Pendahuluan
Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia, pilihanraya setiap lima tahun sekali adalah termaktub dalam perlembagaan negara. Rakyat diberi kebebasan memilih wakil mereka ke parlimen dan seterusnya parti yang memperoleh bilangan majoriti berhak menubuh dan menguasai kerajaan.
Kita mengakui terdapat pelbagai variasi demokrasi. Buku yang dikarang oleh David Held, models of democracy, menghuraikan perjalanan demokrasi sejak zaman Greek Klasik sehingga perbincangan kritikal mengenai maksud demokrasi ketika ini. Menurut beliau, fokus utama bukan sahaja meningkatkan penyertaan rakyat di dalam politik, namun yang terpenting ialah bagaimana penyertaan mereka mesti berupaya memperolehi maklumat tepat untuk mereka membuat keputusan sendiri.
Ciri-ciri kematangan berpolitik
1. Personaliti pemimpin & kuasa
Pemimpin kotemporari yang dianggap matang, sewajarnya membawa wadah transformasi baru dengan sikap keterbukaan dan integriti yang tinggi. Berpolitik secara moden, seharusnya mencerminkan sifat keterbukaan, berjiwa besar dan rasional. Mereka tidak terlalu egoistik, sombong, bongkak dan bangga diri.
Kuasa yang diberi oleh mandat rakyat adalah untuk melaksanakan segala polisi yang memberi kesejahteraan kepada rakyat.
2. Suasana perbincangan dan penuh kemesraan
Perbincangan secara terbuka seperti forum boleh dianjurkan untuk memperolehi pandangan publik. Pemimpin tidak boleh melarikan diri bila diajak berbincang. Mereka mesti berani berhadapan dengan rakyat yang ingin menyuarakan pandangan dan kritikan membina. ‘Public speech’ dan rapat umum hendaklah dibuka seluas-luasnya.
3. Kebebasan rakyat memilih pemimpin
Rakyat di Malaysia sekarang ini, dilihat mempunyai kecenderungan untuk mempunyai dwiparti. Fenomena ini adalah sesuai dengan perkembangan zaman yang ingin suara mereka boleh disalurkan melalui parti-parti yang sah bertanding.
Kebebasan media dalam ertikata lain, tidak seharusnya memihak kepada parti yang memerintah. Sekatan, halangan dan batasan hendaklah dimansuhkan dan setiap parti harus diizinkan mengiklankan dan menerangkan dasar atau manifesto dan seumpamanya, bahkan boleh berbuat demikian melalui saluran media berbayar dan setiap parti mesti bertanggungjawab dengan apa yang disarankan. Di Indonesia, negara jiran yang baru mengamalkan demokrasi yang luas dan lebih terbuka, mengizinkan parti bertanding menggunakan TV untuk memikat pengundi.
4. Pemilihan pemimpin masa hadapan yang berkelayakan, berkebolehan dan berkarismatik
Untuk membentuk dan melahirkan kepimpinan masa hadapan, politik yang matang akan melalui perspektif sebenarnya atas prinsip untuk menegakkan keadilan dan bersedia berbicara mengenai perubahan dan mengapa kita perlu membina negara secara terbuka. Demokrasi sememangnya lebih menghargai kebebasan awam dan diharapkan semua ahli politik dan parti politik berbicara atas prinsip tersebut.
Aspek moral dalam berpolitik mestilah dititikberatkan. Amalan tidak sihat seperti menggunakan tekanan, ugutan, kutukan, tangkapan, undang-undang, kecaman tanpa fakta dan alasan yang konkrit atau penggunaan amalan rasuah atau wang hendaklah wajib dihindarkan. Jika suasana rakyat boleh berfikir secara cerdik dan rasional boleh diwujudkan, maka politik akan berjalan dengan suasana hormoni dan tiada taktik kotor, rusuhan, pulau memulau, pergaduhan dan kemungkinan lebih besar sehingga pertumpahan darah.
Pokoknya, pemimpin yang hendak bermain di gelanggang politik semestinya seorang yang telah dipilih di peringkat parti masing-masing yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, berkebolehan, berkemampuan, berkelayakan sama ada dari aspek akademik atau kepakaran tertentu, berpengalaman dalam aktiviti masyarakat dan kemasyarakatan bahkan hal ehwal politik negara.
Rumusan
Sememangnya kita tiada akademi melatih pemimpin dan kemudian pemimpin politik boleh menjadi matang, walaupun mungkin perkaderan kepimpinan parti dapat dibentuk melalui program secara langsung atau tidak langsung oleh parti masing-masing.
Aku merasakan jika kebebasan berpolitik dinikmati secara meluas, kita akan dapat melahirkan pemimpin yang benar-benar berkarisma, yang mempunyai konotasi yang cukup luas, merangkumi kaedah bekerja, perwatakan, profesionalisme yang tinggi, mengutarakan pandangan dengan tahap keintelektualan yang tinggi, berakhlak dan dinafikan kepentingan hubungan sosial yang baik dengan orang ramai. Atas alasan tiada suasana lebih terbuka inilah mengakibatkan ramai di kalangan kita masih tidak berminat untuk menjadi orang politik dan pemimpin politik.
Memetik kata Tony Alessandra, di dalam bukunya ‘Charisma: Seven Keys To Developing The Magnetism That Leads To Success’, “Charismatic people possess a similar, almost childlike faith in their vision and their ability to create change. People will follow leaders whose vision inspires them and makes their lives more meaningful".
Maka, kita mengharapkan pemimpin politik yang berilmu dan berakhlak akan memandu hala tuju politik negara ke arah sistem yang lebih bermaruah. Justeru itu, aku berpendapat, kita seharusnya mampu menghasilkan satu perubahan dalam corak kepimpinan negara yang dikatakan matang dan natijahnya akan mematangkan suasana dan sistem politik di Malaysia daripada yang sedia ada.
Sumber Rujukan Utama
David Held, (2006) Models of Democracy, Third Edition, Stanford University Press Stanford, California
Tony Alessandra, Charisma: Seven Keys To Developing The Magnetism That Leads To Success

No comments:
Post a Comment