Hari Rabu, 17 Jun 2009, aku menghadiri temuduga seperti yang dijadualkan.
Jawatan yang ada hanya tiga kekosongan sedangkan calon yang hadir seramai 35 orang.
Aku disenaraikan giliran ketiga belas untuk ditemuduga. Aku terpaksa bersaing dengan ramai calon termasuk juniorku.
Aku ingin berkongsi pengalaman, perkara yang biasa atau sering diperbincangkan apabila kita menghadiri temuduga kenaikan pangkat dan persediaan asas seperti berikut:-
1. Persediaan untuk memperkenalkan diri, pengalaman bertugas, tempat-tempat bertugas, berapa lama bertugas dan tugas sekarang hendaklah diperjelaskan secara ringkas dan padat serta dengan cara yang menarik dan meyakinkan. Persediaan dengan CV adalah langkah yang tepat dan wajar.
2. Berusaha untuk memberikan penjelasan mengenai fungsi dan jawatan yang disandang dan bagaimana untuk memperbaiki prestasi dan pencapaian organisasi.
3. Mesti dapat mengetahui dengan tepat mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab jawatan yang akan disandang dan sumbangan yang boleh diberi.
4. Mengetahui permasalahan yang ada di dalam organisasi dan bagaimana kita mampu mengatasi atau membantu untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Kajian yang mendalam hendaklah dilakukan dengan bertanya rakan-rakan sekerja atau sesiapa yang berkenaan untuk memperolehi maklumat tentang jawatan tersebut.
5. Mesti mengetahui perjalanan sistem operasi dan prosedur pengurusan pejabat dan dipastikan anda sebenarnya layak atau berkebolehan untuk mengurus pejabat dengan jayanya.
6. Bersedia untuk memahami dan mahir tentang perjalanan organisasi anda dengan organisasi lain untuk perbandingan atau meninjau kejayaannya.
7. Bertutur dengan terang, jelas, tenang, tidak terketar-ketar, mesra, senyum, jangan 'tension', bersahaja, biasa, 'humble' dan memberi penjelasan secara tersusun dengan hujah atau fakta yang meyakinkan.
8. Personaliti anda dengan gaya perwatakan, peribadi, pakaian sesuai, kekemasan, cara berjalan, duduk, tanda hormat, ucapan terima kasih hendaklah dilakukan dengan penuh sopan dan beradab.
9. Mendalami kebolehan, kepakaran sendiri dan kelulusan tinggi yang dimiliki, yang boleh dimanfaatkan atau diketengahkan untuk memajukan organisasi.
10. Bertawakal, solat hajat, doa dan zikir tertentu untuk memantapkan diri dan yakin dengan pertolongan Allah s.w..t.

2 comments:
Encik Zali, Saya baru terbaca ulasan saudara mengenai tatacara temuduga kenaikan pangkat setelah saya search melalui google. Saya akan menempuh temuduga yang sama di jabatan saya pada 26hb March 2012 ini. Walaupun saya telah beberapa kali melalui temuduga kenaikan pangkat (dan 2 x bagi jawatan sama) saya tetap merasa banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Sering saya bertanya apakah kekurangan saya berbanding calon lain. Dengan tips yang suadara berikan saya harap pada kali ini saya akan lebih bersedia. Terima kasih saudara Zali.
Doakan saya yer interview🥺😊
Post a Comment