Sunday, January 17, 2010

JAWATAN

Seseorang yang diberi jawatan di dalam sesebuah organisasi adalah merupakan tanggungjawab atau amanah.

Ini bermakna, kesedaran dan keinsafan di dalam menunaikan tugasan dengan sempurna merupakan keutamaan dan agenda terpenting.

Ini turut menjelaskan betapa pentingnya, seseorang pemegang jawatan mempunyai pengetahuan atau kemahiran asas atau kebolehan tertentu yang diperlukan di dalam melaksanakan tugasan harian yang diberikan.

Ini juga membawa pengertian, ukurlah potensi diri untuk melakukan perubahan, penambahbaikan dan bijak menilai sendiri tahap kompetensi diri.

Ini bermakna, seseorang individu wajar mengambil sikap memperkaya dan memperluaskan tugas, mempelbagaikan pengalaman, dan 'networking'.

Ini memberikan penjelasan betapa jawatan bukannya elemen status, penghormatan, kebanggaan, kemegahan atau untuk memenuhi tuntutan peribadi dan habuan tertentu.

Keyakinan dan kepercayaan bahawa jawatan sebagai keseronokan pujian akan hanya mengundang terjejasnya amalan untuk berbakti dengan jujur dan ikhlas mencari redha Allah s.w.t.

Kepada teman-teman yang dipilih atau dilantik menganggotai mana-mana jawatankuasa; organisasi khususnya politik, yang mempunyai pelbagai jawatan perlulah muhasabah dan istiqamah memperjuangkan agenda rakyat.








No comments: