Sunday, January 24, 2010

BERAMAL

Ramai orang beramal tidak mencapai keyakinan, kelazatan, keseronakan disebabkan beberapa sebab atau punca;

1. Tidak belajar secara berguru atau menuntut, maka natijahnya tidak mengetahui selok belok atau cara atau kaedah yang dibenarkan atau sewajarnya dilakukan. Ibadat secara ikut-ikutan tidak akan diterima lantaran tanpa penghayatan ilmu dan tidak memiliki latihan dan kepakaran yang dikehendaki,

2. Amalan tidak dilakukan secara istiqamah atau berterusan. Amalan bermusim menjejaskan prestasi ibadat bahkan ianya boleh menghalang seseorang daripada melaksanakan sesuatu suruhan dengan cermat dan sempurna,

3. Tidak bersedia untuk mengkhusukkan atau mengikhlaskan diri, yang hanya akan melunturkan kekuatan jiwa dan kekuatan berfikir untuk ke arah proses penambahbaikkan amalan ibadat.

4. Melakukan tanpa penuh disiplin, kesabaran kerana hendak bertindak cepat mengurus hal ehwal kerjaya, keduniaan atau kesenangan hidup,

5. Terpengaruh dengan keseronokan kebiasaan atau 'routine' kehidupan sehingga kurang tumpuan untuk beramal seperti bertafakur, menghisab diri akan kesalahan atau dosa yang setiap hari dilakukan, melakukan ibadat utama seperti solat secara khusuk dan akhirnya melahirkan diri kurang bersedia untuk bersifat merendah diri di hadapan Allah s.w.t.

6. Tidak berusaha untuk menyediakan diri berlatih beramal seperti para nabi, rasul, para sahabat, orang yang warak, solihin dan menghabiskan sebahagian malam munajat kepada Allah s.w.t.

No comments: