Wednesday, July 01, 2009

PERANAN ULAMA

1. Membimbing dan memimpin umat terutama orang awam agar mengetahui agama yang sebenar dan menasihati mereka untuk sentiasa menjaga iman dan beramal dengan ajarannya dengan ikhlas. Ulama semestinya turun padang menyelesaikan permasalahan keyakinan agama umat.
2. Sentiasa istiqamah, tanpa jemu-jemu menyeru umat ke jalan dakwah dan perjuangan Islam yang sebenar tanpa menyembunyikan kebenarannya.
3. Sentiasa mengajar atau mendengarkan persoalan mengenai hukum halal haram, peringatan azab dan bahana yang akan ditimpa jika umat tidak menghiraukan atau meringankan suruhan Allah s.w.t. Kelas pengajian hendaklah diaturkan dan diulang-ulang sehingga umat faham ataupun dirinya dipanggil oleh Allah s.w.t. Kuliah agama atau syarahannya hendaklah dilaksanakan kerana umat ramai yang jahil dan masih tidak bersedia untuk menuntut ilmu secara khusus. Alim ulama tidak boleh berpeluk tubuh atau berdiam diri atau hanya melihat segala kepincangan yang ada. Mereka mesti berani menegur, menyuarakan dan sama-sama berusaha atau mengesyorkan kaedah merawat kepincangan atau keburukan yang sedang berlaku sama ada dari aspek, sosial, ekonomi ataupun urusan politik. Semua saluran media atau komunikasi hendaklah digunakan untuk menerang atau menjelaskan sesuatu permasalahan dan jalan penyelesaiannya.
4. Ulama sewajibnya bertanggungjawab dan menggabungkan diri untuk melaksanakan tuntutan amal makruf dan nahi munkar, nilai-nilai moral dan kemanusiaan, kebenaran dan keadilan.
5. Para ulama hendaklah sentiasa pro aktif mengukuh dan memperkasakan pegangan aqidah umat dan budaya murni Islam untuk mencapai kemajuan dunia dan kehidupan akhirat. Para ulama, ustaz dan hakim berikanlah peringatan atau tazkirah kepada umat ini agar terhindar daripada azab Allah. Azab akan menimpa jika kemungkaran atau kejahatan melata sehingga orang baikpun akan ditimpa azab yang sama.

No comments: