1. Di UK, Peraturan mewajibkan semua bisnes melaksanakan gaji minimum kepada pekerjanya. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang, jika majikan gagal menunaikan tanggungjawab mereka dari aspek pembayaran gaji minimum ini.
2. Terdapat tiga peringkat gaji minimum seperti yang ditetapkan kadarnya mulai pada 1 Oktober 2008 iaitu:-
2.1 £5.73 sejam kepada yang berumur 22 tahun dan ke atas.
2. Terdapat tiga peringkat gaji minimum seperti yang ditetapkan kadarnya mulai pada 1 Oktober 2008 iaitu:-
2.1 £5.73 sejam kepada yang berumur 22 tahun dan ke atas.
2.2 Kadar pembangunan ( a development rate) £4.77 sejam untuk pekerja-pekerja berumur 18-21 tahun. Kesemua pekerja berumur 18 tahun dan ke atas layak menikmati gaji minimum di bawah Gaji Minimum Kebangsaan atau National Minimum Wage (NMW). Ini termasuklah pekerja-pekerja 'freelance' dan sementara.
2.3 Pekerja-pekerja yang berumur 16 & 17, kecuali 'apprentices' layak menerima gaji £3.53 sejam.
3.Purata gaji pekerja-pekerja semestinya dan melebihi paras gaji minimum pada setiap tempoh rujukan gaji yang dijadualkan. Jumlah jam bekerja adalah bergantung kepada jenis kerja dan pekerjaan. Pada amnya, semua pekerja telahpun ditetapkan jumlah masa bekerja setiap minggu.
4. Gaji minimum adalah di bawah bidang atau penguatkuasaan HM Revenue & Customs (HMRC). Jabatan ini mempunyai kuasa untuk meminta rekod, memasuki premis dan menemuramah pekerja-pekerja. Gagal menyediakan semua maklumat dengan tepat dan menghalang tugas pegawai-pegawai penguatkuasa boleh didenda £5,000.
5. Jika majikan dijumpai gagal membayar di paras gaji minimum, majikan dikehendaki membayar tunggakan gaji kepada pekerja-pekerja mereka dalam tempoh 7 hari. Jika majikan gagal dalam tempoh 7 hari, selepas tamat tempoh, majikan dikehendaki menjelaskan denda minimum £231.84 bagi setiap pekerja. Jika majikan masih gagal membayar denda, mereka akan dihadapkan di mahkamah dengan denda tambahan £5,000 .

6. Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Goldon Brown, gaji minimum telah meningkat sehingga 60% sejak dasar gaji minimum diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1999.
7. Pengajaran penting untuk Malaysia:-
7.1.Wajar dilaksanakan satu kadar tahap gaji minimum yang sesuai, adil, telus dan "realistik" dengan taraf hidup rakyat bagi semua sektor awam dan swasta.
7.2. Kadar gaji yang munasabah dengan kuasa membeli hendaklah dilaksanakan dan diwujudkan badan mengkaji kedudukan gaji yang sebenar. Badan ini wajar melaksanakan polisi yang mampu menyesuaikan kedudukan gaji yang munasabah dan kesaksamaan kepada semua jawatan hakiki.
7.3. Undang-undang gaji minimum hendaklah dilaksanakan. Gaji minimum adalah satu amaun minimum yang ideal, bersesuaian dengan keperluan minimum harian seseorang pekerja dan keluarganya.
7.3. Undang-undang gaji minimum hendaklah dilaksanakan. Gaji minimum adalah satu amaun minimum yang ideal, bersesuaian dengan keperluan minimum harian seseorang pekerja dan keluarganya.
7.4. Negara-negara lain yang sudah mempraktikan gaji minimum ini ialah Australia 1904, Amerika Syarikat 1938, bahkan Korea Selatan dan Sri Lanka.
7.5.Gaji minimum mampu menangani isu kemiskinan, pengeksploitasian majikan, jaminan kesihatan, keselamatan (security), dan masa lapang pekerja.
7.5.Gaji minimum mampu menangani isu kemiskinan, pengeksploitasian majikan, jaminan kesihatan, keselamatan (security), dan masa lapang pekerja.
7.6.Rundingan di antara persatuan majikan dan kesatuan sekerja seperti MTUC hendaklah dicapai untuk melahirkan inspirasi perjuangan hak asasi manusia dan kebajikan kepada kaum pekerja.
1 comment:
Interesting info!
Post a Comment