Pada pandanganku bahawa permasalahan gejala sosial yang berleluasa kini adalah akibat dari kemusnahan institusi keluarga.
Bapa berperanan penting mencari nafkah, menyara anak-anak dan isteri, melindungi kehormatan dan akhlak mereka, memberi kebahagiaan, kedamaian rumah tangga dan keluarga serta memimpin ke jalan kebenaran, iman, taqwa, pendidikan Islam dan kasih sayang yang sempurna.
Peranan ini wajar dilipatgandakan ekoran keadaan masyarakat kita kini terjebak dengan segala macam atau fenomena gejala sosial dan maksiat yang teramat menggerunkan.
Bapa wajib merenung kembali dan memuhasabah diri ke atas tanggungjawab dan amanah yang dibebankan kepada mereka.
Bapa mesti yakin dan cekap atau mahir mengurus rumahtangga. Bapa yang bersedia menerima akad nikah atau perkahwinan tentunya mengakui proses kekeluargaan adalah sebenarnya mengatur kehidupan dengan sempurna dengan matlamat menjalinkan ikatan, kecintaan kasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain.
Permasalahan yang kita hadapi sekarang
1. Bapa mengabaikan tugas dan tanggungjawab termasuk mencari rezeki. Terdapat juga di kalangan bapa yang melupakan tugas ini. Ada yang mengunjungi tempat judi dan minum sehingga mabuk dan turut memukul anak-anak dan isteri mereka.
2. Bapa dan ahli keluarga dan kenalan rapat turut terlibat dengan gejala sosial dan sumbang mahram dan tidak menjaga maruah diri sehingga mengakibatkan kes mahkamah dan melahirkan anak zina. Bapa tertekan emosi dan perasaan.
Mengikut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, sejumlah 71.2% atau 974 orang daripada 1,369 mangsa sumbang mahram bagi tempoh empat tahun lalu, adalah anak-anak Melayu yang kebanyakan berumur 16 tahun ke bawah (2005)Bangsa lain ialah India 98 dan kaum Cina 48 orang. Menurut data tersebut, 905 orang (66.1%) adalah di bawah umur 16 tahun dan 408 orang melebehi umur 16 tahun. Selangor mendahului negeri-negeri lain iaitu 190 kes diikuti, Johor 179, Sabah 164, Pahang 118, Sarawak 106, Kedah 103, Perak 95, negeri Sembilan 88, Terengganu 80, Kelantan 64, Pulau Pinang 60, Kuala Lumpur 52, Melaka 47 dan Perlis 23. Dalam tempoh tersebut kes melibatkan bapa kandung 380 orang, bapa tiri 249, bapa saudara 231 dan abang atau adik ipar 119. Sumbang mahram turut melibatkan abang kandung 87, sepupu 82, saudara 40, bapa angkat 35, datuk 34, abang tiri 29, datauk saudara 19, abang angkat 16, datuk tiri 7, bapa mertua 5, adik 4 anak tiri 1.
73% atau hampir 3 daripada setiap 4 daripada kes-kes rogol dan serangan seksual yang dilaporkan dilakukan oleh pemangsa yang dikenali mangsanya.
3. Bapa terumbang ambing dengan hakikat persekitaran dan pengaruh kehidupan yang sedang dilalui ahli keluarga masing-masing. Mereka tidak menjadi medan benteng dan 'penasihat' yang terpenting di dalam institusi keluarga.
4. Kelemahan dan kepincangan pengurusan rumahtangga sehingga mengakibatkan kadar penceraian tinggi terutama di bandar-bandar besar terutama di Kuala Lumpur dan di negeri Selangor.
5. Emosi dan tekanan kehidupan akibat tiadanya pekerjaan tetap atau ekoran proses penceraian atau perpisahan.
Cara mengatasi dan tindakan derastik
1. Kerajaan Pusat dan negeri wajar menyediakan kursus-kursus 'self management, parenting skills', kemahiran mengurus rumah tangga, kemahiran dan latihan untuk kerjaya atau pekerjaan serta aktiviti atau program kaunseling. Pegawai-pegawai berkenaan hendaklah melakukan 'survey' dan boleh mengenalpasti bilangan keluarga atau 'sesiapa yang sebenarnya bermasalah' melalui maklumat di tempat kerja, ketua komuniti atau kampung (jika di kampung). Data atau personal data setiap ketua keluarga hendaklah direkodkan. Padaku, berdasarkan pembacaanku di akhbar-akhbar tempatan, mereka yang tinggal di Felda atau di kampung atau mereka yang berpendapatan rendah atau bekerja buruh atau kasar seperti pemandu lori kerap terlibat dengan kes rogol dan 'sexual harassment'. Kajian yang menyeluruh terhadap personaliti dan perwatakan mereka dan kawasan mana yang sering terjadinya keruntuhan akhlak hendaklah dikenalpasti.
2. NGOs di semua peringkat wajar diberi peruntukan atau sokongan tabungan atau kewangan daripada kerajaan untuk membantu usaha-usaha tersebut agar mereka boleh melaksanakan program kekeluargaan di tempat mereka masing-masing.
3. Jabatan-jabatan kerajaan, swasta, agama, sekolah, masjid, surau, bahkan di penjara wajar menyediakan kursus-kursus kepimpinan kekeluargaan dan prihatin dan bersama memainkan peranan dan membabitkan diri membanteras gejala sosial dan maksiat yang sudah berkembang dan berleluasa dalam masyarakat. Program amal makruf dan nahi mungkar hendaklah dijalankan.
4. Pihak media wajar menyediakan ruang perbahasan, perbincangan dalam ruangan tertentu untuk menyedar, memberi kefahaman dan penghayatan hidup berkeluarga. Forum dan iklan-iklan tertentu di TV, akhbar, dan radio boleh dianjurkan setiap seminggu sekali untuk memberi pendedahan ilmu kekeluargaan dengan menjemput pakar-pakar keluarga dan guru-guru agama atau pendakwah.
5. Pihak berwajib perlu mengawal tempat-tempat hiburan yang tidak terkawal atau rumah-rumah urat yang menjadi sarang maksiat sehingga mengakibatkan bapa terlibat sama dan memberi kesan dan sumbangan kepada kemusnahan kerukunan hidup berumahtangga.
6. Khutbah Jumaat setiap minggu wajar menyediakan teks mengenai pembangunan dan pengurusan keluarga. Penekanan dan penegasan terhadap bapa sebagai "role model" hendaklah dilakukan.
Rumusan
Aku ingin melihat jangan lagi terdengar di akhbar atau di mana-mana ruangan majalah atau media yang lain, saban hari menyiarkan keruntuhan rumahtangga dan bapa terlibat dengan sumbang mahram dan perogolan atau penzinaan.
Tindakan derastik untuk menyelesaikan isu soal sosial terutama pendidikan Islam, dan ekonomi (semua penduduk mudah mencari kehidupan dan mampu membeli segala barangan dan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan) dan personaliti yang seimbang dan waras wajar dikembalikan.
Masyarakat yang tidak stabil mengakibatkan permasalahan sosial dan turut mengakibatkan masalah kepada negara. Bapa wajib bersedia melakukan perubahan terhadap diri dan keluarga masing-masing.

No comments:
Post a Comment