Tuesday, June 09, 2009

CIRI-CIRI POLITIK MATANG

Adakah ahli politik dan pengundi kita semakin matang, bijak, toleran, demokratik, liberal dan menghormati hak asasi manusia?

Hasil pemerhatianku mengenai politik Malaysia, aku berpendapat politik kita masih kurang matang, berdasarkan perkara-perkara berikut:-

1. Mereka masih mempunyai tendensi atau ke arah berucap atau mengeluarkan pendapat berapi-api mengkritik, budaya mengutuk, mencemuh apatah lagi memaki hamun, memaki seranah, carut marut, memperbodohkan orang lain semata-mata kerana fahaman atau idea politik yang berbeza. Mereka berselera atau sedap hendak membantai orang sahaja.

2. Pelbagai tuduhan dan dakwaan tanpa matang berhujah dengan fakta bahkan lebih emosi dan tiada mencari jalan penyelesaiannya.

3. Rasa hilang dan kurangnya adab, kesopanan, kesusilaan, berhemah bahkan hanya tersohor sifat geram kesumat.

4. Masih kurang berfikiran waras, kritikal dan seolah-olah berfikir menggunakan otot atau dengkul.

5. Perkataan yang digunakan dan bahasa-bahasa yang kurang sopan masih berleluasa serta apabila menyindir amat keterlaluan.

6.Masih kurang berhujjah dan berani dengan batas kebenaran dan sering menggunakan bahasa yang agak kesat dan kurang berdiplomatik.

7.Masih kurang menyeru penyokong untuk memahami politik secara ‘integrity’ dan bertanggungjawab.

8. Ego tanpa had, kurang mendengar suara orang lain, mudah tersinggung, ‘closed minded’, takut untuk lebih ke arah pendekatan perbincangan terbuka, rasional, profesional dan berfikir positif.

9. Peratus mengundi masih tinggi, namun atas desakan tertentu peratusan undian boleh turut seperti boikot dan enggan bertanding, mudah disogok atau masih mengamalkan politik wang dan pelbagai sogokan ketika memilih wakil rakyat. Sewajarnya rakyat bebas dan mempunyai prinsip dan pegangan masing-masing tanpa 'dibeli' untuk menentukan wakil mereka.

Cara-cara Penyelesaian

1. Setiap rakyat sejak di sekolah Menengah mulai Tingkatan Empat sehinggalah ke universiti wajib didedahkan dengan mata pelajaran politik dan pemerintahan Malaysia. Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman mengenai politik seperti di dalam proses memilih pemimpin politik, negara dan kerajaan.

2. Di semua peringkat persekolahan dan universiti, kursus-kursus mengenai kepimpinan dan pemimpin hendaklah dirancang untuk melahirkan semua warganegara bertanggungjawab memelihara kehormatan negara dan menghormati orang lain.

3. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) hendaklah dimansuhkan kerana menyekat dan mengongkong idealisme pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara. Pelajar-pelajar luar negara adalah bebas, tanpa sekatan akta seperti penuntut dalam negeri. Di luar negara, mereka bebas untuk menyertai mana kelab atau kumpulan.

4. Mereka yang bekerja di Kumpulan A dengan pejabat atau jabatan kerajaan hendaklah dikecualikan atau diberi kebebasan berpolitik asalkan tidak menjejaskan tugas hakiki mereka. Kita perlu mencari pemimpin yang berkaliber, berpotensi, berkemampuan, lebih cerdik, mempunyai kelulusan dan pengalaman yang munasabah. Jika pemimpin yang dibentuk dan dilahirkan dari kalangan ‘lower education level and mentality’, seperti guru tadika atau peon atau budak pejabat menjadi calon dan wakil rakyat, mungkin tidak dapat memenuhi permintaan rakyat yang semakin mendesak dan bertambah. Mereka hanya sekadar untuk memenuhi tuntutan peribadi terlebih dahulu. Mereka masih belum menjadi 'Authentic leader'.

No comments: