Pada umumnya, fungsi pendidikan bermanfaat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, melahirkan produktiviti, menyumbang kepada pemikiran kritis, bermaklumat dan mendidik diri agar lebih bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara bahkan alam sejagat. Pendidikan adalah asas transformasi dalam kehidupan.
Menurut ‘human capital teory’, pendidikan adalah sebagai modal sumber dana insan yang memberi manfaat kewangan dan bukan kewangan. Manfaat dari aspek ‘non-monetary’ ialah menjurus kepada melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih baik, kepuasan kerja, efisiensi para pelanggan, kepuasan menikmati masa persaraan dan manfaat hidup yang lebih lama kerana peningkatan aspek pengurusan kesihatan.
Kepada seseorang individu, pendidikan membantu diri untuk mengembangkan kreativitinya, kesedaran dan keperihatinan untuk bersosialisasi dengan norma-norma, nilai-nilai dan akhlak yang baik. Mereka yang berpendidikan diharapkan lebih berupaya menghargai atau menghormati perbezaan budaya sehingga memiliki sikap yang lebih terbuka untuk berinteraksi dengan sesiapa dan menyumbang sesuatu terhadap persekitarannya. Diharapkan semakin ramai orang yang berpendidikan dan menikmati dan meneruskan pendidikan lanjutan, maka senanglah untuk melaksanakan sesuatu aktiviti dan program kerana masing-masing individu berupaya berfikir dan bertindak secara waras, rasional dan terbuka.
2. Kesempatan yang ada ini, aku ingin mengutarakan idea mengapa perlunya dan persediaan ke arah membentuk minda dan kecergasan keaktifan masyarakat kampung, khususnya orang Melayu dengan mengusulkan pembangunan dan pembinaan Pusat Pendidikan Orang Dewasa (Adult Learning Centre)
3. Apakah bentuk (shape) yang sesuai?
3.1 Konsep yang difikirkan
3.1.1. Bersifat permuafakatan organisasi setempat dan institusi yang ada
Dewan orang ramai, balai raya, masjid atau sekolah rendah sebagai tempat untuk bersidang atau berkumpul yang ada wajar dimanfaatkan. Kerjasama penduduk dan ketua kampung atau Penghulu atau Penggawa dalam merencanakan semua anak buah menikmati pendidikan berterusan (long life education) hendaklah dirancang. Contoh, aku ingin melihat pusat yang disediakan sama ada di bilik JKKK atau dewan masjid, balai raya dan seumpamanya mampu diurus sebagai tempat pusat aktiviti sosial, secara formal dan penglibatan persatuan dan kemasyarakatan. Kita wajar menghidupkan suasana kehidupan yang melahirkan keintiman silaturrahim dan penglibatan ahli masyarakat setempat.
3.1.2. Kaedah pendidikan
Sukatan atau modul pendidikan adalah turut merangka masyarakat ke arah melahirkan satu bentuk perhubungan ikhlas di dalam masyarakat Maka, kajian dari aspek pemilihan jenis pertemuan dan perbincangan seperti brainstorming (curah pendapat ) hendaklah dirangka. In my opinion, firstly, is appropriate to have an appealing mix of courses, discussions and social engagement.
3.1.3. Membentuk satu pengalaman ke arah profesion atau disiplin kemahiran tertentu
Mengurus rumah tangga dengan baik dan sempurna (parenting skills)
Latihan dalam pengurusan –mengurus kampung dengan baik dan latihan kepimpinan,
Merangka lawatan sambil belajar untuk pendedahan dan keyakinan mengurus rumah tangga, keluarga, anak dan masyarakat setempat
Mempelajari komputer dan internet
3.1.4. Kemahiran hidup untuk mengurus kerjaya masing-masing
Kursus-kursus singkat yang tidak melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan sukarelawan atau bersifat sukarela daripada guru-guru atau ahli professional daripada NGOs diperlukan atau yang bersedia untuk membantu meningkatkan kemahiran individu dalam kehidupan berkerjaya. Mungkin ini lebih selektif, namun pendaftaran dan maklumat peserta hendaklah diperolehi secara terperinci.
5. Amalan dan sukatan pendidikan dewasa yang sesuai
1. Basic education and literacy ( membaca, menulis dan mengira).
2.Pengurusan keluarga dan kesihatan
3. Pengurusan kewangan dan kerjaya
4. Pentadbiran dan pengurusan kampung, persatuan seperti khairat kematian, masjid, surau dan JKKK
5.Tanggungjawab Agama dan kemasyarakatan
6. Mempelajari fardhu ain, bahasa yang sesuai
7. Menyediakan kursus-kursus tertentu seperti pertanian, penternakan, kedai runcit atau yang sesuai
8. tuition programmes
6. Peralatan dan Kelengkapan yang diperlukan
6.1 Tenaga Pengajar. Boleh difikirkan tenaga yang khusus atau diberikan tanggungkawab kepada guru, ustaz atau ahli-ahli yang pakar di dalam NGOs untuk menyediakan pengisian. Elaun kepada mereka boleh diaturkan atau berkhidmat secara sukarela.
6.2 Tempat yang sesuai di kampung seperti balai raya, boleh digunakan. Mungkin boleh disatukan 3 atau 4 buah kampung yang berdekatan untuk tujuan tersebut.
6.3 Alat bantuan audiovisual, LCD projection panel, tape recorder, radio, overhead projector, video tape, film, slide
6.4 Masa adalah bergantung kepada kesesuaian dan berjadual yang ketat sama ada week days or weekend.
6.5 Pengiklanan program dan aktiviti serta penyelidikan sambutan dan penyertaan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan jantina.
7. Natijah dan Pengajaran yang terpenting yang boleh diambil
1. Untuk menyelesaikan masalah gejala sosial seperti dadah, ‘mat rempit’, lepak yang tidak bermanfaat, yang berlaku di kampung mahupun di Felda daripada keruntuhan akhlak dan perkara-perkara keselamatan dan pengurusan kesihatan.
2. Untuk menyediakan orang kampung lebih berpelajaran, bermaklumat dan ahli-ahli masyarakat bertanggungjawab terhadap masyarakat atau komunitinya, terutama kepada mereka yang tidak pernah mengikuti pendidikan formal.
3. Dapat menyediakan bakal-bakal pengurus kampung atau mukim yang berkaliber, berkemampuan dan berkebolehan mengurus kampung dan keluarga masing-masing.
4. Pendidikan non formal dan pendidikan lanjutan dan berterusan wajar diaplikasikan untuk manfaat seluruh masyarakat terutama untuk menukar minda masyarakat Melayu terhadap kehidupan sebenar dan beragama.

No comments:
Post a Comment