Indonesia sangat berpotensi menjadi kiblat demokrasi di kawasan Asia, berkat kejayaan mengembangkan dan melaksanakan sistem demokrasinya. Bahkan, ketika ini beberapa negara di ASEAN masih diperintah dengan satu parti dan pemerintahan ‘kuku besi’. Indonesia kini mampu menjadi model, bahawa pembangunan sistem demokrasi dapat berjalan seiring dengan pembangunan ekonomi.
Kita cuba perhatikan apa yang berlaku di sekitar ASEAN.
Thailand masih terumbang-ambing ekoran rampasan kuasa tentera dan disokong istana, selepas kejatuhan kerajaan yang dilantik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Masa hadapan politik dan ekonomi hakikatnya di bawah naungan Raja Bhumibol Adulyadej, kemungkinan akan mengambil banyak tahun untuk menyelesaikannya.
Malaysia, masih diselubungi oleh skandal, rasuah dan keyakinan parti-parti dalam kerajaan dan barisan pembangkang mengenai pengganti Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Filipina sedang menunggu berakhirnya pentadbiran Gloria Magapagal Arroyo. Keadaan tidak stabil seolah-olah revolusi belum berakhir kerana negara berkenaan masih di tangan penguasaan keluarga feudalisme.
Laos dan Vietnam kekal dengan satu sistem parti, walaupun di Vietnam di kalangan ahli-ahli Parti Komunis dibenarkan perbahasan; mengenai pandangan berbeza di khalayak ramai. Di Laos, orang ramai mulai bertindak secara kekerasan.
Di Kampuchea seolah-olah menonjolkan hanya satu parti yang boleh memenangi pilihanraya di bawah Perdana Menteri Hun Sen.
Singapura dibayangi oleh pengasas dan mentor Lee Kuan Yew. Namun di bawah pentadbiran anaknya, Lee Hsien Loong, menampakkan kebaikan ke arah penyertaan orang ramai dan pengundi.
Mymmar di bawah cengkaman tentera terasa menjijikan mengawal demokrasi, walaupun India dan China mengintai-intai negara ini kerana kaya dengan sumber aslinya.
Brunei sebuah negara monarki mutlak di bawah kesultanan Brunei.
Timor-Leste masih tercari-cari landasan dan adakah langkah yang wajar, ekoran keluar dan merdeka dari wilayah Indonesia.
Presiden Indonesia,Susilo Bambang Yudhovono yang mesra dengan panggilan SBY menerima anugerah medal demokrasi oleh The International Association of Political Consultants (IAPC). Indonesia terbukti memaparkan kelangsungan panjang lebar demokrasi, walaupun di peringkat awal, demokrasi seolah-olah diragui kerana memungkinkan membawa suasana kacau bilau dan perpecahan mahupun ekstrimisme dan radikalisme. Demokrasi di Indonesia terbit daripada perubahan rejim.
Proses demokrasi di Indonesia menunjukkan Islam dan pemodenan dapat berjalan seiringan. Dalam tempoh pertukaran, 4 kali Presiden 1998-2002, demokrasi turut mencipta kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Indonesia turut menunjukkan kepada dunia bahawa ianya juga contoh sebuah negara demokrasi terbesar di dunia dan dapat melaksanakan pilihanraya umum yang kompleks, ternyata atau terbukti berjaya.
Adalah suatu fakta yang tidak boleh disangkal, demokrasi di Indonesia telahpun berusia 10 tahun dan akan terus berkembang maju. Sebahagian orang pernah berpendapat dan bimbang bahawa demokrasi tidak akan berlangsung lama di Indonesia, kerana masyarakatnya belum bersedia, negara Indonesia terlalu luas dan memiliki persoalan-persoalan yang kompleks serta kemungkinan mencetuskan perpecahan.
Natijahnya, Indonesia kini adalah berdiri megah sebagai negara dengan penduduk keempat besar di dunia yang berjaya melaksanakan demokrasi. Pada masa yang sama, Indonesia adalah sebuah negara berpenduduk Islam yang terbesar di dunia yang berjaya menerapkan demokrasi. Kita mengharapkan negara jiran kita turut maju dalam perkembangan ekonomi sehingga meyakinkan bahawa demokrasi mampu memacu pembangunan sosial dan kesejahteraan hidup rakyat. Pokoknya, demokrasi dapat mencegah rasuah dan menghindarkan pengumpulan kekayaan hanya kepada elit tertentu.
Sumber: http://www.republika.co.id/ http://www.detiknews.com/ http://www.antara.co.id/
No comments:
Post a Comment