Republigue Federale Islamique Des Comores adalah sebuah negara di Lautan Hindi, majoriti penduduknya beragama Islam. Comoros terletak di penghujung utara Selat Mozambique, di antara Madagaskar dan Mozambique. Wilayahnya terdiri daripada 3 buah pulau utama iaitu Grande Komoro, Anjouan dan Moheli. Nama negara ini berasal dari kata al-Khamar yang bermakna 'pulau bulan kecil'. Ibu kotanya ialah Moroni yang terletak di Grande Comoros.
Negara ini mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Peranchis pada tahun 1975. Kepulauan ini dijajah oleh Perancis sejak tahun 1904. Sebuah pulau Mayotte, masih di bawah genggaman Perancis kerana dianggap strategik. Negara ini luasnya 2,170 km persegi.
Penduduknya berjumlah 798,000, (anggaran tahun 2005) bermazhab Syafie, berbangsa Afrika, Arab dan keturunan Melayu Indonesia. Negara ini mengisytiharkan diri untuk dikenali sebagai negara Islam dan turut melaksanakan enakmen perundangan syariah Islam. Pemimpin-pemimpin mereka sentiasa ikhlas untuk melaksanakan perundangan Islam termasuk hudud dan ta'zir, walaupun berhadapan dengan ancaman dan trajedi pembunuhan seperti Ahmed Abdullah, Ali Bin Soleh dan Sayyid Mohammad Djohar.
Bahasa rasmi ialah Shikomor, Arab dan Perancis. Bahasa pertuturan biasa atau harian ialah Perancis, Arab dan Swahili. Sekolah dibuka di dalam bahasa Perancis dan Arab. Hanya ada sebuah universiti di kepulauan ini iaitu University Des Comoros. Ramai pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran tinggi akan belajar di seberang laut termasuk Malaysia. Sistem pendidikan Islam dan tahfiz Al-Quran dilaksanakan. Ibubapa akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz untuk tiga tahun lebih awal sebelum ke sekolah-sekolah berbahasa Perancis.
Ini adalah suatu pendekatan yang terbaik yang dijalankan oleh kerajaan Comoros untuk memastikan anak-anak kecil dapat menghafal Al-Quran dari umur yang masih kecil.
Comoros dikenali dari aspek pelancongan atau peranginan, selain dari perikanan sebagai punca utama ekonomi atau pendapatan. Tanaman utama ialah padi, ubi kayu dan pisang. Hasil tanaman ini menjadi makanan utama dan selingan. Mereka suka menikmati 'green banana' pada sarapan pagi dan tengahari. Tanaman untuk tujuan komersial dan ekspot ialah bunga Ylanglang, (untuk pengeluaran minyak wangi), bunga cengkih, vanilla terutama ke Perancis. Ikan-ikan laut kaya dengan protein dan spesis ikan Coelecanth dianggap telahpun pupus sejak 70,000 tahun yang lalu dan harganya mencecah nilai jutaan Dollar.
Pengajaran ringkas
1. Aku sekadar ingin meminta kita semua peka dengan perkembangan Islam yang berlaku di semua negara, di benua manapun manusia berada, terutama kita masih menganggap orang lain, mungkin masih mundur atau kurang maju daripada kita. Pelajari sesuatu kebaikan terutama di dalam melaksanakan kehidupan secara Islam dan berladaskan hukum, walaupun mungkin terdapat halangan dan rintangan.
2. Lawati dan melanconglah ke negara umat Islam yang lain atau terdapat umat Islam di sesuatu negara untuk meninjau apakah usaha-uasaha yang mereka lakukan untuk meninggikan syariat Islam dan menginsafkan serta menyedarkan diri kita bahawa Islam bukan milik orang Melayu atau Malaysia sahaja, namun Islam boleh dilaksanakan dan dipraktikkan dalam semua keadaan, persekitaran dan bangsa atau kemajmukan pelbagai.
3. Tanamkan dan semaikan kecintaan, niat untuk menziarahi umat Islam di mana-mana sahaja di dunia ini, walaupun kita mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk menziarahi mereka. Kita boleh mencadangkan pakej yang murah atau munasabah ke Kampuchea, Vietnam, menziarahi umat Melayu Champa atau ke Singapura bagaimana pengurusan masjidnya adalah dianggap efisien dan bersistem. Dicadangkan kita melancong dan mempelajari sistem pasentran (pondok) di Jawa untuk menilai sistem pendidikan tradisional kita. Pihak Travel & Tours Agencies wajar membuka ruang program ziarah yang lebih luas dan galakkan orang kita melancong dan menikmati pakej Islam. Melanconglah untuk meluaskan pemandangan dan pengetahuan baru.
.
2 comments:
Dah lama saya tdk menjenguk ke sini..hmm..banyak topik2 yg menarik dibincangkan utk dikongsi.Tq for sharing!
Dan...nampaknye En Zali..back ground blog u ni dah kembali ke asal..!
Terima kasih kepada Pn. Noorzie kerana ada kesempatan menjenguk untuk 'sharing the ideas'.
Setakat ini, ini yang saya mampu lakukan, belum kesempatan untuk 'create another shape'.
Just a quick, simple one.
Post a Comment