pada jam 3.20 petang, selepas kami semua dapat solat asar berjemaah.

5. Beberapa agenda penting, kami dapat putuskan, di antaranya:-

5.1 Penyusunan semula AJK dan Biro. Aku dilantik sebagai AJK Kerohanian dan Pendidikan. Untuk tujuan memantapkan organisasi, AJK Penerangan & IT, Sukan & Rekreasi, Penerbitan dan Perhubungan Scarbrough dibentuk. Moderator blog Kelab Melayu Hull diamanahkan kepada Ahmad Inamul Hasan Ahmad Zaidi, bekas penuntut Politeknik Merlimau, Melaka. Sdr. Azli turut diminta menyediakan Standard Operating procedure (SOP) bagi kemudahan rujukan penuntut-penuntut baru yang ingin belajar dan sebelum sampai di Hull.

5.2 Memutuskan semakan Laporan Tahunan dan Kewangan untuk diserahkan kepada Jabatan Penuntut Malaysia (MSD), London.

5.3 Merangka beberapa program/aktiviti pada setiap Biro.

5.4 Program yang wajar diberi keutamaan dan dilaksanakan segera ialah:-

5.4.1 Membuka Kelas Bimbingan Anak-Anak kepada dua peringkat iaitu untuk yang bersekolah rendah dan menengah. Temanku, Azli dilantik Guru Besar dan seterusnya untuk mempengerusikan mesyuarat khusus bagi melaksanakan segera aktiviti ini pada bulan April ini. Program ini seakan-akan sekolah bagi membimbing anak-anak mengenai agama, akhlak, membaca Al-Quran, macam sekolah KAFA, mempelajari bahasa Melayu dan kenegaraan. Sekolah Malaysia wujud di bandar-bandar besar seperti di Manchester dengan pihak berkuasa tempatan membenarkan sekolah digunakan pada hujung minggu, hari Sabtu untuk orang Malaysia menggunakannya. Kamipun risau di mana anak-anak kami boleh mempelajari dan mendapat didikan agama, melainkan kami sendiri yang mengusahakannya. Selama ini, masing-masing keluarga mengajar anak masing-masing atau menghantarnya ke
Hull Mosque & Islamic Centre di 2, Berkeley Street, Hull HU3 1PR. Ada anak teman kami yang dihantar ke masjid meniru sebutan orang Pakistan, kerana tenaga pengajar daripada bangsa ini. Kadang-kadang akupun rasa kasihan dengan mereka.

5.4.2 Mengadakan sambutan Maulidur Rasul/ceramah agama pada Ahad 8 Mac, 2009.

5.4.3 Lawatan ke Scarbrough & menemui rakan-rakan pelajar di Hull University, cawangan Scarbrough pada selewat-lewatnya hujung bulan April, semasa cuti sekolah di UK.

5.4.4 Mesyuarat AJK diputuskan setiap 3 bulan sekali. Semua permasalahan dan perhubungan boleh disampaikan melalui e-mel atau perjumpaan biasa di al-kulliyah dan perjumpaan informal yang lain.

5.4.5 Yuran tetap bulanan GBP5 untuk keluarga dan pelajar bujang, mulai bulan Februari 2009.

6. Mesyuarat selesai jam 5.00 petang dan selepas solat maghrib berjemaah, akupun balik dan terus mengetuk 'keyboard' dan mengarang.

Monday, February 02, 2009

Italian Corner Cabinet dan Barack Obama



Pada hari Sabtu, 31 Januari 2009, kira-kira jam 2.30 petang, aku, bersama-sama isteriku dan temanku Azli ke Spridlington Market Larsen, Lincoln untuk mengambil Italian Corner Cabinet yang isteriku berjaya membida perabut ini di Ebay, beberapa hari sebelumnya. Isteriku sememangnya teramat seronok kerana seramai 20 orang pembida dapat ditewaskan. Harga second hand cabinet ini dianggarkan antara £100 ke £190. Isteriku berjaya dengan membida £160 sahaja. Aku dimaklumkan oleh isteriku, perabut ini dimiliki oleh seorang perempuan agak tua, Eve Curtis, namanya yang tinggal di suatu kawasan ladang. Aku difahamkan, ada kawanku, secara diam-diam turut juga membida untuk mencuba nasib. Dalam hatiku, isteriku mungkin tahu teknik-teknik dan strategi bidaan sehingga mampu memenangi bidaan kali ini. Setahu aku, salah satu strategi ialah jika ada barangan yang perlu dibida, kita perlu memastikan dan memasukkan jumlah maksimum bidaan yang sanggup dibayar. Dengan cara ini, pembida-pembida lain tidak akan mengetahui berapa jumlah yang ditawarkan untuk barangan tersebut. Congakan yang tepat mungkin membawa tuah. Walau apapun, nasib baik sememangnya menyebelahi isteriku.

Bukan soal perabut yang aku terasa hendak perkatakan di sini, tetapi bagaimana Barack Obama boleh memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Temanku Azli, sedang mengikuti kursus PhD di dalam bidang political marketing. Semasa dalam perjalanan selama 2 jam pergi dan balik di dalam keretanya, Azli meminta pandangan isteriku, barangkali amat sesuai untuk dirinya membuat kajian kes mengapa empat buah negeri terkecuali Kelantan, di Semenanjung jatuh kepada pembangkang. Teman ini ingin mengkajinya dari sudut political marketing strategy. Kawanku ini turut memberikan contoh, bagaimana Obama memenangi kempen pilihanraya tersebut, kerana kecekapannya menggunakan strategi ini. Obama dikatakan banyak menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). Sememangnya, kajian yang hendak dilakukan oleh Azli teramat kurang untuk diambil rujukan di Malaysia, namun kajian ini boleh dimanfaatkan oleh kita semua, apakah punca sebenar kekalahan BN? Ianya boleh dijadikan satu pengkajian ilmiah agar politik Malaysia menjadi lebih matang. Adakah BN tidak sungguh-sungguh mempromosikan produknya atau produknya sudah ketinggalan zaman? Azli juga bertanya kepadaku, apakah yang menyebabkan rakyat menyokong pembangkang? Aku nyatakan, banyak sebab dan salah satunya sebagai pengundi yang muda, tentunya ramai yang bijak dan berfikiran terbuka, tentunya akan melihat kepada diri calon, dasar parti dan dasar kerajaan selama ini sama ada benar-benar menguntungkan rakyat atau tidak. Itupun aku katakan kepadanya, hasil pembacaanku, pendapat rambang daripada orang-orang yang sudi berbual mengenai politik dan pandangan peribadi daripada para bloggers. Azli kata, mungkin pembangkang menggunakan political marketing strategy.

Menurut Azli, ada pelajar dan kenalannya yang turut menjalankan kajian dari aspek marketing ini dan dinyatakan bahawa, pemimpin politik yang ditemuramahpun tidak tahu sama ada mereka sedar atau tidak menggunakan aplikasi marketing di dalam mempromosikan dirinya dan ada yang menyimpulkan bahawa teknik political marketing wujud di Malaysia. Namun, hakikatnya, mungkin sukar dibuktikan. Apa yang menjadi masalah, kadang-kadang untuk mendapatkan maklumat 'detail' tentang kajian ini sukar diperolehi secara terbuka bahkan penulis atau pengkaji tersebut terlalu lokek untuk berkongsi pandangan atau menurunkan ilmu yang ada. Ada setengah pensyarah dan profesor kitapun, sukar untuk berinteraksi, bertukar-tukar idea bahkan sukar menjawab pertanyaan secara e-mel. Mungkin ego tinggi, agaknya. Mungkin perlu mengadap dan tabik hormat terlebih dahulu, barulah interaksi berkesan dapat dijalinkan.

Apabila bercakap mengenai research, metodologinya satu perkara yang patut ditentukan. Azli berkata dengan kami, mungkin boleh guna questionnaire dan temuramah dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ada. Soalan yang timbul, adakah tidak "bias".

Apapun sebagai rakyat kebanyakan, aku rasa, bagus juga temanku ini buat kajian tersebut dan kajian ini boleh dibukukan dan lantas dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Akupun ingin tahu di antara soalannya, yang mungkin boleh disentuh, adakah teknik ancaman, ugutan, kecaman, cacian, berita berat sebelah, tekanan akta dan undang-undang atas nama keselamatan, di tambah dengan umpan seperti pembangunan, mungkin penculikan dan tawaran merupakan strategi marketing yang masih sesuai dimainkan lagunya oleh BN.

Aku sempat tengok buku yang dikarang oleh Obama iaitu "Dreams from My Father A Story of Race and Inheritance". Mungkin elok juga, ahli-ahli politik kita dan penggemar politik tanah air dan yang bercita-cita hendak membela rakyat, ambil kesempatan membaca buku, berfikir secara rasional serta mengambil pelajaran dan pengajaran daripadanya. Hakikatnya, kita boleh mengambir ikhtibar daripada sesiapapun.

Sebenarnya, politik yang bersih dan matang adalah baik untuk generasi Malaysia akan datang, tanpa mengira ras, budaya dan agama. Rakyat dan pemimpin yang dilahirkan dan dibentuk semestinya melalui proses pendidikan dan arena yang murni.

Tuesday, January 27, 2009

Aktiviti Biasa di Perantauan

Aktiviti-Aktiviti Di Seberang Laut

1. Mereka yang dihantar untuk belajar, tentunya kami bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu, mencari pengalaman dan kemahiran baru. Tugas-tugas sebagai pelajar seperti pelajar di tempat lain tentunya sentiasa sibuk dan perlukan banyak masa untuk membaca, menyelidik, meneliti jurnal, membuat tugasan di komputer, pergi ke ‘library’ atau ‘laboratory’ dan berbincang dengan teman-teman/pensyarah.

1.1 Tugas sebagai ketua keluarga, mengurus rumah tangga, pelajaran dan sekolah anak-anak mesti diutamakan. Aku dan isteriku cuba mencari sekolah rendah/menengah/kolej yang sesuai, yang ada ‘ranking’ sedikit, untuk memastikan anak-anak dapat sekolah dengan selesa dan sempurna. Di Hull, sekolah yang bagus dari segi keputusan peperiksaan GCSE ialah Kelvin Hall Science School, diikuti oleh Cottingham High School dan Sydney Smith School. Sekolah di UK adalah tanpa bayaran atau percuma sehingga sekolah menengah atas atau ‘six form’ atau ‘A Levels’ bagi semua asalkan di bawah umur 18 tahun. Sistem pendidikan UK sememangnya ‘well established’. We might say and agree, one of the best in the world is UK. Maka, kami akan pastikan anak-anak dapat belajar di sekolah yang baik dan yang sebaik-baiknya hampir dengan rumah.

1.2 Kami juga sentiasa ‘responsible’ ke atas komuniti dan pelajar-pelajar Melayu/Malaysia. Aktiviti ziarah adalah suatu yang biasa di hujung minggu. Kami akan meraikan mereka yang bernikah, mendapat bayi, menziarah yang sakit di rumah/hospital, di samping bekerjasama dalam upacara sambutan-sambutan perayaan terutama Hari Raya, gotong royong mengangkut barang, termasuk menjemput mereka yang baru tiba atau menghantar mereka yang hendak pulang ke Malaysia di ‘airport’. So far, we are very closed, because we are away from our families. Abang, adik dan sesiapa sahaja, kami akan cuba tolong menolong antara satu sama lain. Persatuan juga diwujudkan untuk membantu setakat yang mampu. Program agama seperti usrah/’islamic circle’ turut dijalankan bagi tujuan membimbing/medan berbincang, nasihat menasihati antara kami.

Selain daripada belajar, kami juga akan mengambil peluang atau kesempatan;

2. Melancong. Siapa yang tidak ‘spend’ sedikit wang untuk melawat sebahagian/seluruh UK/sebahagian Eropah, maka akan terasa rugi. Dari UK ke negara-negara berkenaan, tambangnya murah dengan menaiki ‘cheap flight’. Menziarahi teman-teman di sekitar UK, juga kami lakukan, sambil melihat keindahan bandar-bandar tempat mereka tinggal. Ada juga di kalangan kami, sekarang ini sedang merancang untuk menunaikan fardu haji dan umrah dari sini.

3. Bekerja ‘part time’ untuk menambah pendapatan atau ‘side income’. Sememangnya, elaun biasiswa cukup untuk makan minum, namun untuk mendapatkan wang tambahan yang dianggap mudah untuk tujuan ‘shopping’ dan melancong. Wang tambahan tersebut dapat meringankan sedikit perbelanjaan dapur dan hal-hal lain yang sesuai. Maka, ramai daripada kami yang bekerja sebagai ‘cleaner’ atau ‘house keeper’ dengan City Council atau syarikat swasta, di restoran, ‘delivery works’ pada waktu malam mulai jam 5.00/6.00 petang hingga 10.00/11.00 malam. Mereka yang ada sijil kemahiran, contohnya, ‘welding certificate’, boleh mencuba dan gajinya agak bagus. Gaji di sini dikira jam. Gaji juga bergantung kepada pengalaman. Mereka yang habis belajar, terutama yang mengambil kursus ‘medic’, mereka akan mengambil kesempatan ‘stay and work at least for two years’. Tujuannnya untuk menimba pengalaman bekerja di UK dan peluang keemasan ini turut diambil untuk menyimpan sedikit wang untuk urusan peribadi masing-masing.

4. Membeli belah di ‘car boot’, 'factory outlet', 'shopping villages' atau ‘shopping mall/complex’, untuk dibawa balik ke Malaysia. Membeli barangan mewah/yang berharga yang didapati mahal di Malaysia, biasanya dilakukan sedikit demi sedikit. Contoh barang mahal atau dianggap mewah yang biasa dibeli oleh kami ialah kereta mewah, seperti Mercedes Benz, BMW, Honda Odyssey, almari Italian, telefon bimbit jenama baru, pakaian alatan sukan yang 'branded', seperti 'golf sets', pinggan mangkuk Royal Albert, Royal Doulton dan pelbagai ‘toys’ untuk melengkapkan rumah tangga masing-masing. I can say, all students getting all the resources and whatever opportunities they have to get more cash for shopping something grand and luxurious because, we can purchase quite cheap here. Back home is extremely expensive. Cuba bayangkan ada teman kami yang baru sampai pada 21 Januari, 2009, pernah membeli semangkuk jenama Royal Albert berharga RM2,000 sedangkan di Stoke On Trent boleh dibeli dengan harga puluhan Paun Sterling sahaja. Orang perempuan selalu geram bila melihat pinggan mangkuk tersebut.

Rumusannya, ketika di perantauan, kami akan belajar, menimba pengalaman, bekerja, melancong, berpersatuan, berusrah, bertolong-tolongan antara satu sama lain dan membeli barangan impian masing-masing. Kereta mewah biasanya menjadi 'target' sebelum pulang ke Malaysia. Biasanya, sebelum 9 bulan balik, sudah ada teman-teman yang "bergolok bergadai" membelinya. Peluang ini diambil kerana 'Student' mendapat "Approved Permit" (AP).

Kepada yang masih muda-muda, marilah ambil kesempatan dan peluang untuk meningkatkan ilmu, pengalaman dan kerjaya anda. Marilah belajar di UK atau di mana-mana sahaja di luar negara. You all can get more opportunities studying abroad.

Saturday, January 24, 2009

Merantau menimba ilmu di UK



Persiapan dan Belajar di UK

Sememangnya aku bercita-cita untuk belajar ke negara atas angin ketika aku masih menuntut di UKM lagi, namun cita-cita tersebut terputus di tengah jalan atas sebab-sebab tertentu. Pada kesempatan kali ini, ingin aku ceritakan bagaimana aku mengambil tindakan sebaik mungkin untuk urusan menyambung belajar ke luar negara. Kepada sesiapa yang berhajat ke UK untuk urusan 'further study', beberapa tindakan lebih awal hendaklah dilakukan.

1. Semasa mencari tempat untuk belajar, aku perlu memastikan kelayakan dan persiapan menduduki peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) untuk tujuan ‘academic’ turut diselesaikan terlebih dahulu. Akupun pergi ke British Council di Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang utuk urusan pendaftaran dan menduduki peperiksaan tersebut pada 25 Mac, 2006 dengan bayaran RM450. Alhamdulillah, aku telah melepasi syarat untuk kemasukan ke universiti yang aku pilih. ‘Test Report Form’ yang diterima hanyalah diperakui sah untuk tempoh dua tahun daripada tarikh ujian tersebut. Kadar yuran peperiksaan ini juga akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Ada juga kawan-kawanku yang tidak dapat melepasi kelayakan dan mereka mengambil beberapa kali sehinggakan perlu belajar atau mencari ‘tuition English class’ untuk memastikan mencapai ‘band’ atau ‘overall band score’ yang telah ditetapkan oleh setiap universiti.

2. Mengenal pasti tempat belajar yang dikehendaki. Pada kami, kami ingin mencari tempat yang tidak terlalu sibuk, mudah mempersekolahkan anak-anak, sewa rumah, belanja hidup yang tidak berapa tinggi dan mudah mencari pekerjaan sambilan atau ‘part time’. Memohon tempat belajar dengan bantuan agen, ‘overseas education advisor’ dengan borang yang telah disempurnakan berserta dokumen-dokumen lengkap, keputusan IELTS dan salinan sijil-sijil kelulusan yang dikehendaki/diperlukan/transkrip yang disahkan, ‘referee’ dan syarat-syarat yang dikehendaki atau berkaitan. Agen akan menguruskannya tanpa apa-apa bayaran daripada pemohon. Aku memohon tiga universiti iaitu University of Birmingham, Metropolitan Leeds dan Hull. Aku menerima ketiga-tiga tawaran daripada universiti tersebut. Memandangkan isteriku menerima tawaran daripada University of Hull, sahaja, maka kamipun bercadang dan membuat keputusan belajar di Hull sahaja. Aku amat berterima kasih atas pertolongan IUACC's Caring Senior Counsellor, Nor’ain daripada IUACC Sdn Bhd yang berpejabat di Megan Ambassy, 25, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang banyak membantu, berbincang mengenai tempat belajar dan menguruskan permohonan kami. Kami juga amat kerap datang ke pejabat beliau untuk urusan tersebut sehinggakan isteriku rapat dengannnya.

3. Mengetahui dengan pasti badan/institusi yang boleh memberikan biasiswa dan memohon biasiswa berkenaan dengan segera setelah tempat belajar telahpun diperolehi. Adalah juga lebih baik, sekiranya biasiswa boleh diperolehi lebih awal. Dalam hal ini, setelah mendapat maklumat daripada teman-teman yang boleh dipercayai dan membantu, aku memohon biasiswa JPA setelah permohonanku dengan jabatanku sendiri ditolak dengan alasan tidak dibenarkan mengikuti kursus ke luar negara dan tiada kursus tersebut ditawarkan. Alhamdulillah aku dapat ehsan daripada JPA dan terus memohon keizinan cuti belajar daripada jabatanku, lebih awal. Aku dibenarkan cuti belajar tanpa gaji. Sebenarnya aku menerima “ Hadiah Latihan Persekutuan Untuk Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Persekutuan di bawah program, spouse programme”. Aku amat berterima kasih kepada Pn. Saraya Arbi, Encik Mohammad Khidir Razali dan pasukannya yang banyak membantu kami.

4.Setelah diperakui dapat tempat ‘unconditional offer’ oleh mana-mana universiti dan memperolehi biasiswa, barulah meneliti dokumen-dokumen pengenalan diri dan keluarga. Memohon passport antarabangsa hendaklah diuruskan, jika belum dibuat atau sekiranya sudah tamat, perlulah diperbaharui semula. Uruskan pengenalan diri dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, seperti surat beranak hendaklah dilakukan dan disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah. Alhamdulillah, semua perkara ini kami telahpun pernah sediakan dan menyimpannya dengan baik, semasa kami pergi ke USA dahulu.

5.’Medical check-up’ dan laporan perubatan diri dan keluarga yang ikut serta hendaklah diuruskan segera. 'Health Declaration and Medical Examination Form' hendaklah dilengkapkan oleh pegawai perubatan hospital atau klinik kerajaan. Aku menyelesaikan perkara sebulan sebelum berangkat ke UK. Memandangkan aku rasa mudah berurusan di Klinik Seksyen 19, Shah Alam, maka di kilinik inilah aku membuat temujanji dan seterusnya berulang-alik menyelesaikannya.

6.Permohonan Visa. Semasa memohon visa, pastikan semua maklumat lengkap dan dokumen-dokumen sokongan disertakan dengan penuh meyakinkan, seperti gambar, passport, butiran wang di bank /financial statement, butiran wang yang terkumpul di KWSP, Tabung Haji, surat tawaran biasiswa dan jumlah/butiran elaun biasiswa dalam bahasa Inggeris, (financial affidavit), tawaran tempat belajar dan wang bayaran untuk proses visa yang tidak akan dikembalikan sama sekali sama ada berjaya atau tidak. Kami membayar RM650.00 seorang. Sememangnya hendak merantau keluar negara, perlukan banyak belanja. Seperkara lagi yang penting, harus dipastikan sesiapa yang layak untuk dikategorikan sebagai 'student dependent'. Mereka yang berusia melebihi 18 tahun, tidak layak 'student dependent'. Aku telah tersalah masukkan anakku, Fathul untuk 'student dependent' dan visanya kena 'reject' kerana usianya telahpun mencapai 18 tahun. Maka, “hanguslah atau leburlah” wang proses RM650.00 tersebut. Mengapa keadaan hangus ini berlaku, akupun tidak tahu. Aku sememangnya tidak puas hati dan memberanikan diri ‘memprotes’ perkara ini di pejabat Pesuruhjaya Tinggi British, namun dukacita layananku tidak diterima. Aku pergi ke pejabat berkenaan di Jalan Ampang, namun aku dan isteriku tidak dibenarkan berjumpa dengan pegawai-pegawai kedutaan dan hanya dibenarkan berintercom daripada pagar kedutaan. Sebanyak dua kali, kami berurusan dengan agen yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang terletak di Bangunan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan visa ini. Ada kawanku, “Uncle Z” terpaksa hangus hampir RM4,500 kerana kesilapan memproses permohonan dan terpaksa mengisi borang semula dan membelanjakan sejumlah wang tersebut sekali lagi. Pengalaman mendapatkan visa belajar ke UK, bukannya mudah seperti yang disangkakan. Sesiapa yang akaun tidak kukuh, bolehlah ‘temporary top up’ dengan meminjam daripada sanak saudara, kaum kerabat terlebih dahulu dan kemudiannya, setelah diterima visa, pulangkan semula. Bukti kewangan yang cukup adalah syarat terpenting untuk memastikan sesiapa yang tinggal di UK mampu menyambung hidup dan tidak menjejaskan kehidupan mereka di sana. Kadar visa ini pula akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

7.Mengikuti kursus wajib Biro Tatanegara (BTN) dan lulus peperiksaan. Sesiapa yang tidak mengikuti kursus tersebut dan tidak lulus periksa, maka tidak layak atau tidak dibenarkan belajar ke luar negara. Kerajaan berhak membatalkan pemergian keluar negara. Aku dan isteriku hanya dapat mengikuti kursus ini pada 7 hingga 11 September, 2006. di Kem Bina Negara Ulu Sepri (B), Rembau , Negeri Sembilan. Itupun setelah kami merayu agar kami dapat mengikuti serta merta, jika tidak terlewat kami berlepas dan mendaftar di UK. Alhamdulillah, kami lulus kursus BTN tersebut. Bayangkan kami kelam-kabut menyelesaikan pelbagai urusan sebelum dua minggu kami bertolak ke UK. Ada beberapa orang peserta yang gagal kerana ‘against the government policies’ dan “bertelagah” dengan fasilitator.

8. Setelah pasti visa selesai dan lulus barulah bercerita untuk ‘preparation for along journey’, seperti pakaian, alat-alatan yang hendak dibawa terbang. Barangan elektrik seperti ‘rice cooker’, blander, lesung batu, ubat-ubat biasa, pakaian kebangsaan hendaklah dibawa terlebih dahulu berserta barang-barang makanan yang sesuai dan ikut selera masing-masing.

9. Selesaikan masalah hutang serba sedikit, menjual atau bersedekah apa yang patut, pesanan kenderaan, rumah sewa, bil-bil dan meninggalkan sejumlah wang kepada sesiapa yang boleh menjaga harta untuk tempoh berada di negara asing. Kereta Avanzaku aku jual dan kereta Kancilku aku tinggalkan kepada abang iparku untuk jaga/pakai.

10. Aku turut membawa sijil-sijil pentingku termasuk dokumen-dokumen penting anakku untuk simpanan. Sesiapa yang ada sijil kemahiran, patut dibawa kerana dengan sijil-sijil ini mempermudahkan untuk mendapat pekerjaan yang bersifat 'handy'.

11. Memperbaharui lesen memandu untuk jangkamasa panjang.

Pada amnya seseorang yang hendak belajar keluar negara dan membawa keluarga sememangnya memerlukan sumber kewangan yang mantap. Walau bagaimanapun, jika kita berazam dan ingin mencuba, bak kata pepatah Melayu, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Aku ikhtiarkan dan ‘korek’ di mana-mana tabungan yang ada untuk menyelesaikan tambang turun naik mengurus dan menduduki peperiksaan IELTS, biasiswa, passport, visa, ‘medical check-up’, urusan anak belajar dan sebagainya. Untuk beberapa bulan, kami terpaksa turun naik dan terpaksalah pandai mengurus hal bersifat peribadi dan pejabat. Mungkin kerja ini sememangnya merumitkan dan meletihkan pada setengah orang, namun inilah sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dilalui pada mereka yang hendak “berhijrah”.

Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. dapat menjejakkan kaki, belajar di Hull University. Aku mengambil kursus pengurusan kewangan mulai 25 September 2006 hingga 15 September 2007. Aku lulus dan dianugerahkan Master of Science (Financial Management) pada 26 Oktober, 2007 dan diminta hadir ke majlis konvokesyen pada 24 Januari, 2008. Aku hadir semasa majlis konvokesyen tersebut tanpa kehadiran isteri dan anak-anakku kerana kebetulan, hari berkenaan semuanya pergi sekolah dan isteriku ada urusan dengan penyelianya. Semasa itu aku bercuti rehat mulai 22 Januari hingga 6 Februari, 2008. Business School in Hull University has giving me the opportunity to obtain my qualification in multi-skilled business management. The training I received at the school is very beneficial to me in the practical and theory side of doing business. Special thanks to my supervisor, Prof. Dr. Aydin Ozkan for the final dissertation assessment. Also, the lecturers and tutors are good with the teaching aspects and materials. They also give advice based on the experience they have had in their business careers.