Saturday, April 10, 2010

KEPIMPINAN

Apakah yang anda mampu katakan, jika boss anda menyoal dirinya di hadapan ramai ahli mesyuarat; am I a good leader?

Tanggapan dan persepsi adalah pelbagai, bergantung bagaimana anda melihat dan menganalisa organisasi dan personaliti boss anda.

Di dalam sesebuah organisasi, pemimpin menentukan dasar dan hala tuju, manakala pengurus melaksanakan hal ehwal operasi atau objektif yang hendak disasarkan.

Semua proses kerja dan matlamat memerlukan kekuatan sumber manusia dan komitmen yang sebenar.

Terbinanya budaya kerja yang berkualiti didorong oleh komitmen dan misi daripada pengurusan atasan, pastinya akan mampu mencetuskan perubahan dan kejayaan cemerlang.

Wujudnya kelemahan sikap didorong untuk memenuhi cita-cita atau matlamat individu atau keinginan mencapai kuasa mutlak atau kepentingan diri, tentunya akan mencetuskan perasaan sangkaan buruk sehingga objektif organisasi terkubur.

Ada baiknya, para boss berfikir sejenak, adakah aku pemimpin yang baik? Ini bertujuan untuk memastikan organisasi, sistem dan sumber manusia terarah ke matlamat atau objektif yang dikehendaki.


No comments: