Saturday, June 12, 2010

KARAOKE & MAJLIS KENDURI KAHWIN

Pada minggu lepas dan minggu ini, sempena cuti sekolah, majlis perkahwinan amat meriah di mana-mana di seluruh negara.

Sayapun banyak terima undangan dan turut hadir 'rewang' pada hari Sabtu dan Ahad lepas di rumah abang ipar saya.

Isnin lepas, biras saya rasa terkilan dengan perangai anak buah yang dianggap tidak tahu rasa hormat dengan orang tua.

Beliau ada sms kepada saya, yang menyentuh perasaan terkilan beliau,
" saya sungguh sedih dan kecewa, pagi-pagi lagi kami balik, anak Ngahpun balik sama. Pengantin lelaki tak salampun pada kami. Hadiahpun tidak dibuka bersama-sama untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka. Bukan karaoke yang boleh merapatkan silaturrahim di antara kita semua. Pak Su dan Mak Supun kecewa.

Isteri sayapun menjawab dengan katanya, "no problem. Pak Su, kami dah agak dan lama rasa 'frust' dengan mereka. Memang budak-budak tu nak kena sebiji. Tak apa, tengah cari idea, macam mana nak sedarkan budak-budak itu dengan maknya sekali".

Biras saya, membalas semula dengan katanya, " la Mak De. Emak yang didik anak. Semuanya berjaya belajar hingga luar negara. Setelah balik ke tanah air, budaya ini yang dibawa. Apa cerita ini. Pak De, Ustaz. Pak Teh, pengarah. Pak Ngahpun sama. Apa cerita ini. Kasihanke mak. Kita semua balik dan hormat kerana ada mak. Saya bukan nak api-apikan. Kita berkumpul sementara mak masih ada".

Isteri saya membalas balik sms dengan katanya, " Budak-budak itu tak mature dan kurang diajar, so kena ada orang yang ajarkan tentang benda-benda ini. Mereka ingat dan fikir hidup ini hanyalah gelak-gelak, makan-makan, hiburan itu sahaja. Dengan mak-mak saudara yang mereka berat ke sanapun, budak-budak itupun, bukan menghayati erti saudara sebenar. Mereka suka duduk-duduk, gelak-gelak tu sahaja. Setakat sehari dua ini, mereka baik dengan saudara sebelah emaknya sahaja. Budak-budak ini nak kena diperbetulkan".

Saya dan isteri sememangnya turut terkilan kerana dua minggu sebulan majlis kenduri tersebut, kami balik kampung bermesyuarat dan tidakpun diperbincangkan mengenai hiburan karaoke.

Malam Ahad suara penyanyi-penyanyi terpekik-pekik dan terjerit-jerit hingga melalak jauh malam, mengganggu ramai jiran.

Kami bercadang, jika ada lagi anak buah nak kahwin, saya dan isteri akan membangkitkan perkara ini dan akan menghalang perkara ini berulang. Sekadar dendangan nasyid tahanlah juga, itupun tak perlulah dipasang terlalu kuat atau sehingga larut malam.

No comments: