Friday, June 12, 2009

KENAPA ORANG SUKA MENIPU

Aku ada terima e-mel daripada kakak iparku dari Kuantan, Pahang, merasakan dirinya ditipu oleh seseorang. Orang itu ada berjanji untuk membayar sesuatu kepadanya, namun didapati apa yang dijanjikan tidak berlaku.

Pada kesempatan ini, aku terlintas untuk menukilkannya di ruangan ini.

Pernahkah anda menjadi mangsa atau biasakah anda mudah ditipu (terkena tipu)?

Kenapa orang suka menipu orang lain

Jawapan:-

1.Sudah menjadi tabiatnya begitu, tidak takut balasan buruk, seolah-olah tiada Tuhan memerhati kelakuannya

2. Rohaninya berpenyakit dan sukar untuk mengatasinya

3.Terimalah inilah hakikat kehidupan yang dipenuhi dengan intipati suka duka, pahit maung dan bersedialah untuk mengharungi setiap karenah kehidupan manusia. Kita hanya diminta berwaspada dan berjaga-jaga. Jika anda berkuasa atau berdaya bercakap berterus terang akan perbuatannya itu atau laporkan kepada pihak berkuasa, jika kes itu dianggap jenayah atau berat

4.Untuk melindungi kesalahan atau kesilapan orang lain atau yang dikasihi atau yang disayangi

5.Fikirannya tidak stabil dan menunjukkan peribadi sering menghadapi masalah, walaupun kedapatan alasan yang diberi itu tidak munasabah dan tidak masuk akal atau logik. Manusia jenis ini hidup berpura-pura dan hipokrit

6.Jalan mudah untuk memperolehi sesuatu dengan singkat atau kepuasan diri atau mencapai impian dalam kehidupan

7.Orang yang suka menipu orang lain adalah bukti menunjukkan orang itu dangkal fikiran dan menzahirkan kebodohan sendiri terserlah

Kesan atau implikasi ditipu

1. Diri teraniaya, disakiti dan sukar untuk mempercayai orang itu semula

2. Jika melibatkan perniagaan atau kewangan, maka akan rugi atau hilang harta sekelip mata

3. Jika pemimpin menipu rakyat, rakyat mungkin berfikir untuk mengundi pemimpin lain atau tidak minat mengundi, kerana menganggap tiada gunanya memilih pemimpin kerana sukar untuk mencari orang yang jujur di dunia ini

4. Sukar untuk mempercayai sesiapa lagi, apatah lagi yang akhirnya mungkin akan menyangkut persoalan undang-undang

Pengalamanku sendiri

1. Aku meminta seseorang itu mengurus penjualan keretaku termasuk untuk membayar baki pinjaman, namun duitku 'dikapur/dikebas' dan keretaku dijual kepada seseorang tanpa ditukar nama sehinggalah sekarang.

2. Aku pernah membeli tanah di Gombak dengan mendahului cengkeram RM3,500.00 pada tahun 2000, namun pada hakikatnya, tanah itu sebenarnya sudah dibeli oleh orang lain. Pak Amin berjanji hendak pulangkan duit itu, sampai sekarang tinggal janji. Aku harap beliau masih hidup dan sihat.

Rumusannya

Sentiasa berwaspada dan berikhtiar daripada kena tipu. Jangan mudah dipujuk dan dirayu.




No comments: