Thursday, April 01, 2010

Kerja Baru

"Muka seperti awak ini, susah nak dapat kerja baru, lagilah CEO, angan-angan bolehlah", seorang teman menegurku beberapa hari lalu.

Saya memang akui, saya bukanlah orang yang dianggap 'perfect' atau sesuai untuk jawatan CEO di GLC kerana bukan berpengalaman di sektor swasta mahupun dunia korporat, lagipun umur masih lagi dianggap terlalu awal untuk berkecimpung dengan suasana atau persekitaran tersebut.

Namun saya ada orang tegur, bukan faktor pengalaman atau kelayakan akademik atau kekurangan 'net-working' yang menyebabkan kegagalan untuk menikmati kerja tersebut, tetapi perangai atau tingkahlaku atau watak saya yang tidak disenangi kerana muka nampak macam garang, bengis, tak berapa 'friendly', atau diistilahkan sebagai "tak mesra alam".

Sebab lain, saya dianggap bukan orang yang sensitif atau suka ambil berat atau "caring".

Faktor lain, apabila kita hendak masuk kerja di tempat baru, kita kena tahu 'persaingan' dan mahir 'internal politic' dan budaya kerjanya. Soal operasi, semua orang boleh buat.

Ada kawan yang lain komen bahawa saya jenis orang berfikiran selapis, bukan ada kekuatan berfikir dan menyelesai masalah.

Saya hanya berusaha untuk menyemak diri daripada pelbagai kelemahan dan kekurangan.

Semua respons, hujjah atau 'feedback' saya raikan dan terima dengan hati dan fikiran terbuka.

Saya rela menulis secebis coretan ini, untuk memperbaiki diri jika benar-benar komen dan persepsi mereka itu dibuat secara jujur dan diri ini perlu berubah. Saya bersedia bermunajat kepada Allah untuk Ilahi ubah perangai saya yang dianggap tidak 'baik' ini.

Rumusannya, nilai kemanusiaan dan kepimpinan wajar dipertingkatkan untuk seseorang itu menerokai suatu kerjaya yang baru dan mencabar.










No comments: