Panduan
1. Bersedia menunjukkan contoh teladan yang baik. Adalah sukar dan tidak adil ingin melihat anak berbudi bahasa, jika ibu bapa tidak berkelakuan sepertinya.
2. Mengajar anak mengikut perkembangan usia dan membina kemahiran tertentu dengan alasan-alasan yang munasabah mengapa PERLU melakukannya.
3. Memulakan perkataan-perkataan dan prasa yang sopan setiap hari seperti, "terima kasih, minta maaf, boleh saya bantu, assalamualaikum", sejak anak boleh bertutur dan berinteraksi. Anak-anak digalakkan bertutur dengan penuh hormat.
4. Sila cermat dengan bahasa yang kita gunakan semasa bercakap atau berada di kalangan kanak-kanak, seperti mimik orang dewasa bertutur.
5. Meminta anak-anak bercakap dengan orang dewasa dengan memanggil mereka dengan panggilan mesra sama ada secara formal atau tidak formal seperti, pakcik, makcik, encik, puan, nenek, abang, kakak, tuan.
6. Sentiasa mengkaji, meninjau-ninjau atau memantau kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak agar dinasihati dan ditegur untuk diperbaiki. Anak-anak mesti belajar bagaimana berjabat tangan, menghormati orang lain, senyap di tempat awam dan dilarang mencelah ketika orang lain bercakap. Anak-anak mesti belajar meminta izin terlebih dahulu untuk bermain permainan orang lain atau apa-apa yang dimiliki oleh orang lain.

7. Setiap kesilapan tutur kata dan kelakuan buruk hendaklah diperbetulkan segera dan dipastikan anak-anak tidak menyalahi apa-apa peraturan atau disiplin yang telah ditetapkan.
8. Setiap kelakuan dan pemilihan kata-kata ketika bercakap hendaklah diperbincangkan dari semasa ke semasa. Sayugia, diharapkan anak-anak boleh memahami dan 'beradab' masa hadapan.
9. Berikan pujian atau penghargaan untuk anak-anak yang menunjukkan kelakuan baik.

No comments:
Post a Comment