Friday, April 24, 2009

Cabaran Profesion Perguruan


Pengenalan

1.Aku ingin sekadar melontar persoalan-persoalan dan masing-masing kita boleh memberi kupusan, ulasan, komentar, membahas dan mengkritik untuk membina kekuatan profesion perguruan dewasa ini. Aku sendiri ingin tahu mengapa terdapat permasalahan disiplin pelajar, masalah guru tidak komited pada tugas dan kegagalan sistem mengawal akhlak pelajar serta proses mendidik kepimpinan pelajar.
Aku dapati guru-guru di UK terlatih, dilatih, menduduki peperiksaan untuk peningkatan profesionlisme mereka dan begitu prihatin terhadap anak didik mereka. 'Pay scale' guru juga adalah dianggap tinggi (excellent salary) berbanding dengan kerjaya lainnya.

Aku juga melihat pengurusan dan bidang kuasa mutlak (decentralisastion) di bawah kelolaan Majlis Perbandaran (seperti di Hull City Council-Children and Young People) dianggap terbaik. Aku berkesempatan berbincang dengan pegawai pendidikan mereka mengenai aduanku mengenai pertukaran anakku di sekolah di sekitar Hull ini. Mereka ada 'independent body' yang memutuskan setiap satu permasalahan sekolah dan pentadbiran.

Semua guru diakses profesionnya semula sekurang-kurang lima tahun dari aspek kompetensinya, bahkan sekolah akan dinilai oleh suatu badan bebas dan mereka boleh menyiasat, memperolehi maklumat daripada 'parents' dan membuat laporan terperinci mengenai semua perkara mengenai persekolahan tanpa gangguan orang politik dan seumpamanya. Mereka ada sistem dan ukuran prestasi sendiri, walaupun kita di Malaysia sibuk dengan Key Performance Indicators (KPI).

Di bawah ini, aku perlihatkan gaji 'scale point AST 1-18, beberapa kawasan yang ditentukan, sekadar untu rujukan bersama.

September, 2008 AST Pay Scale

Scale point

AST1
AST2
AST3
AST4
AST5
AST6
AST7
AST8
AST9
AST10
AST11
AST12
AST13
AST14
AST15
AST16
AST17
AST18

Annual Salary England and Wales (excluding the London Area)
£
35,794
36,692
37,608
38,545
39,504
40,494
41,585
42,544
43,607
44,726
45,888
46,945
48,119
49,318
50,547
51,890
53,083
54,417

Annual Salary Inner London Area
£
42,559
43,460
44,379
45,313
46,278
47,265
48,359
49,315
50,375
51,497
52,653
53,716
54,890
56,089
57,312
58,661
59,854
61,188

Annual Salary Outer London Area
£
38,634
39,532
40,445
41,388
42,347
43,334
44,428
45,387
46,447
47,569
48,725
49,788
50,962
52,155
53,384
54,730
55,923
57,260

Annual Salary Fringe Area
£
36,781
37,679
38,594
39,535
40,497
41,484
42,578
43,530
44,597
45,716
46,874
47,938
49,112
50,308
51,531
52,880
54,079
55,406

2. Soalan-soalan untuk kebaikan bersama adalah seperti berikut:-

1. Adakah tugas sebagai guru dianggap mulia atau tidak ketika ini?
2. Jika dianggap mulia, mengapakah ramai guru pelatih memilih kerjaya ini, setelah tiada pilihan lain?

3. Mengapakah mereka memilih kerjaya perguruan ini, jika mereka pada peringkat awalnya tidak berminat?
4. Adakah langkah saringan mencukupi dan memastikan mereka benar-benar layak mendidik anak bangsa?
5. Adakah tugas mengajar dan mendidik anak bangsa amat berat?

6. Mengapakah jawatan guru tidak dihormati sekarang?

7. Adakah guru benar-benar mendidik anak bangsa?

8. Adakah gaji guru setimpal dengan tenaga dan masa yang dicurahkan?

9. Adakah gaji guru sesuai dengan taraf hidup sekarang dan dibuat perbandingan dengan negara-negara maju?

10. Mengapakah terdapat guru yang cuai daripada menjalankan tugas yang dianggap mulia ini?
11. Adakah memberi ilmu yang berguna kepada anak bangsa, bukan ibadat dan tiada ganjaran yang besar di sisi agama?

12. Mengapakah ramai guru masih aktif memberi tuisyen dan dianggap mengabaikan tugas utama di sekolah?

13. Adakah terdapat guru turut bermasalah dan menghadapi tekanan emosi dan kerja?

14. Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini?
15. Apakah tindakan tatatertertib dengan menghantar (membuang) ke sekolah-sekolah terutama di luar bandar tertentu menyelesaikan masalah guru tersebut, sekolah dan pembelajaran pelajar?

16. Apakah latihan perguruan mencukupi dan tiada latihan berterusan wajib dilanjutkan?

17. Perlukah para guru dilatih semula dan dihantar untuk menyertai latihan singkat semasa cuti sekolah untuk memperbaiki profesion mereka?

18. Apakah peranan sebenar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan adakah pejabat ini benar-benar dinilai prestasi mereka?

19. Adakah penempatan (posting) guru sedia ada memberi keadilan kepada semua guru dan tidak mendatangkan masalah guru itu sendiri?

20. Apakah sumbangan sebenar guru masa kini?

21. Adakah orientasi peperiksaan menyebabkan guru tiada masa itu 'feel relax' semasa di bilik darjah?

22. Adakah sistem pelajaran kita masih tidak berwibawa membentuk kepimpinan dan akhlak pelajar kerana guru menghabiskan masa untuk mengajar sahaja?
23. Adakah guru-guru berijazah mencukupi untuk jangkamasa singkat? Program meramaikan guru berijazah adakah diambil langkah drastik dan segera?

24. Mengapakah masih terdapat kekurangan bangunan, kemudahan dan peralatan sekolah di kawasan-kawasan tertentu terutama di Sabah dan Sarawak dan di kawasan orang Asli?

25. Adakah guru besar dan pengetua masih tidak berupaya untuk memohon peruntukan yang munasabah?

26. Adakah kepimpinan pihak sekolah masih rendah dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran, kehidupan dan suasana yang runcing ketika ini.

3. Rumusan

Di atas adalah sekadar soalan-soalan yang sempat aku nukilkan, bukan untuk dihantar sebagai bahan soal kaji selidik, namun inilah beberapa perkara yang aku sering tanyakan mengapa terdapat perbezaan, layanan dan tidak ada integriti jika aku perhatikan apa yang berlaku di UK ini. Mungkin pandanganku silap, namun yang aku lihat dan lalui membuat hatiku tergerak untuk menulis di ruangan ini. Aku tidak bercakap dengan emosi, namun aku bercakap melalui hatiku.
Dunia pendidikan semakin mencabar. Kita tidak boleh lagi banyak berpolitik dan PPD juga bukan tempat untuk bermain politik di dalam organisasi atau berpolitik kepartian. PPD mesti membuat laporan yang tepat dan sebenar dan bukan mereka-mereka angka dan data yang tidak munasabah atau untuk menutup malu atau untuk bodek atau untuk menyedapkan hati Pengarah Pendidikan Negeri (PPN).


No comments: