What's the significance of life?
Love gives meaning to our lives – as do friendship, or art or faith in Allah s.w.t. These are factors of true happiness, of inner peace, of feelings of harmony, allowing meaning to our existence.
Hidup lebih bermakna, jika:-
Sentiasa cintailah dan hargailah kehidupan yang kita lalui ketika ini. Usah kita berduka nestapa dengan apa yang kita miliki. Jangan mensia-siakan hidup anda dan hidup orang lain. Berilah makna kehidupan ini kepada diri anda, keluarga yang dicintai. Hidup mesti ada matlamat atau tujuan.
Sentiasa cerdikkan diri kita dengan ilmu, tajamkan pemikiran kita dan berjiwa kental menghadapi ujian dan dugaan. Kesabaran sentiasa menuntut pengorbanan. Cintailah dan minatilah ilmu pengetahuan sebagai pelita yang menyinari kehidupan ini.
Sentiasa bertuturlah sesuatu yang bermanfaat, bermakna dan senang untuk ditunaikan atau dilakukan.
Sentiasa mudah mesra, bergaullah atau berdiskusi dengan sopan dengan sesiapa yang kita temui dan berbicara untuk menengahkan keluhuran budi pekerti sejati.
Sentiasa melihat, melakukan, mendengar sesuatu yang bermanfaat dan mengelakkan sesuatu yang merugikan tenaga, masa dan fikiran kita untuk memberi sumbangan bermakna kepada semua manusia dengan apa yang termampu.
Sentiasa menjadikanlah diri orang yang lembut hati, rendah diri dan mudah mendengar nasihat dan teguran.
Sentiasa memuliakan diri dengan iman, akhlak, taqwa dan bersangka baik dengan segala pemberian dan anugerah daripada Yang Maha Esa.
Sentiasa membantu atau memberikan pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan walaupun bukan kaum kerabat anda sendiri.
Sentiasa bermuhasabah, memperbaiki dari segala kesalahan dan kesilapan dan cepat-cepat memohon maaf, jika kesalahan dilakukan dengan sengaja mahupun tanpa sengaja. Berusahalah dengan mudah untuk memaafkan orang lain. Janganlah memusuhi sesiapa.
Sentiasa bertaubat kepada IIahi, mudah-mudahan segala dosa, kekotoran batin, maksiat dibersihkan dan dirahmati olehNya di dalam mengharungi kehidupan ini.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang dipakai, dimakan, diminum, didiami kerana kekuatan material bukan semestinya memberi kebahagiaan hakiki. Mudah-mudahan kita tidak kufur nikmat.
Sentiasa menyerahkan urusan ini kepadaNya semata-mata, tunduk ikhlas untuk melakukan suruhannya, walaupun bagaimana sukar atau susahnya untuk ditunaikan.
Sentiasalah bersedekah dengan apa yang kita ada dan tunaikan perkara rukun-rukun agama agar hidup selamat dan sejahtera.
Sentiasa bersedih dan lantas menangis dengan kesalahan yang kita lakukan dan perbaikilah dengan segera dan carilah ketenangan dengan menghampiri Allah s.w.t.
Sentiasa bekerja di pejabat, di sektor yang kita minati dengan amanah, jujur berintegriti, bertanggungjawab, tingkatkan kemahiran dan tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini dan dibenci, dikutuk oleh semua makhluk di dunia ini dan dimurkai olehNya.
Sentiasa memandang orang lain lebih mulia daripada diri sendiri, agar diri akan dimuliakan dan dipandang oleh Allah s.w.t. Jangan membenci, mengutuk dan menghina sesiapa, walaupun diri anda terasa untuk menghentam melulu atau boleh melakukannya.
Sentiasa mengawal perasaan, hawa nafsu dan berikan hati bercakap dengan nada dan suara kehalusan dan keinsafan. Syaitan adalah teman rapat untuk mereka yang cepat pemarah.
Sentiasa mengembangkan ajaran kebaikan beragama kepada orang lain. Islam wajib disebarkan kepada semua insan di dunia ini dengan apa carapun seperti pena, kebijaksanaan dan jalan dakwah.
Akhirnya, sentiasa menjaga kesihatan dengan sempurna, berdisiplin, berlumba-lumba mengejar dan menjaga amalan ibadat, zikir, membaca Al-Quran, solat sunat hajat, dhuha, istikharah, berdoa untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Sentiasa memohon agar mati di dalam iman dan perjuangan Islam.
No comments:
Post a Comment