Monday, December 20, 2010

TERAPI KESIHATAN

Salah satu keindahan ciptaan Allah s.w.t. yang kita nikmati ialah manusia akan berinteraksi dengan alam. Berinteraksi dengan kejadian atau ciptaan Rabbul Jalil termasuk berinteraksi dengan tubuh badan sendiri banyak memberi manfaat terutamanya mengurangkan tekanan dan menyembuhkan penyakit.

Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan tugasan mencari kehidupan, mengurus anak yang kurang sihat dan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Walau bagaimanapun sibuk, kesihatan diri wajar diambil perhatian dan diutamakan. Saya sempat menghadiri satu program terapi kesihatan yang sebenarnya didapati tidak akan memerlukan banyak belanja, namun dengan menggunakan kekuatan minda atau tenaga kita, kita mampu untuk melawan pelbagai penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita.

Manusia sebenarnya sebaik kejadian. Bercakap dengan diri sendiri (self talk) adalah langkah melatih seseorang untuk berinteraksi dengan diri bagi menyelesaikan masalah. Umpamanya, kita bercakap-cakap dengan jantung atau dengan kepala atau tangan kita. Cuba kita tanyakan jantung kita, seperti; bagaimana engkau wahai jantung hari ini, mudah-mudahan engkau sihat dan berfungsi. Dengan cara bercakap-cakap dengan jantung, seolah-olah kita berdoa bersama-sama. Sebab itu, bila kita maki kepala atau gigi kita yang sakit, sebenarnya, gigi kitapun akan marah kepada kita dan akhirnya, gusi semakin sakit dan kita pening kepala atau mendapat demam yang agak berat.

Terapi menggunakan air biasa atau mineral sebagai penawar kesihatan dengan kita bercakap-cakap dengan air, air akan turut mendoakan kita. Seperti halnya, ada di antara kita yang suka atau gemar membela kucing atau ikan, binatang-binatang ini turut mendoakan kita untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Begitu juga ambillah sedikit masa, untuk memaksakan kaki kita memijak tanah dan berkata-kata dengan tanah agar tanah dapat menarik keluar toksid atau kekotoran yang di dalam tubuh badan kita. Amat malang, ketika ini, halaman rumah dipenuhi dengan batu ditutup dengan simen. Kalau tidak keberatan, pecahkan simen tersebut dan buatlah tempat khas untuk kita dapat memijak tanah kerana tanah mampu menyejukkan diri kita. Kalau boleh, tidak perlulah makan ubat hospital kerana ubat ini tetap mengandungi 'dadah'.

Dengan kita memandang rumput pada waktu pagi dan bercakap-cakap dengan pokok, mudah-mudahan tanaman, pokok, sayur dan pisang kita hidup subur dan mengeluarkan buah yang lebat.

Berinteraksilah dengan alam ciptaan Allah seperti pokok, kerana pokok sentiasa berzikir dan turut mendoakan rezeki untuk kita. Sayangi air, tumbuhan, kucing atau apa sahaja, mudah-mudahan makhluk Allah ini mampu berbuat kebaikan untuk kita.

Berbuat baiklah untuk semua manusia sejagat, haiwan dan tumbuhan, mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi kesihatan yang baik. Marilah kita berniat dengan menyebut, I am congruen physically, mentally, psychologically & spiritually. Bawalah duduk selama 40 minit di atas kerusi untuk menenangkan diri ini. Bercakap-cakaplah atau mengadu kepada Allah agar Allah menghilangkan kesakitan yang ada. Gunakan banyak masa untuk berinteraksi kepadaNya.

Friday, November 05, 2010

Pilihanraya Kecil DUN Galas

Pagi ini, ada sahabat saya SMS, minta pandangan saya, mengapa kerusi ini dapat dirampas oleh Barisan Nasional (BN).

Saya bukannya pakar strategik untuk mengulas atau menganalisa sebab-sebab kekalahan Pakatan Rakyat (PR), namun secara ringkas komen saya seperti berikut:-

1. Pengundi di kawasan tertentu menginginkan sesuatau yang diinginkan perlu diselesaikan secepat mungkin.

2. Pujuk rayu dan janji-janji pilihanraya yang nampaknya rasional boleh dilaksanakan.

3. Berusaha menawan para pengundi dengan tumpuan untuk menyelesaikan kehidupan mereka serta merta.

4. Memberi ganjaran dalam bentuk wang yang tinggi sebagai ganti sokongan.

5. Serangan provokasi, agresif dan mendedahkan kelemahan kepimpinan kerajaan negeri dan akhirnya pengundi mempercayai dan yakin.

6. Kempen PR masih stereotype.


Thursday, September 16, 2010

BAGAIMANA ISLAM MEMBENTUK KEPIMPINAN?

Suatu hari isteri saya bertanya saya, ketika berbahas mengenai melahirkan atau membentuk kepimpinan, "bagaimana Islam membentuk kepimpinan"?

Sukar bagi saya untuk mencari fakta yang ditulis secara teori di dalam buku-buku ilmiah memperincikan secara jelas, bagaimana agama Islam memproses manusia menjadi pemimpin.

Kebanyakan pengarang beragama Islam atau penulis buku-buku kepimpinan menukilkannya secara tidak langsung dengan memetik ayat dalam surah-surah tertentu di dalam Al Quran untuk membuktikkan agama ini berupaya membentuk kepimpinan kemanusiaan yang unggul.

Sejarah Islam turut disandarkan di dalam menghuraikan bagaimana hasil kepimpinan Islam mampu atau berupaya merubah kehidupan dan tamadun kemanusian sejagat.

Bernard Lewis menulis ungkapan kehebatan Islam di dalam bukunya, What Went Wrong seperti ini, " for many centuries, the world of Islam was in the forefront of human achievement - the foremost military and economic power in the world, the leader in the arts and sciences of civilization --- and then everything changed".

Sebagai pencinta agama dan perjuangan ini, mengapa Islam dipandang sepi oleh penganutnya sendiri, seolah-olah tidak mampu menjana kemajuan peradaban yang diharapkan dewasa ini. Soalan saya, adakah sesiapa yang menjadikan kita semakin lemah?

Perbahasan wajar untuk kita melihat kembali bagaimana roh yang terkandung di dalam Al Quran terutama penghayatan aqidah yang mantap merencana roh dan semangat keimanan yang kental sehingga merubah pendekatan berfikir dan bertindak merubah kehidupan dunia ini.

Sejarah yang dilalui oleh para ilmuan Islam silam di dalam menyediakan pelbagai karangan buku dan melahirkan kecintaan umat kepada ilmu menjadikan mereka maju untuk sentiasa memperjuang agama Allah di persada global berteraskan tauhid dan dakwah.

Membentuk kepimpinan juga salah satu siri program tarbiyah dan jihad atau perjuangan yang penting. Intipati yang amat mustahak ialah pada peringkat awal ini, bersediakan kita mengambil dan mempunyai sikap berbaik sangka dengan Al Quran yang selayaknya menjadi pedoman kehidupan sepanjang jalan dan hayat.

Kepelbagaian isu, nilai, ramuan yang dipersembahkan oleh Allah di dalam Al Quran berupaya merencanakan manusia untuk dididik seluruh umat manusia pelbagai bangsa dan ras ke Jalan Allah.

Secara ringkasnya, nilai atau persoalan aqidah, kepercayaan, perencanaan moral, akhlak dan suatu sistem peraturan yang digariskan di dalam kitab Al Quran berupaya membentuk kepimpinan bersih, menjaga kepentingan negara dan rakyat sehingga umat keseluruhannya mencintai Islam dan mengetahui Allah sebagai pencipta untuk diletakkan kepercayaan dan bertaqwa kepadaNya semata-mata.

Untuk penutupnya, agaknya apakah formula yang sesuai untuk kita pergunakan untuk membentuk kepimpinan diri terutama di dalam kita ini bergelut dengan pelbagai isu masyarakat seperti perzinaan, pembuangan anak hingga melonjaknya kadar peningkatan kes pembunuhan kejam tanpa mengira siapa mereka itu?



MAJLIS SILATURRAHIM

Saya menerima panggilan dan jemputan ke Majlis Sambutan hari Raya Masjid Felda Bukit Cherakah pada Sabtu ini, 18 September 2010, berkumpul mulai jam 10.00 pagi.

Saya merasakan amat menarik kali ini kerana untuk julung kalinya diadakan majlis ceramah mulai 11.00 pagi bertajuk silaturrahim.

Para jemputan pelbagai lapisan, teristimewa jemputan kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor.

Pada saya yang amat mengkagumkan sekali jawatankuasa sambutan boleh mendapat khidmat sukarelawan dan penajaan daripada AJK Masjid, JKKK, JKKKP dan ahli Koperasi untuk aktiviti meriah ini.

Saya dimaklumkan oleh pengerusi sambutan ini, "kita ingin mencari kelainan dan berusaha merapatkan hubungan persaudaraan tanpa mengira prinsip, pegangan dan idealogi parti".

Semua ahli kariah difahamkan dijemput hadir.




Friday, September 10, 2010

ROH HARI RAYA 'IDULFITRI

Sepanjang bulan Ramadan yang dilalui tahun ini saya penuhi dengan kunjungan ke masjid atau surau di sekitar kampung di Bukit Hijau dan di Puncak Alam. Itupun saya tidak sempat berkunjung ke semua masjid dan surau.

Pada tahun ini, saya mengambil masa, berhasrat untuk meninjau-ninjau, memerhati dan memahami setiap pengisian tazkirah dan pemilihan imam tahfiz serta cara mengalunkan rentak, irama dan taranum bacaan di solat tarawih.

Saya banyak 'menghilang' daripada menjadi imam dan makmum di Fasa 1 kerana turut menerima undangan berbuka di rumah teman, di surau lain, program anjuran penduduk, mengiringi atau menemani sahabat seperjuangan dan tazkirah. Saya hanya muncul di Fasa 1, apabila ada program khusus atau jika program di tempat lain habis lebih awal dan yang benar-benar memerlukan khidmat saya.

Saya rasa seronok beralih-alih tempat solat tarawih dan solat subuh di hujung minggu kerana berkesempatan bertemu dengan pelbagai peringkat masyarakat untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra.

Ketika makan moreh, dapatlah saya mengenali dengan lebih dekat para ustaz/penceramah dan kenalan-kenalan baru. Saya rasa dengan cara ini, saya berupaya untuk memahami dan menilai corak pemikiran masyarakat dewasa ini.

Walaupun agak penat, letih dan kerap tidur lewat pada waktu malam, namun 'exercise' di bulan Ramadan ini, menguji daya tahan saya 'berjaga' dan mempunyai daya stamina terutama untuk mencari dan meneroka hikmat berada di bulan ini.

Saya menyedari dan mengakui bahawa terlampau banyak perkara yang boleh dipelajari apabila berada di bulan ibadat ini.

Satu-satunya yang saya hendak berkongsi bersama ialah ikatan kasih sayang, simpati dan sumbangan atau ciri-ciri kerjasama di dalam membantu orang susah terutama orang miskin atau anak yatim.

Kehidupan di dunia ini, tidak semua orang akan diberi 'kesenangan' atau 'kemudahan' di dalam hidup. Di dalam bulan Ramadan, kadar sumbangan untuk tabung membantu orang 'susah' amat menggalakkan dan dianggap positif.

Saya mohon aktiviti derma atau sedekah mampu diteruskan sama ada untuk membiayai aktiviti harian masjid atau surau, terutama untuk membiayai infrastuktur/ kemudahan para jemaah dan bayaran penceramah atau bil-bil tertentu.

Roh bulan Ramadan sewajarnya dilipatgandakan di bulan-bulan seterusnya, seolah-olah kita hanya dapat tanggap, semua bulan seolah-olah Ramadan.

Roh 'Idulfitri dijangkakan berupaya mendidik, membimbing dan memimpin semua orang yang berharta atau berada atau berwang untuk menderma dan membantu menegakkan syiar agama dan turut dapat menyelesaikan permasalahan hidup sesama Islam dan insan yang lain.

Saya terfikir, rapat manapun kita dengan Allah, namun tidak berusaha untuk menunjukkan rapat dan membantu menyelesaikan masalah insan lain, dikhuatiri kita tidak akan diikhtiraf sebagai kelompok umat Muhammad s.a.w.

Zakat fitrah yang diwajibkan hanya setahun sekali adalah berfungsi, berperanan mendorong ke arah merancang aktiviti untuk menyelesaikan masalah ekonomi umat, namun saya dapati ada juga hamba Allah yang seolah-olah terlupa untuk melunaskan bayarannya sebelum solat sunat 'Idulfitri.

Di Surau Ar-Rahimah, Fasa 1, sebelum 1/2 jam solat, ada seorang ahli jemaah tergesa-gesa dan kelam-kabut bertanya saya, amil fitrah. Saya kata, amil fitrah tiada di surau pagi ini dan saya meminta beliau segera pergi ke Masjid Felda (Bukit Cherakah) untuk menyelesaikannya. Saya nampak beliau tidak biasa dengan surau atau masjid kerana tetap 'menghilang diri', walaupun saya tahu anak siapa. Mujurlah ada bulan Ramadan membolehkan beliau berkunjung ke surau atau masjid dan dapat bertemu atau bercakap dengan saya, "geng surau". Saya berdoa moga beliau atau orang sepertinya di beri hidayah dan mampu dijinakkan untuk ke rumah ibadat dan memikir secara serius mengenai persoalan kewajipan atau hukum agama.

Sebelum terlambat, saya ucapkan 'taqabbalallah minna wa minkum-minal 'aiedin walfa iezin-kullu a'mmun wa antum bi khair'.

Sunday, August 08, 2010

SAMAN EKOR MENYUSAHKAN RAKYAT?

Saman ekor sebenarnya menyusahkan rakyat dari pelbagai aspek iaitu:

1. Pihak polis cuba mengintai-intai kesalahan atau kesilapan pengguna jalan raya di tempat-tempat yang telah dinyatakan di sepanjang lebuh raya atau di jalan-jalan biasa seperti Jalan Persekutuan atau yang melanggar syarat kelajuan yang ditetapkan. Pihak polis trafik akan 'memacakkan diri' di tempat yang jelas nampak seperti di bawah jambatan, kerana mudah mendapat tempat teduh dan mengelakkan pancaran terik matahari atau menyorokkan diri di belakang gerai buah-buahan, memasang kamera dan merakam 'pesalah'. PDRM tidak pernahpun menghebah atau mengiklan atau menyedia peta laluan di ruang akhbar arus perdana di mana-mana 'spot area' mereka, seperti halnya memaklumkan kawasan kemalangan yang kerap berlaku. Soalnya, adakah adil menyorok dan merangkap pesalah dan mengenakan denda tinggi? Adakah semua pengguna jalanraya berduit untuk membayar saman? Pengalaman saya dan rakan-rakan, saman ekor biasa 'terkena' di laluan jalan negeri yang kadar kelajuannya di bawah 90 km sejam. Ada beberapa teman saya berpandangan kerajaan yang ada ini, kemaruk duit rakyat untuk membiayai pembangunan PDRM. Adakah kerajaan tidak rasa bersalah mengutip denda yang tinggi daripada rakyat dan rata-rata yang membayar saman adalah kerana terpaksa, nama disenarai hitam, hakikatnya, batin tersiksa, merana, melahirkan perasaan benci, maki saranah, umpatan dan tidak ikhlas . Adakah kerajaan ingin menyiksa batin pemandu?

2. Kebanyakan pemandu kita berpendapatan sederhana dan rendah. Adakah mereka mampu atau berupaya menjelaskannya semua? Adakah PDRM tidak sedar dan membuat kajian mengapa masih banyak lagi tunggakan denda atau ramai yang gagal membayar denda? Saya ingin menegaskan, rakyat Malaysia rata-rata berpendapatan rendah dan terpaksa membayar semua perkhidmatan atau barangan dengan harga tinggi? Soalnya, di mana keadialan sosial dan untuk memberi kebajikan kepada rakyat. Kerajaan sewajarnya sedar betapa bebanan kewangan cukup tinggi yang perlu ditanggung oleh semua orang, melainkan menjelang 2020 Malaysia menjadi negara maju dan semua orang berpendapat tinggi seperti yang terkandung di dalam pelan strategik 'New Economic Model'. Tiada sikap timbangrasa dan keperihatinan kerajaan kepada rakyat mengenai perkara ini masih boleh dan tetap dipersoalkan. Terlampau banyak rungutan, namun 'dollars and cents' masih menjadi pertimbangan kerajaan. Kadar saman juga adalah tinggi berbanding dengan negara lain. PDRM wajar mencari maklumat dan melihat kadar saman di UK sebagai perbandingan.

3. Adakah PDRM ingin mendidik pemandu untuk belajar memandu berhemah dan tidak terlibat dengan kemalangan jalan raya? Saya berpendapat, PDRM boleh buat sekatan jalanraya dan cari kesalahan yang nampak jelas yang ada kaitan dengan kemalangan, seperti cara pemanduan merbahaya, kelajuan yang luar biasa, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar atau memandu tanpa cukai jalan atau tanpa lesen memandu yang sah atau apa-apa yang boleh diistilahkan sebagai 'merbahaya'. Di sesuatu sekatan jalan raya, PDRM berupaya berinteraksi terus atau berbual mesra dengan para pemandu dan boleh memberi nasihat atau teguran atau yang tidak makan saman, boleh dikenakan tindakan amaran, saman dan reman, yang munasabah.

4. Tidak semua rakyat ada internet dan menyemak saman ekor sendiri dan ada kesedaran tinggi untuk membayar. Saya beberapa kali terpaksa tengok sendiri atau bila hendak bayar cukai jalan, baru tahu ada kena saman. Jarang sekali saya terima surat saman daripada PDRM serta merta.

Itu antara beberapa perkara yang saya boleh bangkitkan dan rumusan saya, saman ekor menyusahkan, maka wajar dibatalkan serta merta. PDRM carilah idea atau kaedah lain dan yang pentingnya mesra pengguna serta tidak menyusahkan duit rakyat. Kalau saman ekor tidak selesai, macam-macam nanti 'tumbuh ekor' atau masalah lain yang akan datang. Jangan semua denda hanya dalam bentuk duit dan saman ekor akan menjadi hutang bagi para pemandu.

Monday, August 02, 2010

NATURE OF LEADERSHIP

Please identify your leadership qualities.

1. Less-trained leaders

2. Dictated leaders

3. Middle-road leaders

4. Less authority & autonomy

5. Self-centred leaders

6. Incompetence nepotism & cronyism leaders

7. Ceremonial/fuctional leaders

8. Managers/administrators

Wednesday, June 23, 2010

CITA-CITA TINGGI

Walaupun, kadang-kadang sukar untuk mencapai apa yang kita cita-citakan, namun kita semua digalakkan berusaha dengan gigih.

Saya mengakui agak payah bagi diri ini ingin mencapai atau memenuhi impian cita-cita tinggi, apabila saya berubat minggu lepas dan perawat tersebut menegur saya, betapa diri saya ini tidak akan mampu untuk melonjakkan diri jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Saya sememangnya berminat untuk berkecimpung di dalam hal kemasyarakatan, namun kedapatan kesukaran ekoran penyakit yang menimpa, terutama apabila ada orang yang tidak gemar kita bersama-sama menyumbang sehingga kita 'dibuat' menjadi sakit.

Sesiapapun tidak akan terlepas daripada ilmu hitam dalam apa jua bentuk seperti sihir di dalam dunia serba maju ini, jika ada orang yang masih merasa iri hati dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dan seseorang akan mengunakan ilmu syaitan ini untuk memusnahkan kehidupan dan kerjaya orang lain.

Maka, sila berhati-hati dengan seseorang, walaupun mungkin kita amat percaya kepadanya. Sihir masih laku dan akan dipergunakan terutama di dalam dunia politik. Orang tidak takut kepada kerja syirik ini, asalkan hajatnya tercapai.

Saya dikatakan oleh perawat itu bahawa saya selama hidup ini tidak benar-benar menikmati kehidupan berkeluarga, kerana mengejar cita-cita tinggi itu.

Saya dinasihati untuk memikirkan semula arah cita-cita saya itu.



Saturday, June 12, 2010

KARAOKE & MAJLIS KENDURI KAHWIN

Pada minggu lepas dan minggu ini, sempena cuti sekolah, majlis perkahwinan amat meriah di mana-mana di seluruh negara.

Sayapun banyak terima undangan dan turut hadir 'rewang' pada hari Sabtu dan Ahad lepas di rumah abang ipar saya.

Isnin lepas, biras saya rasa terkilan dengan perangai anak buah yang dianggap tidak tahu rasa hormat dengan orang tua.

Beliau ada sms kepada saya, yang menyentuh perasaan terkilan beliau,
" saya sungguh sedih dan kecewa, pagi-pagi lagi kami balik, anak Ngahpun balik sama. Pengantin lelaki tak salampun pada kami. Hadiahpun tidak dibuka bersama-sama untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka. Bukan karaoke yang boleh merapatkan silaturrahim di antara kita semua. Pak Su dan Mak Supun kecewa.

Isteri sayapun menjawab dengan katanya, "no problem. Pak Su, kami dah agak dan lama rasa 'frust' dengan mereka. Memang budak-budak tu nak kena sebiji. Tak apa, tengah cari idea, macam mana nak sedarkan budak-budak itu dengan maknya sekali".

Biras saya, membalas semula dengan katanya, " la Mak De. Emak yang didik anak. Semuanya berjaya belajar hingga luar negara. Setelah balik ke tanah air, budaya ini yang dibawa. Apa cerita ini. Pak De, Ustaz. Pak Teh, pengarah. Pak Ngahpun sama. Apa cerita ini. Kasihanke mak. Kita semua balik dan hormat kerana ada mak. Saya bukan nak api-apikan. Kita berkumpul sementara mak masih ada".

Isteri saya membalas balik sms dengan katanya, " Budak-budak itu tak mature dan kurang diajar, so kena ada orang yang ajarkan tentang benda-benda ini. Mereka ingat dan fikir hidup ini hanyalah gelak-gelak, makan-makan, hiburan itu sahaja. Dengan mak-mak saudara yang mereka berat ke sanapun, budak-budak itupun, bukan menghayati erti saudara sebenar. Mereka suka duduk-duduk, gelak-gelak tu sahaja. Setakat sehari dua ini, mereka baik dengan saudara sebelah emaknya sahaja. Budak-budak ini nak kena diperbetulkan".

Saya dan isteri sememangnya turut terkilan kerana dua minggu sebulan majlis kenduri tersebut, kami balik kampung bermesyuarat dan tidakpun diperbincangkan mengenai hiburan karaoke.

Malam Ahad suara penyanyi-penyanyi terpekik-pekik dan terjerit-jerit hingga melalak jauh malam, mengganggu ramai jiran.

Kami bercadang, jika ada lagi anak buah nak kahwin, saya dan isteri akan membangkitkan perkara ini dan akan menghalang perkara ini berulang. Sekadar dendangan nasyid tahanlah juga, itupun tak perlulah dipasang terlalu kuat atau sehingga larut malam.

Friday, June 04, 2010

KONSEP BINA RUMAH BUNGALOW



Di atas rumah bungalow setingkat yang sedang di dalam pembinaan di Mukim labu, Sepang yang dibina oleh Al Ansar Properties Sdn. Bhd di bawah Pengarah Urusannya, Muhamad Khanafi Husin.

Rumah ini dibina di atas milik tanah saya. Memandangkan dirasakan amat mudah jika membina rumah dan menjualkannya daripada bercadang menjual tanah sahaja, maka kenalan saya ini telah mencadangkan kepada saya konsep membina rumah dibiayai sepenuhnya oleh pemaju ini, sebelum menjual tanah.

Alhamdulillah, kini urusan penjualan tanah sedang berjalan dengan baik dan sudah ada pembeli.

Sesiapa yang berhajat menjual tanah atau membina rumah di atas tanah sendiri bolehlah berurusan dengan beliau di talian 0193312505.


Friday, May 28, 2010

KESERONOKAN MEMBERI

Lawatan kerja saya ke UPU Kg. Bukit Cherakah di Markaz Jalan Parit Deraman, pada hari Rabu, 26 Mei, 2010, bersamaan malam Khamis lepas, memberi saya peluang untuk mendengar taklimat gerak kerja pilihanraya daripada ketua UPU dan pengerusi JKKK; melahirkan wujudnya kerjasama yang amat erat di peringkat parti dan kampung.

Koordinasi pengurusan parti di satu pihak dengan pengurusan kampung di peringkat pentadbiran negeri berupaya mencetuskan idea perubahan dan pembelaan kepada komuniti setempat.

Amat menarik sekali, aktiviti bancian mengenalpasti berapa buah rumah dan penduduk dilakukan dengan mengkategorikan umur mereka seperti kelompok senior, peringkat umur 40an-50an dan 21 tahun ke atas. Bahkan direkodkan, rakyat warga emas yang uzur yang wajar didampingi, dibantu dan diberi pertolongan berterusan untuk mengurangkan bebanan kehidupan mereka.

Walaupun sebahagian besar rakyat masih asing dengan Ketua Kampung yang baru, mungkin tidak percaya atau yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi aktiviti ziarah dan menyelesaikan masalah masyarakat merupakan tanggungjawab dan amanah ketika kuasa ada di tangan kita sekarang.

Pada saya, sudah selayaknya semasa kita diberi peluang memerintah, memanfaatkan cara pengurusan yang terbaik dan membuktikan keupayaan untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat setempat. Bilakah lagi kita hendak laksanakan?

Keseronokan atau suka memberi tenaga, masa, pengorbanan wang ringgit, pertolongan atau perkhidmatan terutama membantu orang yang susah adalah diharapkan ganjaran dan persembahan kita kepada Pencipta, Allah s.w.t.

Kepada sesiapa yang masih sukar, tidak bersedia atau masih beralasan yang sendiri boleh sebut atau reka untuk tidak seronok memberi terutama menyelesaikan masalah kehidupan orang lain, ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w., "orang yang paling baik di antara kamu, adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain". Ini sesuai dengan tuntutan dan tujuan manusia menjadi khalifah adalah untuk melaksanakan tuntutan hablumminannas.

Kepada para pencinta keadilan, perjuangan menegakkan Islam, hindarkan diri kita daripada tabiat tidak memberi seperti bersedekah, zakat di samping tidak memberi masa kepada perjuangan Islam yang suci ini. Salah satu strategi mendampingi orang Melayu di kampung tradisional ialah dengan cara menyelesaikan permasalahan kehidupan mereka. Jika kita tidak lakukan ini, akhirnya, kita sendiri yang rugi.

Saturday, May 22, 2010

E-MEL DICEROBOH

Saya ingin memaklumkan kepada semua teman, e-mel saya telah diceroboh dan kini saya sendiri tidak boleh akses kerana password telahpun ditukar.

Saya difahamkan berada di London, hilang dompet dan perlukan RM550.00. Semua kenyataan itu adalah palsu.

Terima kasih kepada teman yang menghubungi saya dan inginkan penjelasan.

Saya harap semua dapat memahami kedudukan sebenar.

Saya akan memaklumkan alamat e-mel yang baru.

Harap maklum.

Razali Tumirin
012 6079097 (mobile)

Sunday, May 16, 2010

Pakatan Rakyat Wins

10.58pm: Election Commission makes official announcement:

DAP Wong Ho Leng - 18,845
BN Robert Lau Hui Yew - 18,447
Independent Narawi Haron -232


The delay was caused by the dispute over the postal votes. The final result of the postal ballots:

DAP - 70
BN - 2,323
Ind - 36

Rejected postal votes - 208, Majority - 398

The DAP's Wong Ho Leng has won the Sibu by-election.

In the last general election, the SUPP man, Datuk Robert Lau Hoi Chew won by a majority of 3,25 votes. He garnered 19,138 votes against Wong's 15,903 and PKR's Lim Chin Chuang.


Wednesday, May 12, 2010

Conservative-Liberal Democrat coalition

David Cameron and Nick Clegg

Cameron and Clegg Cameron welcomes Nick Clegg into Downing Street for their first day of governing in coalition

Britain's first coalition government since 1945 set to work this morning with the prime minister, David Cameron, handing out cabinet positions to Conservative allies and new Liberal Democrat coalition partners.

David Cameron, PM after five days of negotiation.

Clegg to be deputy PM with four more Lib Dems in cabinet.

Saturday, May 08, 2010

KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W.

Kehancuran, kemusnahan dan keruntuhan nilai akhlak dan kepimpinan dewasa ini adalah akibat tidak mempraktikkan tuntutan kepimpinan Rasulullah s.a.w.

Kita mampu berpuasa dan bersedia bersolat, bersedekah atau menunaikan Rukun Islam kelima; menunaikan haji, namun kita masih ketinggalan untuk mempelajari, mengkaji dan seterusnya mempraktikkan modul, gaya atau cara atau kaedah kepimpinan Rasulullah s.a.w dalam mengurus diri, rumahtangga, masyarakat, negara dan dunia antarabangsa.

Kita bersedia mempelajari teori-teori kepimpinan terutama yang datangnya dari Barat lalu kita gunapakai di dalam mengurus organisasi, lapangan korporat dan politik. Adakah kita tidak merasa bersalah dan berdosa kepada Rasulullah s.a.w. , sedangkan kita sentiasa menyanjung tinggi daya perjuangan dan kepimpinannya? Adakah kita tidak terfikir untuk mohon ampun kepada Rasulullah s.a.w. atas sifat kealpaan kita atau tanpa kita menyedari kita terperangkap dengan teori-teori para ilmuan Barat sehingga kita berqiblat kepada mereka sepenuhnya. Walaupun mungkin kita tersentuh untuk mempelajari ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w., namun kita amat selesa dengan teori Barat tersebut dan lantas menyisihkan gaya kepimpinan Rasul Muhammad s.a.w.

Saya menyeru kepada para pencinta Islam dan perjuangannya, pelajari kepimpinan Rasulullah s.a.w. untuk kita ikuti sepenuhnya di dalam mengurus diri, keluarga, masyarakat, komuniti, persatuan, perniagaan dan politik (mengurus negeri dan negara).

Rasulullah s.a.w. terbukti berjaya membina manusia, membangunkan modal insan, berkhidmat secara kolektif, bukan menonjol kepimpinan untuk kepentingan peribadi, bersifat terbuka berasaskan kepada intipati tarbiyah, dakwah dan bermatlamat menegakkan hukum Allah di dalam negara.

Ini bermakna, kita masih jauh dari kepimpinan Islam yang sebenar.

Siapakah di antara kita yang sanggup mendepani, merungkai dan akhirnya bersedia berhadapan dengan para belia, muda mudi, para pelajar dan siswa di dalam mempelopori dan menyeru mereka kepada gaya kepimpinan para nabi dan rasul ajmain? Mereka sebenarnya, pemimpin pelapis Islam masa hadapan.

Ingatlah kepimpinan Rasulullah s.a.w. adalah yang terunggul. Saya akui terasa tidak sempurna syahadah kepada Rasulullah s.a.w. jika tidak mentaati sunnah kepimpinannya.

Friday, May 07, 2010

Dinner Talk by YB Dato' Sri Liow Tiong Lai

The Minister of Health, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, has requested to meet with Malaysian Doctors/Health Professionals currently working in the UK for a dinner/talk session in London on 14th May 2010. The talk/discussion would centre on the opportunities and benefits of working in Malaysia as well as on Malaysia’s Health Tourism Industry. It will most likely be structured as an informal get-together where free-flowing discussions could be held. There will be places for up to 25 people to attend the event.The actual timing and venue will be announced soon, most likely in and around London area around 6.30 – 7.30pm.
If you are interested to attend, please email to register your interest at mypolitical@ btconnect. com latest by this Friday, 7th May 2010. The first 25 applicants will receive an email to confirm their places along with the finalised venue and timing of the event.

Thank you

Kiriman: Meor Azli, Hull, UK

Wednesday, May 05, 2010

Pemikiran strategik

Rasionalnya, pemikiran strategik adalah asas kepada pengurusan strategik yang mempunyai kesan positif dalam membantu pengurus-pengurus untuk menerajui organisasi bagi mencapai matlamat secara efektif dan kecemerlangan organisasi.

Justeru itu, setiap organisasi wajar memberi latihan, kursus dan bimbingan dalam isu pemikiran strategik bagi mencapai tujuan berikut:-

• Memberi pendedahan mengenai pemikiran strategik di dalam aspek pengurusan
• Mempelajari kemahiran dan teknik pemikiran strategik
• Meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan setiap organisasi secara strategik

Pelbagai isu/masalah besar di dalam arena politik, ekonomi, sosial, pendidikan, keselamatan, jenayah dan kemasyarakatan yang melanda negara kita ketika ini, maka disyor kita semua dapat memahami dan dituntut belajar menyelesaikannya mengikut keupayaan diri masing-masing. Maka lengkapkan diri dengan perbincangan mengenai perkara-perkara di bawah ini:-

• Pengenalan pemikiran strategik
• SWOT dalam pemikiran strategik
• Ciri-ciri pengurus strategik
• Hubungan pemikiran strategik dengan pemikiran kreatif
• Pemikiran strategik dan kreatif ke arah penyelesaian masalah
• Kajian kes bagi menimba pengalaman dan cekap mengurus pelbagai masalah yang berlaku


Friday, April 30, 2010

Program Pidato Pemimpin Muda


Dijemput pada semua teman yang berkelapangan, bersama dalam aktiviti ini.
Setakat ini sudah ada lapan meja ditempah.
Saya sekadar membantu untuk menghebahkan aktiviti ini.

Wednesday, April 21, 2010

Cara Bekerja

Ketika Ronald Reagen bertanding Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1981, beliau sentiasa konsisten menengahkan lima isu di dalam kempen pilihanraya iaitu keluarga, pekerjaan, masyarakat, kebebasan dan keamanan.

Saya turut tersentuh, apabila Ketua Pengarah IKIM, pada Isnin lepas di Radio IKIM ada menyebutkan bahawa 40% penduduk (isi rumah) berpendapatan RM1,500.00 dan ke bawah. Menurut beliau, 72% adalah terdiri daripada orang Melayu.

Saya melihat kita perlu berubah dari pelbagai sudut iaitu pertamanya memilih pemimpin yang berupaya menyelesaikan atau membantu mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah yang dikehendaki oleh manusia dan masyarakat. Suasana politik yang lebih matang mesti diwujudkan.

Malaysia wajib diselamatkan dari penyelewangan kuasa dan ketidak-adilan di dalam pengagihan kekayaan negara.

Keduanya, sistem pelajaran mesti mengambilkira merubah pelajar untuk lebih berdikari, mampu bekerja sendiri daripada makan gaji (melahirkan usahawan).

Sekolah, kolej dan universiti mesti turut bersedia melahirkan, pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dan kritikal, agar peningkatan upah turut meningkat dan membebaskan diri daripada dibelenggu oleh pemikiran dan terikat kepada kefahaman politik sempit.

Saya bersetuju dengan cara pemimpin negara maju menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh manusia dan masyarakat mereka. Di Malaysia, masalah yang sama masih berlaku, sehingga berpanjangan dan pemimpin politik masih membahaskan isu yang sama tanpa ada noktahnya.

Bila semua orang mampu berdikari, mereka bebas bertindak dan berfikir secara rasional, waras dan tidak mudah mengikut telunjuk sesiapapun.

Politik berjanji hendak buat itu dan ini, terutama ketika suasana kempen pilihanraya kecil berlangsung, hanya gimik politik dan inginkan pengaruh semata-mata. Sudah tiba masanya, menteri-menteri memotong elaun atau saraan mereka dan hidup lebih sederhana seperti orang kebanyakan dan memberi banyak sedekah kepada orang ramai. Adakah mereka hendak merasa sama-sama susah seperti orang lain?






Friday, April 16, 2010

Komitmen

Sekadar renungan, terdapat empat kategori manusia iaitu:-

1. Cop-outs. Mereka ini tidak menanamkan atau tanpa cita-cita dan tiada mempunyai komitmen yang hendak dicapai dalam hidup ini.

2. Hold-outs. Mereka ini tidak yakin sama ada berjaya ataupun tidak. Oleh itu mereka tidak melakukan sesuatu bersungguh-sungguh.

3. Drop-outs. Mereka yang berusaha untuk mencapai cita-cita, namun berputus asa, setiap kali menghadapi kesukaran atau kegagalan.

4. All-outs. Mereka yang komited kepada cita-cita dan matlamat yang hendak dicapai. Oleh itu, mereka sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja bagi mencapainya.


Saturday, April 10, 2010

KEPIMPINAN

Apakah yang anda mampu katakan, jika boss anda menyoal dirinya di hadapan ramai ahli mesyuarat; am I a good leader?

Tanggapan dan persepsi adalah pelbagai, bergantung bagaimana anda melihat dan menganalisa organisasi dan personaliti boss anda.

Di dalam sesebuah organisasi, pemimpin menentukan dasar dan hala tuju, manakala pengurus melaksanakan hal ehwal operasi atau objektif yang hendak disasarkan.

Semua proses kerja dan matlamat memerlukan kekuatan sumber manusia dan komitmen yang sebenar.

Terbinanya budaya kerja yang berkualiti didorong oleh komitmen dan misi daripada pengurusan atasan, pastinya akan mampu mencetuskan perubahan dan kejayaan cemerlang.

Wujudnya kelemahan sikap didorong untuk memenuhi cita-cita atau matlamat individu atau keinginan mencapai kuasa mutlak atau kepentingan diri, tentunya akan mencetuskan perasaan sangkaan buruk sehingga objektif organisasi terkubur.

Ada baiknya, para boss berfikir sejenak, adakah aku pemimpin yang baik? Ini bertujuan untuk memastikan organisasi, sistem dan sumber manusia terarah ke matlamat atau objektif yang dikehendaki.


Thursday, April 01, 2010

Kerja Baru

"Muka seperti awak ini, susah nak dapat kerja baru, lagilah CEO, angan-angan bolehlah", seorang teman menegurku beberapa hari lalu.

Saya memang akui, saya bukanlah orang yang dianggap 'perfect' atau sesuai untuk jawatan CEO di GLC kerana bukan berpengalaman di sektor swasta mahupun dunia korporat, lagipun umur masih lagi dianggap terlalu awal untuk berkecimpung dengan suasana atau persekitaran tersebut.

Namun saya ada orang tegur, bukan faktor pengalaman atau kelayakan akademik atau kekurangan 'net-working' yang menyebabkan kegagalan untuk menikmati kerja tersebut, tetapi perangai atau tingkahlaku atau watak saya yang tidak disenangi kerana muka nampak macam garang, bengis, tak berapa 'friendly', atau diistilahkan sebagai "tak mesra alam".

Sebab lain, saya dianggap bukan orang yang sensitif atau suka ambil berat atau "caring".

Faktor lain, apabila kita hendak masuk kerja di tempat baru, kita kena tahu 'persaingan' dan mahir 'internal politic' dan budaya kerjanya. Soal operasi, semua orang boleh buat.

Ada kawan yang lain komen bahawa saya jenis orang berfikiran selapis, bukan ada kekuatan berfikir dan menyelesai masalah.

Saya hanya berusaha untuk menyemak diri daripada pelbagai kelemahan dan kekurangan.

Semua respons, hujjah atau 'feedback' saya raikan dan terima dengan hati dan fikiran terbuka.

Saya rela menulis secebis coretan ini, untuk memperbaiki diri jika benar-benar komen dan persepsi mereka itu dibuat secara jujur dan diri ini perlu berubah. Saya bersedia bermunajat kepada Allah untuk Ilahi ubah perangai saya yang dianggap tidak 'baik' ini.

Rumusannya, nilai kemanusiaan dan kepimpinan wajar dipertingkatkan untuk seseorang itu menerokai suatu kerjaya yang baru dan mencabar.










Thursday, March 18, 2010

POLITIK ORGANISASI

Kesan buruk atau negatif permainan politik atau 'office politic' yang berlaku di dalam organisasi di antaranya ialah:-

1. Tersekatnya proses perkembangan, pembelajaran, prestasi, idealisme, profesionalisme, kemahiran dan kepakaran,

2. Wujud perasaan pentingkan diri atau ego yang menebal dalam semua aktiviti urusan kerja termasuk aspek komunikasi dan pergaulan,

3. Semangat kerjasama semakin luntur, kurang rasa malu atau hormat antara satu sama lain dan melahirkan prasangka buruk,

4. Sentiasa akan mencari kelompok atau membina pelbagai kumpulan yang akhirnya 'berperang/bertempur' sesama rakan sejawat sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni,

5. Melahirkan pegawai atau kakitangan yang berpaut dengan 'boss' untuk dijadikan asas mencari pengaruh atau kekuatan dan untuk menjatuhkan lawan saingan,

6. Melahirkan budaya cantas mencantas atau memijak kawan untuk urusan cepat naik pangkat.

Saya coretkan persoalan ini, sekadar untuk mengingatkan saya jangan sekali-kali mempunyai agenda budaya dan etika yang dianggap jijik ini, terutama kepada setiap Ketua Jabatan mesti bertindak secara adil, saksama dan mempunyai pertimbangan yang waras.

Kita wajar bersaing secara bersih dan sihat. Jangan sekali-kali terlintas di fikiran kita untuk merencatkan dan memusnahkan 'periuk nasi orang lain'.

Sunday, March 14, 2010

PENGALAMAN

Sesiapapun mempunyai pengalaman manis mahupun pahit di dalam kehidupan ini.

Pengalaman-pengalaman tersebut mempunyai natijah atau pengajaran sama ada positif atau negatif mahupun pandangan atau persepsi positif atau negatif adalah bergantung kepada keupayaan individu tersebut berusaha bersungguh-sungguh menganalisa atau mengamati-amatinya.

Proses pengalaman pelbagai yang dilalui adalah sesuai dengan apa yang dilakukan atau dikerjakan oleh seseorang individu mahupun sesuatu ujian atau musibah yang ditimpa kepada manusia.

Apa yang penting ialah bagaimana kita mampu bersedia bertahan atau tetap melalui kehidupan seperti biasa walaupun mungkin pengalaman yang dilalui mengguris perasaan, menikam jiwa dan mengganggu pemikiran, terutama pengalaman pahit.

Kekuatan jiwa, pemikiran dan mempunyai keyakinan kepada qada dan qadar Allah menjadikan individu bersabar, bertenang, bersikap baik sangka kepada Pencipta dan terus menjalani kehidupan dengan tabah, reda dan penuh yakin untuk memperolehi matlamat atau kejayaan yang diidamkan.

Pengalaman adalah tambah nilai kehidupan yang kita harungi bagi menilai keupayaan kita untuk sentiasa berwaspada, muhasabah, menilai diri hubungan dengan Ilahi benar-benar mantap di samping berusaha gigih untuk mencipta perubahan dan memantapkan diri.

Pengalaman manis mendorong melonjakkan kejayaan diri, manakala pengalaman pahit juga sebagai pendorong untuk berwaspada dan boleh disifatkan untuk hidup lebih tabah dan turut membantu melonjakkan kejayaan diri.

Pengalaman yang susah diharapkan tidak akan menjadikan seseorang itu lupa bila dalam keadaan senang. Begitu juga jika kita dalam keadaan senang, jangan menjadikan seseorang itu akan lupa akan kesusahan yang menimpa orang lain.

Dipendekkan kata, jika kita tiada pengalaman yang pelbagai, bagaimana hendak hidup menjadi lebih matang dan berjaya.

Tuesday, February 23, 2010

PAGAR DIRI

Bagaimana untuk mengelak diri daripada menjadi mangsa orang lain?

1. Berusaha selepas solat setiap waktu atau solat sunat memohon pada Allah dijauhkan daripada menjadi mangsa tanpa terduga, seperti disihir, disantau, atau dilakukan sebarang bentuk penghinaan maruah, emosi, bahkan kekerasan fizikal.

2. Amalkan doa harian dan ayat-ayat tertentu bagi melindungi diri daripada hasutan syaitan, iblis, manusia, jin bahkan nafsu kita sendiri daripada semua perkara yang melalai, merugi, membinasa, merosak atau membawa kepada dosa, kancah maksiat dan mungkar.

3. Amalkan zikir harian yang diperolehi daripada guru yang muktabar untuk menjadi benteng serangan orang yang tidak bertanggungjawab.

4. Pelajari ilmu kerohanian dan seni mempertahankan diri sebagai pertahanan atau membela diri.

Nota:

1. Para pahlawan Melayu terbilang masa silam seperti laksamana Hang Tuah, Mat Kilau dan yang lainnya hanya disebut seorang yang gagah, berani dan cekap menggunakan senjata, namun apakah rahsia diri mereka tidak pernah diterokai untuk kebaikan generasi masa kini.

2. Saya rasa mereka ada ilmu dan amalan seperti yang saya sebutkan di atas menjadikan mereka kuat, berani, tangkas, cepat bertindak, bijak dan istiqamah dalam perjuangan.


Monday, February 15, 2010

SUKARKAH MANUSIA BERUBAH?

1. Manusia adalah makhluk yang boleh merasa, berfikir dan dinamik (boleh berubah).

2. Mengapakah manusia sering dinyatakan sukar berubah?

3. Banyak faktor manusia sukar berubah di antaranya:-

3.1. Tetap berpendirian kaku dan keras atau kental. Akibatnya seseorang itu sukar berkompromi atau bertolak ansur kerana mempunyai pegangan tersendiri.

3.2. Mempunyai kehendak atau citarasa atau daya berfikir tersendiri dan tidak boleh digugat atau dicampuri urusan tersebut.

3.3. Kebanyakan sudah selesa (comfort zone) dengan apa yang dimiliki atau berdasarkan pengalaman sukar yang dilalui.

3.4. Kurang yakin dengan kebolehan sendiri, hanya mampu melakukan sesuatu yang sudah biasa dilakukan.

3.5. Mudah curiga dengan pandangan orang lain dan mempunyai persepsi negatif.

Manusia akhirnya berubah (mengambil masa) atas beberapa faktor:-

1. Persekitaran dan suasana yang sudah berubah menyebabkan dirinya tersepit dan mahu tidak mahu terpaksa tunduk dan akur dengan keadaan dan akhirnya menerima dengan kerelaan.

2. Kekuatan pengaruh kepimpinan yang ada pada seseorang yang lain yang turut menjadi contoh dan ikutan yang baik sehingga seseorang terpaksa mengalah.

3. Penerimaan sesuatu pandangan, idea, maklumat atau ilmu yang boleh meyakinkan minda seseorang berfikir dan membuat keputusan berlainan atau berlawanan daripada yang biasa.

4. Semangat persahabatan dan pergaulan yang intim, rapat dan sentiasa berkongsi pengalaman dan berbincang, akhirnya seseorang itu turut terpikat untuk melakukan perubahan.

Rumusan

Semua daripada kita boleh berubah terutama apabila keinginan dan kehendak kita sukar dipenuhi dan ada orang lain sudi membantu menyelesaikannya. Manusia akan berbudi kepada yang berbahasa.

Lakukan sesuatu di dalam tatacara pergaulan kita sesama rakan, anak, keluarga, masyarakat atau di tempat kerja untuk merubah manusia. Manusia mana yang boleh mempertahankan pegangan hidup terutama yang salah. Semua orang boleh dan mampu berubah.

Thursday, February 11, 2010

LATIHAN KEMAHIRAN

Institusi untuk melatih para belia atau pelajar yang tercicir atau meninggalkan bangku sekolah terlalu awal atas pelbagai sebab atau alasan wajar ditangani dengan terancang.

Institusi latihan di seluruh negara khususnya di bawah Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Belia dan Sukan atau Kementerian Pengajian Tinggi atau mana-mana Yayasan wajar berperanan menjejaki atau mengesan mereka dengan bantuan Kementerian Pelajaran memberi latihan separa mahir atau bertaraf semi profesional walaupun mungkin mereka tidak mempunyai kelulusan yang setaraf seperti mana memasuki kolej atau universiti. Semua statistik atau data mesti diselaraskan secara berkesan. Kajian mereka yang tercicir dari seluruh negara mesti ditangani segera.

Kelulusan mahupun umur untuk memasuki institusi ini mesti dikaji semula, asalkan mereka dapat diberi peluang meneruskan pengajian formal bersifat sepanjang hayat dengan sokongan atau bantuan kewangan dari pelbagai jabatan dan pihak.

Jika semua institusi latihan hendak mengejar status universiti atau kolej berprestij, mereka yang diangap 'malas' belajar ini akan tersisih dan mereka akan terputus pendidikan formal atau 'life long education' dan mempunyai kerjaya dan kehidupan yang sesuai dengan keadaan semasa.

Kita mesti memikirkan agar semua belia dan pelajar yang dinyatakan tidak tertinggal menerima pendidikan formal mahupun pendidikan teknik, vokasional dan kemahiran, terutama yang sudah tidak berminat belajar aliran akademik.

Mereka masih muda yang memerlukan pembelaan semua pihak. Latihan kemahiran sewajarnya sejajar dengan keperluan semasa industri atau berdaya saing masa hadapan mahupun untuk bekerja di mana-mana sahaja di dunia ini.

Jika mereka semuanya berada di pusat-pusat atau kem latihan dalam jangka masa tertentu, tidaklah mereka kelihatan berlambak-lambakan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya dengan membuang masa tanpa berfaedah atau sia-sia.

Kesimpulannya, latihan kemahiran adalah latihan motivasi mereka, apatah lagi jika mereka didorong dan dibimbing untuk berkerjaya secara profesional, maka mereka akhirnya boleh memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, negeri dan negara. Mereka tidak akan menjadi beban kepada negeri dan negara, walaupun apa yang disarankan ini akan memungkinkan sesebuah jabatan terpaksa mengurus bajet yang bertambah.


Saturday, February 06, 2010

KURSUS

Gambar diambil ketika menghadiri Kursus Pemikiran Kreatif & Penyelesaian Masalah di INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 27 - 29 Oktober 2009

Kelebihan Berkursus

1. Memperolehi ilmu pengetahuan, pelbagai maklumat, latihan dan kemahiran baru untuk pengamalan atau aplikasi tugas harian pejabat dan penghidupan.

2. Bersifat positif dan mendorong atau memotivasikan diri kerana pendedahan perkara yang berlainan dan bersifat strategik (change to different person).

3. Berkenalan dengan pelbagai lapisan atau peringkat pegawai atau jabatan untuk menimba pengalaman bekerja dan mampu menyesuaikan dengan pelbagai keadaan, bertujuan mematangkan pemikiran dan segala tindakan atau keputusan (educated).

4. Melahirkan pekerja atau sumber manusia yang sentiasa cekap, aktif, berinovatif, berwawasan dan bertenaga untuk menghasilkan 'outcome' yang ingin dicapai (better employee).

Marilah kita berusaha untuk pergi berkursus untuk kebaikan diri dan organisasi, bukannya untuk mengelakkan atau melarikan diri daripada bebanan kerja di pejabat.




Friday, February 05, 2010

PERSONAL DEVELOPMENT

Steps

1. Reflect upon your learning experiences, performance & achievements

2. Plan your personal, educational & career development

3. Manage your personal development plan forms part of a progress file which records and demonstrates your development

4. Recognise your strengths and weaknesses & improve upon them

5. Develop key transferable skills such as problem solving, time management, communication skills & the list is endless

6. Check and understand how the skills you have can help your career and you life

7. Set targets positively and achieve them

Everybody lets try.



Saturday, January 30, 2010

KENAPA ORANG MARAH?

Sifat marah sudah menjadi tabiat manusia normal.

Ada orang teramat marah. Ada pula boleh menahan perasaan marah.

Punca orang boleh marah disebabkan:-

1. Akibat diganggu, diejek, dihina, diperli dan diri tidak rasa dihormati atau dihargai

2. Ketika diri di dalam keadaan tidak stabil akibat tekanan kehidupan atau kesihatan

3. Apabila kebolehan diri dicabar atau tidak mahu mengalah atas sesuatu perkara

4. Apabila hak diri tidak ditunaikan oleh seseorang

Cuba selesaikan masalah yang dihadapi agar tidak mengundang marah.



Tuesday, January 26, 2010

RAWATAN JIWA

Sememangnya sukar untuk mengubati pesakit jiwa atau orang yang seolah-olah hilang akal atau kurang siuman. Tidak ramai orang yang mampu atau pakar mengubatinya.

Allah meminta kita berusaha mengubati penyakit yang seumpama itu, kerana janji Allah semuanya ada ubat.

Sekadar ingin membantu kenalanku, yang sudahpun 12 tahun mengubati pesakit-pesakit jiwa dan kesemuanya berjaya disembuhkan.

Sesiapa yang mempunyai masalah serangan sihir, makhluk halus dan hilang ingatan atau gangguan tekanan jiwa bolehlah menghubungi Ustaz Adzahar B Majid di Pusat Perubatan Alternatif & Syifa, No. 27, Jalan Mewah, Taman Tanjung Mewah, 31150 Ulu Kinta, Perak. No. telefon beliau ialah 017 5072026 atau 019 5694786.

Sesiapa yang sentiasa ke Ipoh, bolehlah menghala ke Lost World of Tambun dan ke Tanjung Rambutan, insyaAllah akan sampai ke klinik tersebut.

Padaku, bukan soal bayaran yang dikenakan, namun memahami ilmu Allah seperti zikir dan munajat dan mengamalkannya akan memulihkan jiwa, akal, akhlak dan keyakinan diri.

Sunday, January 24, 2010

BERAMAL

Ramai orang beramal tidak mencapai keyakinan, kelazatan, keseronakan disebabkan beberapa sebab atau punca;

1. Tidak belajar secara berguru atau menuntut, maka natijahnya tidak mengetahui selok belok atau cara atau kaedah yang dibenarkan atau sewajarnya dilakukan. Ibadat secara ikut-ikutan tidak akan diterima lantaran tanpa penghayatan ilmu dan tidak memiliki latihan dan kepakaran yang dikehendaki,

2. Amalan tidak dilakukan secara istiqamah atau berterusan. Amalan bermusim menjejaskan prestasi ibadat bahkan ianya boleh menghalang seseorang daripada melaksanakan sesuatu suruhan dengan cermat dan sempurna,

3. Tidak bersedia untuk mengkhusukkan atau mengikhlaskan diri, yang hanya akan melunturkan kekuatan jiwa dan kekuatan berfikir untuk ke arah proses penambahbaikkan amalan ibadat.

4. Melakukan tanpa penuh disiplin, kesabaran kerana hendak bertindak cepat mengurus hal ehwal kerjaya, keduniaan atau kesenangan hidup,

5. Terpengaruh dengan keseronokan kebiasaan atau 'routine' kehidupan sehingga kurang tumpuan untuk beramal seperti bertafakur, menghisab diri akan kesalahan atau dosa yang setiap hari dilakukan, melakukan ibadat utama seperti solat secara khusuk dan akhirnya melahirkan diri kurang bersedia untuk bersifat merendah diri di hadapan Allah s.w.t.

6. Tidak berusaha untuk menyediakan diri berlatih beramal seperti para nabi, rasul, para sahabat, orang yang warak, solihin dan menghabiskan sebahagian malam munajat kepada Allah s.w.t.

Sunday, January 17, 2010

JAWATAN

Seseorang yang diberi jawatan di dalam sesebuah organisasi adalah merupakan tanggungjawab atau amanah.

Ini bermakna, kesedaran dan keinsafan di dalam menunaikan tugasan dengan sempurna merupakan keutamaan dan agenda terpenting.

Ini turut menjelaskan betapa pentingnya, seseorang pemegang jawatan mempunyai pengetahuan atau kemahiran asas atau kebolehan tertentu yang diperlukan di dalam melaksanakan tugasan harian yang diberikan.

Ini juga membawa pengertian, ukurlah potensi diri untuk melakukan perubahan, penambahbaikan dan bijak menilai sendiri tahap kompetensi diri.

Ini bermakna, seseorang individu wajar mengambil sikap memperkaya dan memperluaskan tugas, mempelbagaikan pengalaman, dan 'networking'.

Ini memberikan penjelasan betapa jawatan bukannya elemen status, penghormatan, kebanggaan, kemegahan atau untuk memenuhi tuntutan peribadi dan habuan tertentu.

Keyakinan dan kepercayaan bahawa jawatan sebagai keseronokan pujian akan hanya mengundang terjejasnya amalan untuk berbakti dengan jujur dan ikhlas mencari redha Allah s.w.t.

Kepada teman-teman yang dipilih atau dilantik menganggotai mana-mana jawatankuasa; organisasi khususnya politik, yang mempunyai pelbagai jawatan perlulah muhasabah dan istiqamah memperjuangkan agenda rakyat.








Sunday, January 10, 2010

Wajarkah Gereja dibakar?

Ekoran kontrovesi penggunaan kalimah Allah oleh agama Katholik, beberapa gereja di lembah Klang dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tindakan ini tidak wajar atas beberapa sebab;

1. Proses perundingan dan menyelesai di kalangan umat Islam dianggap masih lemah.

2. Tindakan tersebut akan menambahkan lagi kebimbingan dan pelbagai kerumitan untuk mencari penyelesaian.

3. Tindakan secara beremosi hanya membuktikkan kelemahan kepimpinan umat Islam.

4. Tindakan ini turut melibatkan dosa dan pahala dan tidak wajar dilakukan oleh mereka yang benar-benar beriman.

5. Tindakan tersebut akan mengundang merebaknya angkara benci membenci antara agama dan melahirkan bibit-bibit tidak puas hati dan menyerang balas dan akhirnya Islam dianggap lebih pengganas oleh dunia.

6. Dunia sekarang melihat perkembangan pertembungan agama dan mencari penyelesaian terbaik sesuai dengan budaya dan corak atau gaya hidup, norma Malaysia. Ini adalah ujian terbesar. Mungkin gereja hendak menguji ketabahan, kesabaran dan sensitiviti umat Islam, apatah lagi dari sudut menyebarkan dakyah Keristian di kalangan orang Melayu.


Thursday, January 07, 2010

UNTUK MENCAPAI IMPIAN ANDA DALAM HIDUP

Beberapa langkah di bawah ini wajar diteliti dan dihalusi:-

1. Merasai/menjiwai apa jua matlamat yang hendak dicapai. Maka, sesuatu keinginan atau kehendak yang diimpikan benar-benar tersemat di hati sanubari dan terpahat di fikiran berpanjangan.

2. Sentiasa berusaha untuk 'menampakkan' sesuatu yang hendak dicapai. Pada setiap hari, kita mesti berusaha untuk menggambarkan bahawa kita boleh berjaya.

3. Sediakan rancangan yang diperlukan dengan digariskan atau ditetapkan laluan atau keperluan untuk memudahcara bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

4. Menyediakan diri untuk bersedia beriltizam dengan rancangan atau aktiviti yang telah ditentukan. Sebaiknya, dicatatkan/direkodkan secara bertulis di dalam 'daily dairy' atau sebagainya.

5. Berusaha untuk mencari waktu atau masa untuk menyemak/menilai perkembangan (progress) di kalendar anda. Analisa faktor-faktor yang boleh mempercepatkan atau melambatkan pencapaian yang diinginkan.

6. Sentiasa menyemak semua perkembangan; peningkatan atau penurunan atau kebaikan atau keburukan untuk tujuan MENGKAJI MASALAH sehingga dapat menyelesaikannya sehingga semua usaha diarah kepada mencapai tujuan impian yang hendak dituju.

7. Berdoa, solat hajat dan berserah diri kepada Allah s.w.t. serta bersedia redha dengan takdir

Tuesday, January 05, 2010

ZIKR

For a good start this year, 2010.

Saturday, January 02, 2010

PERANAN DIRI DALAM MEMBANGUN MODAL INSAN

Ada beberapa perkara untuk membolehkan diri kita ini berperanan di dalam pembinaan kemanusiaan dan mampu menyumbang untuk kesejahteraan masyarakat.

1. Terlebih dahulu berusaha menerokai ilmu, tanpa mudah bosan, yang berkaitan untuk membina kekuatan minda, kerohanian dan matlamat pergaulan yang sihat dan penuh beretika.

2. Merancang, melaksana, menyemak semua tindakan untuk kebaikan diri dan keluarga dari aspek pendidikan, kerjaya, ekonomi, kehendak-kehendak asas sebelum berusaha dan mendorong orang lain berfikir maju dan berjaya seperti kita.

3. Berusaha untuk melahirkan atau mempunyai sikap, tabiat, karektor dan personaliti yang mudah mesra dengan semua orang bagi tujuan memudahkan menyampaikan idea dan saranan, nasihat, teguran untuk membina dan memperbaiki masyarakat di dalam semua bidang kehidupan.

4. Mempelajari semua pengalaman diri dan orang lain yang berjaya bagi membangun dan mengurus perubahan dari sehari ke sehari.

5. Mempunyai niat ikhlas melakukan proses penambahbaikan dari semsa ke semasa.

6. Jangan lokek wang, masa, tenaga, pemikiran dan bimbingan atau nasihat atau kepelbagaian sumbangan untuk berusaha dan menolong semua orang dengan sabar memperbaiki sikap, tabiat, perangai, cara berfikir orang lain. Apalah maknanya kebaikan dan nikmat yang kita perolehi tanpa membantu meringankan kesempitan atau kesusahan orang lain dari pelbagai aspek kehidupan ini.

7. Pelaburan yang terpenting ialah mendidik anak-anak untuk berakhlak mulia, berpelajaran, berpendidikan dan mendorong mereka memiliki kerjaya yang sesuai untuk menyambung kehidupan dan tidak menyusahkan orang lain. Tolonglah dan bantulah anak-anak berjaya di dalam kerjaya, pendidikan, rumahtangga dan agama.

8. Bersama-sama berjuang di tengah masyarakat mengikut bidang yang kita selesa dan sesuai; dengan melibatkan diri dengan aktiviti NGOs atau kemasyarakatan mahupun politik sihat untuk membangunkan nilai dan erti kehidupan yang sebenar semasa hidup di dunia ini dan di akhirat. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.