Tuesday, June 16, 2009

IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT

Hari Selasa, setelah keletihan sampai jam 3.00 petang Isnin di rumahku Bandar Puncak Alam, aku sibuk berurusan dengan Darussyifa' untuk mengubati anakku di Bandar Baru Bangi. Tersesat juga aku hendak mencari Seksyen 1, tempat Darussyifa', bercadang hendak menemui Dr. Haron Din, namun dapat nombor 247, maka kami dapat menemui Hj. Abdul Razai, seorang perawat di sini.
2.Kami dapatlah mendengar nasihat dan panduan mengendalikan kes rawatan secara Islam.
3.Aku terasa letih yang teramat kerana sudah lama tidak melayani karenah terperangkap di tengah-tengah kesesakan dan cuaca yang agak panas di Kuala Lumpur ketika ini.
4.Sempat aku layari laman web Darussyifa', sebelum pergi ke Bangi, bagaimana jadual waktu rawatan amatlah tersusun dan aku sendiri lihat hari ini ramainya orang berkumpul menunggu giliran masing-masing dengan sabar. Darussyifa' macam ada kenduri kahwin layaknya.
5.Aku sememangnya hendak menemui Dr. Haron Din, hari Selasa mulai jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari namun didapati ramai pesakit dan orang ramai sudah menunggu nombor sudah terpacak jam 5.00 pagi.
6.Setelah selesai rawatan hari ini, dan aku diminta datang semula hari Jumaat ini, selepas solat Jumaat untuk rawatan ulangan dan mengenalpasti kedudukan anakku semula.
7.Aku sempat membeli buku Dr. Haron Din iaitu Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab berharga RM13.00.
8.Percayalah semua penyakit ada ubatnya. Kita diminta berusaha untuk mencari penawarnya. Aku bersabar balik ke Malaysia untuk tujuan ini.

No comments: