Wednesday, July 29, 2009

AirAsia: Tambang Murah




1. Semalam, hari Selasa kira-kira jam 3.00 petang setelah semua urusan selesai di rumah dan emak Sheeda secara tiba-tiba mengadu sakit dan dibawa ke Hospital; yang hendak balik ke Malaysia selepas menghadiri majlis konvokesyen anaknya di University of Hull, aku dan anakku Nashrul berlepas ke London Stansted Airport, menghantar Sheeda, emaknya (Prof. Madya Zaimah, pensyarah UKM) dan pada masa yang sama hendak menjemput anakku, Fathul yang datang ke sini. Aku pergi dengan sebuah kereta lain, Hasmi yang hendak menghantar bapa dan ibu mentuanya balik Malaysia setelah berada di UK selama empat bulan.
2. Stansted Airport ialah lapangan terbang tambang murah, 'LCCT' seperti di Sepang. Aku sampai kira-kira jam 8.00 malam setelah beberapa kali berehat, makan petang di beberapa R & R di sepanjang jalan dan lebuh raya A15, A1 dan M11.
3. Aku sampai dan tentunya perlu mencari 'car parking'. Di sini, ada tiga jenis tempat letak kereta iaitu, 'short stay, medium stay dan long stay'. Aku 'parking' kereta di 'short stay' berwarna 'orange' dan membayar £12.00 untuk hampir 5 jam, keluar daripada 'parking' kira-kira hampir jam 1.00 pagi.
4. Semasa aku menunggu anakku Fathul sampai kira-kira jam 11.00 malam, aku dapati mereka yang menggunakan perkhidmatan AirAsia, ramai orang asing atau orang Eropah. Orang Malaysia tidak begitu ramai. Aku jumpalah juga pelajar Malaysia yang menghantar kawannya balik Malaysia dan sempat bersalaman dan bersembang dengan sekeluarga Melayu yang hendak balik selepas berkunjung ke rumah iparnya yang sedang belajar di UK ini dan turut membawa bungkusan kayu hoki (mungkin dibeli di 'car boot').
5. Aku tertarik dengan moto yang disediakan di tempat 'check in'; "new airline". Anakku, Fathul membayar RM1,900.00 untuk perjalanan pergi dan balik setelah terpaksa membayar denda kerana menukar tarikh penerbangan. Padaku, ini PALING murah berbanding aku terbang dengan KLM, Qatar, Emirates, Etihad Airways, bahkan MAS sendiri.
6. Aku sampai di rumah jam 5.20 pagi tadi dalam keadaan teramat mengantuk. Perjalanan dengan kereta ke London amat meletihkan.
7. Kemudahan tambang murah sudahpun dinikmati oleh orang Eropah sejak beberapa lama, seperti Ryanair, semacam orang naik bas sahaja sekarang.




No comments: