Tuesday, June 23, 2009

AIR BUKIT DI TEPI JALAN LEBUH PUNCAK ALAM - BATU ARANG

Air Bukit nampak jernih, tidak keruh atau berkeladak. Sudah lama aku tidak mengambil air tersebut dan aku sempat mengambilnya hari ini, setelah mengintai beberapa hari untuk mencari masa yang sesuai dan tidak akan menunggu begitu lama.

Beberapa hari aku dapati, ramai orang beratur dengan pelbagai jenis botol untuk mengisi air tersebut, walaupun terpaksa bermandikan peluh di tengah mentahari panas.

Sejak aku duduk di Puncak Alam, aku mengambil air di sini untuk minum dan memasak nasi.

Nasi yang ditanak tidak cepat basi, walaupun di dalam 'rice cooker' berada dua hari. Jika memasak dengan air paip, masak di sebelah pagi, di sebelah tengah malam, nasi macam berbuih; 'basi'.

Walaupun, aku tahu ada notis daripada MBSA yang melarang orang ramai, agar tidak mengambil air dan menggunakannya untuk dijadikan minuman atau untuk tujuan penyediaan makananan, dan didapati merbahaya dari aspek kesihatan dan air paip adalah disahkan selamat, namun aku dan orang yang biasa mengambil air ini tidak menghiraukan larangan tersebut. Aku percaya air ini selamat diminum, sebab sudah bertahun aku menggunakan air ini.

Pernah dimusnahkan saluran paip yang disediakan dan kayu jambatan yang merentasi longkang besar, namun aku difahamkan ada apek Cina yang membinanya semula.

Kini, ianya telah utuh, mungkin untuk beberapa tahun ini, melainkan ada projek melebarkan jalan raya ini, memandangkan aku melihat kawasan perumahan baru mula semakin rancak berkembang.

Ketika aku berada di tempat 'lepak' mengambil air ini sempat aku berbual-bual mengenai peribadi masing-masing dan aku dapati, ada juga yang datang atau singgah dari tempat jauh, seperti Tanjung Karang, Puchong, Shah Alam dan Kota Damansara.

Air paip, sememangnya selamat setelah dirawat, tetapi kadang-kadang keruh, berkeladak, kadang-kadang warna kuning atau hampir coklat dan banyak kandungan kolerin, walaupun sudah bertapis. Punca air kita dari sungai dan sungai kita sebenarnya teramat kotor dan penuh dengan kotoran, bakteria, sampah sarap, sisa buangan dan setengahnya tercemar.

Air bukit daripada punca air mata air yang jernih dan di dalam tanah sudahpun di tapis secara 'nature' atau 'being filtered' dan mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Di UK, air mineral boleh dibeli dengan 35 pence sebotol, untuk 2 liter, di Lidl, sedangkan aku membeli sebotol air mineral 1500ml di Petronas Service Station di TTDI, Jaya, Shah Alam seminggu lepas dengan harga RM2.40 sen. Aku mungkin boleh membuat andaian di UK, syarikat amat sensitif dengan Customer Social Responsibility (CSR), sedangkan di Malaysia, syarikat sentiasa ingin memaksimumkan 'profit'. Ekonomi pasaran terbuka hanya memfokuskan 'business' berjalan dengan memperolehi laba yang tinggi.

No comments: